Friday, January 20, 2017

12 Pintu Sempadan di Seluruh Malaysia

Di Malaysia, kita berkongsi sempadan darat dengan beberapa negara jiran kita, seperti Thailand, Singapura (melalui Tambak Johor), Brunei dan Indonesia. Dalam artikel kali ini, admin akan menulis secara ringkas tentang pintu-pintu sempadan darat di Malaysia, iaitu 2 di Perlis, 2 di Kedah, 1 di Perak, 2 di Kelantan, 1 di Johor, dan 4 di Sarawak.




1. Padang Besar, Perlis


Antara pintu sempadan paling terkenal di Malaysia. Di sinilah berakhirnya stesen keretapi paling utara di Malaysia sebelum perjalanan seterusnya ke Hatyai. Pintu sempadan ini dikunjungi ramai memandangkan di sini terkenal dengan kompleks beli belah bebas cukai.

2. Wang Kelian, Perlis


Di Wang Kelian pula, pintu sempadan ini terkenal dengan pasarnya yang menjual pelbagai barang bebas cukai daripada produk tempatan dan Thailand.

3. Bukit Kayu Hitam, Kedah


Pintu sempadan ini bolehlah dikatakan pintu sempadan paling sesak di utara memandangkan lokasinya yang terletak di penghujung Lebuhraya Utara-Selatan menjadikannya laluan utama untuk lori kontena selain laluan Padang Besar.

4. Durian Burong, Kedah


Kawasan sempadan ini agak kurang dikenali memandangkan lokasinya yang agak terpencil. Pekan/ bandar terdekat dengan pintu sempadan ini ialah Kuala Nerang, kira-kira 30km.

5. Pengkalan Hulu, Perak


Ini adalah satu-satunya pintu sempadan di negeri Perak. Ianya terletak di bandar paling utara di negeri Perak, Pengkalan Hulu yang menghubungkan ke Betong, Thailand. 

6. Bukit Bunga, Kelantan



Bukit Bunga merupakan laluan terbaru bagi sempadan Malaysia-Thailand. Ia dibuka pada tahun 2007 dan menghubungkan Bukit Bunga dan Ban Buketa di sebelah Thailand melalui Jambatan Persahabatan Malaysia-Thailand. Senario di sini tidak banyak bezanya dengan Wang Kelian.
Ianya terletak berdekatan Lebuhraya Timur-Barat.


7. Rantau Panjang, Kelantan


Kalau Perlis terkenal dengan kemeriahan bandar Padang Besar-nya, di sebelah Kelantan pula sangat terkenal dengan bandar / pekan Rantau Panjang. Dahulunya, kawasan ini disambungkan dengan laluan keretapi daripada Pasir Mas yang terus ke Thailand, namun dihentikan atas faktor keselamatan. 

8. Johor Bahru, Johor



Kebiasaannya apabila menyebut tentang Johor Bahru, kita akan memikirkan tentang suasana yang penuh pencakar langit dan pulau Temasek yang jelas dilihat dari seberang tambak. Berbeza dengan suasana di tempat-tempat lain, Kompleks Bebas Cukai Johor Bahru mempunyai rupa seakan-akan sebuah mall.

9. Miri, Sarawak

Di bahagian Sarawak pula, bandar Miri merupakan gerbang utama untuk masuk ke negara Brunei melalui Kuala Belait. Sebelum tiba ke sini, pemandu akan melalui sebuah jambatan yang panjang. Dahulunya , jambatan ini pernah mempunyai sejarah tolnya yang kontroversi kerana tiketnya bernilai RM10, jauh lebih mahal daripada tol Jambatan Pulau Pinang Kedua.

10. Tebedu, Sarawak

Kalau Miri menjadi penghubung ke Brunei, Tebedu pula merupakan pintu gerbang ke Kalimantan, Indonesia, malah merupakan satu-satunya sempadan "sah" di darat yang menghubungkan Malaysia dan Indonesia.

11. Limbang, Sarawak

Kedudukan Limbang yang diapit oleh kedua-dua bahagian Brunei menjadikan bandar ini unik sekali.
Di sinilah terletaknya Jambatan Persahabatan Malaysia-Brunei yang baru dibina. Sepertimana Pengkalan Hulu dan Miri, tiada sebarang kompleks membeli-belah bebas cukai di sini, sebaliknya terarah ke kawasan bandar.

12. Lawas, Sarawak

Lawas adalah sebuah lagi pintu masuk ke Brunei yang menghubungkan Sarawak dan daerah Temburong, Brunei. Dahulunya kawasan ini digelar sebagai "sin capital" seperti Danok di Thailand, namun kepesatan ekonomi telah mengubah pekan ini.

Sebelum ni aku ada menyatakan yang sempadan sah dari Sarawak ke Kalimantan hanyalah Tebedu-Entikong memandangkan hanya kawasan ini yang mempunyai CIQnya tersendiri. Namun pencarian aku pada 24/4/2019 (2 tahun selepas entri ini ditubuhkan), mendapati Lubuk Antu  dan  juga  Biawak  juga  mepunyai  kompleks  CIQnya  sendiri.

13. Lubuk Antu-Nanga Badau,Sarawak

14. Biawak,Lundu-Aruk, Sarawak


1 comment:

drsikana said...

Anda tertinggal pintu sempadan Kelantan- Thai iaitu Pengkalan Kubor

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...