Friday, April 15, 2016

Nikmat vs Istidraj

Entah kenapa tahun ni aku rasa susah sangat. Aku rasakan hidup aku sunyi, sunyi yang amat, lebih sunyi daripada berseorangan di tengah-tengah dataran Siberia yang mendingin.

Aku tak pasti, apakah yang aku tengah lalui sekarang.

Salah seorang kawan baik aku tinggalkan aku dan bersahabat dengan seorang yang aku pernah benci.
Dan orang yang aku pernah benci itu, isunya bukanlah sebesar mana.
Hanya sebab bau rokok John yang busuk (maaf, aku senang high kalau terbau asapnya)
Dan sebab dia menyebabkan dua kenalan yang rapat dengan aku tidak lagi menegur aku (kisah dulu)
Selebihnya adalah hasil emo kerana aku diignore oleh mamat introvert yang pernah sebilik dengan aku.

Jujur aku pernah bertanya pada langit,
Apakah semua ini?
Kecelakaan apakah yang diturunkan ini?
Ujian apakah yang Kau cuba beri?
Kenapa aku?
Kenapa?

Dan yang menghairankan, aku seakan-akan "merajuk" dengan seorang yang segender dengan aku.
Emo dan ego saling bergaduh dalam ranapan emosi aku.
Ego berkata "Kau lelaki! Kenapa kau nak kisah dengan mamat poyo rambut jatuh tu?! Kau bukannya gay nak acah2 prihatin kat dia"
Emo berkata "Seburuk manapun seseorang, kau harus cuba. Atas dasar ukhuwah. Budak ni perlukan pertolongan kau!"

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...