Wednesday, June 3, 2015

10 Fakta Menarik Tentang Negeri Perak


Kali ni blog RV berminat nak kupas tentang sebuah negeri di Malaysia yang tak kurang uniknya. Lain tidak bukan ianya adalah negeri Perak Darul Ridzuan yang banyak menyimpan khazanah dan sejarah yang tidak ternilai. Jom kupas beberapa fakta tentang negeri ni.



10. Perak adalah negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan 21,005 km2 selepas negeri Pahang Darul Makmur dengan merangkumi  6.4% keluasan Malaysia.


9. Sungai Perak adalah sungai kedua terpanjang di Malaysia selepas sungai Pahang dengan panjangnya 400km, mengalir melalui hampir kesemua daerah di Perak dari Hulu Perak ke Hilir Perak. Sungai ini memainkan peranan penting suatu ketika dahulu kerana menjadi laluan Sultan dari Kuala Kangsar ke Indonesia dan cawangannya sangat kaya dengan bijih timah. Nama Perak juga diperoleh dari sungai ini yang warna airnya putih perak.


8. Bukit Larut, Taiping, Perak adalah kawasan paling lembap di Malaysia dengan taburan hujan 325 hari setahun. Hujan turun di sini hampir setiap petang dan dijadikan sebagai penanda samada Taiping akan hujan atau tidak. Awan aneh menyelubungi bukit ini hampir setiap masa dan mempengaruhi cuaca di Taiping. Jika anda berpeluang ke Taiping dan melalui jejambat yang melintasi rel keretapi pada waktu hujan, anda akan perasan pada tengah jambatan itu akan berlaku "pemisahan kawasan" yang mana sebelah kawasan hujan sementara sebelah lagi tidak.


7. Perak adalah negeri yang menjadi syurga kepada penggemar durian memandangkan durian antara tanaman terbesar di Perak dan menempatkan baka2 durian terbaik. Jika Perak adalah sebuah negara, mungkin durian adalah eksport terbesarnya.


6. Perak juga pernah menemukan beberapa rafflesia, yang mana kebiasaannya hanya ditemukan di Pahang dan Malaysia Timur. Salah satunya diberi nama Rafflesia Azlanii, sempena nama Sultan Perak , Sultan Azlan Shah. Di hutan Royal Belum juga pernah ditemukan rafflesia 10 kelopak yang pertama di dunia.

5. Perak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengharamkan tarian Poco-poco. Ianya berdasarkan fatwa Mufti Perak sekitar bulan Mac 2011 yang mendakwa ianya membentuk simbol salib dan diamalkan di Jamaica.



4. Ramai yang menyangka keris Taming Sari sudah tiada dan tinggal sejarah. Anda salah kerana ianya berada di bawah kawalan kerajaan Perak. Bagaimana keris dari Melaka ini boleh berada di Perak? Ini adalah kerana keturunan diraja Perak berasal dari keturunan Sultan Muzaffar I yang dihantar untuk memerintah Perak. Dengan erti kata lain, kerabat diraja Perak mempunyai susur galur yang sama dengan kerabat Kesultanan Melaka.


3. Negeri Perak adalah satu-satunya negeri yang tiada Putera Mahkota sebaliknya diganti dengan terma "Raja Muda".


2. Taiping pernah bertanding dengan Kuala Lumpur untuk menjadi ibu negara suatu ketika dahulu memandangkan kebanyakan "tempat2 pertama di Malaysia" terletak di sana. Taiping juga pernah menjadi ibu negara Perak sehingga diberikan pula kepada Ipoh pada 1937. Taiping akhirnya menjadi bandar bersejarah kerana kedudukannya "terlalu utara" untuk menjadi ibu negara mahupun ibu negeri Perak.



1. Haa, yang ni mesti korang susah nak percaya. Perak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai 5 dialek iaitu dialek Utara bagi daerah Kerian dan LMS, dialek Kelantan bagi Hulu Perak, dialek Kepulauan Indonesia bagi Kinta dan Kampar, dialek Lembangan Sungai Perak bagi Kuala Kangsar, Manjung dan Perak Tengah sementara dialek Selatan bagi Batang Padang dan Hilir Perak.

Utara:hang
Klate: mu
Dialek Sg.Perak: kome
Dialek Selatan: mike



So, tiap kali hendak ke Perak, anda akan terkejut apabila mendengar kepelbagaian ini, berbanding di negeri2 lain yang biasanya ada 1 atau 2 sahaja. Baiklah jam aku dah menunjukkan pukul 4 pagi. =='' Wah, start tulis 2 pagi. Ni menandakan aku dah mengadap blogger ni sahaja mau 2 jam. Baiklah, blog RV akan terus memberikan entri yang menarik jika anda terus menyokong blog ini.

Sekian sahaja,
Assalamualaikum.

No comments:

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...