Wednesday, June 3, 2015

Fakta-fakta Mindblown Tentang Malaysia

10. Jumlah penduduk di Subang Jaya, bandar dengan penduduk teramai di Malaysia pada tahun 2010 adalah kira-kira 1,683,589 orang. Ianya jauh lebih tinggi dari populasi keseluruhan penduduk Kuala Lumpur dan berada sedikit belakang daripada populasi negeri Kedah.

9. Populasi negeri Perlis pada tahun tersebut adalah 231,541 orang. Sementara jumlah penduduk Muar pada ketika itu adalah 247,957 orang.

8. Daerah terbesar di Malaysia adalah daerah Jerantut. Luas daerah ini adalah 7757.72km2. Saiznya hanya kecil sedikit daripada saiz negeri Selangor (7956km2)

7. Di bahagian Tawau, terdapat sebuah gunung berapi pendam yang bernama Bukit Bombalai. Ianya terletak tidak jauh dari bandar Tawau. Sekiranya gunung ini meletus, perhubungan kapal terbang di pantai timur Sabah seperti Sandakan dan Tawau akan terganggu teruk.

6. Pulau terbesar di Malaysia bukanlah Pulau Langkawi, sebaliknya milik Pulau Banggi di Sabah. Pulau ini berkeluasan 440.7 km2. Pulau kedua terbesar adalah pulau Beruit di Sarawak. Saiz pulau ini adalah separuh negeri Perlis atau lebih besar dari wilayah Kuala Lumpur.

5. Bandar Kapit adalah penempatan yang hanya boleh dituju melalui sungai. Jarak perjalanan dari Sibu ke Kapit dianggarkan bersamaan jarak dari Georgetown ke Ipoh.

4. Ketika Kedah di bawah pemerintahan Siam di zaman Jepun, Kedah diberi nama Syburi. Mengikut undang-undang Thailand, orang Syburi diberi hak untuk memiliki tanah di Thailand seperti rakyat Thailand. Sehingga kini, orang2 Syburi (Kedah) mempunyai hak untuk memiliki tanah di Thailand.

3. Sebelum dijajah Portugis, nama asal Melaka adalah Melaka Darul Azim.

2. Johor adalah satu-satunya negeri yang belum pernah dijajah British dan merupakan negeri terakhir yang menandatangani untuk memasuki Persekutuan Malaya. Sebelum itu mereka memakai istilah "negara" sepertimana Sabah dan Sarawak.

1. Perak adalah satu-satunya negeri yang mana penduduknya bertutur dalam dialek Utara, Kelantan, Sg. Perak, dialek Perak Selatan, bahasa Rawa, bahasa Mandailing dan bahasa Banjar.

No comments:

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...