Friday, August 21, 2015

20 Daerah Terbesar di Malaysia (Bahagian 1)

Pergh, lamanya blog aku ni bersawang. HAHAHAHA. Padahal aku dah janji kat diri sendiri yang aku nak sambung balik blogging musim cuti. Last2 puasa dah habis sebulan, raya pon baru berapa hari nak abis, barula semangat balik nak berblogging.

Sebenarnya aku macam agak malas nak update sejak ada orang serang blog aku sebelum ni. Kalau takat tegur tu takpe lagi, ni pakat mencarut bagai, memang agak membuatkan aku rasa macam menyampah skit nak teruskan blogging.

BTW, waktu aku godek2 pasal geografi Malaysia, aku ada terjumpa satu posting bertajuk "Daerah terbesar di Malaysia". Admin tu menyatakan bahawa daerah Jerantut adalah daerah terbesar di Malaysia berdasarkan perkiraan hektar. Tapi setelah aku cekedaut (check it out: geddit geddit?), aku mendapati Jerantut bukanlah yang terbesar di Malaysia, di Semenanjung pun bukan. Jadi apakah daerah2 gergasi di Malaysia? Jom semak...

*Disclaimer: Untuk admin tersebut, entri ini tidak bermaksud untuk menjatuhkan, sebaliknya hanyalah perkongsian ilmu.
** Daerah-daerah di Sarawak dan Sabah tidak dikira mengikut bahagian, sebaliknya konsep "daerah", sementara di Kelantan mengikut jajahan
*** Perlis dan Wilayah Persekutuan dikecualikan daripada entri ini
**** Untuk lebih difahami, Sabah mempunyai 5 bahagian yang mempunyai 25daerah kesemuanya sementara Sarawak pula mempunyai 12 bahagian yang mempunyai 32 daerah semuanya.
*****Daerah adalah subnegeri di Semenanjung, manakala di Malaysia Timur, ianya adalah subbahagian.
*****Pengiraan keluasan dikira mengikut km2.

Sumber: Wikipedia, Laman Web Majlis Daerah dan beberapa blog yang saya suda terlupa namanya

20. Hulu Terengganu, Terengganu









Hulu Terengganu merupakan sebuah daerah yang agak terpencil di negeri Terengganu yang terkenal dengan Tasik Kenyir, tasik buatan terbesar di Malaysia.


Kelahiran nama Terengganu Darul Iman itu sendiri dikatakan ada kaitan yang sangat rapat dengan Hulu Terengganu. Ini kerana Batu Bersurat Terengganu yang menyatakan daerah ini yang mula-mula menerima Islam di Terengganu malah di Malaysia. Ia dijumpai di Kg. Buluh iaitu sebuah kampung di Hulu Terengganu.
Pembangunan yang pesat di Kuala Berang memperlihatkan yang Hulu Terengganu tidaklah sama dengan hulu di tempat yang lain.

Bandar/pekan terkenal: Kuala Berang
Saiz daerah: 3874 km persegi
Seberapa besarkah daerah ini? Perbandingan : 2.3 kali ganda berbanding negeri Melaka 
                                                                                                                       (1664 km persegi)




19. Selangau, Bahagian Sibu, Sarawak (berwarna hijau)




Selangau merupakan sebuah daerah di bawah pentadbiran Bahagian Sibu, Sarawak, Malaysia. Pekan Selangau merupakan pekan terbesar di bahagian Sibu. Selangau juga mempunyai jumlah penduduk yang ramai berbanding dengan pekan-pekan lain (22318 orang ). Kini Selangau diiktiraf sebagai daerah Selangau. Selangau dikenali sebagai daerah perhentian di Lebuhraya Pan-Borneo khususnya bagi perjalanan jauh seperti Kuching ke Miri. Ianya diletakkan di dalam Daerah Luar Bandar Sibu.

Bandar/pekan terkenal: Selangau
Saiz: 3895 km persegi
Seberapa besarkah daerah ini? Perbandingan: 2.34 kali ganda berbanding negeri                                                                                                              Melaka





18. Limbang, Bahagian Limbang, Sarawak




Limbang adalah sebuah daerah yang terletak di dalam Bahagian Limbang yang diapit oleh dua bahagian Brunei iaitu Daerah Brunei-Muara,Brunei dan Daerah Temburong. Wilayah ini diambil oleh Charles Anthoni Johnson Brooke untuk menjadi Bahagian Kelima Sarawak, menyebabkan tuntutan oleh Brunei ke atas wilayah ini. Walaubagaimanapun, isu itu diselesaikan dengan pemberian pelantar minyak yang berada di perairan Brunei oleh Malaysia kepada Brunei.

Bandar/pekan terkenal: Limbang 
Saiz: 3978.1 km persegi
Seberapa besarkah daerah ini? Perbandingan : 2.39 kali ganda berbanding negeri Melaka




17.Miri, Bahagian Miri, Sarawak





Miri wujud disebabkan kemunculan industri minyak dan gas asli yang pertama dijumpai pada tahun 1910 di Bukit Telaga Minyak, Bukit Kanada di bandar Miri. Semenjak itu,Daerah Miri terus pesat membangun hinggalah ke hari ini. Miri mendapat namanya daripada suku kaum Miriek yang merupakan penduduk bumiputra Miri pada abad ke-16. Orang-orang Eropah yang datang untuk mencari gali minyak di bandar ini secara tidak sengaja menukar nama Miriek menjadi Miri. Maka nama Miri kekal hingga ke hari ini. Miri adalah bandar bukan ibu negeri pertama yang berjaya mencapai status bandaraya.

Bandar/Pekan terkenal: Miri
Saiz: 4764.14 km persegi
Seberapa besarkah daerah ini? Perbandingan : 2.86 kali ganda berbanding negeri Melaka




16. Tatau, Bahagian Bintulu, Sarawak




Tatau adalah sebuah daerah yang mempunyai jaringan jalan raya yang baik di Sarawak, namun pengangkutan air masih diperlukan khususnya ke kawasan yang tiada sambungan jalan raya. Uniknya, walaupun daerah ini diduduki ramai dari bangsa Iban, Melanau, Cina dan Melayu, terdapat etnik yang bernama Tatau di sini.

Bandar/pekan terkenal : Kuala Tatau
Saiz: 4945.8 km persegi
Seberapa besarkah daerah ini? Perbandingan: 2.97 kali ganda berbanding negeri Melaka




15. Lipis, Pahang





Daerah Lipis terletak di barat laut negeri Pahang merupakan daerah ketiga terbesar di Pahang selepas Jerantut dan Rompin. Di daerah ini terletak bandar Kuala Lipis yang merupakan bekas ibu negeri Pahang.
Kuala Lipis terletak di pertemuan Sungai Jelai dengan Sungai Lipis dan merupakan ibu negeri Pahang yang pertama mulai tahun 1898 sebelum dipindahkan ke Kuantan pada tahun 1955. Ketika zaman penjajahan, British telah membina jalan asas yang menghubungkan Kuala Lipis dengan Kuala Lumpur sejauh 130 batu pada tahun 1890 bagi memudahkan pihak penjajah membawa keluar hasil bumi daerah ini.
Bandar Kuala Lipis telah berkembang pesat sebagai pusat perdagangan di negeri Pahang dengan industri utamanya iaitu perlombongan bijih dan emas.

Bandar/pekan terkenal: Kuala Lipis
Saiz: 5198 km persegi
Seberapa besarkah daerah ini? Perbandingan: 3.12 kali ganda berbanding negeri Melaka



14. Rompin, Pahang






Rompin adalah daerah kedua terbesar di negeri Pahang, berada di selatan bersempadan dengan negeri Johor. Rompin mendapat nama daripada sebatang pokok ru yang ramping, yang dikatakan boleh meneduh 40 orang makan di bawahnya, lalu tempat itu dinamakan rhu ramping. Lama kelamaannya, namanya menjadi rumping dan seterusnya Rompin.

Bandar/pekan terkenal: Rompin
 Saiz: 5247 km persegi
Seberapa besarkah daerah ini? Perbandingan: 3.15 kali ganda berbanding negeri Melaka



13. Nabawan, Bahagian Pedalaman,Sabah






Nabawan terletak di Bahagian Pedalaman Sabah. Ianya terletak berhampiran dengan sempadan Kalimantan, Indonesia. Ianya diduduki oleh majoriti Murut. Ianya dikelilingi oleh beberapa daerah di Sabah seperti Tawau di timur, Tongod dan Keningau di utara serta Tenom di belah barat laut.

Bandar/pekan terkenal: Nabawan
Saiz: 6089 km persegi
Seberapa besarkah daerah ini? Perbandingan: Kurang 597 km persegi berbanding Negeri Sembilan (6686 km persegi)



12. Lahad Datu, Bahagian Tawau, Sabah







Lahad Datu, timur Sabah merupakan sebuah daerah yang mempunyai nilai sejarah tersendiri. Lahad Datu, semasa pemerintahan Chartered Company, merupakan tempat persinggahan datu-datu dari kesultanan Sulu. Lahad berasal dari perkataan suku Βajau-Ѕinama, yakni bermaksud tempat atau negeri, mana kala Datu, merupakan Кeturunan Βangsawan mahupun yang sudah lama menetap di daerah ini khususnya ketua-ketua suku kaum atau Panglima dan Pembesar daerah.

Bandar/pekan terkenal: Lahad Datu
Saiz: 6501 km persegi
Seberapa besarkah daerah ini? Perbandingan: Kurang 185 km persegi berbanding Negeri Sembilan





11. Hulu Perak, Perak








Hulu Perak adalah satu-satunya daerah dalam entri ini yang mempunyai 3 majlis daerah sekaligus, merangkumi Lenggong di selatan daerah, Gerik di tengah, dan Pengkalan Hulu di bahagian hujung. Ia merupakan daerah yang terletak di timur laut negeri Perak, juga terbesar di negeri ini. Dis ebelah timur daerah negeri ini, ialah negeri Kelantan, manakala diutaranya pula ialah daerah Baling, Kedah. Di selatan daerah ini ialah daerah Kuala Kangsar. Bersempadan dengan negera Thailand di sebelah timur laut, daerah ini juga merupakan salah satu pintu masuk diantara Malaysia dan Thailand. Dibelah barat daya daerah ini ialah daerah Larut, Matang dan Selama.
Bandar/pekan terkenal: Gerik, Pengkalan Hulu, Lenggong
Saiz: 6563.5 km persegi
Seberapa besarkah daerah ini? Perbandingan : Kurang 122.5 km persegi daripada Negeri Sembilan


Daerah-daerah yang lebih gergasi daripada daerah-daerah ini berada di bahagian seterusnya.........

No comments:

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...