Monday, August 31, 2015

20 Daerah Terkecil di Malaysia (Bahagian 1)

Pada entri yang lepas, aku pernah menulis entri tentang daerah-daerah gergasi di Malaysia. Ada yang saiznya 3 kali ganda daripada negeri Melaka dan ada yang jauh lebih besar daripada negeri Perak. Dalam entri kali ini, aku akan menulis pula tentang daerah-daerah yang kerdil di Malaysia.

Rule dia still sama macam yang lepas, Sabah Sarawak diambil dari segi daerah bukan bahagian, manakala bagi Kelantan pula adalah jajahan.
* Again, Perlis dan W.P diasingkan memandangkan Perlis tidak berdaerah manakala KL dibahagi kepada zon.

p/s: Untuk entri yang lepas, aku terlepas pandang yang daerah Lojing baru je dipisahkan dari Gua Musang, jadi saiznya lebih kecil dan jatuh ke tempat 11. So, memang betulla Jerantut yang terbesar di Semenanjung.



20. Petaling, Selangor





Petaling merupakan satu daerah yang termaju di Negeri Selangor. Ia terletak di antara daerah Klang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Daerah Petaling dipecahkan kepada 3 jajahan perbandaran, masing-masing ialah Majlis Bandaraya Shah AlamMajlis Perbandaran Subang Jaya, dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Antara petempatan yang utama dalam daerah Petaling adalah, Shah Alam (ibu negeri), PuchongSerdang (Sri Kembangan),Subang JayaDamansaraPetaling Jaya dan Sungai Buloh.
Antara Institusi Pengajian Tinggi yang terdapat di daerah Petaling ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM, kampus Petaling Jaya), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR, kampus Petaling), Universiti Putra Malaysia (UPM, Serdang),Universiti Teknologi Mara (UiTM, Shah Alam).
Daerah ini juga mempunyai sebuah lapangan terbang awam, iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Keluasan: 454 kilometer persegi
Perbandingan: Kurang 28.5 km persegi lebih kecil berbanding pulau Langkawi 



19. Kuala Penyu, Bahagian Pedalaman, Sabah





Berada nun jauh di Sabah, daerah kecil ini mendapat nama daripada batu berbentuk penyu. Dikatakan batu tersebut boleh dilihat ketika air surut.

Terletak di Semenanjung Klias, daerah ini yang asalnya kawasan paya bakau telahpun diteroka untuk penanaman kelapa sawit sebelum pengusaha mendapati tanahnya terlalu berasid untuk tanaman itu.

Keluasan: 453 kilometer persegi

Perbandingan: 29. 5 km persegi lebih kecil berbanding pulau Langkawi




18. Jajahan Pasir Puteh, Kelantan


Pasir Puteh merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri KelantanMalaysia yang terdiri daripada Kota BharuPasir MasTumpatPasir PutehBachokKuala KraiMachangTanah MerahJeli dan Gua Musang. Bandar terbesar dalam jajahan ini juga mempunyai nama "Pasir Puteh".

Pasir Puteh sebelumnya lebih dikenali dengan nama Pangkalan Limbongan. Bandar Pasir Puteh mendapat namanya setelah lawatan oleh Sultan Muhammad IV pada tahun 1911. Sultan Muhammad IV sangat kagum dengan keputihan dan kilauan pasir di sepanjang tebing sungai. Oleh itu, Sultan telah mengistiharkan nama tempat ini sebagai Pasir Puteh.


Keluasan: 433.8 kilometer persegi

Perbandingan: 44.7 km persegi lebih kecil daripada Langkawi


17. Kota Setar, Kedah




Kota Setar merupakan sebuah daerah yang terletak di KedahMalaysia.Daerah inilah terletaknya Bandar Alor Setar iaitu ibu negeri Kedah. Nama Kota Setar berasal daripada perkataan Setar atau pokok ‘Stak’ (Bouea macrophylla) yang tumbuh di kawasan ini.

Keluasan: 424 kilometer persegi

Perbandingan: 54.5 km persegi lebih kecil daripada Langkawi




16. Jajahan  Kota Bharu, Kelantan





Jajahan Kota Bharu merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Ia disempadani oleh Jajahan Pasir Mas di sebelah barat, Jajahan Tumpat di utara, Jajahan Bachok di timur dan Jajahan Machang di selatan. Antara bandar dalam jajahan ini ialah Kota BharuPengkalan ChepaKubang Kerian dan Ketereh.

Keluasan: 403.26 kilometer persegi

Perbandingan: .75.44 km persegi lebih kecil daripada Langkawi



15. Rembau, Negeri  Sembilan





Rembau adalah sebuah daerah di Negeri Sembilan yang terletak di arah selatan bersempadan dengan negeri Melaka.  Penduduk daerah ini majoritinya adalah petani, kakitangan kerajaan, pekerja perkilangan di kawasan perindustrian daerah atau di SerembanGunung Datuk adalah puncak tertinggi di daerah ini dengan ketinggian melebihi 2,900 kaki dan di gunung ini juga letaknya tapak asal pokok Merbau yang mana nama daerah ini diperolehi. Menurut sejarah, Rembau asalnya adalah antara tempat mendarat terawal orang-orang Minangkabau dari Sumatera.


Keluasan: 402.76 kilometer persegi

Perbandingan: 75.84 km persegi lebih kecil daripada Langkawi



14. Kuala Terengganu, Terengganu




Sebagai sebuah daerah, Kuala Terengganu merupakan yang terkecil dari segi keluasan, tetapi (sekiranya kawasan daerah Kuala Nerus yang terletak bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu diambilkira) ia mepunyai jumlah penduduk terbanyak di negeri ini iaitu 406,317 orang pada 2010. Status bandar raya deberikan kepada Kuala Terengganu dengan gelaran Bandaraya Warisan Pesisir Air pada 1 Januari 2008. Walaupun Kuala Terengganu tidak terkecuali daripada pemodenan dan pembangunan, ia masih mengekalkan ciri-ciri kemelayuan yang masih utuh sambil digabungkan bersama-sama warisan dan budaya lain disebabkan sejarah panjangnya sebagai pelabuhan

Keluasan: 398.9 kilometer persegi


13. Kota Kinabalu, Bahagian Pantai Barat, Sabah








Gunung Kinabalu, yang memberikan bandar ini namanya, berada berdekatan KK, sementara Taman Tunku Abdul Rahman, kawasan perlindungan kehidupan liar, terletak di sini. Sehingga tahun 2010, Kota Kinabalu mempunyai kira-kira 452,058 orang penduduk manakala kawasan daerah Penampang yang juga meliputi kawasan bandar ini mempunyai kira-kira 176,667 orang. Jika dijumlahkan, jumlah populasi metro adalah 628,725. Kota Kinabalu juga merupakan bandaraya ke sepuluh terbesar di Malaysia.

Keluasan: 351 kilometer persegi



12. Asajaya, Bahagian Samarahan, Sarawak




Ianya  adalah  sebuah daerah baru di Sarawak. Tidak banyak yang boleh diperkatakan tentangnya.

Keluasan: 302.81 kilometer persegi



11. Melaka Tengah, Melaka





Melaka Tengah merupakan sebuah daerah yang terdapat dalam negeri Melaka dan merupakan daerah yang paling maju dan paling ramai penduduk di negeri Melaka.
Di sini terdapat sebuah bandaraya yang dikenali sebagai Bandar Melaka. Bandar-bandar lain adalah Bukit BaruAyer KerohAyer MolekBatu Berendam, dan Bandar Hilir.

Keluasan: 279. 85 kilometer persegi

Perbandingan: 12.15 km persegi lebih kecil daripada Pulau Pinang (bahagian pulau)














No comments:

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...