Sunday, May 31, 2015

Study Week

Admin had to study this week.... so no entry about a month

Angan-angan, destinasi dan backup

Semua orang ada cita-cita masing-masing. Begitu juga aku. Cita2 kita biasanya bermula dengan sesuatu yang lame dan sering kita dengar seperti polis, doktor, peguam, cikgu dll. Semakin lama, kita semakin matang dan mula terperinci tentang cita-cit kita seperti peguam syariah, doktor pakar kanser, pensyarah universiti dll.

Bagi aku, cita-cita itu terbahagi kepada tiga. Ianya adalah angan-angan, destinasi dan backup. Selalunya angan-angan merujuk kepada cita-cita yang memang takkan tercapai, melainkan kau study balik dari mula. Destinasi merujuk kepada cita-cita yang sedang cuba kita gapai, sementara backup adalah cita-cita yang akan kita cuba andai cita-cita destinasi gagal dicapai.

Sama macam budak2 lain, aku jugak selalu disuap dengan sterotaip yang mana kalau jadi doktor, boleh jadi kaya. Kerja cek-cek badan, terus duit ribu-ribu. Jadi aku mula meletakkan doktor sebagai choice aku tiap kali disoal tentang cita-cita. Nak-nak lagi family belah bapak dengan mak aku belum ada seorang pun yang menjadi doktor, jadi ianya adalah satu harapan bagi dua-dua family.Mula-mulanya aku macam budak lain yang agak noob dan blur tentang hala tuju hidup. Tapi waktu seawal 6 tahun, bila mana aku menyaksikan kematian pertama dan terakhir depan mata aku sendiri, yang mana ibu saudara aku bertarung maut dan menghembus nafas terakhir di sebuah katil di Hospital Ipoh, waktu itu aku mula komited dengan cita-cita itu. Tapi memang aku akui bukan mudah. Lagi-lagi bila cita-cita itu berselisih pula dengan hubungan sosial. Aku akui kebanyakan kawan-kawan aku jenis yang suka bersosial dan mengharapkan orang lain bab homework dan test. Jadi waktu itu, aku memang kena pilih antara hubungan sosial dan cita-cita. Mula-mula memang ok, tapi lepas form 4, perangai sakai yang aku dapat lepas blah dari sekolah asrama buatkan aku jadi malas. Kerja aku lepak dengan budak-budak ni kat belakang sekolah, kadang-kadang lepak tandas sambil kacau belen. Kalau dalam kelas kami akan kacau cikgu ramai-ramai. Waktu tu aku memang seronok gila jadi extrovert. Bayangkan kau jadi skema beberapa tahun, pastu bila kau jadi cool, semua orang accept kau. Pergh heaven sial. Kesimpulannya SPM aku xsebagus yang aku harapkan. Ianya still bagus, tapi seperti yang aku maksudkan, "x seperti yang diharapkan". Masuk saja ke matriks, aku mengharapkan aku berjaya ke modul Satu. Tapi aku ditolak ke modul Dua, yang mana lebih fokus ke engineering. Waktu tu memang aku emo gila sebab masuk MD tentu-tentu la ttak bleh amik medik. Aku pendam je benda tu dan redha. Ada sorang member aku dia amik gak MS walaupun asalnya MD, dan kesannya dia x mampu adapt. Dia jugak tak layak untuk masuk ke IPTA. Sepanjang dalam kelas tu, dia terpaksa mix dgn budak2 kelas dia yang ego, selfish dan introvert gila babeng (salah satunya adalah bekas rumet aku). Waktu tu aku just mampu kesian dan bersyukur gak aku tak tersilap langkah. Waktu tu jugak aku mula sedar, yang doktor hanyalah "angan-angan" aku.

Destinasi aku kini adalah engineering. Sebab aku berkata demikian adalah sebab sekarang aku memang berada di landasan engineering, belajar subjek2 engineering dan belajar di universiti engineering. Takkan tiba-tiba jadi lawyer plak. Sebetulnya minat aku kat bidang ni lebih kepada suggestion dan ketidaksengajaan. See, waktu aku kat sekolah asrama, aku ada minat yang mendalam dalam art. Dalam subjek 8tra, aku memilih Art di samping Tasawuf atau duduk tidur kat kelas. Malah kawan baik aku jugak seorang yang menyukai art macam aku. Disebabkan ada sorang tengok karya aku, dia pun cadangkan supaya aku amik engineering. Aku pun macam, nay... aku lebih suka doktor. Selepas aku masuk matriks, dan aku dimasukkan dalam aliran sains fizikal, aku mula mendalami bidang engineering dalam keadaan terpaksa. Tapi disebabkan aku ada semangat dan talent dalam art, jadi engineering masih tak menjadi beban untuk aku. Masalahnya waktu tu, aku konfius pasal beza seni bina dan kejuruteraan awam. Arkitek bina bangunan, jurutera pun sama, jadi apa bezanya. Lepas diexplaine oleh lecturer psikologi tu, barulah aku paham yang aku lagi cenderung ke arkitektur. So, aku isi borang UPU dan cari uni yang ada bidang seni bina saja. Malang sekali bukan semua uni ada course tu, lagi malang pointer aku bawah 3, so untuk elakkan ke lelong, aku singkirkan RU dan uni bukan RU yang ada seni bina just 2 uni je. Alhamdulillah, aku berjaya juga ditawar ke salah satu temuduga. Tapi takde rezeki kat situ, so aku just teruskan dengan apa je yang aku dapat. Still Alhamdulillah, aku masih dapat pergi ke uni dalam bidang civil, yang mana xjauh sgt dgn arkitektur. Dan di universiti itulah tempat aku berada sekarang.......

Backup, lebih kepada cadangan parents aku. See, bila makbapak aku tengok perubahan yang ketara pada aku daripada introvert ke extrovert tegar, aku dapat rasakan parents aku tak rasa doktor tu sesuai dengan perangai aku ketika itu. Yelah, nak jadi doktor, tapi pemalas, suka hangout dengan member, pedajal cikgu, semuanya gara-gara nak diterima kawan sekelas, last-last result exam pun hancur. So, diorang cadangkan aku menjadi cikgu. Kata bapak aku, cikgu ni lebih senang dan terjamin. Lagipun, kedua-dua parents aku cikgu, jadi mungkin diorang berharap ada pelapis dari keluarga. Di pihak aku pulak, aku tak berapa sukakan kerjaya ini. First, aku tak pandai mengajar. Kalau aku duduk dalam kelas dan dapat kecap apa yg cikgu ajar, tiba2 member sebelah tanya, aku akan jadi blur balik, atau taktau cmne cara terbaik nak ajar. Second, ak ni macam benci kat budak2. Betul, lagi2 kalau budak2 darjah 1-3, memang menyampah gila. Kalau yang dah mula berakal dari darjah 5- sampai form 3 tu aku boleh tahan lagi. Lagipun, aku perasan cikgu baru kat sekolah aku dulu mesti kena letak kat kelas belakang-belakang. Kelas-kelas belakang kat sekolah aku dulu boleh tahan jugak, dengan gaduhnya, dengan bisingnya, dengan sifir 5 pon tak hafal walaupon dah form 3. So, seriesly aku memang berharap sangat aku tak perlu mejadi guru. ye, aku tau guru tu kerjaya mulia,tapi aku rasa aku tak sesuai jadi cikgu. Apa guna jadi cikgu kalau benci mengajar dan benci budak? Tapi seriesly, bapak aku masih persuade aku untuk jadi cikgu Fizik, misalnya. Walaupun aku dah masuk uni engineering pun still dia nak jugak aku jadi cikgu. Lol. Tapi terus terang, kemungkinan besar adalah sebab bila fikir2 balik apa yang aku dgn mmber2 aku buat kat cikgu2 kitorang, aku tak rasa aku boleh handle benda tu kalau aku di tempat cikgu tu. Sebab tu bagi aku cikgu adalah kerjaya paling superb yang bukan semua boleh handle.

Blog pertama aku

Ini adalah kali pertama aku berblogging. Still banyak benda nak kena improve

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...