Friday, May 24, 2019

Istilah-istilah "Kuala","Wakaf' dan lain-lain bagi tempat-tempat di Malaysia

Di  negara  barat,terdapat beberapa tempat yang mempunyai kata  akhiran (suffixes),seperti  Plymouth,UK yang mana -mouth bermaksud kuala sungai (rivermouth),Rochdale yang mana -dale adalah perkataan Inggeris  lama untuk lembah.-burg  pada Edinburg untuk bandar/pekan dan -holm pada  Stockholm  adalah  perkataan  Norse  untuk  pulau  kecil.

Di  Malaysia, kita  juga  mempunyai  perkataan-perkataan  di  awalan  nama  tempat  yang  agak  unik. Adakalanya nama-nama  ini  hanya  terhad  kepada  beberapa  negeri  sahaja.  Sesetengah  perkataan  ini  mempunyai  maksud  yang  agak  jelas  memandangkan  perkataan  ini  masih  lagi  digunakan, contohnya  seperti  bukit, kota dan sungai  manakala  sebahagian  lagi  agak  sukar  untuk  diketahui  maknanya. Entri ini akan menyenaraikan nama penempatan berupa bandar/pekan tertentu  sahaja melainkan tidak terdapat terlalu banyak bandar/pekan yang boleh dijadikan contoh.

1)Kota

-merujuk  kepada  penempatan utama berupa bandar dan pekan. Perkataan  bandar  lebih  banyak  digunakan  kerana  maksud kota  mengikut  Kamus  Dewan  lebih  berat  kepada  benteng  pertahanan  atau  kubu (fort). Kebiasaannya,kawasan  yang  mempunyai  nama  "kota" memiliki  sejarah  yang  panjang  dan  pernah  berfungsi  sebagai  kubu. Awalan ini banyak digunakan di Sabah, Kedah dan Selangor.






                                        
Kota Kinabalu  adalah  petempatan terbesar  dengan  awalan  "kota" dengan  populasi  600k.

Contoh:-
Kelantan -Kota  Bharu
Sabah      -Kota Kinabalu,Kota Belud,Kota Marudu
Kedah     -Kota  Kuala  Muda,Kota  Sarang Semut,
Selangor -Kota Damansara,Kota  Raja dan Kota Kemuning.
Johor      -Kota Tinggi,


2)Sungai
-maknanya  agak  jelas  atau  straightforward,namun tidak semua tempat yang mempunyai awalan sungai mempunyai etimologi yang sama. Misalnya Sg.Nibong dinamakan sempena dua sungai yang mengalir  melaluinya  iaitu  Sg.Nibong Kecil dan Sg.Nibong Besar, manakala Sg.Siput pula sempena sebatang sungai berhampiran Masjid India yang dikatakan penuh dengan siput. Mudah disimpulakn adalah tempat-tempat sebegini mempunyai  sejarah  berkaitan  sungai  tertentu. Awalan ini hanya wujud di Semenanjung dan banyak didapati di Pulau Pinang dan Selangor.

                                             
Sungai Petani  adalah  petempatan  terbesar  dengan  awalan "sungai"  dengan  populasi  400k  penduduk.

Contoh:
Kedah                 -Sg.Petani
Perak                  -Sg.Siput
Pulau Pinang     -Sg.Dua,Sg.Ara,Sg.Bakap,Sg.Nibong
Selangor             -Sg.Besi,Sg.Besar,Sg.Buloh,Sg.Pelek,Sg.Penchala,Sg.Tengi
Negeri Sembilan-Sg.Gadut
Pahang                -Sg.Koyan,Sg.Lembing
Melaka                -Sg.Udang,Sg.Rambai
Johor                   -Sg.Rengit

3)Bukit
-sama seperti sungai, etimologi tempat-tempat ini dipengaruhi persekitarannya yang berbukit. Pekan dan bandar dengan awalan ini hanya didapati di Semenanjung.

Bukit  Mertajam  merupakan  petempatan  terbesar  dengan  awalan  "bukit" dengan 200k penduduk.

Contoh:-                                             
Kedah           -Bukit Kayu Hitam,
P.Pinang       -Bukit Mertajam,Bukit Jambul, Bukit Tambun,
K.Lumpur   -Bukit Bintang,Bukit Jalil,
Selangor      -Bukit Beruntung,Bukit Tinggi,
Melaka        -Bukit Beruang,Bukit Katil,
Johor           -Bukit Gambir,Bukit Pasir,Bukit Bakri,Bukit Indah,
Terengganu -Bukit Payong,Bukit Besi,


4)Kuala
-merujuk kepada penempatan yang berada di muara sungai  atau  di  pertemuan  antara  dua  sungai. Sesetengah  daripadanya  mempunyai  kisah  tersendiri  berkaitan  sungai  tertentu. Beberapa negeri di Malaysia  mempunyai  sebuah bandar/pekan di kuala sungai yang dinamakan  sempena  nama  negeri. Awalan ini adalah yang paling banyak digunakan untuk pekan dan bandar di seluruh Malaysia kecuali Pulau Pinang dan Johor.

 Kuala  Lumpur  adalah  petempatan  terbesar  di  kuala  pertemuan  dua  sungai  dengan  lebih  1  juta  penduduk.

Kuala  Terengganu  adalah  petempatan  terbesar  di  muara  sungai dengan  300k  penduduk.

Contoh:-
Perlis                  -Kuala Perlis                                                           
Kedah                -Kuala Kedah,Kuala Ketil,Kuala Nerang
Perak                 -Kuala Sepetang,Kuala Kangsar
Selangor             -Kuala Selangor,Kuala Kubu Bharu
Kuala Lumpur
Negeri Sembilan-Kuala Pilah
Melaka                -Kuala Sungai Baru
Pahang                -Kuala Rompin,Kuala Lipis
Terengganu        -Kuala Terengganu,Kuala Nerus,Kuala Ibai
Kelantan             -Kuala Krai
Sarawak             -Kuala Tatau,Kuala  Baram
Sabah                 -Kuala Penyu,Kuala Marudu

5)Tanjung
-penempatan yang mempunyai awalan ini kebiasaannya berada pada  daratan  yang  menganjur  ke  laut. Namun, penempatan dengan nama sebegini di Perak terletak di tanjung sungai.


                                                                           
Tanjung  Malim  merupakan  petempatan  terbesar  dengan  awalan  "tanjung" dengan 20k penduduk.


Contoh:
Kedah    -Tanjung Dawai
P.Pinang -Tanjung Bungah,Tanjung Tokong
Perak      -Tanjung Malim,Tanjung Rambutan,Tanjung Tualang
Pahang   -Tanjung Gemok
Selangor -Tanjung Karang,Tanjung Sepat
Melaka   -Tanjung Kling
Johor      -Tanjung Sedili
Sabah     -Tanjung Aru


6)Teluk
-penempatan yang mempunyai awalan ini pula berada pada kawasan yang mana laut  menganjur ke daratan atau yang terletak di teluk sungai.

Dengan  kira-kira  200k  penduduk,Teluk  Intan  merupakan  petempatan  terbesar  dengan  awalan  "teluk".

Contoh:                                         
P.Pinang             -Teluk Kumbar,Teluk Bahang
Perak                  -Teluk Intan
Selangor             -Telok Panglima Garang
Negeri Sembilan-Teluk Kemang
Pahang                -Teluk Cempedak
Johor                   -Teluk Danga
Melaka                -Telok Mas


7)Pasir
-sejarah  tempat  dengan  awalan  "pasir" agak  berbeza  namun  mempunyai  persamaan  berkenaan  pasir. Biasanya  kawasan  dengan  awalan  ini  berhampiran  sungai  dan  laut, mungkin merujuk kepada petempatan yang hampir dengan teluk sungai/laut yang kebiasaannya berpasir , diikuti  nama  akhir  seperti  Salak,Gudang  dan  Mas  untuk  menggambarkan  suasana  tempat  itu  ketika  itu. Penempatan dengan awalan ini agak kerap ditemui di Kelantan.

Pasir  Gudang,dengan  populasi  200k  merupakan  bandar  terbesar  dengan  awalan  "pasir". Kredit: FB Saya Orang Johor

Contoh:
Kelantan            -Pasir Mas,Pasir Putih,Pasir Pekan,Pasir Tumboh
Johor                  -Pasir Gudang
Perak                    -Pasir Salak
Negeri Sembilan-Pasir Panjang


8)Alor
-penempatan  dengan  nama  sebegini  kebiasaannya  berada di  lurah  bukit. Alur  juga  membawa  maksud  lekukan  pada  sungai.

Alor Setar,  dengan  kira-kira  lebih  300  ribu  penduduk, merupakan  bandar  terbesar  dengan  awalan  "alor".

Contoh:
Kedah     -Alor Setar,Alor Mengkudu,Alor Merah,Alor Malai
Melaka   -Alor Gajah
Perak      -Alor Pongsu


9)Padang
-nama  padang  biasanya  membawa  maksud  sebuah dataran  rumput  yang  luas,  namun  kebanyakan  tempat  yang  mempunyai  etimologi ini  berasal  dari  sejarah  pembukaannya  dengan  kerja-kerja  membersihkan  dan  meneroka  sesuatu  tempat  daripada  hutan  belantara  untuk  membentuk  perkampungan. Namun, ada  juga  yang  betul-betul  merujuk  kepada  dataran  rumput  yang  luas seperti Padang Tengku.

Padang  Besar  adalah  pekan  utama  yang  menggunakan  awalan  "padang".

Contoh:
Perlis      -Padang Besar
Kedah     -Padang Serai,Padang Mat Sirat,Padang Terap
Perak      -Padang Rengas
Pahang   -Padang Tengku
Selangor -Padang Jawa
Melaka   -Padang Temu


10)Ulu/Hulu
-Biasanya  kawasan  ini  terletak  di  hulu  sungai.

Ulu  Tiram  merupakan salah  satu  kawasan  sub-urban  Johor  Bahru.

Contoh:
Selangor -Ulu Yam,Hulu Bernam,Ulu Kelang,Hulu Langat
Johor      -Ulu Tiram
Perak      -Ulu  Kinta


11)Simpang
-kawasan  dengan  awalan  nama  ini  boleh  dikatakan  agak  baru  kerana  diberikan  berdasarkan  kedudukannya  yang  terletak  di  persimpangan  jalan. Awalan ini banyak ditemui di kawasan utara dan pekan-pekan kecil yang  terletak  di  sempadan Negeri Sembilan-Pahang.

Simpang  Pulai  adalah  kawasan  sub-urban  bagi  bandaraya  Ipoh.

Contoh:
Perlis                  -Simpang Empat
Kedah                -Simpang Empat
P.Pinang             -Simpang Ampat
Perak                  -Simpang Pulai, Simpang Lima
Negeri Sembilan-Simpang Pertang,Simpang Durian
Melaka                -Simpang Ampat,Simpang Bekoh
Johor                   -Simpang Renggam
Pahang                -Simpang Pelangai


12)Seberang
Merujuk  kepada  kawasan  yang  berada  di  seberang  laut  atau  sungai.

Seberang  Jaya  merupakan  satu-satunya  petempatan  bertaraf  bandar  dengan  awalan "seberang".

Contoh:-
Perlis          -Seberang Ramai
P.Pinang     -Seberang Jaya
Perak          -Seberang Perak
Terengganu-Seberang Takir,Seberang Marang


Sumber:
http://asamgaram2puteri.blogspot.com/2012/12/sejarah-pelancongan-sungai-siput-u.html
https://www.selangor.gov.my/sabakbernam.php/pages/view/317
https://www.facebook.com/722184041216669/posts/pasir-pekan-merupakan-sebuah-pekan-dalam-jajahan-tumpat-di-negeri-kelantan-ia-be/722477094520697/

Tuesday, May 14, 2019

Taburan Stesen Bas di Malaysia

Kita  telahpun  menyenaraikan  taburan  perkhidmatan  pengangkutan  udara  dan  air  dalam  netri-entri  yang  lepas.  Namun, kita  tidak  dapat  menafikan  bahawa  pengangkutan  darat  memainkan  peranan  yang  besar  di  negara  ini. Selain  daripada  kenderaan  peribadi,  bas  merupakan  pengangkutan  darat  awam  yang  terbesar  memandangkan  tidak  semua  bandar  dan  pekan  di  Malaysia  mempunyai  sambungan  kereta  api.  Perkhidmatan  bas  juga  agak  menyeluruh  dan  tidak  hanya  terhad  kepada  perhubungan  antaranegeri,  malah  turut  mencakupi bandar-bandar utama di pedalaman yang mempunyai  sambungan  jalan raya. 


Gambar  di  atas  menunjukkan  gambaran  penuh  taburan  stesen  bas  di  seluruh  Malaysia.


Di Perlis, terdapat 2 stesen  bas  sedia  ada  iaitu  Stesen Bas Bukit  Lagi,Kangar  dan  Stesen  Bas  Kuala  Perlis. Terdapat  cadangan  untuk  membina  Terminal  Bas  Bersepadu  di  Seriab,Kangar. 

Di Kedah pula,Terminal Shahab Perdana (Alor  Setar), Terminal Ukir Square  (Sungai Petani), Tanah Merah (Jitra),Kulim, Baling, Guar Chempedak, Changlun, Pendang, Kota Sarang Semut, Yan, Kuala Nerang, Sik dan Serdang.

Di Pulau Pinang, Penang Sentral, Sg.Nibong, Komtar dan Terminal Pengkalan Raja Tun Uda


Di Perak, terdapat  beberapa  bandar  yang  mempunyai  2  stesen  bas iaitu bagi Ipoh  adalah  Terminal Amanjaya  dan  Medan  Kidd, bagi  Taiping  adalah  Terminal Kamunting Raya dan  Stesen  Bas Taiping,bagi  Teluk  Intan  adalah Terminal Intan dan Stesen Bas Teluk Intan,dan bagi Kampar  adalah Stesen Bas Ekspres Kampar  dan  Stesen  Bas  Kampar.

Selebihnya  adalah  Stesen  Seri Manjung, , Gerik, Selama, Sri Iskandar, Gerik, Tanjung Malim, Lumut, Gopeng, Tapah, Bidor, Slim River, Medan Kidd, Parit Buntar, Bagan Serai dan Parit.



Di  Selangor, stesen-stesen  bas  yang  boleh  didapati  adalah  Terminal One Utama (Petaling Jaya), Terminal Seksyen 17 (Shah Alam), Klang  Sentral, Kompleks Perhentian  Kajang, Stesen Bas Pelabuhan Klang,Stesen Bas Sungai Besar, Stesen Bas Tanjung Karang, Stesen Bas Kuala Selangor, Stesen Bas Gombak, Stesen Bas Rawang, Stesen Bas Kuala Kubu Bharu,Stesen Bas Bukit Beruntung, Stesen Bas Semenyih, Stesen Bas Banting, Stesen Bas Ijok  dan  Terminal  Rakyat Merbau Berdarah.

Di  Kuala  Lumpur  pula  adalah  Terminal Bersepadu Selatan, Terminal KL Sentral, Hentian Puduraya, Hentian Putra, Hentian Pekeliling, Hentian Duta.

Diikuti  oleh  Putrajaya dengan  Putrajaya Sentral.


Di Negeri Sembilan, stsen-stesen bas yang boleh didapati adalah  Terminal One (Seremban),Stesen Bas Port Dickson,Stesen Bas Nilai, Stesen Bas Gemas, Stesen Bas Kuala Pilah, Stesen Bas Bahau  dan  Stesen  Bas  Jempol.

Di Melaka  pula  adalah  Melaka Sentral, Alor Gajah Sentral, Jasin Sentral, Masjid Tanah Sentral dan Stesen Bas Pulau Sebang.


Di Johor, sama seperti di Perak, beberapa  bandar  mempunyai  lebih daripada  satu  stesen  bas. Malah, Johor  Bahru  mempunyai  lebih  daripada  dua  stesen  di  dalam  konurbasi  besarnya  iaitu, JB Sentral, Larkin  Sentral, Terminal  Bas  Taman  Johor  Jaya, Terminal  Bas  Taman  Ungku  Tun  Aminah,Terminal  Bas  Taman  Universiti,Terminal Bas Ulu Tiram,Terminal Bas Kota Iskandar,Terminal Bas Gelang Patah,Terminal Bas Masai dan  Terminal Bas Pasir Gudang. Di Muar  pula  terdapat  Stesen Bas Bandar Maharani dan Terminal Bas Bentayan.

Selain daripada  itu, terdapat  Terminal Bas Batu Pahat, Stesen Bas Kluang, Terminal Bas Bandar Baru Ayer Hitam, Stesen Bas Yong Peng, Terminal Bas Segamat, Terminal Bas Labis, Stesen bas Chaah,Stesen Bas Tangkak, Terminal Bas Mersing, Terminal  Bas  Pontian, Terminal Bas Kulai, Terminal Bas  Kota  Tinggi, Stesen Bas Bandar Penawar  dan  Stesen Bas Sungai Rengit.



Di Pahang pula, terdapat  dua bandar memiliki lebih dari 1 stesen iaitu  Kuantan  dengan Terminal Sentral Kuantan  dan  Perhentian Bas Pasar Jalan Stadium diikuti  Raub  dengan  Terminal  Bas  Ekspress  Raub  dan  Perhentian  Raub.

Terminal bas bandar yang selebihnya  pula  adalah  Terminal Bas Lurah Semantan (Temerloh),Stesen Bas Mentakab, Terminal Freesia (Cameron Highlands),Terminal Bas Awana (Genting Highlands), Terminal Anggerik (Kuala Lipis), Terminal Akasia (Benta), Terminal Sentral Jerantut, Terminal Bas Triang, Stesen Bas Pekan, Terminal Bas Maran, Hentian Raya Bentong, Stesen  Bas  Kuala  Rompin, dan  Stesen Bas Muadzam Shah.

Negeri Pahang juga  mempunyai  perkhidmatan  bas  ke  Felda-felda  tertentu  seperti  Jengka  Sentral, Terminal Bandar Tun Razak (Keratong),Stesen Bas Chini dan Stesen Bas Mempaga.



Di Terengganu, Stesen Bas Kuala Terengganu,Stesen Bas Dungun, Stesen Bas Kemaman,Stesen Bas Kerteh,Terminal Bas Besut,Stesen Bas Jerteh, Stesen Bas Permaisuri, Stesen Bas Marang dan Terminal Bas Bandar al-Muktafi Billah Shah.

Di Kelantan,Kota Bharu memiliki dua stesen, iaitu Terminal Bas Kota Bharu dan  Stesen  Bas  Kota  Bharu.  Diikuti  dengan  Terminal  Bas Kok Lanas,Mini Terminal Kubang Kerian, Stesen Bas Bachok, Stesen  Bas  SKMK  Tumpat,Stesen Bas SKMK Pasir Mas,Terminal Bas Rantau Panjang, Stesen Bas SKMK Machang,Stesen Bas Tanah Merah, Stesen Bas Pasir Putih,Stesen Bas Jeli, Stesen Bas Kuala Krai dan Stesen Bas SKMK Gua Musang.


Di Sarawak, Sarikei  mempunyai  dua  stesen  iaitu  Stesen  Bas  Sarikei  dan  Terminal  Bas  Ekspres  Sarikei diikuti Miri  dengan  Terminal  Bas  Pujut  dan  Terminal  Bas  Tudan.

Selain  daripada  itu  adalah  Kuching Sentral,Terminal Bas Kota Samarahan,Stesen Bas Bau,Stesen Bas Lundu, Stesen Bas  Sematan, Stesen Bas  Serian, Stesen Bas Sri Aman, Stesen Bas Julau,Terminal Bas Sibu,Stesen  Bas  Mukah, Terminal  Bas  Bintulu  Sentral, Stesen Bas Limbang dan Stesen Bas Lawas.

Terdapat  cadangan  untuk  membina  stesen  bas  baru  di  Sri  Aman.


Di Sabah pula, Kota Kinabalu  memiliki  lebih  daripada  satu  stesen,  iaitu  Terminal Bas  Bandaraya (Utara),Stesen Bas Kepayan Ridge,Hentian Padang Merdeka dan Terminal City Park. Bandar lain yang mempunyai lebih daripada satu stesen  adalah Sandakan  dengan Terminal Bersepadu Sandakan dan Stesen Bas Labuk, diikuti  Tawau  dengan Terminal Bas Seri Indah dan Stesen Bas Sabindo.

Diikuti Terminal Bas Papar,Terminal Bas Mini Pekan Menggatal,Stesen Bas Beaufort, Stesen Bas Sipitang, Stesen Bas Kota Belud, Hentian Kudat,Hentian Kota Marudu, Stesen Tung Ma Nui Luk (Tenom),Stesen Tung Ma (Keningau), Terminal Daerah Tambunan, Hentian Ranau, Hentian Telupid, Stesen Bas Semporna, Stesen Bas Lahad Datu dan Stesen Bas Kunak.

Di Labuan pula terdapat sebuah stesen iaitu Stesen Bas Labuan.

Terdapat cadangan untuk membina stesen bas baru di Kota Kinabalu iaitu Terminal Bas Bandaraya (Pusat).

Sumber:
https://www.catchthatbus.com/terminal
https://beautifulkk.com/content/kk-bus-terminals

Sunday, May 12, 2019

Taburan jeti, pelabuhan dan marina di Malaysia

Dalam  entri  yang  lepas,  telah  disenaraikan  kesemua  lapangan  terbang  awam  tanpa  mengira  antarabangsa  atau domestik  untuk  memberikan  gambaran  kepentingan  pengangkutan  udara  di  negara  ini.  Entri  kali  ini  pula  menyenaraikan  terminal  pengangkutan  air  di  Malaysia  iaitu  jeti,marina  dan  pelabuhan. Jeti  merujuk  kepada  pangkalan  bagi  feri dan bot penumpang,marina  pula  adalah  pangkalan  khas  untuk  kapal  layar  dan  bot  persiaran  berlabuh  manakala  pelabuhan  pula  adalah  tempat  kapal-kapal  berlabuh, biasanya  urusan  perdagangan, penyelenggaraan kapal  dan  juga  pengangkutan  sumber  dagangan. Label  warna  biru  menandakan terminal  sedia  ada  manakala  label  warna  hijau  menandakan  dalam  perancangan  atau  cadangan  pihak-pihak  tertentu.  


Marina      : 1)Marina Kuala Kedah 2) Marina Kuah,Langkawi  3) Marina Pulau Rebak, Langkawi                          4)Telaga  Harbour  Park & Marina
Jeti            :1)Jeti  Kuala  Perlis  2)Jeti  Kuala  Kedah  3)Jeti  Kuah,Langkawi  4) Jeti Pulau Payar
Pelabuhan :1) Pelabuhan Teluk Ewa,Langkawi
Cadangan: Pelabuhan Kuala  Sanglang  dan  Pelabuhan  Pulau Bunting


Marina    : 1)Marina Batu Uban,P.Pinang  2)Straits Quay Marina,P.Pinang  3)Pulau Marina,Lumut                        4)Marina Pulau Mentangor,Pangkor
Jeti          : 1)Pangkalan Sultan Abdul Halim,Butterworth                                                                                          2)Terminal  Feri  Pangkalan  Raja  Tun  Uda,Georgetown  3)Jeti Swettenham,Georgetown
                  4)Pengkalan  Cassia,Bt.Kawan  5)Jeti Pulau  Aman  6)Jeti Pulau Jerejak    7)Jeti  Lumut                      8)Jeti  Pulau  Marina  9)Jeti  Pulau  Pangkor  10)Jeti  Sg.Pinang Kecil                                                    11)Jeti Bgn. Datoh   12)Jeti Pangkor Laut
Pelabuhan:1)Pelabuhan Pulau Pinang  2)Pelabuhan Lumut


Marina     :1)Marina  Pulau  Indah  2)Marina Putrajaya  3)Admiral  Marina,Port Dickson                                        4)Marina Melaka  
Jeti           :1)Pengkalan Baru Sabak Bernam  2)Kompleks Dato Shaari Jihin,P.Klang                                              3)Jeti Pulau Ketam   4)Jeti  Penumpang  Port  Dickson  5)Jeti Melaka  6)Jeti Umbai                              7)Jeti Pulau  Besar
Pelabuhan:1)Pelabuhan Utara,P.Klang  2)Pelabuhan  Barat,P.Klang  3)Pelabuhan Selatan,P.Klang                          4)Pelabuhan  Port  Dickson  5)Pelabuhan  Kuala Linggi,Melaka                                                              6)Pelabuhan Industri  Tangga  Batu,Melaka  8)Pelabuhan Tg.Bruas,Melaka
Cadangan: Marina  Melaka  Gateway


Marina:      1)Marina Tanjung Emas,Muar 2)Puteri Harbour 3)Marina Senibong Cove                                            4)Marina Sebana Cove  5)Marina  Tg.Pengelih
Jeti:            1)Jeti Penumpang Muar  2)Jeti Kukup  3)Terminal Feri Johor Duty Free Zone                                       4)Terminal Feri Tg.Belungkor  5)Jeti Sedili  6)Jeti Tanjung Leman  7)Jeti  Pulau  Sibu                         8)Jeti Penumpang Mersing  9)Jeti Pulau Babi Besar 10)Jeti Pulau Rawa  11)Jeti Tioman
Pelabuhan: 1) Pelabuhan Tg.Pelepas 2)Pelabuhan Pasir Gudang  3)Pelabuhan Tg.Langsat                                       4)Pelabuhan Tg.Pengelih 5)Pelabuhan Pengerang


Marina: Marina Tanjung Gemok
Jeti: Jeti  Kuantan
Pelabuhan: Pelabuhan Kuantan
Cadangan: Marina Kuantan Waterfront


Marina     :Marina Pulau Duyong
Jeti           : 1)Jeti Marang 2)Jeti Pulau Kapas 3)Jeti Pulau Duyong  4)Jeti  Penumpang K.Terengganu                     5)Jeti Seberang Takir  6)Jeti  Merang  7)Jeti Pulau Redang  8)Jeti  Kuala  Besut                                     9)Jeti  Pulau  Perhentian  10) Jeti  Pengkalan Kubor
Pelabuhan:1)Pelabuhan Tok Bali  2)Pelabuhan Kemaman  3)Pelabuhan Dungun
Cadangan:Marina Kota Bharu Waterfront



Marina     :1)Marina Labuan  2)Marina  Sutera Harbour  3)Marina Kudat
Jeti           :1)Jeti Sipitang  2)Jeti Menumbok  3)Terminal Feri Antarabangsa Labuan                                              4)Terminal Feri Jesselton Point  5)Jeti Pulau Gaya  6)Jeti  Pulau  Sapi                                                    7)Jeti  Pulau  Manukan  8)Jeti  Kudat  9)Jeti Pulau  Banggi  10)Terminal  Feri  Tawau
Pelabuhan:1)Pelabuhan  Sipitang  2)Pelabuhan  Labuan  3)Pelabuhan  Kota  Kinabalu                                            4)Pelabuhan  Sepanggar  5)Pelabuhan Sandakan  6)Pelabuhan  Lahad Datu                                            7)Pelabuhan  Kunak  8)Pelabuhan  Semporna  9)Pelabuhan  Tawau


Marina      :1)Marina Kuching  2)Marina  Miri
Jeti           :1)Jeti  Sungai  Sarawak  (many,varied)  2)Feri  Batang  Lupar  3)Feri Batang Paloh                              4)Feri Sg.Maaw  5)Jeti Sibu  6)Jeti Kanowit  7)Jeti Song  8)Jeti  Kapit  9)Jeti Bruit-Daro                      10)Jeti Bintulu  11)Jeti  Sebauh  12)Jeti  Kuala  Baram  13)Jeti Marudi  14)Jeti  Limbang                    15)Jeti  Kuala  Lawas
Pelabuhan:1)Pelabuhan Kuching  2)Pelabuhan Tg.Manis  3)Pelabuhan Sarikei  4)Pelabuhan  Sibu                        5)Pelabuhan  Bintangor  6)Pelabuhan Tg.Kidurong  7)Pelabuhan  Samalaju                                          8)Pelabuhan Kuala  Baram

Wednesday, May 1, 2019

Taburan lapangan terbang di Malaysia

Perkembangan  pengangkutan  udara  biasanya  kurang  dibincangkan  oleh  masyarakat  umum  kerana  rata-rata  lebih  bergantung  kepada  pengangkutan  darat  seperti  perkhidmatan  lebuhraya  dan  laluan  kereta  api. Namun,  ia  masih  menjadi  keutamaan  bagi  mereka  yang  membuat  perjalanan  ke  luar  negara,  ke  Sabah  Sarawak  mahupun  Semenanjung,  atau  adakalanya  sekadar  ke  pulau-pulau  tertentu  ketika  musim  monsun  di  mana  perkhidmatan  bot  dan  feri  adalah  dihadkan. Sekitar  2017, perjalanan antarabangsa  tertinggi  Malaysia  adalah  ke  Singapura  pada  kedudukan  26  di  dunia  dengan  4,108,824  penumpang, diikuti  penerbangan  Jakarta-Kuala  Lumpur  pada  kedudukan  ke-60  dengan  2,812,479  penumpang.  Bagi  penerbangan  domestik tertinggi di  Malaysia  pula  adalah:
1. Kota Kinabalu-Kuala Lumpur (2,609,151 penumpang) (69th world)
2. Kuala Lumpur-Penang (2,379,127 penumpang) (95th world)
3. Kuching-Kuala Lumpur (2,341,291 penumpang) (100th world)

Simbol  kapal  terbang  menandakan  lapangan  terbang  awam  yang  masih  beroperasi,  simbol  tanda  soal   merujuk  kepada  lapangan  terbang  yang  samada  ditinggalkan, tiada  lagi  penerbangan  berjadual  mahupun  dituruntaraf  sebagai  padang  latihan  penerbangan. Sepertimana  laluan  keretapi  yang  telah  ditinggalkan  diabadikan  sebagai  nama  jalan  seperti  Jalan  Landasan,Jalan  Stesen  dan  Jalan  Keretapi  Lama, kebiasaannya  jalan  berhampiran  lapangan  terbang  yang  ditinggalkan  dinamakan  sebagai  Jalan  Padang  Terbang  atau  Jalan  Lapangan  Terbang. Simbol  hijau  pula  menandakan  cadangan  lapangan  terbang  baharu  untuk  dibina.  Lambang  "dilarang  masuk"  pula  merujuk  kepada  lapangan  terbang  peribadi.  Hanya  lapangan  terbang  awam  yang  ditunjukkan  di  dalam  entri  ini  dan  tidak  melibatkan  sebarang  lapangan  terbang  ketenteraan.


Berdasarkan  peta  di  atas,  kebanyakan  lapangan  terbang  yang  masih  beroperasi  kebanyakannya  terletak  di  sekitar  Malaysia  Timur  dan  lapangan  terbang  yang  ditinggalkan  kebanyakannya  tertumpu  di  Semenanjung  Malaysia. Situasi  ini  boleh  dijelaskan  dengan  melihat  kepada  perkembangan  sistem  perhubungan  lain, keadaan  geografi  muka  bumi  dan  perkembangan  sejarah.



Terdapat  3  lapangan  terbang  yang  masih  beroperasi  di  kawasan  utara,  iaitu  Lapangan  Terbang  Antarabangsa  Pulau  Pinang, Lapangan  Terbang  Sultan  Abdul  Halim, Alor  Setar;  dan  Lapangan  Terbang  Antarabangsa  Langkawi. Terdapat  dua  buah  lapangan  terbang  atau  padang  terbang  (airstrip)  yang  tidak  lagi  digunakan,  iaitu  Lapangan  Terbang  Sungai  Batu  Pahat, Perlis  dan  Lapangan  Terbang  Sungai  Petani.  

Di  kawasan  utara,  terdapat  cadangan  untuk  membina  dua  lapangan  terbang  baharu  iaitu  Lapangan  Terbang  Kulim  dan  Lapangan  Terbang  Chuping,Perlis.  Lapangan  Terbang  Chuping  pernah  menjadi  isu  utama  pada  tahun  2015, namun  disebabkan  lokasinya  yang  agak  hampir  dengan  Lapangan  Terbang  Alor  Setar  dengan  Lapangan  Terbang  Antarabangsa  Hatyai, Thailand  menjadi  penghalang  bagi  lapangan  terbang  ini  dibina.  Perkembangan  sistem  Komuter  dan  ETS  di  Perlis  juga  menjadikan  lapangan  terbang  ini  tidak  lagi  efisien. Selain  itu, cadangan  yang  agak  kontroversi  pada  2019  iaitu  Lapangan  Terbang  Kulim  mencetuskan  debat  di  peringkat  nasional  atas  alasan  yang  sama,  iaitu  terlalu  hampir  dengan  Lapangan  Terbang  Antarabangsa  Pulau  Pinang  dan  boleh  menggugatnya  meskipun  tujuannya  hanyalah  mengendalikan  kargo. Lapangan  terbang  baharu  iaitu  LCCT (terminal  tambang  murah)  Pulau  Pinang  juga  dirancang  untuk  dibina  sekitar  Bayan  Lepas.  




Di  Kelantan  dan  Terengganu  pula,  terdapat  empat  buah  lapangan  terbang  yang  masih  beroperasi,  iaitu  Lapangan  Terbang  Sultan  Ismail  Petra,Kota  Bharu;  Lapangan  Terbang  Sultan  Mahmud, Kuala  Terengganu; Lapangan  Terbang  Pulau  Redang  dan  Lapangan  Terbang  Kerteh.  Tidak  dapat  dipastikan  samada  Lapangan  Terbang  Kerteh  terbuka  kepada  awam  ataupun  hanya  kepada  kakitangan  syarikat  minyak.  

Terdapat  tiga  lapangan  terbang  yang  telahpun  ditinggalkan  iaitu  Lapangan  Terbang  Machang,  Lapangan  Terbang  Dungun, Lapangan  Terbang  Penarik  (berdekatan SK Pasir  Putih,Machang)  dan  Lapangan  Terbang  Kemaman. Lapangan  Terbang  Machang  tidak  dapat  dijumpai  di  peta,  Lapangan  Terbang  Kemaman  kini  dikelilingi  kawasan  perumahan,  Lapangan  Terbang  Penarik  masih  boleh  dilihat  dengan  jelas  di  peta  dan  terletak  di  tepi  jalan  manakala  Lapangan  Terbang  Dungun  menjadi  Kelab  Golf  Desa  Dungun.



Sebagai  sebuah  negeri  yang  penuh  dengan  bangunan  kolonial  British,  tidaklah  menghairankan  apabila  taburan  padang  terbang  lama  agak  banyak  di  negeri  ini.  Dengan  2  buah  lapangan  terbang  yang  masih  beroperasi  di  negeri  ini,  iaitu  Lapangan  Terbang  Sultan  Azlan  Shah, Ipoh  dan  Lapangan  Terbang  Pulau  Pangkor,  Perak  mempunyai  kira-kira  6  padang  terbang  lama,  iaitu  di  Tekah,Taiping; Pantai  Remis, Sitiawan, Kampung  Gajah, Bidor  dan  Gerik.

Lapangan  Terbang  Taiping,Gerik  dan  Sitiawan  dikelilingi  kawasan  perumahan  dan  masih  boleh  dilihat  dengan  jelas  dari  peta  Google  Street  kerana  dipelihara  sebagai  kawasan  bersejarah. Lapangan  Terbang  Pantai  Remis  terletak  jauh  di  dalam  ladang  sawit  antara  Pantai  Remis, Changkat  Keruing  dan  Beruas. Lapangan  Terbang  Bidor  dijadikan  sebagai  Kelab  Golf  Batang  Padang  dan  dikesan  berdasarkan  nama  kampung  berdekatan, Kampung Lapangan  Terbang. Lapangan  Terbang  Kampung Gajah  lebih  unik  apabila  dijadikan  sebahagian  daripada  Litar  Dato  Sagor.

Terdapatnya  sebuah  lapangan  terbang  yang  dipercayai  milik  Jenderata  Estate  di  Teluk  Intan.  Tidak dapat  dipastikan  adakah  lapangan  ini  masih  digunakan  atau  tidak.  Untuk  lapangan  terbang  baharu  pula  di  Perak,  perancangan  awal  adalah  untuk  membinanya  sekitar  Sri  Iskandar  atau  Changkat  Melintang.  Namun,  perubahan  tampuk  politik,  menjadikan  lokasinya  berubah  ke  selatan  Perak  samada  Tapah, Bidor, Behrang  atau  Tanjung  Malim.


Semestinya,  untuk  Selangor  dan  W.P  Kuala  Lumpur,  dua  lapangan  terbang  yang  masih  beroperasi  adalah  Lapangan  Terbang  Antarabangsa  Kuala  Lumpur  dan  Lapangan  Terbang  Antarabangsa  Subang.  Walaupun  Selangor  juga  menjadi  tumpuan  kolonial,  namun  tidak  banyak  padang  terbang  bersejarah  ditemui  di  sini. Terdapat  2  padang  terbang  yang  tidak  lagi  aktif  iaitu  Padang  Terbang  Jugra  dan  Padang  Terbang  Batu  Arang.  Padang  Terbang  Batu  Arang  tidak  dapat  ditemui  di  peta  kerana  kekurangan  maklumat  tentangnya.  Manakala  kesan  Padang  Terbang  Jugra  boleh  dilihat  sekitar  Bukit  Jugra. Terdapat  juga  lapangan  terbang  peribadi  di  Sungai  Bernam. Terdapat  cadangan  untuk  membina  KLIA3  sebelum  ditukar  kepada  pembesaran  Terminal  Utama  KLIA.

Bagi  Negeri  Sembilan,  tiada  lapangan  terbang  beroperasi  memandangkan  lokasinya  yang  agak  hampir  dengan  KLIA. Terdapat  cadangan  untuk  membina  KLIA  East  di  Labu  sebagai  terminal  tambang  murah  Air  Asia  sebelum  diganti  dengan  KLIA2. Selain  itu, dikatakan  pekan  Juasseh  pernah  mempunyai  sebuah  lapangan  terbang  yang  dibina  melalui  buruh  paksa  pada  zaman  Jepun.  Dikatakan  ianya  tidak  pernah  siap  dan  bermula  daripada  Klinik  Kesihatan  Juasseh  ke  Desa  Bukit  Gelugor.  Selain  itu,  dikatakan  terdapatnya  sebuah  lapangan  terbang  di  Paroi  yang  menjadi  kegunaan  helikopter  dan  jet  pejuang  British  suatu  ketika  dahulu.

Di  Melaka  pula,  terdapat  sebuah  lapangan  terbang  beroperasi  iaitu  Lapangan  Terbang  Melaka/Batu  Berendam.  Terdapat  juga  padang  terbang  yang  tidak  lagi  digunakan  di  Tanjung  Bidara.



Di  Johor  pula,  lapangan  terbang  beroperasi  adalah  Lapangan  Terbang  Antarabangsa  Senai.  Padang  terbang  yang  tidak  lagi  beroperasi  adalah  Lapangan  Terbang  Batu  Pahat, Lapangan  Terbang  Kluang,  Lapangan  Terbang  Segamat  dan  Lapangan  Terbang  Mersing. Lapangan  Terbang  Batu  Pahat  terletak  sekitar  Kampung  Lapangan  Terbang, Lapangan  Terbang  Mersing  terletak  berhampiran  pantai  dan  Lapangan  Terbang  Segamat  dikelilingi  kawasan  perumahan.

Terdapat  cadangan  untuk  membina  lapangan  terbang  baru  di  Mersing  memandangkan  usaha  untuk  membina  lapangan  terbang  baru  di  Pulau  Tioman  mendapat  bantahan  penduduk  setempat. 


Terdapat  dua  buah  lapangan  terbang  beroperasi  di  Pahang  iaitu  Lapangan  Terbang  Sultan  Haji  Ahmad  Shah  dan  Lapangan  Terbang  Tioman.  Pahang  juga  mempunyai  padang  terbang  lama  yang  unik. Antaranya  adalah  di  Temerloh, Bentong, Benta, Genting, Cameron Highlands (Habu), Sg.Tiang (Taman Negara)  dan  Kuala  Rompin  (Lanjut).  Lapangan  Terbang  Genting  tidak  dijumpai  di  dalam  peta,  Lapangan  Terbang  Bentong  dijadikan  padang  golf  dan Lapangan  Terbang  Benta  menjadi Pusat  AADK  Benta. Lapangan  Terbang  Sg.Tiang, Cameron  dan  Rompin  masih  dalam  keadaan  asal.

Terdapat  cadangan  untuk  menghidupkan  semula  Lapangan  Terbang  Rompin  untuk  ke  Pulau  Tioman.  Selain  itu,  terdapat  juga  cadangan  untuk  membuat  tambakan  dan  membina  lapangan  terbang  baru  di  Tioman  dan  menerima  bantahan  daripada  penduduk  pulau  kerana  akan  merosakkan  terumbu  karang.


Sarawak  bolehlah  dikatakan  sebagai  negeri  dengan  jumlah  lapangan  terbang  beroperasi  terbanyak  di  Malaysia  iaitu  Lapangan  Terbang  Antarabangsa  Kuching,  Lapangan  Terbang  Tanjung  Manis,  Lapangan  Terbang  Sibu, Lapangan  Terbang  Mukah, Lapangan  Terbang  Bintulu, Lapangan  Terbang  Miri,  Lapangan  Terbang  Limbang, Lapangan  Terbang  Lawas, Lapangan  Terbang  Marudi, Lapangan  Terbang  Mulu,  Lapangan  Terbang  Long  Seridan,  Lapangan  Terbang  Bakelalan,  Lapangan  Terbang  Bario,  Lapangan  Terbang  Long  Akah, Lapangan  Terbang  Long  Lellang  dan  Lapangan  Terbang  Long  Banga,  sebanyak  16  buah  semuanya.  

Namun,  terdapat  juga  lapangan  terbang  yang  tidak  lagi  digunakan  atau  tiada  penerbangan  berjadual,  iaitu  Lapangan  Terbang  Sematan, Lapangan  Terbang  Simanggang (Sri  Aman), Lapangan  Terbang  Lutong, Lapangan  Terbang  Lama  Bintulu,  Lapangan  Terbang  Long  Sukang  dan  Lapangan  Terbang  Long  Semado. Lapangan  Terbang  Simanggang  terletak  berhampiran  kompleks  sukan  Sri  Aman manakala  Lapangan  Terbang  Lutong  berhampiran  SMK  Lutong. Lapangan  Terbang  Lama  Bintulu  pula  terletak  betul-betul  di  tengah  bandar  Bintulu.  Ketiga-tiga  landasan  ini  boleh  dilihat  dengan  jelas  dari  peta.

Terdapat  juga  beberapa  cadangan  lapangan  terbang  baru  seperti  di  Betong, Kapit  dan  Mukah.  Selain  itu  LCCT  juga  dirancang  untuk  dibina  di  Lapangan  Terbang  Antarabangsa  Kuching.



Di  Sabah  dan  W.P Labuan,  terdapat  6  buah  lapangan  terbang  yang  masih  beroperasi,  iaitu  Lapangan  Terbang  Antarabangsa  Kota  Kinabalu,  Lapangan  Terbang  Labuan, Lapangan  Terbang  Sandakan, Lapangan  Terbang  Kudat,  Lapangan  Terbang  Lahad  Datu  dan  Lapangan  Terbang  Tawau.

Terdapat  beberapa  lapangan  terbang  yang  tidak  lagi  aktif  atau  mempunyai  penerbangan  berjadual,  contohnya  adalah  Lapangan  Terbang  Long  Pasia,  Lapangan  Terbang  Sapulut,  Lapangan  Terbang  Keningau,  Lapangan  Terbang  Semporna,  Lapangan  Terbang  Sahabat,  Lapangan  Terbang  Hutan  Bakau  Pamol,  Lapangan  Terbang  Telupid, Lapangan  Terbang  Ranau  dan  Lapangan  Terbang  Kota  Belud.

Beberapa  cadangan  lapangan  terbang  di  Sabah  telah  diusulkan,  seperti  Lapangan  Terbang  Baru  Lahad  Datu  dan  Terminal  LCCT  Kota  Kinabalu.




Sumber:
1)http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pulau-pinang-cadang-bina-lapangan-terbang-antarabangsa-koridor-utara-191313
2)https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/12/400256/airport-baharu-bakal-dibina-di-selatan-perak
3)http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lapangan-terbang-antarabangsa-kulim-bakal-jadi-realiti-198432
4)https://www.malaysiakini.com/news/308967
5)https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/354848/lapangan-terbang-baharu-di-perak-tengah
6)http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2011/11/hulu-bernam-airport-grounded.html
7)https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=385170
8)https://www.malaysianreview.com/139840/lapangan-terbang-perlis-akan-dibina-di-chuping-kata-menteri-besar/
9)https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/21/lapangan-terbang-kulim-boleh-singkir-pia-dari-peta-kata-penganalisis/
10)https://soscili.my/kenapa-penduduk-pulau-tioman-protes-lapangan-terbang-yang-bakal-dibina-vincent-tan/

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...