Masjid, dahulunya mempunyai peranan yang sangat luas sebagai pusat kemasyarakatan, pentadbiran, dan pendidikan, yang mana tidak terhad kepada urusan ibadah sahaja. Lama-kelamaan fungsinya disempitkan untuk tujuan ibadah sahaja selepas berlakunya kolonialisasi di negara kita. Namun, pada masa kini, masjid juga telah menjadi salah satu tarikan pelancongan yang menjadi aset penting di negara kita seperti Masjid Putrajaya, Masjid Jamek, Masjid Ubudiah dan Masjid Zahir.
Jika kita melihat dari perspektif yang lain, kita akan mendapati kebanyakan reka bentuk masjid di negara kita tidak lari dari konsep Timur Tengah, Moorish dan juga pengaruh Mughal/India. Kebanyakan yang mempunyai rekabentuk Nusantara hanya terhad pada rekabentuk surau. Tetapi sebenarnya, masih terdapat masjid-masjid di Malaysia yang unik dan mempunyai rekabentuknya yang tersendiri dan tidak terpengaruh dengan rekabentuk Timur Tengah.
1.Masjid Ayesha, Kok Lanas, Kelantan
2.Masjid berseni bina Cina
- Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan
- Masjid Muhammadiah, Ipoh ;
- Kompleks al-Saadah, Seremban
- Masjid Cina Melaka.
3. Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang, Selangor
Masjid dengan senibina yang agak unik ini merupakan pemberian British kepada Sultan Selangor ketika itu. Senibinanya dikatakan mempunyai gabungan Inggeris dan Moorish dan ada juga yang mengatakan lebih kepada Art Deco.
4. Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, Johor
Kebanyakan masjid yang mempunyai senibina Inggeris/Eropah terletak di negeri Johor, selalunya mempunyai warna biru yang dikaitkan dengan salah satu warna bendera serta warna diraja negeri itu.
5. Masjid Kayu Ulul Albab, Jertih, Terengganu
Berlainan dengan kebiasaan untuk membina mana-mana masjid dengan konkrit, masjid ini tampil sebagai satu-satunya yang unik dengan menjadikan kayu cengal sebagai bahan utamanya. Masjid ini diberi sentuhan ukiran oleh pengukir ternama, Wan Mustafa Wan Su.
6. Masjid Besi (Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin), Putrajaya
Masjid ini adalah salah satu daripada dua masjid yang terletak di Putrajaya selain Masjid Putra. Masjid ini mempunyai senibina yang unik yang menggunakan keluli sebagai senibina utama dan mempunyai mekanisme pengudaraan yang unik.
7. Masjid Kristal
Sama seperti Masjid Besi, masjid ini yang dibina terlebih dahulu juga mempunyai seni bina dengan bahan binaan yang unik.
8. Masjid Taman Ilmu Tembila, Besut, Terengganu
Masjid ini yang dibina di dalam Taman Ilmu berdekatan dengan Universiti Malaysia Terengganu kampus Tembila mempunyai unsur senibina Melayu Terengganu yang unik.
9. Masjid Assyakirin, Bintulu, Sarawak
Masjid ini mempunyai senibina yang unik kerana tidak mempunyai kubah tipikal yang berbentuk bawang. Antara masjid lain yang mempunyai senibina yang sama adalah Masjid Negara dengan kubah berbentuk kipas.
10. Masjid Negeri Sembilan
Sebuah lagi masjid yang lari daripada senibina tipikal masjid biasa di Malaysia. Dikatakan masjid ini mengambil konsep senibina Minangkabau dan moden. Masjid yang mempunyai senibina yang hampir serupa adalah Masjid Negeri Pulau Pinang, kecuali masjid di Pulau Pinang mempunyai kubah di atasnya.
11. Masjid Sultan Ismail, Chendering, Kuala Terengganu
Suatu kebiasaan dan tidaklah menghairankan apabila senibina Melayu diaplikasikan di dalam kebanyakan bangunan di Terengganu. Jika kedua masjid sebelum ini lebih menumpukan pada senibina bumbung dan bahan binaan, masjid ini lebih kepada mempunyai ukiran Melayu, sambil dipengaruhi senibina Inggeris yang boleh dilihat pada kubahnya.
12. Masjid Buluh Gua Musang
13. Masjid al-Muttaqin, Kota Samarahan, Sarawak
Jika kita melihat dari perspektif yang lain, kita akan mendapati kebanyakan reka bentuk masjid di negara kita tidak lari dari konsep Timur Tengah, Moorish dan juga pengaruh Mughal/India. Kebanyakan yang mempunyai rekabentuk Nusantara hanya terhad pada rekabentuk surau. Tetapi sebenarnya, masih terdapat masjid-masjid di Malaysia yang unik dan mempunyai rekabentuknya yang tersendiri dan tidak terpengaruh dengan rekabentuk Timur Tengah.
1.Masjid Ayesha, Kok Lanas, Kelantan
Daripada jauh, Masjid Ayesha kelihatan seperti banglo/rumah agam yang dikelilingi 5 menara dengan menara di tengah mempunyai jam yang membezakan dari menara yang lain.
2.Masjid berseni bina Cina
- Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan
- Masjid Muhammadiah, Ipoh ;
- Kompleks al-Saadah, Seremban
- Masjid Cina Melaka.
3. Masjid Diraja Sultan Suleiman, Klang, Selangor
4. Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, Johor
kredit: orangjohor.com |
Kebanyakan masjid yang mempunyai senibina Inggeris/Eropah terletak di negeri Johor, selalunya mempunyai warna biru yang dikaitkan dengan salah satu warna bendera serta warna diraja negeri itu.
Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar |
Masjid Jamek Sultan Ismail, Muar |
5. Masjid Kayu Ulul Albab, Jertih, Terengganu
Kredit: teganukita.blogspot.com |
Kredit: itc.gov.my |
6. Masjid Besi (Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin), Putrajaya
7. Masjid Kristal
Kredit: harakahdaily.net |
8. Masjid Taman Ilmu Tembila, Besut, Terengganu
9. Masjid Assyakirin, Bintulu, Sarawak
Masjid ini mempunyai senibina yang unik kerana tidak mempunyai kubah tipikal yang berbentuk bawang. Antara masjid lain yang mempunyai senibina yang sama adalah Masjid Negara dengan kubah berbentuk kipas.
10. Masjid Negeri Sembilan
Sebuah lagi masjid yang lari daripada senibina tipikal masjid biasa di Malaysia. Dikatakan masjid ini mengambil konsep senibina Minangkabau dan moden. Masjid yang mempunyai senibina yang hampir serupa adalah Masjid Negeri Pulau Pinang, kecuali masjid di Pulau Pinang mempunyai kubah di atasnya.
11. Masjid Sultan Ismail, Chendering, Kuala Terengganu
artmelayu.blogspot.com |
12. Masjid Buluh Gua Musang
Satu lagi masjid yang dibina dengan bahan binaan yang unik. Masjid ini baru sahaja dirasmikan di Gua Musang (ketika entri ini ditulis) pada 17 Mac 2018.
13. Masjid al-Muttaqin, Kota Samarahan, Sarawak
Masjid di Samarahan ini dibina dengan campuran elemen tempatan dan juga moden.
14. Masjid Jamek an-Nur, Labuan
Masjid ini merupakan satu-satunya masjid yang terletak di wilayah Labuan dan mempunyai gabungan unsur-unsur senibina Melayu-Brunei dan Turki.
15. Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya, Selangor
Masjid ini yang terletak di Cyberjaya diberikan nama sempena pahlawan Bugis yang juga merupakan Yang Dipertuan Muda Kesultanan Johor-Riau (1777-1784). Ianya diberikan sentuhan moden futuristik.
16. Masjid Lapan Kubah, Besut
Masjid yang terletak di Besut ini mirip dengan gereja St.Basil di Rusia.
No comments:
Post a Comment