Thursday, November 2, 2017

Kawasan Mural seluruh Malaysia yang terbaik untuk selfie





















Anda sukakan seni? Kebiasaannya untuk menghayati seni, kita perlu berkunjung ke galeri seni untuk menatap hasil-hasil seni di sana. Tapi ramai yang tidak sedar, di Malaysia ini seni dalam  bentuk  mural  juga boleh ditatap di lorong-lorong kecil di belakang kedai. Berikut adalah  tempat-tempat  sesuai  untuk  anda  berselfie  atau  berswafoto  dengan  mural-mural  yang  menjadi  tarikan  pelancong.

1. Sekitar  Penang

Image result for penang street art

2. Sekitar  Ipoh

Image result for ipoh street art


3. Laman Seni, Jalan Che Mek Molek, Machang, Kelantan

Image result for street art machang kelantan

4. Souk Fil Madinatul  Jadid, Jalan Dato Pati, Kota Bharu, Kelantan


Related image

5. Jalan  Penjara, Kangar, Perlis (belakang lorong)

Image result for street art perlis


6. Lorong  Seni, Seremban, Negeri Sembilan

Image result for lorong seni seremban negeri sembilan malaysia

7. Laman Seni 7, Shah Alam, Selangor

Image result for laman seni 7

8. Melaka (sepanjang river cruise)

Image result for melaka street art

9. Laman Kreatif Kluang. Jalan Teoh Siew Khor, Kluang, Johor

Image result for street art kluang

10. Kampung Cina, Kuala Terengganu, Terengganu

Related image



Saturday, August 26, 2017

Kalaulah landasan keretapi dibina menghubungkan Utara (Kedah, Penang, dan Perak) ke Pantai Timur

Kita semua mengetahui yang ECRL atau nama panjangnya Laluan Keretapi Pantai Timur akan dibina dalam masa yang terdekat. Akhirnya, negeri Terengganu yang selalu disebut-sebut sebagai negeri di Semenanjung yang tak dilalui oleh kereta api ,walaupun sebenarnya Melaka pun tak lah tereffect sangat dengan keretapi (satu Batang Melaka yang nun jauh ke sempadan, dan satu lagi di Pulau Sebang, pun kat sempadan). Maybe sebab tulah Melaka request buat sambungan ke Banda Hilir, yang mana kini diambil alih oleh projek HSR.

OK, back to topic.

Sebenarnya untuk menghubungkan dari Kelantan ke Penang mungkin bukan cabaran besar buat sesetengah orang, kan? Mungkin ada yang mencadangkan supaya dibuat seiring dengan jalan daripada Kulim ke Kelantan. Tapi konsep keretapi tak sama dengan konsep jalan raya. Kalau kita perasan, KTM banyak buang stesen yang dianggap "tak berguna" dalam operasi mereka. Sesetengahnya diganti dan sesetengahnya terus dibuang.

Contohnya: Stesen Bukit Berapit agak tidak efisien dan terletak jauh dalam kawasan berhutan. Jadi stesen yang baru telah dibina di pekan Padang Rengas yang mempunyai lebih potensi. Sebaliknya stesen Pondok Tanjung ditutup terus dan digantikan (tak pasti ayat digantikan ni sesuai ke tidak, sebab Kamunting agak jauh dari Pondok Tanjung) dengan stesen Kamunting.

Jadinya di sini, kita boleh lihat, daripada sebuah sistem pengangkutan yang ada banyak stesen, termasuk stesen kampung dan stesen ladang yang dibina secara alai-balai (kadang2 lebih kepada sebuah pondok), KTM komited untuk menjadi alternatif kepada jalanraya dan penerbangan dan dalam masa yang sama, menjaga kualitinya.

Admin masih ingat suatu ketika dahulu, keretapi agak dipandang rendah sebagai "kenderaan orang miskin" kerana stesen kita yang masih dibuat dari kayu yang usang serta perjalanan yang lambat sehinggakan kereta yang lalu di sebelah lebih cepat. Admin juga pernah menaiki perjalanan dari Taiping ke Pdg. Besar yang memakan masa 6 jam, walhal dengan menaiki bas, perjalanan memakan masa dalam 3-4 jam sahaja.

OK, first, kita list dulu bandar-bandar penting yang ada di Kedah dan Perak. Eh, kenapa takdak Penang dan Kelantan? Sebab obviously stesen Bukit Mertajam, or Tasik Gelugor akan disambungkan. Aku tak rasa KTM akan buat stesen baru di Penang semata2 nak sambungkan ke Kelantan. Untuk bahagian Kelantan pulak, kebarangkalian akan melalui bandar/pekan sekitar Lebuhraya Timur-Barat seperti Jeli, Ayer Lanas, Bukit Bunga, sebelum berakhir di Tanah Merah.

Bandar/pekan di Kedah yang sesuai agak banyak. Contohnya:
-Padang Serai, Baling, Kulim, Lunas, Serdang, Kuala Ketil, Kupang dan Karangan

Walaubagaimanapun, apabila tiba di Perak, ianya menjadi agak sukar. Bandar di pedalaman Perak adalah pada kedudukan menegak (pada peta) sedangkan bandar di Kelantan dan Kedah dalam posisi melintang. Jumlah bandar/pekan juga tidak banyak. Yang bersesuaian mungkin Selama dan Gerik sahaja, sebelum menuju ke Kelantan.

Projek ini mungkin takkan berlaku dalam masa terdekat. Kebarangkalian projek landasan berkembar Gemas-JB, Keretapi Laju KL-Singapura, Landasan di Sarawak dan Sabah, LRT Penang dan JB akan siap dahulu sebelum perkara ini ditimbangkan. Lagipun, Pelabuhan Tok Bali di Kelantan tidak seberapa menonjol buat masa kini untuk disambungkan ke pelabuhan Butterworth. Lalu lintas dari Kelantan ke Pulau Pinang pun tidak seberapa teruk memandangkan trafik Lebuhraya Butterworth-Kulim masih rendah dan menanggung kerugian. Mungkin apabila trafik darat di antara kedua negeri semakin sesak, projek ini boleh difikirkan semula.

Saturday, July 15, 2017

Kawan yang juga musuhku

Frenemy

Istilah orang putih yang bermaksud kawan juga musuh (2 in 1 la kiranya). Biasanya, istilah ni digunakan untuk mereka yang bergabung atas sebab semangat perjuangan (atau keterpaksaan), tapi kembali menjadi musuh pada waktu yang lain. Contohnya, dua orang pemain bola dari kelab yang berlainan adalah kawan ketika di luar padang manakala menjadi musuh di dalam padang. Dalam sesetengah keadaan, ianya berlaku dalam kalangan banduan yang bermusuh sebelum dimasukkan ke dalam penjara namun bergabung untuk keluar dari penjara.

OK

Halnya di sini adalah aku dan seorang kawan baik aku adalah dalam situasi di atas.

Hubungan kami ni memang jarang nak baikla senang cakap.

Ibaratnya kalau kapel (takde keja aku nak kapel dengan mamat tu), macam duk gaduh hari2 la, tunggu clash ja. Tapi persahabatan tak hilang dengan sekali gaduh pastu minatk clash, lagi2 kalau persahabatan tu atas nama "kawan sekelas". Adeh.

Aku salahkan diri aku sebab bodoh, dulu waktu matriks ada rumet sembab macam robot tak bercakap, aku pun ikut sama jadi robot sembab tak bercakap. Akibatnya di sini, aku jadi susah nak cari kawan. Mostly kawan yang aku ada adalah saki-baki kawan baik yang aku ada dari first year, tu pun tak berapa nak baik.

A, memang aku akui rapat dari dulu, tapi dia sibuk memanjang. Jadi aku taknaklah menyusahkan dia berkepit semedang. Ada jugak dia tegur " apsal belajar sendiri blablabla". Ikutkan hati mmg aku nak bertanya dengan orang bab2 belajar ni, tapi....haa, sila skrol lagi ke bawah.

B, budak ni dulu pendiam. Dia dgn aku tetiba tak ngam lepas aku emo sehari, adalah satu kes aku angin tiba2 pasal satu hal tu. Malas pulak nak ingat. Silap aku kat sini, adalah tak cuba approach dia lepas aku emo sehari tu. Puncanya sebab aku assume, oh lelaki faham kot. Nanti buat2 biasalah tu. Sampai harini mamat tu tak tegur aku, dah 3 tahun dah. Kalau tegur pun, memang bertopeng la. Soalan2 formal gitu.

C, member aku yang boleh dikatakan rapat la jugak dulu. Aku suka dengan style dia ni sebab boleh berbual dengan sapa ja, dan setiap perbualan dia tu agak ikhlas la jugak, tak dibuat-buat. Memang kalau orang jenis suka berbual, boleh ngam dengan dia ni. Tapi tu dulu lah, sekarang dah kurang dah. Bukanlah tak bertegur langsung, cuma macam dah slow sikit. Puncanya..... ye mari kita skrol lagi.

D, bolehla dikatakan member aku yang baru. Mostly orang tengok mamat ni spesis budak baik la. Entah. Aku rasa sepanjang duduk dengan dia, agak bertopeng jugakla, berlapis2 lagi. Aku mulanya senang dengan mamat ni. Nak lagi lepas dia offer untuk baikkan balik hubungan aku dengan rumet aku. Waktu mula2 tu, adalah aku perasan dia agak kepoh makcik2 sikit. Tapi aku xkisah. Who am I to judge anyway? Lagipun dia ni pun spesis suka buat lawak bodoh, jadi aku yg pendiam ni terbukaklah sikit mulut dengan mamat ni.

Tapi masalahnya mamat ni pun mulut dengan hati dia semacam jugak. Aku still ingat ada satu hari tu, aku demam. Dia datangla melawat aku. Dengan sengih menyindir, dia cakap "takde apa pon ni". Waktu tu aku rasa macam apa function dia melawat kalau just nak cakap benda tu. Aku malas gaduh, terus pi bilik air. Lepas je aku keluar tu, aku dapat tau dia cerita kat semua housemate aku dengan budak rumah dia yang aku marah dia walhal dia melawat aku. Depa pun mulalah salah faham dan pulaukan aku. Start daripada tu, aku dah mula benci kat dia.

Still aku appreciate la jugak dia, sebab dia ajar aku bab motor. Bab masak pun dia ajar, walaupun dengan muka like "bodohnya budak ni" siap bebel2 lagi yang memasak mesti ada dalam kepala lelaki (de hell). Hak alah, kau Microsoft Word pun fail.

Aku tak sure aku paranoid ke apa, tapi tiba2 aku mula teringat satu persatu apa yang dia buat kat aku. Bila mana dia cakap pasal hubungan dengan housemate dan classmate yang dia baru musnahkan tu, tiba2 dia suruh aku cari awek je. Memang sahlah dia nak suruh budak2 ni abandon aku. Waktu sehari lepas aku demam tu, aku suruh dia perbetulkan balik keadaan, dia balas balik "hang ni buat terukk". Buat teruk jadahnya kalau dah memang semua orang tak bertegur dengan aku lepas hang cakap camtu dengan depa. Dia pun duk berkawan dengan aku semacam ada keterpaksaan. Bila tang orang lain, tudia mulut manis. Tang aku itu tak kena ini tak kena. Pastu duk sebarkan. Oh ye, mamat C yang dah tak rapat dengan aku tu, mamat D ni jugakle yang jadi pakar hasutan. "Respek" gila aku dengan mulut mamat ni.

Sekian sahaj bebelan aku. Harap maklong.


Tuesday, May 16, 2017

Nama-nama tempat di Malaysia diambil dari bahasa Cina (atau berunsur Cina)

Sepertimana Amerika Syarikat yang mempunyai beberapa nama tempat dalam bahasa Sepanyol seperti Los Angeles dan Miami kesan sejarah dan percampuran etnik minoriti itu, Malaysia juga tidak terkecuali, Terdapat beberapa nama di Malaysia yang berasal daripada bahasa Inggeris, seperti Georgetown dan Beaufort, dan juga daripada bahasa Siam seperti Bachok. Memandangkan etnik Cina menyumbang kepada populasi kedua terbesar di negara ini, tidak mengejutkan kalau terdapat beberapa nama yang berunsur Cina dapat kita jejaki. Berikut adalah antara nama-nama tempat di Malaysia yang berunsur Cina.


1. Chow Kit, Kuala Lumpur


Chow Kit merupakan suatu sub-daerah di tengah-tengah Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak di sekitar Jalan Chow Kit dan ditutupi oleh jalan-jalan selari iaitu Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Ia dinamakan bersempena dengan nama seorang pelombong timah dan kanselor perbandaran, Loke Chow Kit.
Sekarang ini kawasan berkenaan mempunyai ciri-ciri Indonesia kerana pendatang Indonesia berniaga di gerai-gerai kecil. Akhir-akhir ini, wujud satu komuniti kecil Afrika terutama dari negara Nigeria. Ia mempunyai sebuah pasar pagi dikenali sebagai Bazaar Baru Chow Kit yang merupakan pasar pagi terbesar di Kuala Lumpur. Kawasan ini merupakan kawasan yang kontroversi dengan daerah lampu merah (red light district/kawasan pelacuran) dan aktiviti jenayah.



2. Taiping, Perak

Taiping bermaksud "Aman" atau "Damai" atau maksud penuhnya "Keamanan yang abadi" dalam bahasa Cina. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak kongsi gelap pendatang Cina yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.

3. Yong Peng, Johor


Sejarah pembukaan Yong Peng bermula seawal 1870-an, ketika pemerintahan Sultan Abu Bakar dan pengaruh British yang ingin memulakan era pemodenan Johor pada masa itu yang memerlukan pembukaan tanah di kawasan hutan dan paya untuk tanaman lada hitam, gabir dan getah. Memandangkan berlakunya kekacauan di China Selatan ketika itu, mereka merupakan antara pekerja yang banyak berimigrasi ke sini. Penempatan mereka pada waktu itu adalah di pertemuan Sungai Bekok dan Sungai Sedi. Pada waktu itu, hanya lima buah rumah kedai Melayu di bandar itu yang dinamakan Seri Bertam sempena pokok bertam. Orang Melayu pada ketika itu diketuai Arujamin bin Rushut dan kebanyakan mereka baru sahaja melarikan diri daripada Belanda kerana kalah perang di Acheh. 

Pada November 1847, empat pendatang Cina dari Chaozhou diketuai Boo Koh Lak Loo (dikenali sebagai Ah Loh) datang ke Seri Bertam dan membina tiga buah rumah. Dia bersama orang-orangnya dengan bantuan orang-orang Melayu mula membersihkan hutan tebal di sekitar tebing sungai. Apabila penempatan kecil ini makmur dan maju, Boo menamakannya Yong Peng yang bermakna "keamanan yang kekal" dalam Bahasa Cina.


 4. Chan Sow Lin, Kuala Lumpur


Bagi mereka yang biasa bergerak menggunakan LRT, pasti akan bertemu dengan stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena nama jalan utama yang melalui stesen ini, iaitu Jalan Chan Sow Lin, yang mana nama ini diperoleh daripada Chan Sow Lin, ahli perniagaan kaya di dalam industri besi. 

5. Sekinchan, Selangor

Sekinchan dikatakan mempunyai tiga teori mengenai asal-usul namanya.

TEORI SATU:
Menurut pusatjalurlebarsekinchan.blogspot.my, iaya mendapat namanya daipada seorang ketua Cina yang bernama See Kin Chan, seorang peniaga yang berjaya dan membekalkan segala keperluan penduduk. Kedai beliau dikatakan menjadi tumpuan penduduk kerana merupakan kedai terawal di sini.

TEORI DUA:
Menurut sejarah2u.blogspot.my, Selamat Buryani, 64, seorang Ketua Kampung mengatakan bahawa namanya berasal daripada pelat orang Cina iaitu "second chance". Ini adalah kerana kawasan tersebut dibuka ketika zaman keganasan komunis dan penduduk di situ adalah kumpulan yang diberikan pengampunan oleh British dan diberi peluang kedua untuk keluar daripada komunis.

TEORI KETIGA:
Menurut www.sekinchan.org, Sekinchan bermaksud "perkampungan yang sesuai untuk bercucuk tanam" dalam Bahasa Cina, sesuai dengan statusnya sebagai Jelapang Padi bagi negeri Selangor.

6. Balakong, Selangor


Menurut penduduk Cina setempat, nama Balakong berkemungkinan berasal daripada sebuah Kampung Baru Cina,iaitu Kampung Baru Cina Balakong. Terdapat sungai yang melalui kampung itu yang bernama Sungai Balak. Lalu timbullah teori kononnya nama kampung itu berasal daripada sungai tersebut. "Kong" mempunyai 2 makna, samada "kong" dalam bahasa Hakka yang bermaksud pelabuhan atau lokasi, manakala teori lagi satu datangnya daripada "ong" iaitu kemakmuran.

7. Sungai Jerik/Tong Keat, Bandar Tun Razak, Pahang

credit: zuiyanhong.blogspot.my & yuchuilang.blogspot.com
Asal-usul nama tidak dapat dipastikan.


8. Gopeng, Perak


Gopeng sangat terkenal dengan populasi orang Rao/Rawa yang signifikan. Gopeng terletak tidak jauh dengan Ipoh dan Batu Gajah, serta mempunyai Gua Tempurung sebagai tarikan. Dikatakan namanya berasal daripada dua cerita.

TEORI SATU:
Nama seorang pelombong Cina bernama Goh Peng. Dikatakan dia dan keluarganya miskin akibat kebuluran dan banjir besar di wilayah Kwangtung.

TEORI DUA:
Nama sejenis buah pulai yang gopeng, bererti sudah ditebuk tupai. Di sini memang banyak buah pulai sehinggakan ada pekan bernama Simpang Pulai tidak jauh dari Gopeng.


9. Kuching, Sarawak

Kuching, ibu negeri Sarawak ni mempunyai pelbagai teori mengenai etimologi mengenai nama bandar ini. Salah satunya berasal daripada perkataan Cina iaitu "Ku" - Lama dan "Ching" - Telaga. Dikatakan wabak Kolera telah melanda bandar itu pada pemerintahan Brooke dan sebuah telaga di Jalan Cina berperanan membekalkan bekalan air bersih. Dikatakan, ianya telah menyumbang kepada pemasangan loji rawatan air di Jalan Bau.

10. Jinjang, Kuala Lumpur


Jinjang, sepertimana Balakong dan Sekinchan, merupakan kampung baru hasil Rancangan Briggs untuk mengelakkan penduduk Malaya, khususnya Cina bekerjasama dengan pihak Cina. Bagaimana Jinjang mendapat nama juga agak menarik. Ada satu teori aneh yang mengatakan Jinjang adalah nama sejenis babi yang dibawa ke Tanah Melayu oleh orang Cina. Kononnya, babi itu mempunyai kuasa misteri yang mampu memberi nikmat kekayaan kepada orang ramai. Walaubagaimanapun, ada yang mengatakan Jinjang berasal daripada "Zeng Guang" mengikut panggilan orang Cina tapi bertukar kepada Jinjang mengikut sebutan Melayu.

11. Lubuk China, Melaka


TEORI SATU (sumber: http://dr-sabirinjaafar.blogspot.my)

Menurut cerita,  Kg Ramuan China Besar  (Kg RCB) mendapat namanya yang pelik itu daripada sekumpulan orang Cina yang datang membalak dan meneroka hutan yang sekarang ini dikenali sebagai Kg Ramuan China Besar, Kg Ramuan China Kechil dan Kg. Lubuk China (saya kekalkan di sini ejaan asal).

Pembalak-pembalak Cina ini naik di satu pengkalan sungai yang sekarang dikenali sebagai Pengkalan Balak berhampiran Kuala Sungai Baru. Mereka bergerak ke suatu kawasan dan menemui banyak kayu kayan yang bercampur-campur (ramuan). Ada pokok yang kecil dan ada yang besar tetapi pokok yang besar lebih banyak. Maka dinamakan Ramuan China Besar. Apabila mereka meneroka hutan bersebelahan kawasan tadi mereka menemui ramuan kayu kayan tetapi kayu (pokok) yang kecil lebih banyak. Maka dinamakan Ramuan China Kechil. Selepas berhari-hari membalak kumpulan pembalak cina ini bergerak ke utara dan menemui satu lubuk (paya) yang besar. Mereka berehat di sini dan menangkap ikan. Maka dinamakan tempat ini Lubuk China.

TEORI DUA (sumber: http://kenalimelaka.blogspot.my)

Menurut sumber lisan tempatan, Lubuk China mendapat nama dari kisah sekumpulan orang Cina yang sedang mudik menggunakan tongkang besar di sungai itu. Beberapa orang daripadanya telah terjun ke dalam sungai di bahagian yang dalam dengan begitu gembira sekali. Malangnya, beberapa orang daripadanya tidak keluar-keluar dari sungai tersebut. Beberapa usaha dilakukan oleh penduduk Melayu setempat. Akhirnya mayat mereka ditemui di sebuah lubuk di dalam sungai. Keadaaan mereka dalam keadaan berpelukan dan tidak bernafas lagi. Sejak itu, kawasan tersebut dinamakan Lubuk Cina.

TEORI TIGA (sumber: http://tenteraberkuda.blogspot.my)

Dikatakan Muzium Kota Lukut asalnya adalah sebuah kubu pertahanan. Raja Busu, anak Sultan Ahmad dari Selangor telah datang ke Lukut untuk membangunkan perusahaan bijih timah. Pada 1834, pelombong dan peniaga Cina merusuh akibat cukai 10% kepada bjih timah yang dibawa keluar daripada Lukut.  Istana Raja Busu dan rumah-rumah orang Melayu diserang dan dibakar,  beratus-ratus orang dirompak dan dibunuh, termasuk Raja Busu, isteri dan keluarga.  Kejadian itu menyebabkan berlakunya serang balas orang Melayu yang sedia mengepung dan membunuh golongan ini yang melarikan diri melalui Sungai Lukut. Beberapa orang yang terlepas berlindung di kawasan British Melaka dan kawasan pelarian ini dinamakan sebagai Lubuk China.

12. Ramuan China, Melaka

Selain daripada TEORI SATU, dikatakan ianya mendapat nama daripada seekor gajah bernama Ramu milik bangsawan Cina yang hilang. Selain itu, ada yang mengaitkan dengan ramuan ahli perubatan Cina.

13. Bahau, Negeri Sembilan


Bahau merupakan bandar utama di Daerah Jempol, Negeri Sembilan. Dikatakan ianya bermakna "Mulut Kuda" sementara pekan Mahsan yang terletak berdekatan bermaksud "Badan Kuda" dalam bahasa Kantonis. Sejarah yang berkaitan dengan namanya yang aneh ini tidak pula disertakan.

14. Lok Heng, Johor

                                       

Fleda Lok Heng terletak di Kota Tinggi, Johor. Dikatakan namanya berasal daripada nama seorang peneroka terawal di sini, Lok Heng yang merupakan seorang pekebun Cina. Walaubagaimanapun, tiada sumber untuk mengesahkan perkara ini. Selain itu, ianya dikatakan berasal daripada perkataan Cina merujuk kepada persekitaran kawasan ini yang dipenuhi hutan paya dan mudah dinaiki air.



15. Sarikei, Sarawak

                                             

Kembali semula ke Borneo, kita pergi pula ke bandar Sarikei yang terletak berhampiran Sungai Rajang. Dikatakan asal-usulnya masih tidak diketahui. Dikatakan pada masa dahulu, Sarikei dikenali sebagai pusat membeli ayam dan dikatakan itu menjadi asal-usul namanya. "Sa-rie" dalam kebanyakan dialek bermaksud pusat dan "kei" bermaksud bandar/pekan. Lama-kelamaan, Sariekei bertukar menjadi Sarikei.

Saturday, April 29, 2017

Contoh lebuhraya tanpa tol di Malaysia

Kita semua pastinya pernah mendengar tentang Lebuhraya Pan-Borneo yang dikatakan bebas tol. Perkara ini menjadi isu hangat dan mula dipersoalkan ramai, apatah lagi apabila lebuhraya yang bakal dibina itu jaraknya jauh lebih panjang - kira-kira lebih 1000 km - daripada pemegang rekod setakat ini, iaitu Lebuhraya Utara Selatan, yang hanya sekitar 800 km. Antara alasan yang kita selalu dengarkan, adalah lebuhraya ini dibina dengan taraf seperti jalan persekutuan. Atau lebih spesifik, dengan standard R5 JKR. Apa yang dimaksudkan dengan itu?

 Di sini, kami hanya mengambil lebuhraya yang menepati beberapa standard tertentu, yang boleh dijadikan gambaran masa hadapan Lebuhraya Pan-Borneo. Lebuhraya yang merupakan jalan biasa dua lorong seperti Lebuhraya Timur-Barat tidak diambil kira. Begitu juga lebuhraya yang mempunyai persimpangan searas seperti Lebuhraya Ipoh-Lumut dan Lebuh AMJ.

1. Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis


Kredit: Flickr


Perlis satu-satunya negeri di Pantai Barat yang tidak dihubungkan dengan Lebuhraya Utara Selatan, sekaligus menyebabkan kelembapan ekonomi di negeri ini.Sebuah lebuhraya dirancang untuk bermula dari Alor Setar dan naik hingga ke Padang Besar. Tapi, akhirnya terhasillah lebuhraya seperti yang dinyatakan, iaitu lebuhraya ini yang menghubungkan UUM dan Kuala Perlis.

Sebaik memasuki lebuhraya ini, anda akan nampak bezanya lebuhraya ini dengan lebuhraya biasa, iaitu papan tandanya berwarna biru. Ini adalah perbezaan jelas bagi Lebuhraya R5 JKR.  Di beberapa tempat, lebuhraya akan merentangi sawah padi, serta beberapa jalan kecil disambungkan ke lebuhraya, yang menjadi petanda kedua. Kebanyakan persimpangan adalah diamond, kecuali hanya dua merupakan separuh diamond. Biarpun lebuhraya ini percuma, namun ianya jugak banyak menyumbang kepada statistik kemalangan di Perlis, memandangkan laluan keluar-masuk tidak dikawal rapi. Lebuhraya ini juga mempunyai lampu isyarat dan pusingan U yang tidak sepatutnya ada pada lebuhraya ekspres.

2. Jalan Pintasan Kuantan (Kuantan Bypass)





Tidak seperti di atas, lebuhraya yang menyambungkan Lapangan Terbang Sultan Ahmad dan pelabuhan Kuantan di Gebeng ini lain pula ceritanya. Jika Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis merupakan jalan utama, Kuantan Bypass sekadar bertindak sebagai jalan pintasan (sesuai namanya). Persimpangan di sini berbentuk diamond dan trumpet, dan memiliki sebuah cloverleaf/bunga cengkih.

Di sini juga mempunyai ciri-ciri lebuhraya R5, iaitu lampu isyarat , pusingan U dan sambungan searas ke premis/ kediaman berdekatan.

3. Jalan Bukit Payung-Telemong, Terengganu



Menuju ke Terengganu, mungkin ramai yang tak menyedari kewujudan jalan ini. Juga dikenali sebagai Bukit Payung-Telemong Spur Road, jalan ini menghubungkan Bukit Payung dan persimpangan LPT Kuala Telemong. Namun, jika dilihat melalui Google Earth, anda akan mendapati ianya terputus sekadar di situ. Memandangkan pada papan tanda tertera "Kuala Jeneris" dan "Gua Musang", kebarangkalian jalan ini akan dihubungkan dengan Lebuhraya Timur-Barat Kedua yang terputus sekadar di Kuala Jeneris.

Di sini terdapat dua persimpangan, iaitu jenis parclo untuk Pasir Tinggi dan diamond untuk Kuala Telemong. Pembinaan lebuhraya ini hampir-hampir menyerupai lebuhraya ekspres yang anda biasa lalui, berbeza dengan kedua lebuhraya di atas. Satu-satunya perkara yang "dilanggar" oleh lebuhraya ini adalah simpang empat dan T-junction di kedua-dua penghujung. Menariknya, terdapat persimpangan parclo saiz kecil untuk motorsikal berhampiran jambatan Sungai Terengganu.

4.Jalan Bertingkat Skudai/ Lebuhraya Senai





Kita sangat-sangat berharap Lebuhraya Pan Borneo tidak menjadikan lebuhraya ini sebagai role model mereka. Manakan tidak, lebuhraya ini melalui betul-betul di dalam pekan Senai! Bila kami memaksudkan "melalui", kami tidak bermaksud, ada persimpangan ke pekan Senai, sebaliknya, ianya merupakan jalan utama di Senai. Bayangkan sebuah lebuhraya dengan kenderaan berkelajuan tinggi, diapit oleh dua rumah kedai seni bina kolonial. Pastinya sangat berbahaya untuk mereka yang ingin berhenti di bahu jalan. Satu-satunya lebuhraya yang pernah membuat kesilapan yang sama, adalah Lebuhraya Utara Selatan, dengan memasukkan pekan Changlun dalam laluannya.

5. Lebuhraya Pasir Gudang








Bermula dengan tol di Perling (jangan salah sangka, tol ini bagi mereka yang ingin ke Lebuhraya Linkedua), lebuhraya ini menyambungkan Tampoi dan Pasir Gudang. Selain diamond, ianya juga mempunyai persimpangan stacked dan persimpangan cloverleaf. Dapatlah dibayangkan, struktur seakan lebuhraya ini mungkin akan digunakan di bandar-bandar semi-urban, seperti Miri dan Sandakan.

6.Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu

Kredit:penang-traveltips.com



Antara kesemua lebuhraya di atas, ini satu-satunya lebuhraya percuma yang melalui kesesakan bandaraya. Bolehlah digambarkan struktur seperti ini digunakan di Kuching atau Kota Kinabalu kelak. Adat bagi mana-mana lebuhraya di kawasan berkependudukan tinggi, lebuhraya ini mempunyai banyak hubungan searas (yang sangat ditegah bagi sesebuah lebuhraya) yang menghubungkan kepada premis2 kediaman.

Diabadikan sempena Menteri Besar Pulau Pinang yang kedua, lebuhraya ini pada asalnya merupakan dua lebuhraya yang digabungkan, iaitu Lebuhraya Jelutong dan Lebuhraya Bayan Lepas. Lebuhraya ini mempunyai persimpangan yang tidak ditemukan di lebuhraya2 di atas, iaitu persimpangan Y, untuk Sungai Nibong dan Bayan Mutiara.

7. Central Spine Road




Kita sedia maklum tentang lebuhraya-lebuhraya yang melalui kawasan urban dan semi-urban, namun bagaimana pula dengan lebuhraya yang melalui kawasan luar bandar. Satu-satunya lebuhraya tanpa tol yang menepati ciri itu adalah Central Spine Road/Lebuhraya Utama Tengah. Menariknya, ketika mana pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo dan Lebuhraya Pantai Barat diheboh-hebohkan, Lebuhraya CSR jarang-jarang diketengahkan.

Lebih menarik, lebuhraya ini akan disambungkan sekali dengan Lebuhraya Rakyat, Kelantan yang bakal dibina, sekaligus menghubungkan Kota Bahru ke Simpang Pelangai. Buat masa ini, lebuhraya ini hanya mencakupi Kampung Kubang Rusa, Kuala Lipis hinggalah ke Gua Musang. Persimpangan di sini menggunakan jenis parclo.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi, dari senarai di atas, kita bolehlah tahu sedikit sebanyak contoh lebuhraya bebas tol di Malaysia dan gambaran Lebuhraya Pan Borneo pada masa akan datang. Dan, sejujurnya aku faham mengapa lebuhraya sebegini yang dipilih berbanding lebuhraya biasa. Lebuhraya ekspress cenderung untuk memintas bandar-bandar dan pekan-pekan. Antara bandar-bandar dan pekan-pekan yang "mati" (mati tidaklah bermaksud mati terus, cuma tidak lagi jadi laluan persinggahan) akibat Lebuhraya Utara-Selatan adalah Teluk Intan, Muar, Segamat dan Kangar. Lebuhraya ekspres ni seakan Terusan Suez, yang memintas Tanjung Harapan. Dan sebagaimana ia mematikan bandar-bandar yang dipintasnya, bandar-bandar yang dilaluinya hidup atas jasanya.

Lebuhraya R5 tidak sebegini. Ia hanyalah seperti lebuhraya persekutuan, cuma ada pembahagi di tengah. Sebab tulah, ianya banyak melanggar "hukum2 lebuhraya", sepertimana lampu isyarat dan premis yang dibina berdekatan lebuhraya, kerana ianya berfungsi sebagai penghubung, bukan pemintas. Tapi ini hanya boleh diaplikasi dalam konteks kawasan yang kecil. Bagi skop yang besar seperti Pan Borneo, sewajarnya beberapa perkara diambil peduli, seperti tidak meletakkan pusingan U, serta had laju yang berpatutan.

Maksud di sebalik bendera bagi setiap daerah di Johor


Kebanyakan rakyat Malaysia mengetahui Johor mempunyai bendera bagi daerah-daerah mereka. Daripada kesemua bendera ini, hanya Muar, Segamat dan Batu Pahat yang pada asalnya memiliki bendera sendiri, manakala daerah-daerah lain kebanyakannya masih baru lagi.

Maksud di sebalik setiap bendera ni agak kabur. Ada juga yang mempunyai sumber yang jelas, seperti bendera Muar. First time aku nampak bendera ni, memang agak blur jugak. Tanya member aku yang budak Muar pun, dia sendiri tak kenal bendera ni asalnya. Sejarah bendera ini, dikatakan pada masa dahulu, setiap pembesar daerah mempunyai bendera masing-masing. Bendera Kerajaan Daerah Muar diperkenalkan pada 1880, ketika pemerintahan Sir Maharaja Sultan Abu Bakar. Maksud warna putih adalah Raja yang memerintah. Merah bermaksud bakal raja. Kuning bagi kerabat diraja manakala hitam mewakili negeri/rakyat, 

Untuk bendera Batu Pahat, tak ada pulak maklumat. Begitu juga dengan Segamat. Uniknya, kedua-dua bendera ini rekaannya agak mirip. Bagi bendera-bendera yang lain, rekaannya agak baru.

Contohnya bendera Ledang, daerah terbaru di Johor. Biru membentuk segi tiga melambangkan Gunung Ledang, manakala merah melambangkan kepahlawanan. 

Bagi bendera Kluang, bulan sabit melambangkan agama Islam dan kedaulatan kesultanan Johor. Kedudukannya d tengah menggambarkan lokasinya di tengah Johor. Segi tiga biru di kiri dan kanan pula mewakili pembangunan yang terancang dan mampan. 

Bendera Kota Tinggi mula dikibar sejak 1 Mac 2015. Bulan bintang mewakili agama Islam dan putih adalah simbol Raja berdaulat. Merah melambangkan keberanian hulubalang dan rakyat Johor manakala biru merupakan warna diraja dan kerajaan Johor. Garisan putih melintang dianggap sebagai Sungai Johor yang merupakan permulaan Kesultanan Johor. 

Bagi bendera Kulaijaya, Mersing, JB dan Pontian, tiada maklumat yang dapat dicari tentang maksud bendera-bendera ini.







Tuesday, April 18, 2017

10 Bandar Terbesar di Johor

*Beberapa bandar seperti Tebrau, Bukit Indah dan Ulu Tiram tidak diletakkan sebab aku rasa bandar-bandar ni bawah JB.

1. Johor Bahru




Melihat pada saiznya yang sangat besar di selatan Semenanjung Malaysia, tidak dapat kita nafikan yang bandar ni merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia di belakang Kuala Lumpur serta kawasan konurbasi ketiga terbesar di Malaysia iaitu Metropolitan Iskandar Malaysia selepas Metropolitan Lembah Klang dan Metropolitan Pulau Pinang-Kedah Selatan. Dikatakan, kepadatannya mencecah 876,000 orang di kawasan pusat bandaraya sahaja tanpa mengambilkira di bawah Majlis Bandaraya Johor Baru Tengah. Di sini terletaknya salah satu research university di Malaysia, iaitu Universiti Teknologi Malaysia.

2. Batu Pahat


Batu Pahat, juga dikenali sebagai Bandar Penggaram, terletak di bahagian pantai barat Johor. Tidak ramai yang tahu bahawa bandar ini sebenarnya adalah bandar kedua terbesar di Johor, memandangkan kurang berita tentangnya. Namun, Batu Pahat tidak boleh dipandang enteng kerana ianya juga merupakan bandar ke-16 terbesar di Malaysia. Dikatakan bandar ini mendapat namanya daripada satu kisah kononnya batu granit untuk membuat Kota A Famosa dipahat dari sini.  Bandar Batu Pahat menempatkan salah satu universiti awam iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

3. Muar



Muar, mendengar namanya sahaja kita sudah terbayangkan Mee Bandung Muar yang cukup terkenal itu. Tidak kurang pula yang mengenalnya kerana legenda ular gergasi yang pernah menggemparkan satu negara, kononnya menghuni Sungai Muar yang mengaliri di tengah-tengah bandar itu. Muar dikatakan mendapat namanya daripada "Muara". Menyelusuri bandar ini, korang akan dapat melihat beberapa tarikan menarik, antaranya Jambatan Muar, Jambatan Muar Kedua, Menara Jam Muar, Bangunan Sultan Abu Bakar, Taman Tanjung Emas dan Masjid Jamek Sultan Ibrahim yang berekabentuk British, satu kelainan yang hanya boleh dilihat di Johor.

4. Kluang




Sepertimana Gerik dan Baling, kita tidak seharusnya memandang rendah kepada bandar-bandar yang terletak di kawasan pedalaman. Kluang, terletak di bahagian tengah Johor, merupakan bandar ketiga terbesar di negeri Johor. Mendapatnya namanya daripada Keluang, sejenis kelawar buah yang boleh didapati dengan banyaknya di sini, tetapi tiada lagi kerana aktiviti pemburuan dan pemusnahan habitatnya. Haiwan ini juga diabadikan dalam logo Majlis Perbandaran Kluang.

5. Pasir Gudang

Pasir Gudang ialah sebuah bandar perindustrian terbesar di Johor. Walaupun terdapat info yang mengatakan Pasir Gudang juga di bawah Johor Bahru,namun Pasir Gudang mempunyai Majlis Perbandarannya yang tersendiri. Di sini juga terdapat sebuah pelabuhan kontena yang terletak di selatan bandar.

6. Kulai



Sebut tentang Kulai, rata-ratanya akan teringat Lapangan Terbang Senai yang terletak di dalam daerah ini. Kulai merupakan sebuah ibu daerah dan pusat pentadbiran untuk daerah Kulai. Dahulunya dipanggil Kulaijaya sebelum ditukar kepada Kulai semula.

7. Segamat



Terletak di bahagian utara dan pedalaman negeri Johor, terletaknya bandar Segamat yang merupakan pusat utama bagi daerah Segamat, selain bandar Labis. Dipercayai namanya berasal daripada perkataan "Segar Amat". Bandar ini mempunyai laluan penghubung terus ke Kuantan dengan nama Lebuhraya Segamat-Kuantan/Lebuhraya Tun Abdul Razak. Segamat terkenal dengan buah-buahan seperti durian, sehingga memperkenal slogan "Selamat Datang ke Segamat-Tanah Raja Buah-Buahan".

8. Kota Tinggi





Kota Tinggi terletak laluan Sungai Johor. Ianya meupakan ibu daerah dan pusat pentadbiran bagi daerah Kota Tinggi. Bandar ini bergantung kepada sektor perladangan, perikanan dan pelancongan. Tempat menarik berhampiran bandar ini adalah Gunung Panti, Desaru dan Air Terjun Kota Tinggi.

9. Tangkak

Kalau sebut mengenai Tangkak, pasti tak sah kalau tak menyebut tentang Gunung Ledang/Mount Ophir, gunung yang paling tinggi di negeri Johor. Selain daripada itu, pekan ini turut terkenal sebagai "bandar kain" kerana penuh dengan deretan kedai kain yang bakal menarik mana-mana hati pelancong wanita yang tiba di pekan itu. Sebelum mempunyai daerah sendiri, Tangkak berada di dalam pentadbiran Muar, sebelum membentuk daerah baru.

10. Pontian

Terletak tidak jauh daripada Johor Bahru, Pontian merupakan sebuah bandar yang masih bergantung pada sektor perikanan. Di sini, terletaknya Tanjung Piai, iaitu titik paling selatan bagi benua Asia. Pontian mendapat namanya daripada "perhentian".

Artikel-artikel sebelum ni yang berkaitan adalah  Bandar dan pekan di seluruh Perlis , atau mungkin jugak korang berminat dengan post 10 Bandaq Terbesaq di Kedah, atau ate mungkin mengkome lebih gemor dengan 10 Bandor Terbesor di Perak, yop oi. Thanks for supporting us.

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...