Saturday, September 10, 2016

Bandar kedua untuk setiap negeri di Malaysia

Lama betul aku tak update blog aku. Sincerely, aku sendiri pun taktau nak update apa. Jadi aku mulakan dengan tajuk yang mudah dulu. Ok?


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bandar kedua bertindak selalunya sebagai pesaing terdekat kepada bandar pertama, atau kadangkala sebagai pelengkap kepada bandar utama. Lazimnya mempunyai penduduk kedua teramai di sesebuah negeri, adakalanya bandar kedua mempunyai jumlah penduduk yang lebih ramai, atau diukur dari segi lain iaitu keluasan atau urbaniti. Tanpa berlengah, jom kita semak bandar2 tersenarai.

1.Johor




Batu Pahat

Sebenarnya, terdapat banyak versi tentang bandar kedua di Johor. Ada yang mengatakan Muar bandar kedua terbesar Johor, ada yang mengatakan Pasir Gudang (teori ni hampir-hampir aku percaya memandangkan ianya agak maju sebab dekat dengan Johor Bahru), dan ada juga yang mengatakan Kluang. Disebabkan Encik Wikipedia dan page Johor Ku Sejahtera telah menyatakan bahawa bandar Batu Pahat sebagai bandar kedua, jadi kami terus meletakkannya di sini tanpa was-was.

Terletak di daerah Batu Pahat, ianya merupakan salah satu daripada bandar di sini selain Yong Peng. Batu Pahat turut dikenali dengan nama Bandar Penggaram. Di sini terletaknya Batu Pahat Mall dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Populasi bandar ini mencecah 311,862 pada tahun 2010, menjadikannya bandar ke-16 terbesar di Malaysia. Batu Pahat masih menunggu status bandaraya daripada kerajaan pusat.


2.Kedah


Sungai Petani

Dalam kebanyakan bandar kedua di Malaysia, Sungai Petani bolehlah digambarkan unik kerana jumlah populasinya yang melebihi populasi ibu negeri Kedah sendiri, iaitu Alor Setar. Pada tahun 2010, populasinya mencecah 456,605 orang sementara Alor Setar hanya 405,523 orang. Ini berpunca daripada kedudukannya yang hampir dengan Pulau Pinang yang menjadikannya lokasi terbaik bagi penduduk Pulau Pinang yang mahu membeli rumah atau mendirikan perniagaan dengan harga yang lebih murah berbanding di negeri Pulau Pinang.

Sungai Petani bukan sahaja kaya dengan infrastruktur moden dan kepadatan penduduk, malah ianya juga lokasi satu-satunya pantai untuk bermandi-manda di Kedah, iaitu Pantai Merdeka yang menjana sektor pelancongan di Kedah. Malah ianya juga rumah kepada ketamadunan Melayu lama iaitu Lembah Bujang dan yang terbaru, Sungai Batu. Bandar ini juga masih menunggu status sebagai sebuah bandaraya, memandangkan populasinya sahaja sudahpun melebihi Alor Setar yang bergelar bandaraya.

3.Kelantan


OK, sekarang kita akan masuk zon dispute."Zon Dispute" ni berlaku bila mana kekurangan maklumat pasal bandar-bandar di sini. Senang cakap, sama macam kes kat Johor, masing-masing claim bandar kedua terbesar.



Pasir Mas

Sebut sahaja Pasir Mas, pasti terbayang wajah gadis-gadis jelita dari Kelantan yang putih dan gebu mukanya. Tidak hairanlah Pasir Mas pernah digelar "kilang gadis cantik". Tapi apa yang kita hendak bualkan sekarang bukanlah gadisnya, tetapi tentang bandar ini. Tidak banyak maklumat yang menyatakan bahawa bandar ini kedua terbesar di Kelantan, kalau adapun dari segi jumlah penduduk Jajahan Pasir Mas yang kedua tertinggi di negeri ini.

Sumber: http://lawatpasirmas.blogspot.my/2011/01/senantiasa-lawati-pasir-mas.html




Tanah Merah

Berbanding Pasir Mas, Tanah Merah lebih disokong dari segi fakta melalui beberapa blog serta wikipedia sendiri. Ianya mempunyai banyak pasaraya untuk menampung keperluan penduduk bandar ini. Sama seperti Sungai Petani, Tanah Merah merupakan tanah yang dahulunya pernah menempatkan kerajaan lama Kelantan iaitu Chih Tu. Pada tahun 2010, Tanah Merah mencapai jumlah penduduk 121,319 orang.





Gua Musang

Walaupun tiada sebarang data yang menyokong bahawa Gua Musang adalah bandar kedua terbesar di Kelantan, namun terdapat usaha untuk menjadikannya sebagai bandar kedua terutama daripada pihak kerajaan pusat. Kebanyakan pihak berpendapat Gua Musang semestinya tidak maju sepertimana lumrah bandar-bandar hulu yang lain. Namun, kedudukan Gua Musang yang merupakan bandar pertama yang perlu dilalui jika seseorang memasuki Kelantan dari Kuala Lumpur dari arah Lebuhraya Pantai Timur. Apatah lagi, Lebuhraya Tengah Utama sedang berjalan dan melalui bandar ini.


4.Melaka

Di Melaka, langsung tiada data tentang bandar kedua terbesar di sana. Malah tiada juga perdebatan di laman sosial tentang bandar manakah yang layak menyandang gelaran itu. Jadi, aku pakai ambik je yang mana rasa layak.






Ayer Keroh

Kalau dilihat melalui kemajuan Melaka masa kini, tidak dapat tidak, kita tidak boleh menafikan bahawa kawasan Ayer Keroh adalah yang kedua menerima limpahan kemajuan di sana, selepas Banda Hilir/Bandaraya Melaka. Apatah lagi apabila ianya menjadi gerbang masuk utama ke Banda Hilir. Malah di sini juga terletak beberapa tempat pelancongan seperti Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Mini Malaysia dan Taman Rama-rama. Namun, terdapat beberapa info yang mengatakan bahawa Ayer Keroh adalah sebahagian daripada bandaraya Melaka dan bukannya bandar berasingan.




 Alor Gajah

Memandangkan status Ayer Keroh diragui, jadi kita mengambil pula pusat pentadbiran daerah Alor Gajah, iaitu Alor Gajah sendiri sebagai bandar kedua terbesar di Melaka. Alor Gajah terletak di kawasan utara Melaka.



5.Negeri Sembilan




Port Dickson

Berlainan dengan negeri-negeri lain di mana bandar kedua mereka merupakan bandar perindustrian dan pemangkin kepada pembangunan ibu negeri, bandar kedua di Negeri Sembilan ini pula lebih terkenal dengan jolokan sebagai bandar peranginan yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia.


6.Pahang


Temerloh

Terletak di tengah-tengah negeri Pahang, Temerloh yang terkenal dengan gerbang ikoniknya di Lebuhraya Pantai Timur ini merupakan bandar kedua terbesar di Pahang. Bandar ini turut terkenal dengan jolokan Bandar Ikan Patin. Dengan gandingan Temerloh dan Mentakab, menjadikan gugusan kedua-dua bandar ini mencakupi populasi kedua terbesar di negeri Tok Gajah ini.


7.Perak



Taiping

Terletak di utara Perak, bandar yang mempunyai peratusan hujan tertinggi di Malaysia ini menampung populasi kedua terbesar di negeri Perak. Terkenal dengan sejarahnya yang panjang sebagai sebuah ibu negara di zaman British sebelum diambil oleh Kuala Lumpur, ianya juga memiliki pelbagai tempat pelancongan seperti zoo dan taman tasik.

8.Perlis

OK, kita kembali semula ke dispute zone. Kali ni Arau VS Kuala Perlis. Kedua-duanya tidak mempunyai logo perbandaran dan daerah, because, well, dua-dua adalah pekan dan diperintah Majlis Perbandaran Kangar.

Kuala Perlis

Terletak di barat Perlis, pekan ini dikenali ramai rata-rata kerana statusnya sebagai gerbang ke Langkawi. Mengikut Encik Wikipedia,  pekan ini mempunyai populasi seramai 30,000 orang. Walaubagaimanapun, suasana pekan yang suram, mungkin membuatkan anda tidak percaya ini adalah bandar kedua terbesar di Perlis.
Arau

Terletak di timur Perlis, Arau ternyata lebih berbeza seperti Perodua Bezza (maaf terpromote). Di sini, kemeriahan jelas terasa walaupun pekan itu tidaklah seluas Kuala Perlis, malah lebih kecil dari Padang Besar. Kedudukannya yang strategik berhampiran Pauh yang merupakan Bandar Ilmu, UITM Arau, Istana Arau ,CMart, dihiasi lampu-lampu berkelipan di waktu malam serta merupakan salah satu jalan utama ke Jitra menjadikan pekan ini seakan-akan bandar kedua di Perlis, malah                                                                                         kadangkala melebihi Kangar. Populasinya cuma                                                                                       20,000 orang.


9. Pulau Pinang

Bukit Mertajam
Butterworth




         vs





Disebabkan kebanyakan maklumat berkaitan Pulau Pinang adalah melalui kiraan terus seluruh penduduk di pulau dan Seberang Perai, kami tidak dapat mengesahkan yang mana satu adalah bandar kedua terbesar di Pulau Pinang.


10. Sabah


Sandakan

Terletak di timur Sabah, bandar yang dahulunya dikenali sebagai Elopura ini mengungguli sebagai bandar kedua terbesar di Sabah. Sandakan pernah menjadi ibu kota kepada Borneo Utara semasa zaman British dan merupakan pintu masuk ke destinasi ekopelancongan seperti Sepilok dan Sungai Kinabatangan.

11. Sarawak





Miri

Terkenal dengan kekayaan minyaknya, Miri merupakan kawasan yang kedua terbesar di bumi Sarawak. Di sini juga merupakan pintu masuk ke negeri Brunei yang terletak hanya bersebelahan. Dengan populasi kira-kira 230,000 orang, Miri menjadi bandaraya pertama bukan ibu negeri di Malaysia selain Petaling Jaya.

12. Selangor



Amat sukar untuk mengetahui saiz setiap bandar di Lembah Klang memandangkan bandar-bandar ini bersambung. Menurut bancian 2010, Subang Jaya dikatakan berjaya mengatasi jumlah penduduk di Kuala Lumpur dengan populasi 1,553,589 orang. Bagaimanapun, tiada pula sumber atau kenyataan yang mengatakan ianya bandar kedua di Selangor selepas Shah Alam. Walaibagaimanapun, untuk Petaling Jaya, terdapat kenyataan di https://ms.wikipedia.org/wiki/Petaling_Jaya yang mengatakan Petaling Jaya adalah bandar kedua terbesar di Selangor, meskipun mengikut bancian 2010, penduduknya hanya 638,516 orang sahaja.

Kedudukan kedua-dua bandar ini yang hampir dengan W.P.K.Lumpur menjadikan kedua-duanya memiliki populasi lebih tinggi daripada ibu negeri.


13. Terengganu



Chukai

Terletak di selatan Terengganu, Chukai adalah bandar kedua terbesar di Terengganu. Biasanya lebih dikenali sebagai bandar Kemaman.


No comments:

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...