Wednesday, June 3, 2015

10 Negeri/Wilayah Paling Padat di Malaysia

Assalamualaikum guys, diharap anda semua masih setia dengan blog ini :3 Pada minggu yang lepas, admin RV ada menyenaraikan negeri-negeri dan wilayah-wilayah yang mempunyai jumlah penduduk yang wow, bapak gila ramai. Tapi isu ramai tidaklah berapa merunsingkan kita sebagaimana isu kepadatan sesebuah negeri. Apabila sesebuah kawasan tersangat padat, maka tanah pon semakin mahal. Bila tanah semakin mahal, kawasan kediaman terpaksa ditukar kepada flat untuk menjimatkan. Bila bersesak, mula wujud ketidakselesaan dan begitulah akhirnya. Jadi mari kita lihat mungkinkah negeri/wilayah anda antara yang "bertuah" dalam entri ini?? (Sesetangahnya kelihatan sangat tidak logik =='' tapi hmm data tidak menipu)

10.Negeri Sembilan Darul Khusus



Ibu negeri: Seremban (bandar ke 9 paling ramai di Malaysia)
Keluasan: 6,686km2

Kepadatan: 150 orang setiap km persegi




9. Johor Darul Takzim





Ibu negeri: Johor Bahru (kedua teramai di Malaysia)
Keluasan: 19,984km2

Kepadatan: 174 orang setiap km persegi




8. Kedah Darul Aman





Ibu negeri: Alor Setar (19 teramai di Malaysia)
Keluasan: 9426 km2
Kepadatan: 205 orang setiap km persegi




7.Perlis Indera Kayangan




Ibu negeri: Kangar
Keluasan: 810km2
Kepadatan: 282 orang setiap km persegi





6.Melaka Bandaraya Bersejarah





Ibu negeri: Bandaraya Melaka/Banda Hilir (11 teramai di Malaysia)
Keluasan: 1650km2
Kepadatan: 493 orang setiap km persegi




5.Selangor Darul Ehsan





Ibu negeri: Shah Alam
Keluasan: 8104 km2
Kepadatan: 674 orang setiap km persegi






4.Wilayah Persekutuan Labuan





Ibu negeri: Tiada
Keluasan: 91km2
Kepadatan: 955 orang setiap km persegi





3. Wilayah Persekutuan Putrajaya




Ibu negeri: Tiada
Keluasan: 4931 hektar
Kepadatan: 1478 orang setiap km persegi




2. Pulau Pinang






Ibu negeri: Georgetown (ke10 teramai di Malaysia)
Keluasan: 1046.3km2
Kepadatan: 1490 orang setiap km persegi
1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur




Ibu negeri: Tiada
Keluasan: 244km2
Kepadatan: 6891 orang setiap km persegi




FYI, negeri paling lapang/tidak padat di Malaysia dimenangi Sarawak dengan hanya 20 orang setiap km2 diikuti Pahang dan Sabah dengan berkongsi 42 orang setiap km2. Jadi, anda sudah buat keputusan di negeri mana anda mahu tinggal? Sunyi atau padat? :3 Its up to you. Berjumpa dalam entri akan datang :)




No comments:

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...