Sunday, June 9, 2019

Istilah-istilah nama tempat di Malaysia (Bahagian 3)

28)Wang
-Wang membawa maksud  lembah  dan  hanya  boleh  didapati  di  Kedah dan Perlis. Kemungkinan berasal daripada perkataan Siam kerana terdapatnya Wang Prachan di sebelah Thailand (disputed).

Wang Kelian  merupakan  petempatan  utama  terkenal  dengan  awalan  "wang".

Perlis-Wang Kelian,Wang Ulu,Wang Pinang,
Kedah-Wang Tepus,


29)Gong
-Gong  membawa  maksud  tanah  tinggi. Nama  tempat  dengan  awalan  ini  boleh  didapati  di  Kelantan  dan  Terengganu  sahaja.

Dengan  pemisahan  daerah  Kuala  Nerus  daripada  Kuala  Terengganu, Gong Badak menjadi  titik  utama  di  daerah  ini  dengan  menempatkan  universiti, kompleks  sukan  dan  pasaraya  Mydin.

Kelantan     -Gong Datuk
Terengganu -Gong Kedak,Gong Badak,Gong Bayor,Gong Balai


30)Pos
-Nama  dengan  awalan  pos  biasanya  diberikan  kepada  petempatan  Orang  Asal, meskipun  banyak  juga  yang  menggunakan  awalan  kampung  sepertimana  petempatan  Melayu. Maksud  bagi  awalan  ini  tidak  diketahui  memandangkan  kurang maklumat, namun  dipercayai  berasal  dari  perkataan "post" yang mempunyai  maksud  yang  sama  seperti  kem,iaitu  sebagai  kawasan  petempatan  kekal,yang  kebiasannya  dikaitkan  dengan  askar. Istilah  ini  hanya  wujud  di  Perak,Kelantan  dan  Pahang  sahaja. Petempatan  yang  terletak  di  pesisir  Selangor dan  Johor  tidak  mempunyai  awalan  ini.

Gambar  menunjukkan  perkampungan  Pos  Brooke  yang  terletak  di  Gua  Musang,Kelantan

Pahang   -Pos Iskandar,Pos Sinderut
Perak      -Pos Slim,Pos Piah,Pos Woh
Kelantan -Pos Gob,Pos Belatim,Pos Hendrop,Pos Balar,Pos Brooke


31)Lembah
-petempatan  dengan  awalan  ini  kebiasaannya  terletak  di  kawasan  rata  kiri  dan  kanan  sungai,  atau  di  kaki  bukit/gunung. Selalunya  digunakan  untuk  cakupan  kawasan  yang  besar, samada  dalam  istilah  metro (Lembah Klang dan Lembah Kinta) atau  geografi (Lembah Chuping dan Lembah Danum). Namun, petempatan terbesar dengan "Lembah" sebagai  nama  rasminya adalah  Lembah Beringin.

Lembah  Klang  adalah  panggilan  rasmi  untuk  Greater  Kuala  Lumpur, bersempena  dengan  Sungai  Klang  yang  mengalir  dari  Kuala  Lumpur  ke  Klang.

Perlis       -Lembah Tuwi,Lembah Chuping
Kedah     -Lembah Bujang,Lembah Keriang,Lembah Impiana
Perak      -Lembah Beriah,Lembah Lenggong,Lembah Kinta
Selangor  -Lembah Beringin,Lembah Klang
Pahang    -Lembah Klau,Lembah Temir
Kelantan -Lembah Sireh
Sabah      -Lembah Danum


32)Kok
-meskipun terdapat dua negeri mempunyai awalan ini, etimologinya jauh berbeza iaitu "kok" bagi Perlis membawa maksud bukit sementara "kok" di Kelantan untuk Kok Lanas berasal dari sejarah buah nanas yang tetap jatuh mesti pun kerap kali diletakkan semula di "kok" di atas gajah.

Perlis       -Kok Klang,Kok Mak
Kelantan -Kok Lanas


33)Kuak
-ketiga-tiga  petempatan dengan awalan  "kuak" adalah  kawasan  perkampungan  di  Pengkalan Hulu,Perak. Dikatakan mendapat  nama  dengan  "kuak"  kepada  panggilan  "tok  kuat"  mengikut  dialek  Patani.

Perak-Kuak Luar,Kuak Hulu,Kuak Tengah


34)Nanga 
-petempatan  dengan  awalan "Nanga"  hanya  terdapat  di  Sarawak yang bermaksud kuala sungai dalam bahasa Orang Ulu.

Sarawak-Nanga Mendamit,Nanga Merit


35)Long
-petempatan dengan awalan "Long" juga hanya ada di Sarawak dan bermaksud kuala sungai dalam bahasa Iban.

Sarawak-Long Lama, Long Bedian,Long Seridan,Long Semado


36)Parit
-kebiasaannya dikaitkan  dengan  laluan  air,sejarah  tempat  dengan  awalan  ini  bermula  dengan  pembinaan  parit  untuk  tujuan  pertanian  dilengkapi  dengan  akhiran  yang  berkaitan  dengan  sejarah  penerokaan  kawasan  itu.

Perak      -Parit Buntar
Selangor -Parit Sepuloh,Parit 6,Parit 3 Sungai Haji Dorani
Melaka   -Parit Melana
Johor      -Parit Raja,Parit Jawa,Parit Sulong


37)Wakaf
-berasal  daripada  perkataan  Arab  yang  bermaksud  tempat  persinggahan

Kelantan     -Wakaf Bharu,Wakaf Che Yeh,Wakaf Stan,
Terengganu -Wakaf Tapai,Wakaf Mempelam,Wakaf Tengah,Wakaf Tembesu,


38)Kangkar
-membawa  maksud  "ladang"  dan  hanya  boleh  didapati  di  Johor

Johor -Kangkar Pulai,Kangkar Tebrau,Kangkar Baru


39)Chegar
-chegar membawa  maksud  tanah  tinggi, namun di Perak juga  membawa  maksud  batu  bulat  lonjong  di  dalam  sungai

Kelantan  -Chegar Bedil,Chegar Lapan,Chegar Tapah
Pahang     -Chegar Perah,Chegar Medang
Perak       -Chegar Galah,Chegar Machang


40)Behor
-petempatan  dengan  awalan  ini  membawa  maksud  "pokok"  dan  hanya  boleh  didapati  di  Perlis

Perlis-Behor Empiang,Behor Lateh,Behor Mempelam,Behor Mentalon


41)Solok
-petempatan  dengan  awalan  ini  membawa  maksud  "lembah"  dan  hanya  didapati  di  Melaka.

Melaka-Solok Duku,Solok Berangan,Solok Kemang,Solok Ayer Limau


42)Banggol The banggol is a raised ground in an otherwise flat topography of the rice fields and the grasslands.
-banggol  membawa  maksud  tanah  yang sedikit  tinggi  di  kawasan  rata  seperti  bendang  dan  padang.

Kedah          -Banggol Berangan,Banggol Besi
Perak           -Banggol Jas,Banggol Chempaka,Banggol Batu
Kelantan      -Banggol Jenerih,Banggol Judah
Terengganu -Banggol Binjai,Banggol Donas,Banggul Tuan Muda


43)Paloh
-paloh  dikatakan  membawa  maksud  lopak  air dan  lebih  sinonim  dengan  Pantai  Timur

Kelantan    -Paloh Rawa,Paloh Rambai
Pahang       -Paloh Hinai,Paloh Besar
Terengganu-Paloh China,Paloh Sg.Kiat


44)Lata
-membawa  maksud  kawasan air  terjun  yang  rendah

Kedah                 -Lata Bayu,Lata Mengkuang
Perak                 -Lata Iskandar,Lata Kinjang
Kelantan            -Lata Hujan
Terengganu       -Lata Cangkah,Lata Dure
Pahang               -Lata Lang,Lata Lembik
Selangor             -Lata Kedondong,Lata Pinang
Negeri Sembilan-Lata Kijang,Lata Berungut


45)Stesen
-biasanya diberikan  kepada  petempatan  yang  berfungsi  sebagai  pekan  stesen  kepada  bandar/pekan  berhampiran

Perak    -Temoh Stesen,Bidor Stesen,Behrang Stesen,
Melaka -Tebong Stesen,
Johor    -Tenang Stesen,


46)Halt
-biasanya diberikan kepada petempatan yang menjadi hentian kecil keretapi

Perak                  -Klant Halt,Simpang Halt,
Negeri Sembilan-Chembong Halt


47)Feri
-biasanya  diberikan  kepada  kawasan  yang  mempunyai  sambungan  feri  pada  masa  lalu

Pahang       -Jerantut Feri,Sabak Feri
Terengganu-Losong Feri


48)Road
-membawa maksud jalan,pekan dan kampung yang membawa awalan ini yang  mempunyai  stesen  keretapi  yang  terletak  di  jalan  menuju  ke  pekan  tertentu. Misalnya Tapah Road  terletak di  jalan  yang  menuju ke pekan Tapah.

Perak                  -Tapah Road,Matang Road
Selangor             -Kuala Kubu Road
Negeri Sembilan-Labu Road


Sumber:
https://kadirjasin.blogspot.com/2009/11/banggol-i-can-call-my-own.html
https://www.gisperak.com.my/edesaprofil/ede_kmpgdetl.php?modul=K&searchby=A8_PH_0003

No comments:

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...