Wednesday, August 5, 2015

Ni nak cita sat pasal Perlis

Salam.
Dah lama sangat aku tinggalkan blog aku ni, gara-gara layan Fixi punya pasal.

Alhamdulillah sekarang aku dah balik ke rumah aku yang tercinta bersama2 parentz dan wifi yang super laju! Hahaha

Setahun lebih kat Perlis memang mengubah jugak pandangan aku kat Perlis ni. Maklumlah, hampir 80% rakyat Malaysia ni ada Thailandophobia. Even yg kena campak ke Kedah pon dah bising, apatah lagi di Perlis di hujung dunia (hujung ke?)

Aku saja usha2 jap pasal pendapat orang tentang Perlis. Guess what, bila aku search pasal "Perlis boring", hampir 45% membincangkan tentang itu. Lagi 55% pulak orang Perlis yang menghentam diorang. So, andai kata korang nak komen tentang betapa boringnya Perlis, jangan sesekali komen dekat facebook, twitter mahupun blog. Anda mungkin akan diprintscreen oleh kibod worior dan diedarkan kepada semua rakyat2 Perlis yang panas baran hahaha. Hangpa kumpul kawan2 KL hangpa yang memang keluaq2 dari perut mak dah nampak Midvalley dan KLCC, pastu sembang ramai2 pastu blah, dah cukup. Kesian wey aku tengok ramai yg kena hentam just sebab update dua perkataan je "Perlis boring". Kadang2 lawak jugak tengok komen2 di situ.

Boring ke Perlis ni?

Bagi aku jawapannya adalah "ye" dan "tak"
Selamat kan jawapan ni? Hahaha

Ya, kalau korang ni spesis liberalis yang memang kerja 24 jam clubbing dan bersosial.
Tidak, kalau korang spesis yang menghargai alam sekitar serta panorama alam (ye,tuan2, sungguh poyo ayat ini)

First sekali, aku nak bagitau dulu kat siapa2 yang maybe merancang untuk belajar ke atau singgah sahur ketuk2 ramadan ke kat sini tentang apa yang "best" dan "tak best" di sini.

Tapi biar aku terangkan dulu situasi di sini,

Masyarakat Perlis kebanyakannya pesawah, no wonder di sini memang banyak gila sawah macam kat Kedah, kecuali di selatan Perlis. Rata2 orang Perlis ada tanah sendiri, jadi tak heranlah kalau sangatlah sedikit taman perumahan di sini. Kalau ada pun, mostly bersaiz mini. Masyarakat Perlis mostly konservatif, jadi sebab tulah tempat ni banyak masjid, dan nightlife terhenti sekitar 9 malam. Kat sini majlis2 ilmu memang agak kuat bagi sesiapa yang mahukan suasana yang religious.

Orang dulu2 cakap, biarlah cerita yang tak best dulu, baru cerita yang best.

Ok, yang tak bestnya pasal Perlis adalah:

1. Kepada meleis liberalis acah2 Americano, berita malang buat anda. Di sini tiada pusat2 hiburan, mahupun panggung wayang. Panggung terdekat adalah di Alor Setar dan Jitra. Kalau adapun, hanyalah pusat karoke berkualiti rendah yang akan menyebarkan suara sumbang anda ke jalanan seterusnya diketawakan rakyat2 Perlis dan budak2 UITM dan UNIMAP yang lalu berhampiran.

2. Di sini tiada pantai. What??? Tapi bukan ke sebelah laut je. Ye, betul, memang sebelah laut, tapi kawasan jalanraya dekat gile dengan laut (kira2 1 m je) dan pantai2 di sini mostly tembok batu. Tapi kalau korang nak celup kaki lalu layan syahdu sambil main gitar, boleh je. Tapi kalau nak main lari2 dengan marka, memang tak dapat arr, kecuali kalau korang dengan marka korang larat lompat dari batu ke batu.

3. Di sini mall yang ada hanyalah The Store dan CMart. The Store di Kangar, CMart lak kat Arau. Seriously??? Ye awak, saya serius ni. Tapi toksah risau, sebelah The Store tu ada bowling, The Store dia pulak bukan cikai2, besar jugakla.

4. Kedai2 di sini tutup awal. Eh, point ni dah sebut kat atas kan?

5. Transport tak banyak. Tapi semalam tengok TV katanya dah tambah bas ala2 Rapid KL.

6. McD ada satu je. Tapi apa ade hal, KFC ada belambak.

7. Tempat pelancongan jauh ke hulu. Dahla rakyat Malaysia ni Thailandophobia.


OK, sekarang bab yang BEST pulak:

1. Bagi yang menghargai alam, tempat ni memang heaven gila bagi korang. Untuk pencinta alam macam korang, aku sarankan korang melawat:

 - Tasik Timah Tasoh, tasik ni empangan je, tapi boleh aku katakan view sini memang cantik gila.

-Ladang Tebu Chuping, lalu sini waktu siang (waktu malam memang gelap yg amat, x digalakkan) memang sangat cantik. Kalau korang bertuah, korang akan nampak satu tempat seakan2 oasis ditengah2 ladang yang ada pokok pine dan sebuah tasik.

-Kalau korang lalu jalan Padang Besar-Kangar, korang akan perasan sebuah tasik kecil di seberang jalan Timah Tasoh yang ditumbuhi rumput2  (lalang?) yang agak cantik sambil diapit gunung2 batu.

-Berhampiran Ladang Tebu Chuping, ada banyak bukit2 batu yang aneh yang korang takkan @ susah jumpa di negeri lain.


2. Bagi spesis yang mahukan murah, bolehlah kunjungi Wang Kelian mahupun Padang Besar. Tapi pastikan jangan pergi kalau ada pesta Songkran (aku da pernah kena ==) kat Thailand. Sesak yg amat kat imigresen tu.

3. Banyak makanan2 unik yang boleh didapati, contohnya loklok/lokchin. Rupa dia macam sosej tapi ada macam2 rasa. Jangan risau, orang Melayu yang masak, dijamin halal. Jangan lupa rasa pulut durian dan laksa Perlis di sini.

4. Di sini ada mangga harumanis. Jangan pengsan kalau nampak harga dia. Paling murah kawan aku pernah kautim adalah RM25/ sekilo. Awat mahal sangat??? Sebab mangga ni lain skit, rasa dia tu kata orang, manis banding mangga biasa. FYI, mangga ni hanya boleh ditanam di Perlis sahaja. Ada orang cuba tanam kat area Kedah, tapi still xjadi.

5. Bagi yang Thailandophilia, ya, di sini korang boleh nampak orang Siam dengan jarak yang lebih dekat. Mereka ada rupa seakan2 mix Melayu-Cina dan fasih berbahasa Utara. Tak lupa, mereka adalah kaum ketiga terbesar di sini dengan 6000 orang berbanding India dengan 2600 orang. Mereka kebanyakannya beragama Buddha dan Islam.

6. Di sini juga ada ladang anggur dan taman Ular, tapi waktu aku pergi tu agak hampa sebab ada renovation. Ladang Anggur lak hari tu aku pergi tutup. Tak tau la kalau bukak lagi ke dak.

7. Kalau rajin, turun ke Kuala Perlis. Di sini ada masjid terapung yang sangat cantik dan sesuai untuk sunset view. Kuala Perlis jugak lebih tersusun dan nyaman daripada Kangar.

8. Mostly "bandar2" di Perlis masih berkategori pekan, jadi suasana masih nyaman dan takde jem besar lagi di sekitar Kangar, Arau, mahupun Kuala Perlis.

9. Di sini, korang tak payah speaking. Orang Cina dan Siam di sini sangat fasih berbahasa Melayu, malah kadang2 lebih Melayu dari Melayu. Haha.

Bagaimana dengan kemajuan Perlis?

Kalau kemajuan itu diukur dengan hiburan, kawan aku yang Sabah tu pon cakap Perlis ni takde hiburan. Tapi kalau diukur dari infrastruktur, Perlis bolehlah dilabelkan sebagai tahap 3 (ada 5 tahap). Agak jarang korang boleh lihat sebuah negeri ada sebuah lebuhraya yang diusahakan sendiri, memandangkan PLUS tak lalu sini. Aku cuba menemubual pakcik2 Teksi di sini tentang pendapat beliau pasal kemajuan Perlis. Rata2 optimis dengan pembangunan Perlis, bukanlah menolak pembangunan seperti yang disangka netizen. Contohnya sekarang ni ada projek besar untuk membuat saliran terus ke laut. Aku berkesempatan untuk melihat dan agak terkejut jugak. Kat negeri lain, orang menambak sungai, kat sini depa "buat" sungai. Malah, katanya ada peruntukan untuk menambak tanah Perlis untuk membuat pantai.

Dengarnya Giant jugak nak buat pasni. Makin meriahlah Perlis nampaknya. Dan pada pendapat aku, Perlis tak perlu jadi KL pon untuk maju. Banyak bandar2 berpenduduk Utara yang maju namun masih mengekalkan warisan seperti Taiping, Alor Setar dan Jitra.

Cuma nasihat aku sebagai orang luar yang sudah mula suka dengan Perlis

- Bina pusat pelancongan yang tidak jauh dari Kangar dan kawasan2 tumpuan.
-Promosikan harumanis, biar orang Malaysia faham kenapa harganya mahal.
-Rancang satu projek pelancongan di Chuping ala-ala ladang teh di Cameron Highlands.
-Bulatan Padang Besar tidak sistematik andai berlaku kesesakan.
-Kawasan berhampiran Sungai Perlis di Kangar agak suram walaupun sudah cantik. Ini adalah kerana adanya orang2 gila yang berkeliaran di situ
-Lebih gigih mempromote tempat2 perlancongan di Perlis, termasuk homestay2 dan kawasan air terjun. Come on, takkan balik2 Gua Kelam je kot.
- Tolong banyakkan sikit parking kat Gua Kelam.
-Kawasan berhampiran Taman Ular dan Muzium Kota Kayang agak suram, mohon bina medan selera dan kedai-kedai untuk menambahkan keceriaan
-Ada sesetengah menolak pembinaan mall sebab katanya, nanti tanah penduduk tergadai. So why dont both? Macam One Borneo Mall. Bina sebuah mall yang khas untuk penduduk Perlis memajukan diri mereka.
-Tolong buka semula ladang anggur dan beritahu pelancong waktu terbaik untuk melawat ladang anggur. Atau mungkin amalkan cara penanaman strawberi di Cameron yang tiap2 bulan berbuah (aku pun tak pasti teknik apa dia guna)

Sekian saja entri aku pasal Perlis. Kalau ada idea mendatang, maybe update lagi. Come on, Perlis. Perak, Sabah, Sarawak pun boleh membangun sebab pelancongan, mengapa tidak anda?

p/s: Kenapa takde mention pasal Langkawi? Sebab Langkawi area Kedah.

No comments:

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...