Sepertimana Amerika Syarikat yang mempunyai beberapa nama tempat dalam bahasa Sepanyol seperti Los Angeles dan Miami kesan sejarah dan percampuran etnik minoriti itu, Malaysia juga tidak terkecuali, Terdapat beberapa nama di Malaysia yang berasal daripada bahasa Inggeris, seperti Georgetown dan Beaufort, dan juga daripada bahasa Siam seperti Bachok. Memandangkan etnik Cina menyumbang kepada populasi kedua terbesar di negara ini, tidak mengejutkan kalau terdapat beberapa nama yang berunsur Cina dapat kita jejaki. Berikut adalah antara nama-nama tempat di Malaysia yang berunsur Cina.
1. Chow Kit, Kuala Lumpur
2. Taiping, Perak
3. Yong Peng, Johor
4. Chan Sow Lin, Kuala Lumpur
5. Sekinchan, Selangor
6. Balakong, Selangor
7. Sungai Jerik/Tong Keat, Bandar Tun Razak, Pahang
8. Gopeng, Perak
9. Kuching, Sarawak
10. Jinjang, Kuala Lumpur
11. Lubuk China, Melaka
Pembalak-pembalak Cina ini naik di satu pengkalan sungai yang sekarang dikenali sebagai Pengkalan Balak berhampiran Kuala Sungai Baru. Mereka bergerak ke suatu kawasan dan menemui banyak kayu kayan yang bercampur-campur (ramuan). Ada pokok yang kecil dan ada yang besar tetapi pokok yang besar lebih banyak. Maka dinamakan Ramuan China Besar. Apabila mereka meneroka hutan bersebelahan kawasan tadi mereka menemui ramuan kayu kayan tetapi kayu (pokok) yang kecil lebih banyak. Maka dinamakan Ramuan China Kechil. Selepas berhari-hari membalak kumpulan pembalak cina ini bergerak ke utara dan menemui satu lubuk (paya) yang besar. Mereka berehat di sini dan menangkap ikan. Maka dinamakan tempat ini Lubuk China.
12. Ramuan China, Melaka
Selain daripada TEORI SATU, dikatakan ianya mendapat nama daripada seekor gajah bernama Ramu milik bangsawan Cina yang hilang. Selain itu, ada yang mengaitkan dengan ramuan ahli perubatan Cina.
13. Bahau, Negeri Sembilan
14. Lok Heng, Johor
15. Sarikei, Sarawak
1. Chow Kit, Kuala Lumpur
Chow Kit merupakan suatu sub-daerah di tengah-tengah Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak di sekitar Jalan Chow Kit dan ditutupi oleh jalan-jalan selari iaitu Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Ia dinamakan bersempena dengan nama seorang pelombong timah dan kanselor perbandaran, Loke Chow Kit.
Sekarang ini kawasan berkenaan mempunyai ciri-ciri Indonesia kerana pendatang Indonesia berniaga di gerai-gerai kecil. Akhir-akhir ini, wujud satu komuniti kecil Afrika terutama dari negara Nigeria. Ia mempunyai sebuah pasar pagi dikenali sebagai Bazaar Baru Chow Kit yang merupakan pasar pagi terbesar di Kuala Lumpur. Kawasan ini merupakan kawasan yang kontroversi dengan daerah lampu merah (red light district/kawasan pelacuran) dan aktiviti jenayah.
2. Taiping, Perak
Taiping bermaksud "Aman" atau "Damai" atau maksud penuhnya "Keamanan yang abadi" dalam bahasa Cina. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak kongsi gelap pendatang Cina yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.
Sejarah pembukaan Yong Peng bermula seawal 1870-an, ketika pemerintahan Sultan Abu Bakar dan pengaruh British yang ingin memulakan era pemodenan Johor pada masa itu yang memerlukan pembukaan tanah di kawasan hutan dan paya untuk tanaman lada hitam, gabir dan getah. Memandangkan berlakunya kekacauan di China Selatan ketika itu, mereka merupakan antara pekerja yang banyak berimigrasi ke sini. Penempatan mereka pada waktu itu adalah di pertemuan Sungai Bekok dan Sungai Sedi. Pada waktu itu, hanya lima buah rumah kedai Melayu di bandar itu yang dinamakan Seri Bertam sempena pokok bertam. Orang Melayu pada ketika itu diketuai Arujamin bin Rushut dan kebanyakan mereka baru sahaja melarikan diri daripada Belanda kerana kalah perang di Acheh.
Pada November 1847, empat pendatang Cina dari Chaozhou diketuai Boo Koh Lak Loo (dikenali sebagai Ah Loh) datang ke Seri Bertam dan membina tiga buah rumah. Dia bersama orang-orangnya dengan bantuan orang-orang Melayu mula membersihkan hutan tebal di sekitar tebing sungai. Apabila penempatan kecil ini makmur dan maju, Boo menamakannya Yong Peng yang bermakna "keamanan yang kekal" dalam Bahasa Cina.
4. Chan Sow Lin, Kuala Lumpur
Bagi mereka yang biasa bergerak menggunakan LRT, pasti akan bertemu dengan stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena nama jalan utama yang melalui stesen ini, iaitu Jalan Chan Sow Lin, yang mana nama ini diperoleh daripada Chan Sow Lin, ahli perniagaan kaya di dalam industri besi.
Sekinchan dikatakan mempunyai tiga teori mengenai asal-usul namanya.
TEORI SATU:
Menurut pusatjalurlebarsekinchan.blogspot.my, iaya mendapat namanya daipada seorang ketua Cina yang bernama See Kin Chan, seorang peniaga yang berjaya dan membekalkan segala keperluan penduduk. Kedai beliau dikatakan menjadi tumpuan penduduk kerana merupakan kedai terawal di sini.
TEORI DUA:
Menurut sejarah2u.blogspot.my, Selamat Buryani, 64, seorang Ketua Kampung mengatakan bahawa namanya berasal daripada pelat orang Cina iaitu "second chance". Ini adalah kerana kawasan tersebut dibuka ketika zaman keganasan komunis dan penduduk di situ adalah kumpulan yang diberikan pengampunan oleh British dan diberi peluang kedua untuk keluar daripada komunis.
TEORI KETIGA:
Menurut www.sekinchan.org, Sekinchan bermaksud "perkampungan yang sesuai untuk bercucuk tanam" dalam Bahasa Cina, sesuai dengan statusnya sebagai Jelapang Padi bagi negeri Selangor.
Menurut penduduk Cina setempat, nama Balakong berkemungkinan berasal daripada sebuah Kampung Baru Cina,iaitu Kampung Baru Cina Balakong. Terdapat sungai yang melalui kampung itu yang bernama Sungai Balak. Lalu timbullah teori kononnya nama kampung itu berasal daripada sungai tersebut. "Kong" mempunyai 2 makna, samada "kong" dalam bahasa Hakka yang bermaksud pelabuhan atau lokasi, manakala teori lagi satu datangnya daripada "ong" iaitu kemakmuran.
credit: zuiyanhong.blogspot.my & yuchuilang.blogspot.com |
Asal-usul nama tidak dapat dipastikan.
Gopeng sangat terkenal dengan populasi orang Rao/Rawa yang signifikan. Gopeng terletak tidak jauh dengan Ipoh dan Batu Gajah, serta mempunyai Gua Tempurung sebagai tarikan. Dikatakan namanya berasal daripada dua cerita.
TEORI SATU:
Nama seorang pelombong Cina bernama Goh Peng. Dikatakan dia dan keluarganya miskin akibat kebuluran dan banjir besar di wilayah Kwangtung.
TEORI DUA:
Nama sejenis buah pulai yang gopeng, bererti sudah ditebuk tupai. Di sini memang banyak buah pulai sehinggakan ada pekan bernama Simpang Pulai tidak jauh dari Gopeng.
Kuching, ibu negeri Sarawak ni mempunyai pelbagai teori mengenai etimologi mengenai nama bandar ini. Salah satunya berasal daripada perkataan Cina iaitu "Ku" - Lama dan "Ching" - Telaga. Dikatakan wabak Kolera telah melanda bandar itu pada pemerintahan Brooke dan sebuah telaga di Jalan Cina berperanan membekalkan bekalan air bersih. Dikatakan, ianya telah menyumbang kepada pemasangan loji rawatan air di Jalan Bau.
Jinjang, sepertimana Balakong dan Sekinchan, merupakan kampung baru hasil Rancangan Briggs untuk mengelakkan penduduk Malaya, khususnya Cina bekerjasama dengan pihak Cina. Bagaimana Jinjang mendapat nama juga agak menarik. Ada satu teori aneh yang mengatakan Jinjang adalah nama sejenis babi yang dibawa ke Tanah Melayu oleh orang Cina. Kononnya, babi itu mempunyai kuasa misteri yang mampu memberi nikmat kekayaan kepada orang ramai. Walaubagaimanapun, ada yang mengatakan Jinjang berasal daripada "Zeng Guang" mengikut panggilan orang Cina tapi bertukar kepada Jinjang mengikut sebutan Melayu.
TEORI SATU (sumber: http://dr-sabirinjaafar.blogspot.my)
Menurut cerita, Kg Ramuan China Besar (Kg RCB) mendapat namanya yang pelik itu daripada sekumpulan orang Cina yang datang membalak dan meneroka hutan yang sekarang ini dikenali sebagai Kg Ramuan China Besar, Kg Ramuan China Kechil dan Kg. Lubuk China (saya kekalkan di sini ejaan asal).
Pembalak-pembalak Cina ini naik di satu pengkalan sungai yang sekarang dikenali sebagai Pengkalan Balak berhampiran Kuala Sungai Baru. Mereka bergerak ke suatu kawasan dan menemui banyak kayu kayan yang bercampur-campur (ramuan). Ada pokok yang kecil dan ada yang besar tetapi pokok yang besar lebih banyak. Maka dinamakan Ramuan China Besar. Apabila mereka meneroka hutan bersebelahan kawasan tadi mereka menemui ramuan kayu kayan tetapi kayu (pokok) yang kecil lebih banyak. Maka dinamakan Ramuan China Kechil. Selepas berhari-hari membalak kumpulan pembalak cina ini bergerak ke utara dan menemui satu lubuk (paya) yang besar. Mereka berehat di sini dan menangkap ikan. Maka dinamakan tempat ini Lubuk China.
TEORI DUA (sumber: http://kenalimelaka.blogspot.my)
Menurut sumber lisan tempatan, Lubuk China mendapat nama dari kisah sekumpulan orang Cina yang sedang mudik menggunakan tongkang besar di sungai itu. Beberapa orang daripadanya telah terjun ke dalam sungai di bahagian yang dalam dengan begitu gembira sekali. Malangnya, beberapa orang daripadanya tidak keluar-keluar dari sungai tersebut. Beberapa usaha dilakukan oleh penduduk Melayu setempat. Akhirnya mayat mereka ditemui di sebuah lubuk di dalam sungai. Keadaaan mereka dalam keadaan berpelukan dan tidak bernafas lagi. Sejak itu, kawasan tersebut dinamakan Lubuk Cina.
TEORI TIGA (sumber: http://tenteraberkuda.blogspot.my)
Dikatakan Muzium Kota Lukut asalnya adalah sebuah kubu pertahanan. Raja Busu, anak Sultan Ahmad dari Selangor telah datang ke Lukut untuk membangunkan perusahaan bijih timah. Pada 1834, pelombong dan peniaga Cina merusuh akibat cukai 10% kepada bjih timah yang dibawa keluar daripada Lukut. Istana Raja Busu dan rumah-rumah orang Melayu diserang dan dibakar, beratus-ratus orang dirompak dan dibunuh, termasuk Raja Busu, isteri dan keluarga. Kejadian itu menyebabkan berlakunya serang balas orang Melayu yang sedia mengepung dan membunuh golongan ini yang melarikan diri melalui Sungai Lukut. Beberapa orang yang terlepas berlindung di kawasan British Melaka dan kawasan pelarian ini dinamakan sebagai Lubuk China.
12. Ramuan China, Melaka
Selain daripada TEORI SATU, dikatakan ianya mendapat nama daripada seekor gajah bernama Ramu milik bangsawan Cina yang hilang. Selain itu, ada yang mengaitkan dengan ramuan ahli perubatan Cina.
13. Bahau, Negeri Sembilan
Bahau merupakan bandar utama di Daerah Jempol, Negeri Sembilan. Dikatakan ianya bermakna "Mulut Kuda" sementara pekan Mahsan yang terletak berdekatan bermaksud "Badan Kuda" dalam bahasa Kantonis. Sejarah yang berkaitan dengan namanya yang aneh ini tidak pula disertakan.
14. Lok Heng, Johor
Fleda Lok Heng terletak di Kota Tinggi, Johor. Dikatakan namanya berasal daripada nama seorang peneroka terawal di sini, Lok Heng yang merupakan seorang pekebun Cina. Walaubagaimanapun, tiada sumber untuk mengesahkan perkara ini. Selain itu, ianya dikatakan berasal daripada perkataan Cina merujuk kepada persekitaran kawasan ini yang dipenuhi hutan paya dan mudah dinaiki air.
15. Sarikei, Sarawak
Kembali semula ke Borneo, kita pergi pula ke bandar Sarikei yang terletak berhampiran Sungai Rajang. Dikatakan asal-usulnya masih tidak diketahui. Dikatakan pada masa dahulu, Sarikei dikenali sebagai pusat membeli ayam dan dikatakan itu menjadi asal-usul namanya. "Sa-rie" dalam kebanyakan dialek bermaksud pusat dan "kei" bermaksud bandar/pekan. Lama-kelamaan, Sariekei bertukar menjadi Sarikei.
No comments:
Post a Comment