Reminder: This is just my theory, not an official statement.
Peringatan: Ini hanyalah sekadar teori penulis, bukannya kenyataan rasmi berkaitan projek.
Kita sudahpun tahu yang jajaran asal bagi ECRL atau Laluan Keretapi Pantai Timur telahpun dilencongkan daripada laluan melalui Bentong-Gombak ke laluan melalui Negeri Sembilan. Yes, I know the full details will be show this Monday (15/4/2019) tapi well, biasalah aku nak berteori, sepertimana orang lain berteori pasal wayang contohnya.
Okay back to our topic, kalau tengok gambar di bawah yang diambil daripada page Sinar Harian dan disiarkan di pelbagai page terutama page-page Pantai Timur seperti Maafsebut dan banyak lagi.
Kredit: Sinar Harian dan Maafsebut |
1)Laluan ECRL tidak lagi melalui Terengganu sebaliknya melalui jajaran lama KTM. Dalam banyak-banyak teori,teori ini adalah yang paling menakutkan train enthusiast seluruh Malaysia kerana nampak macam basuh tangan habis. Pakai jajaran lama, lepastu buat jajaran baru Jempol-Labu dan terus ke KLIA. Kebanyakan yang merasa sebegini berpegang pada pendapat bahawa ianya adalah menghairankan nama Jempol dan Kuala Klawang disebut sebaliknya Kuala Terengganu tak disebut.
2)Laluan ECRL dah tak feasible bila ianya terlalu ke selatan. Ni pulak merujuk kepada sambungan Labu ke Port Klang via KLIA. Pandangan ini agak berasas kerana kebanyakan kenyataan akhbar hanya menyebut Labu pada 12/4/2019 tanpa menyebut mana-mana bandar penting di Selangor. Kebanyakan train enthusiast merasa risau jika projek ini menjadi gajah putih kerana lalu di kawasan yang kurang pembangunan. Kalau ECRL mengikut pelan ini, stesen bandar yang dapat dibina pun hanya di Enstek, Banting dan Teluk Panglima Garang sebelum tamat di Port Klang.
Dengan tersebarnya pelan infografik di atas, kedua-dua teori di atas dapatlah dipatahkan. Persamaan yang sama hanyalah:
1)Fasa 2 terbatal secara automatik iaitu Laluan Tumpat-Pengkalan Kubor dan Laluan Gombak-Serendah-Puncak Alam-Kapar-Port Klang dan digantikan dengan Laluan Jempol-K.Klawang-Labu-Kajang-Putrajaya-KLIA-Port Klang.
2) Jumlah stesen dikurangkan. Selain stesen Gombak dan Bentong yang menjadi main argument,
Stesen di Kelantan misalnya diturunkan jumlahnya daripada 4 iaitu Wakaf Bharu, Kota Bharu, Jelawat dan Tok Bali, kepada hanya 2 stesen, Kota Bharu dan Tok Bali. Boleh dijangka tiada interchange dengan KTM Wakaf Bharu seperti yang dirancang.
Stesen di Terengganu pula pada asalnya terdiri daripada 9 stesen Kampung Raja, Penarik, K.Terengganu, K.Telemong (provisional), Pkln.Berangan, Dungun, Kertih, Kemasik, Chukai
diturunkan kepada 6 stesen iaitu Kampung Raja, K,Terengganu,Pkln Berangan, Dungun Kemasik dan Chukai.Stesen di Pahang pada pelan asal memiliki 8 stesen iaitu Cherating, Kuantan Port City, KotaSAS, Kuantan Sentral, Gambang, Maran, Mentakab dan Bentong kepada 7 stesen dengan membuang Bentong dan Kuantan Sentral daripada laluan. Boleh dijangka tiada sambungan ke Kuantan Sentral.
3) Terdapat beberapa stesen baru. Antaranya di Negeri Sembilan dan Selangor. Berdasarkan pelan infografik, terdapat 5 stesen baru iaitu Kajang/Bangi, Putrajaya Sentral,Port Klang dan masing-masing satu stesen cadangan di Selangor dan Negeri Sembilan.
Bagi stesen di Negeri Sembilan, berkemungkinan sebuah stesen dibina di Bandar Seri Jempol memandangkan saiznya jauh lebih besar daripada Kuala Klawang. Namun, jarak bandar ini agak dekat dengan bandar Bahau yang turut mempunyai stesen keretapinya, memungkinkan stesen baru ini dibina di Kuala Klawang sebelum bersambung ke jajaran Pantai Barat di Labu.
So dengan kata lain, ikut teori aku, kalau korang dari Kuantan, korang akan lalu rel baru sampai Mentakab, lepastu ikut rel lama sampai Jempol, lepastu mungkin interchange (samada kat Jempol atau Bahau) dan walla, korang lalu terowong terus sampai Seremban.
4) Penebukan terowong masih perlu dilakukan. Jujur kata aku agak terkejut bila alasan-alasan yang tersebar di media sosial adalah untuk mengelak Banjaran Titiwangsa dan juga banjaran di Negeri Sembilan lebih mendatar. Perlu diingatkan bahawa kawasan utara Negeri Sembilan masih disempadani oleh banjaran Titiwangsa dan berakhir di Tampin, so its kinda weird when you say you want to avoid Titiwangsa Range. Dan melainkan jika pembangunan laluan ini akan melalui bukit, like melalui macam Lebuhraya Timur-Barat kt Grik literally dan bukannya keluar masuk terowong macam Karak, it doesnt matter much the range is hilly or not. The only reason I can accept is the line will go near water source of Selangor.
OK, now aku akan try untuk lukis macamana gambaran laluan baru yang akan dilalui.
Banyak khabar angin mengatakan laluan dari Temerloh (actually Mentakab, Temerloh tiada stesen kereta api) ke Jempol, adalah melalui Triang. Jadi adalah lebih mudah difahami yang laluan ini akan melalui laluan KTM sedia ada. Yang lagi menakjubkan, wikipedia ECRL pun dah mengesahkan perkara ini XD melalui entri "project proposal". Cepat jugak diorag buat kerja.
Cuma apa yang memeningkan di sini adalah ECRL menggunakan standard gauge manakala KTM Pantai Timur menggunakan meter gauge. So its kinda weird kalau ada orang kata keretapi ECRL boleh lalu atas landasan meter gauge.
Apa benda pulak standard gauge dengan meter gauge tu?
Senang cakap, ianya adalah lebar bagi jalur kereta api. Standard gauge ni lebar dia 1435mm (1.435m) dan meter gauge pulak 1000mm (1m). Kalau korang perasan, HSR yang kena cancel tu pun dirancang menggunakan standard gauge. Senang cakap, standard gauge tu boleh jadikan kelajuan keretapi tidak lagi terhad dan boleh dimaksimumkan.
Hmm, dah tu, kenapa tak cabut semua rel keretapi kat Malaysia dan gantikan dengan standard gauge? Jawapan mudah adalah kos. Kos untuk memasang dan maintainance bagi standard gauge adalah lebih tinggi, sebab itu ia dirancang hanya untuk projek yang memberi pulangan tinggi.
Ok, back to story, kalau ikut Wikipedia, ECRL fasa 1 just terhenti kat situ dan korang kena turun tunggu keretapi sampai dari Kelantan lama namati macam kat Gemas dan Bukit Mertajam sebelum drop dekat Jempol dan Bahau dan tunggu keretapi, again (yeayyyy!). Tapi mungkin ada yang cuba menegakkan benang basah kononnya rel standard akan dipasang selari dengan meter gauge,which I really doubt.
Dan based on Wikipedia, again. Laluan K.Klawang-Bangi/Kajang adalah termasuk dalam Fasa 2. Tidak dapat dipastikan adakah Fasa 1 akan dibuka kepada umum terlebih dahulu atau hanya dibuka kalau kedua-dua fasa telah dibuat. Kalau Fasa 1 dibuka terlebih dahulu, ianya akan menjadi sedikit janggal apabila pengguna dari Pantai Timur yang hendak ke KL, masih perlu turun ke Gemas seperti zaman pra-ECRL. The only bright side adalah sistem keretapi pantai timur kini dahpun mencakupi kawasan Terengganu dan Kuantan.
Kalau dilihat pada lukisan aku, aku menjangkakan Bandar Baru Serting/Bandar Seri Jempol yang akan dibina stesen baru. Sebab, why not? Nama bandar (or mungkin diorang hanya maksudkan daerah?) ini ada disebut dalam press conference, bandar ini merupakan pusat pentadbiran daerah Jempol lengkap dengan Majlis Perbandaran sendiri, lengkap dengan hospital dan MRSM Serting, serta boleh dikatakan antara felda yang berjaya membentuk bandarnya sendiri, selain Jengka. Tapi yang menjadi masalah di sini adalah kedudukannya yang hampir dengan Bahau yang sudahpun mempunyai stesen sendiri. Jadi, di sinilah timbulnya teori kedua bahawa Bahau menjadi stesen pertukaran ke Seremban (Labu) dan K.Klawang menjadi stesen perantara di antaranya.
Melepasi Banjaran Titiwangsa melalui terowong (yup, still need to drill through that range. Apa kau ingat kau skip Bentong tak payah lalu banjaran?), laluan akan mula dibuat hingga ke Labu. Pernah aku terfikir kenapa tidak disambung dengan Seremban, tapi lepas tengok betapa padatnya Seremban, tak mungkin diorang akan redah dan robohkan rumah orang satu-persatu. Kang jadi isu lain pulak. Thats why diorang akan lalu upskirts Seremban sebelum interchange di Labu (which is good since Labu connected by KTM Komuter).
Tapi press conference baru-baru ini, nama Labu seakan senyap dan nama Bangi/Kajang pula yang dinaik-naikkan. Mungkin kerana banyak telahan liar seperti yang aku tulis ke atas membuatkan diorang rasa "Yeah, we gonna dump that name and never talk about that". So, ini jugak membuatkan aku terfikir kemungkinan untuk laluan itu didivertkan ke Mantin berbanding Labu memandangkan lebih dekat dengan Selangor. But that just my wild guess and of course lagi banyak kerja pulak nak pasang rel baru kat area Mantin.
Tapi bila diolah dari laluan merah, barulah nampak agak berbaloi memandangkan lalu area Kajang/Bangi yang disambungkan perkhidmatan MRT dan KTM Komuter. Seterusnya pula melalui Putrajaya Sentral. Tiada apa-apa masalah di sini. Kalau korang perasan, ERL adalah satu-satunya laluan keretapi di sini dan menuju KLIA, sebab itulah KLIA scrapped out dan diganti Putrajaya Sentral.
Seterusnya ke Port Klang, kita perhatikan ada slot stesen cadangan yang masih kosong. Pada aku ia mungkin mana- mana bandar terdekat di antara Putrajaya-Port.Klang. Boleh jadi Kota Kemuning,Teluk Panglima Garang, Banting mahupun Bandar Bukit Tinggi.
Apa-apapun, marilah kita menantikan keputusan akhir berkaitan projek ini melalui pengumuman pada Isnin ini.
No comments:
Post a Comment