Sunday, April 1, 2018

Masjid-masjid dengan senibina unik di Malaysia

Masjid, dahulunya mempunyai peranan yang sangat luas sebagai pusat kemasyarakatan, pentadbiran, dan pendidikan, yang mana tidak terhad kepada urusan ibadah sahaja. Lama-kelamaan fungsinya disempitkan untuk tujuan ibadah sahaja selepas berlakunya kolonialisasi di negara kita. Namun, pada masa kini, masjid juga telah menjadi salah satu tarikan pelancongan yang menjadi aset penting di negara kita seperti Masjid Putrajaya, Masjid Jamek, Masjid Ubudiah dan Masjid Zahir.

Senibina tipikal masjid di Malaysia yang dipengaruhi unsur Mughal/India. Masjid di atas adalah Masjid India Muslim, Padang Kota, Ipoh. Kebanyakan masjid lama di Malaysia agak dipengaruhi senibina di atas.

Jika kita melihat dari perspektif yang lain, kita akan mendapati kebanyakan reka bentuk masjid di negara kita tidak lari dari konsep Timur Tengah, Moorish dan juga pengaruh Mughal/India. Kebanyakan yang mempunyai rekabentuk Nusantara hanya terhad pada rekabentuk surau. Tetapi sebenarnya, masih terdapat masjid-masjid di Malaysia yang unik dan mempunyai rekabentuknya yang tersendiri dan tidak terpengaruh dengan rekabentuk Timur Tengah.



1.Masjid Ayesha, Kok Lanas, Kelantan


Daripada  jauh, Masjid  Ayesha  kelihatan seperti banglo/rumah  agam  yang  dikelilingi  5  menara  dengan  menara  di  tengah  mempunyai  jam  yang  membezakan  dari  menara  yang  lain.


2.Masjid  berseni  bina  Cina

-   Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan



-  Masjid Muhammadiah, Ipoh ;



-  Kompleks al-Saadah, Seremban



-  Masjid Cina Melaka.



3. Masjid Diraja Sultan  Suleiman, Klang, Selangor


Masjid  dengan  senibina  yang  agak  unik  ini  merupakan pemberian British  kepada Sultan Selangor ketika itu. Senibinanya dikatakan mempunyai gabungan Inggeris dan Moorish dan ada juga yang mengatakan lebih kepada Art Deco.

4. Masjid Sultan Abu Bakar, Johor  Bahru, Johor

kredit: orangjohor.com

Kebanyakan  masjid  yang  mempunyai  senibina  Inggeris/Eropah  terletak di  negeri  Johor, selalunya  mempunyai  warna  biru  yang  dikaitkan  dengan  salah  satu  warna  bendera   serta  warna  diraja  negeri  itu.

Masjid Jamek  Sultan  Ibrahim, Muar



Masjid  Jamek  Sultan  Ismail, Muar



5. Masjid Kayu  Ulul Albab, Jertih, Terengganu

Kredit: teganukita.blogspot.com

Kredit: itc.gov.my
Berlainan  dengan  kebiasaan untuk  membina  mana-mana  masjid  dengan  konkrit, masjid  ini  tampil  sebagai  satu-satunya  yang  unik  dengan  menjadikan  kayu  cengal  sebagai  bahan  utamanya. Masjid  ini diberi sentuhan ukiran oleh pengukir ternama, Wan Mustafa Wan Su.


6. Masjid Besi (Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin), Putrajaya


Masjid  ini adalah salah satu daripada dua masjid yang terletak di Putrajaya selain Masjid Putra. Masjid  ini mempunyai senibina yang unik yang  menggunakan keluli sebagai senibina utama dan mempunyai mekanisme pengudaraan yang unik.

7. Masjid Kristal

Kredit: harakahdaily.net
Sama  seperti  Masjid  Besi,  masjid  ini yang dibina terlebih dahulu juga mempunyai seni bina dengan bahan binaan yang unik.


8. Masjid Taman Ilmu  Tembila, Besut, Terengganu


Masjid  ini  yang  dibina  di dalam Taman Ilmu berdekatan dengan Universiti Malaysia Terengganu kampus Tembila mempunyai unsur senibina Melayu Terengganu yang unik.


9. Masjid Assyakirin, Bintulu, Sarawak


Masjid  ini mempunyai senibina yang unik kerana tidak mempunyai kubah tipikal yang berbentuk bawang. Antara masjid lain yang mempunyai senibina yang sama adalah Masjid Negara dengan kubah berbentuk kipas.

10. Masjid Negeri Sembilan


Sebuah lagi masjid yang lari daripada senibina tipikal masjid biasa di Malaysia. Dikatakan masjid ini mengambil konsep senibina Minangkabau dan moden. Masjid yang mempunyai senibina yang hampir serupa adalah Masjid Negeri Pulau Pinang, kecuali masjid di Pulau Pinang mempunyai kubah di atasnya.

11. Masjid Sultan Ismail, Chendering, Kuala  Terengganu

artmelayu.blogspot.com
Suatu kebiasaan dan tidaklah menghairankan apabila senibina Melayu diaplikasikan di dalam kebanyakan bangunan di Terengganu. Jika kedua masjid sebelum ini lebih menumpukan pada senibina bumbung dan bahan binaan, masjid ini lebih kepada mempunyai ukiran Melayu, sambil dipengaruhi senibina Inggeris yang boleh dilihat pada kubahnya.

12.  Masjid  Buluh  Gua  Musang



Satu  lagi  masjid yang dibina dengan bahan binaan yang unik. Masjid ini baru sahaja dirasmikan di Gua Musang (ketika entri ini ditulis) pada  17  Mac  2018.

13. Masjid al-Muttaqin, Kota  Samarahan, Sarawak


Masjid di Samarahan  ini  dibina dengan campuran elemen  tempatan dan juga moden.


14. Masjid  Jamek an-Nur, Labuan

Masjid  ini  merupakan  satu-satunya  masjid  yang  terletak di wilayah Labuan  dan  mempunyai  gabungan  unsur-unsur  senibina  Melayu-Brunei  dan  Turki.

15. Masjid  Raja  Haji  Fisabilillah, Cyberjaya, Selangor

Masjid  ini  yang terletak di Cyberjaya diberikan nama sempena pahlawan Bugis yang juga merupakan Yang Dipertuan Muda Kesultanan Johor-Riau (1777-1784). Ianya diberikan sentuhan moden futuristik.


16. Masjid  Lapan  Kubah, Besut

Image result for besut

Masjid  yang  terletak di  Besut  ini  mirip  dengan gereja  St.Basil  di  Rusia.






Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...