Tuesday, July 12, 2016

10 sempadan unik di Malaysia



Tahukah korang, di Malaysia ni terdapat beberapa pekan dan kawasan yang terletak di atas sempadan negeri? Malah ada sesetengahnya mempunyai sejarah yang tersendiri bagaimana berlaku pemisahan itu selain daripada kebetulan semata-mata.

11. Kuala Muda, Kedah-Pulau Pinang

Image result for kuala muda

Kuala Muda adalah merupakan pekan nelayan yang dipisahkan oleh Sungai Muda yang menjadi sempadan antara Kedah dan Pulau Pinang yang disambungkan oleh jambatan ikonik Jambatan Merdeka. Kawasan Kuala Muda di bahagian Kedah lebih terkenal berbanding di bahagian Pulau Pinang  kerana terdapatnya Pantai Merdeka, Lembah Bujang dan tapak Sungai Batu. Di bahagian Penang pula lebih dikenali dengan tempat yang dipanggil Pasar Bisik.

10.Asahan, Johor-Melaka-Negeri Sembilan

Sempadan  antara tiga negeri

Pekan Asahan
Secara amnya, pekan Asahan tidaklah terletak betul-betul di tengah-tengah 3 negeri. Namun kedudukannya yang menghujung di Melaka menyebabkan ianya agak hampir dengan sempadan 3 negeri itu. Terdapat Laman 3 Budaya yang dibina di sini untuk menandakan sempadan antara Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.


9. Batang Melaka, Negeri Sembilan - Melaka

Pekan Batang Melaka

Kedudukan  Batang Melaka yang jelas di atas sempadan

Batang Melaka adalah sebuah mukim dalam daerah Jasin.Sebahagian daripada pekan kecil ini terletak dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan sementara sebahagian lagi berada dalam kawasan daerah Jasin, Melaka. Papan tanda sempadan boleh didapati di tengah pekan. Stesen keretapi untuk pekan ini terletak di bahagian Negeri Sembilan, namun stesen yang baru dibina di dalam kawasan Melaka.

8. Gemas- Gemas Baharu, Negeri Sembilan - Johor




Pekan pertukaran keretapi Pantai Barat dan Pantai Timur ini juga turut dibahagikan kepada dua, iaitu pusat bandar Gemas di Negeri Sembilan, manakala Gemas Baharu di bahagian Johor.


7. Selama, Kedah-Perak




Berbanding pekan/bandar di atas, Selama boleh dikatakan lebih unik. Ini adalah kerana ianya tidaklah "terbelah", sebaliknya mempunyai kembar di kedua-dua bahagian negeri. Di bahagian Perak terdapat bangunan-bangunan kerajaan seperti Majlis Daerah Selama, Taman Awam, Pejabat Pos dan IPD Selama, manakala di bahagian Selama, Kedah yang lebih kecil terdapat masjid dan pasir malam. Kedua-dua Selama ini dipisahkan melalui  Sungai  Selama.


6. Broga, Selangor - Negeri Sembilan




Broga  adalah  sebuah  pekan  yang  terletak  berhampiran  Semenyih, Selangor. Sebahagian  daripada  pekan  ini  terletak  di  mukim  Semenyih, daerah  Hulu  Langat, Selangor  sementara  sebahagian  lagi  terletak  di  mukim  Lenggeng, daerah  Seremban. Laluan  ke  Bukit  Broga, Klinik Desa  Broga  dan  padang  bola  pekan  terletak  di  Selangor,  sementara  Balai  Polis  Broga  di  bahagian  Negeri  Sembilan.


5. Sanglang, Perlis - Kedah



Kuala  Sanglang  adalah  sebuah  pekan  kecil  yang  terletak  di selatan  Perlis.  Sebahagian  daripadanya  terletak  di  negeri  Kedah, lebih  dikenali  sebagai  Kampung  Sanglang, yang diduduki  ramai  komuniti  nelayan. Sanglang asalnya berada dalam wilayah Kedah, namun mula berpisah saat  penjajahan  Siam  dan  pembentukan  negeri  Perlis. Sempadan  mula  terbentuk  di  tengah  pekan  ini  selepas  keluarga  Jamalullail  Raja  Perlis  berjaya  mendapatkan  semula  wilayah  ini  daripada  Siam.

4.  Tampin - Pulau Sebang, Negeri Sembilan - Melaka




Rasanya  kebanyakan  orang  memang  sedia  maklum  dengan  bandar  yang  terletak  betul-betul  di  atas  sempadan  negeri  ini.  Ianya  dikenali  ramai  sebagai  Tampin, Negeri  Sembilan  dan  Tampin, Melaka.  Sebenarnya  Tampin, Melaka  tidak  wujud.  Yang  ada hanyalah  Pulau  Sebang  namun  nama ini  jarang  disebut.  Terdapat beberapa  pejabat  penting  yang  terletak  di  Melaka, seperti  Hentian  Teksi  dan  Bas  Pulau  Sebang,  Maybank  Pulau  Sebang,  Pusat  Serenti  Tampin  dan  KTM  Pulau  Sebang.


3. Cheras, Selangor - Kuala Lumpur




Mukim  Cheras  terletak  dalam  daerah  Hulu  Langat, Selangor. Sama  seperti  Sanglang,  Cheras  juga  mempunyai  sejarahnya  yang  tersendiri.  Mengikut  sejarah,  selepas  1  Februari  1974,  sebahagian  daripada  mukim  Cheras  yang  berada  dalam  lingkungan  Kuala  Lumpur  telah  dipindahkan  secara  rasmi  kepada  Kerajaan  Persekutuan  bagi  membentuk  Wilayah  Persekutuan  Kuala  Lumpur  melalui  Perjanjian  Penyerahan  Kuala  Lumpur  1974.  Sejak  itu  Cheras  telah  terpecah  menjadi  dua  bahagian  yang  berjiran  di  dalam  negeri  Selangor  dan  Wilayah  Persekutuan. Selain  Cheras,  Ampang  dan  Kepong  juga  turut  terbelah  dua  kesan  perjanjian  tersebut.


2. Tanjung Tuan / Cape  Rachado, Negeri Sembilan - Melaka



Satu-satunya exclave  (sebuah kawasan yang disempadani kawasan lain) melibatkan  negeri  di  Malaysia, Tanjung Tuan  atau  Cape  Rachado  ini  terletak  di  Negeri  Sembilan, namun  berada  dalam  pemerintahan  Melaka  atas  faktor  sejarah.


1. Padang Besar, Malaysia - Thailand



Pekan Padang Besar bolehlah dikatakan paling unik di dalam senarai ini, memandangkan ianya terletak di atas sempadan antara dua negara, iaitu Malaysia  dan  Thailand. Padang  Besar  yang  terdapat  di  bahagian Thailand  dipanggil  sebagai Pekan  Siam  oleh orang Perlis. Padang Besar juga adakalanya dipanggil Padang Besar Utara, memandangkan terdapat sebuah lagi tempat yang bernama Padang Besar Selatan di Kuala Perlis.

No comments:

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...