Monday, January 18, 2016

10 Lapangan Terbang Tersibuk di Malaysia (Trafik Pelawat)

10. Lapangan  Terbang  Sibu,Sarawak



Jumlah  pelawat (2014): 1,440,935  orang



9. Lapangan  Terbang  Sultan  Ismail  Petra, Kelantan



Jumlah  pelawat (2014):  1,800,836 orang




8. Lapangan Terbang  Antarabangsa  Langkawi, Kedah



Jumlah  pelawat (2014): 2,221,997 orang




7. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor 



 Jumlah  pelawat (2014):2,325,816 orang



6. Lapangan Terbang  Miri, Sarawak   




Jumlah  pelawat (2014):2,363,080 orang



5. Lapangan  Terbang  Sultan Abdul Aziz Shah, Selangor




Jumlah  pelawat (2014):2,762,556 orang




4. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak




Jumlah  pelawat (2014): 4,852,822 orang




3. Lapangan Terbang Antarabangsa  Pulau  Pinang, Pulau  Pinang




 Jumlah  pelawat (2014): 6,041,583 orang





2. Lapangan  Terbang  Antarabangsa  Kota  Kinabalu, Sabah




Jumlah  pelawat (2014): 6,792,968 orang




1. Lapangan  Terbang  Antarabangsa  Kuala  Lumpur



 Jumlah  pelawat (2014):48,930,409 orang 

 (lebih  banyak  daripada  kesemua  lapangan  terbang  2  hingga  10  digabungkan)

Monday, January 11, 2016

Bangunan tertinggi di Malaysia mengikut negeri

Bila sebut pasal bangunan tertinggi di Malaysia, perhatian kita pasti terarah kepada Menara Berkembar Petronas. Sungguhpun begitu, setiap negeri (malah wilayah) di Malaysia juga mempunyai bangunan tertinggi yang menjadi kebanggaan masing-masing, seperti Kedah dengan Menara Alor Setarnya. Apa-apapun, jom semak dulu senarai bangunan-bangunan ni.


1. Kuala Lumpur       


Dengan ketingggian 452m, menara ini yang tertinggi di Malaysia dan bandaraya Kuala Lumpur pernah mengharumkan nama Malaysia apabila menyandang gelaran bangunan tertinggi di dunia hinggalah gelaran itu diambil Taipei 101. Rasa-rasanya semua rakyat Malaysia dah hadam fakta ni.


2. Johor

Di selatan pula, JB City Square mengungguli sebagai bangunan tertinggi di negeri Johor . Ketinggiannya tidak dinyatakan dengan jelas selain daripada jumlah tingkatnya iaitu 36 tingkat. 

3. Negeri Sembilan

Tak macam negeri-negeri lain yang maklumat pasal pencakar langt diorang senang dicari, bangunan tertinggi di Negeri Sembilan boleh dikatakan almost impossible nak cari maklumat dia kat Internet. Disebabkan susah sangat, aku just pakai Google Street dan cuba buat pemerhatian dan, walla, dapatlah bangunan yang korang tengok ni.

Tak silap aku, bangunan ni bangunan LHDN Seremban. Berapa tinggi dan floor dia tak pulak aku kira. Sapa2 orang Negeri Sembilan yang ada maklumat atau korang rasa ada bangunan lagi tinggi bolehlah bagitau kat ruangan comment.

4. Kedah

Bangunan ni kalau hangpa taktau, memang mintak kena cepuk. Berada di tangga kedua sebagai dalam senarai menara telekomunikasi tertinggi, Menara Alor Setar dengan ketinggian 165.5m ni jugak adalah kebanggaan orang Kedah. Menara ni jugak berfungsi sebagai balai cerap dan destinasi pelancongan terkenal di Kedah Darul Aman.


5. Perlis



Sebagai sebuah negeri terkecil di Malaysia, Perlis juga tidak ketinggalan dalam perlumbaan pencakar langit di Malaysia. Disebabkan mempunyai ketinggian yang hampir sama dan kekurangan maklumat tentang bangunan-bangunan ni, so aku listkan tiga-tiga sekali. Gambar pertama adalah Menara KWSP yang didakwa sebagai tertinggi di Perlis. Gambar kedua adalah Bangunan TNB dan Hotel Putra Palace yang terletak di Bulatan Kangar. Tapi secara jujurnya, aku merasakan Flat Kg. Bakau kat Jalan Kg.Bakau- Padang Behor lagi tinggi.



6. Perak

Peraturan di Perak yang tidak membenarkan sebarang jenis pencakar langit dibina di Ipoh dan pengekalan status bandar warisan di Taiping menyebabkan negeri Seladang ini tidak dapat membina pencakar langit yang setinggi negeri-negeri jiran seperti Selangor dan Pulau Pinang. Berdasarkan maklumat yang aku dapat, Bangunan Sri Kinta adalah bangunan tertinggi di Perak selain beberapa hotel lima bintang.

7. Pulau Pinang

Menara KOMTAR atau dikenali sebagai Kompleks Tun Abdul Razak ini adalah bangunan yang tertinggi di Pulau Pinang, Utara dan juga ke-6 di Malaysia. Terletak di tengah-tengah bandaraya Georgetown, menara berbentuk heksagon ini mempunyai ketinggian 232 meter.

8. Kelantan

Negeri Serambi Mekah ini juga tidak ketinggalan dalam perkara seperti ini. Dengan ketinggian 130 meter, bangunan yang dikenali sebagai Kota Sri Mutiara ini adalah bangunan yang tertinggi di negeri Kelantan Darul Naim. 

9. Terengganu

Bersebelahan dengan Kelantan, Terengganu juga mempunyai pencakar langit yang boleh mereka banggakan. Dengan ketinggian 107 meter, Wisma Darul Iman muncul sebagai bangunan tertinggi di negeri Terengganu Darul Iman.


10. Pahang


Untuk negeri Pahang, terdapat dua buah bangunan yang dikatakan tertinggi di negeri Tok Gajah ini, iaitu Zenith Hotel dan Kompleks Teruntum. Kompleks Teruntum dikatakan mempunyai 22 tingkat (88m) sementara bagi Zenith Hotel adalah 96m. (Sumber: emporis.com)

11. Sarawak

Tidak ketinggalan dengan Negeri-negeri di Semenanjung, Sarawak juga tampil dengan bangunan tertingginya yang dikenali sebagai Wisma Sanyan. Berlainan dengan bangunan tertinggi di negeri lain yang biasanya terletak di ibu negeri, Wisma Sanyan sebaliknya terletak di Sibu. Ianya adalah bangunan tertinggi di Sarawak, di pulau Borneo dan ke-48 tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 126 meter.


 12. Sabah

Sabah, yang terletak bersebelahan pula tidak kalah sebaliknya mengekori dari belakang dengan Menara Yayasan Sabah atau Menara Tun Mustapha dengan gelaran bangunan kedua tertinggi di Borneo. Bangunan tertinggi di Sabah ini mempunyai ketinggian 122meter.


 13. Labuan


Pulau kecil yang merupakan Wilayah Persekutuan ini juga tidak kurang hebatnya. Berdiri megah bangunan yang bersaiz lebar (seperti dalam gambar) iaitu Labuan Financial Park yang ketinggiannya dianggarkan 64 meter.

14. Melaka

Kembali semula ke Semenanjung, Melaka juga hadir dengan bangunan tertingginya iaitu The Shore@ Malacca River dengan ketinggian 163 meter, mengalahkan pesaingnya yang lebih terkenal, Menara Taming Sari dengan ketinggian 110 meter. Menara ini adalah menara yang tertinggi di selatan Semenanjung.

 15. Putrajaya

Sebagai sebuah wilayah baru, Putrajaya sememangnya dijangka akan menonjol di dalam thread ini memandangkan ianya penuh dengan bangunan-bangunan tinggi dengan rekaan futuristik. Daripada barisan bangunan di situ, bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tercalon sebagai yang tertinggi di Putrajaya dengan ketinggian 172 meter. 

 16. Selangor


Negeri yang tidak asing dengan bangunan pencakar langit ini, bagaimanapun, pada pandangan aku, agak sukar nak tentukan bangunan tertinggi, memandangkan kekurangan maklumat. Walau bagaimanapun, aku cuba jugak listkan. Gambar pertama iaitu Wisma MBSA dengan ketnggian 112 meter dan gambar kedua adalah Menara Mesiniaga dengan ketinggian 63 meter.

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...