Sunday, December 18, 2016

9 Bandar Diraja Terbesar di Malaysia




1. Klang, Selangor

 

Klang ( Jawi: کلڠ) dahulunya dikenali sebagai Kelang) merupakan Bandar DiRaja bagi negeri Selangor.  Bandar ini pernah menjadi ibu negeri Selangor sebelum wujudnya Kuala Lumpur dan Shah Alam. Ia terletak kira-kira 32 km di barat Kuala Lumpur dan merupakan bandar ketiga terbesar di Selangor. Bagi sebuah bandar ibu diraja, ini adalah bandar ibu diraja dengan populasi terbesar di Malaysia, dengan populasi 842,146 orang.

Tempat-tempat menarik di bandar ini ialah Istana Alam Shah, Tugu Kris (Jalan Tengku Kelana berhampiran bulatan simpang lima), Masjid Sultan Sulaiman (bersebelahan Istana Negeri), Stesen Keretapi Klang, Jalan Tengku Kelana (Little India), Taman Pengkalan Batu (Taman Persisiran Sungai), Kota Raja Mahadi, Gedung raja Abdullah(muzium), Bangunan Sultan Sulaiman dan Masjid India Muslim.


2. Kota Bharu, Kelantan

Image result for bulatan jam besar kota bharu






Kota Bharu telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1844 oleh DYMM Sultan Muhammad II sebagai ibu negeri Kelantan yang baru bagi menggantikan Kota Saba yang tidak lagi sesuai untuk dijadikan pusat pentadbiran negeri kerana selalu diancam dengan banjir. Baginda telah bersemayam di sebuah istana yang digelar "Kota Bharu" sempena kota yang baharu dibuka oleh baginda. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, istana Kota Bharu tersebut telah ditukar nama kepada Istana Balai Besar ekoran kekeliruan yang timbul di antara nama tempat dan juga nama sebuah istana.
Sejak itu, Kota Bharu telah mengalami proses urbanisasi yang pesat dan menjadi tumpuan penduduk. Hari ini, Kota Bharu telah muncul sebagai bandar terbesar di Pantai Timur Malaysia dengan jumlah penduduk 491,237 orang (banci 2010), berada di belakang Klang sebagai bandar ibu diraja kedua terbesar. Keistimewaan dan tempat menarik di Kota Bharu.
  • Masjid Sultan Ismail.
  • Pasar Besar Kota Bharu (Kaum wanita banyak berniaga di sini).
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
  • Gelanggang Seni (Tempat kegiatan kesenian dan kebudayaan).
  • Perusahaan batik (Perusahaan yang terkenal di Kelantan).


3. Muar




Muar adalah bandar di-Raja di barat laut negeri Johor. Ia pernah menjadi sebuah Kerajaan merdeka dan berdaulat yang diperintah oleh Sultan Ali Iskandar Shah dalam masa yang singkat (1855 – 1877), apabila penguasaan negeri Johor (kecuali Muar dan Kesang) telah diserahkan kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali Iskandar Shah. Sultan Ali adalah pewaris sebenar Kesultanan Johor tetapi kelemahan beliau telah menyebabkan pemerintahan Johor dikuasai oleh Temenggung. Setelah beliau mangkat pada 1877, Muar akhirnya menjadi sebahagian daripada wilayah Johor. Pada awal tahun 1884 Maharaja Abu Bakar telah menitah Muhammad Salleh bin Perang, Dato' Bentara Luar Johor untuk membuka Bandar Muar yang turut dikenali sebagai Bandar Maharani. Nama ini diberikan oleh Maharaja Abu Bakar. Muar selama bertahun-tahun adalah bandar yang kedua terbesar di Johor tetapi kedudukan tersebut telah diambil alih oleh Batu Pahat. Namun demikian, Muar masih merupakan bandar kedua terpenting dari segi pentadbiran selepas ibu negeri Johor Bahru

Muar adalah satu-satunya bandar di Malaysia yang mempunyai sistem jaringan keretapinya yang tersendiri di masa lampau yang dikenali sebagai Keretapi Kerajaan Muar (Muar State Railways) atau MSR, beroperasi hanya 4 tahun selepas landasan keretapi pertama di negara ini di antara Taiping dan Port Weld dibuka pada 1885. Sistem keretapi ini wujud dari tahun 1889 hingga 1925, menghubungkan Jalan Sulaiman di Bandar Maharani dan Sungai Pulai pada jarak 22.5 km. Berdasarkan ciri-cirinya sebagai keretapi ringan tempatan, ia adalah terasing daripada jaringan keretapi di tanah Melayu pada waktu itu tetapi terdapat perancangan untuk memanjangkan landasan sehingga ke Batu Pahat pada 1916. Walau bagaimanapun, projek tersebut tidak dilaksanakan ekoran halangan geografi dan kewangan. Populasi Muar pada 2010 adalah kira-kira 328, 695 orang.



4. Kuala Terengganu, Terengganu



Sebagai ibu negeri Terengganu, bandaraya ini berperanan penting dalam politik dan ekonomi seluruh negeri. Kuala Terengganu merupakan pusat bagi pelbagai agensi, jabatan dan badan kerajaan negeri dan persekutuan, antaranya seperti Jabatan Imigresen dan Kastam, Unit Perancang Ekonomi Negeri, pejabat besar Pos Malaysia, Perpustakaan Negeri Terengganu, dan lain-lain. Memandangkan bandaraya ini merupakan pusat pentadbiran negeri, Wisma Darul Iman, bangunan sekretariat negeri menempatkan Dewan Undangan Negeri Terengganu dan Pejabat Menteri Besar. Istana-istana Sultan Terengganu seperti Istana Badariah dan Istana Maziah turut berada di bandaraya ini kerana Kuala Terengganu juga merupakan bandar diraja. Populasinya kini adalah 284,136 orang. Walaupun ianya jauh lebih sedikit daripada Kota Bharu dan Kuantan, namun ianya diberi jolokan "bandar paling pesat membangun di Pantai Timur".




5. Kuala Kangsar, Perak




Kuala Kangsar merupakan sebuah Bandar Diraja dan salah satu bandar bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Bandar Sungai Siput (U) merupakan pusat pertumbuhan kedua terbesar selepas Bandar Kuala Kangsar di daerah Kuala Kangsar sendiri. Di sini juga terletaknya sebuah universiti awam yang baru iaitu Universiti Sultan Azlan Shah. Populasinya adalah kira-kira 154, 000 orang.


Terdapat beberapa kawasan pelancongan dan rekreasi di Kuala Kangsar


6. Pekan, Pahang




Mengikut pendapat orang-orang tua, Pekan mendapat namanya dari sejenis bunga yang dipanggil Bunga Pekan yang banyak tumbuh menjalar di tebing-tebing Sungai Pahang. Bunganya berwarna putih seperti bunga Melor, namun bakanya kini sudah tiada lagi untuk dikenalkan kepada generasi sekarang dan akan datang. Di Bandar Pekan juga terdapat sebatang sungai yang digelar Sungai Pekan (berhampiran Kampung Mengkasar) tetapi tiada bukti yang menyatakan Pekan mendapat nama dari sungai ini.
Pekan merupakan sebuah daerah [1], dan bandar diraja di PahangMalaysia. Ia terletak kira-kira 50 km dari selatan ibu negeri terkini iaitu Kuantan, berhampiran Laut China Selatan dan tebing selatan Sungai PahangPekan mempunyai 2 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH Pekan) dan Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Tun Abdul Razak (InSTAR) dan sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM iaitu MRSM Tun Abdul Razak Pekan, Pahang. Di sini juga terletaknya salah satu kampus Universiti Malaysia Pahang. Bandar diraja ini mempunyai penduduk seramai 33,089 orang.


7. Anak Bukit, Kedah




Anak Bukit adalah sebuah bandar diraja [1] di Negeri Kedah, Malaysia dan terletak di Kawasan Parlimen Kuala Kedah. Anak Bukit juga merupakan sebuah mukim yang terletak di daerah Kota Setar. Anak Bukit terletak berhampiran dengan Alor Merah dan Kepala Batas iaitu di Lebuhraya Darul Aman. Pekan ini terletak 7 km dari pusat bandar Alor Setar dan dihubungkan dengan Lebuhraya Darul Aman. Sejarah nama bandar ini yang agak unik dikaitkan dengan sebuah bukit atau changkat yang tinggi sedikit di kawasan sawah padi yang luas terbentang. Dengan itu, bukit kecil ini jelas kelihatan pada waktu pagi kerana ketinggiannya berbanding dengan sawah padi yang rata dan rendah. Disebabkan Anak Bukit adalah suburban kepada Alor Setar sepertimana Mergong dan Langgar, jumlah populasinya tidak jelas. 

8. Arau, Perlis




Terletak di negeri paling kecil di Malaysia, Arau merupakan sebuah Bandar DiRaja dan juga mukim di negeri Perlis. Arau terletak kira-kira 14 km dari tenggara Kangar. Istana Arau yang berbumbung biru terletak berdekatan dengan Masjid Negeri Perlis.


Bandar Diraja Arau mempunyai sejarah tersendiri. Kawasan ini adalah kawasan bagi pertumbuhan pendidikan tinggi, seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM Arau), Universiti Malaysia Perlis, MRSM Arau (belum beroperasi sepenuhnya), dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Ini menjadikannya digelar sebagai Bandar Ilmu, selain digelar "bandar paling hidup di Perlis" memandangkan ramai pelajar di sini, kedudukan yang dekat dengan Jitra serta lebih "hidup" berbanding Kangar dan Kuala Perlis. Stesen keretapi Arau juga merupakan stesen yang paling berdekatan dengan Kangar. Terdapat banyak keretapi akan berhenti di stesen sini untuk memberikan penaik pergi atau balik ke ibu negeri. Arau juga terletak lebih berhampiran dengan Lebuhraya Utara Selatan Malaysia, melalui sambungan Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis (memandangkan Perlis satu-satunya negeri yang tidak dihubungkan Lebuhraya Utara Selatan di Pantai Barat). Jumlah penduduknya kira-kira 20,000 penduduk.

9. Seri Menanti, Negeri Sembilan




Seri Menanti adalah bandar diraja bagi Negeri Sembilan. Ia terletak kira-kira 32 kilometer dari ibu negeri, Seremban dan 14 kilometer dari pekan Kuala Pilah. Bandar ini terletak di dalam daerah Kuala Pilah. Seri Menanti terletak di suatu kawasan lembah yang dikelilingi bukit bukau menghijau. Rata-rata penduduk di sini adalah rakyat sederhana yang asalnya petani. Keluasannya agak kecil dan hanya ada beberapa kedai kecil. Pekan/ bandar terdekat adalah Kuala Pilah dan Seremban. 
Dipercayai Seri Menanti telah diteroka oleh orang-orang Minangkabau dari Rembau pada sekitar kurun Masihi ke-15. Menurut cerita lisan, semasa meneroka kawasan tanah di situ telah terjumpa tiga rumpun padi yang subur menghijau. Maka itu dipanggil tempat itu Padi Menanti. Lama kelamaan tempat itu bertukar sebutan kepada 'Seri Menanti'. Dipercayai Seri adalah perkataan Jawa Kuno yang bermakna padi. Nama Seri Menanti diberi nama oleh Datuk Puteh yang berasal dari Pagar Ruyong. Datuk Puteh percaya dengan penemuan tiga batang padi itu, akan memakmurkan negeri itu jika dibuka. Populasi Seri Menanti adalah kira-kira 997.01 orang.

No comments:

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...