Wednesday, June 3, 2015

Entri-entri akan datang

1. OOPARTS- Teknologi melangkaui zaman.
2. Haiwan dan Makhluk Legenda di Asia.
3. Apakah perbezaan seni bina architecture dengan kejuruteraan awam?
4. Bangsa Polip: Tamadun sebelum jin dan manusia
5. Hari Persahabatan: Perayaan Amerika yang sudah pupus yang dihidupkan kembali orang India.
6. Tulisan Rencong (masih dalam perancangan)
7. Budaya: Orang Serani

Kenapa nama blog ni Rain Village?

Ini sekadar entri pendek

Admin menamakan blog ini sebagai Rain Village hanyalah sempena asal tempat tinggal admin yang menjadi tempat tadahan hujan terbanyak di Malaysia. (pandai2la google)

Kenapa village? Kenapa tak raintown ke rain city ke?

Kerana village itu osem. LOL. Lagipun village tu menampakkan lagi tempat ni punya sejarahnya dulu. Pada aku, walaupun ianya sebuah bandar yg agak dikenali, tapi penduduknya still mengamalkan adat dan tak terlalu bandar sangat. Thats why aku lagi berkenan dengan village.

Sekian :)

10 Fakta Menarik Tentang Negeri Perak


Kali ni blog RV berminat nak kupas tentang sebuah negeri di Malaysia yang tak kurang uniknya. Lain tidak bukan ianya adalah negeri Perak Darul Ridzuan yang banyak menyimpan khazanah dan sejarah yang tidak ternilai. Jom kupas beberapa fakta tentang negeri ni.



10. Perak adalah negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan 21,005 km2 selepas negeri Pahang Darul Makmur dengan merangkumi  6.4% keluasan Malaysia.


9. Sungai Perak adalah sungai kedua terpanjang di Malaysia selepas sungai Pahang dengan panjangnya 400km, mengalir melalui hampir kesemua daerah di Perak dari Hulu Perak ke Hilir Perak. Sungai ini memainkan peranan penting suatu ketika dahulu kerana menjadi laluan Sultan dari Kuala Kangsar ke Indonesia dan cawangannya sangat kaya dengan bijih timah. Nama Perak juga diperoleh dari sungai ini yang warna airnya putih perak.


8. Bukit Larut, Taiping, Perak adalah kawasan paling lembap di Malaysia dengan taburan hujan 325 hari setahun. Hujan turun di sini hampir setiap petang dan dijadikan sebagai penanda samada Taiping akan hujan atau tidak. Awan aneh menyelubungi bukit ini hampir setiap masa dan mempengaruhi cuaca di Taiping. Jika anda berpeluang ke Taiping dan melalui jejambat yang melintasi rel keretapi pada waktu hujan, anda akan perasan pada tengah jambatan itu akan berlaku "pemisahan kawasan" yang mana sebelah kawasan hujan sementara sebelah lagi tidak.


7. Perak adalah negeri yang menjadi syurga kepada penggemar durian memandangkan durian antara tanaman terbesar di Perak dan menempatkan baka2 durian terbaik. Jika Perak adalah sebuah negara, mungkin durian adalah eksport terbesarnya.


6. Perak juga pernah menemukan beberapa rafflesia, yang mana kebiasaannya hanya ditemukan di Pahang dan Malaysia Timur. Salah satunya diberi nama Rafflesia Azlanii, sempena nama Sultan Perak , Sultan Azlan Shah. Di hutan Royal Belum juga pernah ditemukan rafflesia 10 kelopak yang pertama di dunia.

5. Perak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengharamkan tarian Poco-poco. Ianya berdasarkan fatwa Mufti Perak sekitar bulan Mac 2011 yang mendakwa ianya membentuk simbol salib dan diamalkan di Jamaica.



4. Ramai yang menyangka keris Taming Sari sudah tiada dan tinggal sejarah. Anda salah kerana ianya berada di bawah kawalan kerajaan Perak. Bagaimana keris dari Melaka ini boleh berada di Perak? Ini adalah kerana keturunan diraja Perak berasal dari keturunan Sultan Muzaffar I yang dihantar untuk memerintah Perak. Dengan erti kata lain, kerabat diraja Perak mempunyai susur galur yang sama dengan kerabat Kesultanan Melaka.


3. Negeri Perak adalah satu-satunya negeri yang tiada Putera Mahkota sebaliknya diganti dengan terma "Raja Muda".


2. Taiping pernah bertanding dengan Kuala Lumpur untuk menjadi ibu negara suatu ketika dahulu memandangkan kebanyakan "tempat2 pertama di Malaysia" terletak di sana. Taiping juga pernah menjadi ibu negara Perak sehingga diberikan pula kepada Ipoh pada 1937. Taiping akhirnya menjadi bandar bersejarah kerana kedudukannya "terlalu utara" untuk menjadi ibu negara mahupun ibu negeri Perak.



1. Haa, yang ni mesti korang susah nak percaya. Perak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai 5 dialek iaitu dialek Utara bagi daerah Kerian dan LMS, dialek Kelantan bagi Hulu Perak, dialek Kepulauan Indonesia bagi Kinta dan Kampar, dialek Lembangan Sungai Perak bagi Kuala Kangsar, Manjung dan Perak Tengah sementara dialek Selatan bagi Batang Padang dan Hilir Perak.

Utara:hang
Klate: mu
Dialek Sg.Perak: kome
Dialek Selatan: mike



So, tiap kali hendak ke Perak, anda akan terkejut apabila mendengar kepelbagaian ini, berbanding di negeri2 lain yang biasanya ada 1 atau 2 sahaja. Baiklah jam aku dah menunjukkan pukul 4 pagi. =='' Wah, start tulis 2 pagi. Ni menandakan aku dah mengadap blogger ni sahaja mau 2 jam. Baiklah, blog RV akan terus memberikan entri yang menarik jika anda terus menyokong blog ini.

Sekian sahaja,
Assalamualaikum.

10 Fakta Menarik Tentang Negeri Kedah

Haa, kalau dulu mesti korang pernah baca kan entri aku pasal negeri Perak. Tiba2 waktu aku tertonton (erk, betul ke tatabahasa aku ni haha) MLM, skali dpt tau diorg buat kt Kedah. N then aku terfikir, best gak buat entri pasal Kedah ni. Sebab ramai gak member aku dari Kedah, hatta aku pon berdialek Kedah (meskipon aku tak duduk kat kedah).

Toksah nak habaq panjang2, satgi hangpa cemuih nak tunggu. Ni hangpa bulih baca sendiri. (amacam, pekat likat x loghat aku?)


10  FAKTA MENARIK TENTANG NEGERI KEDAH




10.  Kedah sebenarnya adalah negeri Melayu tertua





2. Ramai menganggap Melaka pertama sekali menerima Islam, sebaliknya Kedah





3. Kedah negeri paling banyak hilang wilayah kesan penjajahan


Around 50% gakla wilayah Kedah dah hilang macam Patani, Penang, Perlis n
 Perak Utara kesan penjajahan Siam dan British.


4. Monarki kedua tertua di dunia selepas Jepun






5. Mitos: Orang Kedah bencikan orang luaq

Hangpa datang dari pedalaman Burkina Faso sekalipun, kalau hangpa jenis yang mesra, hangpa senang buat kawan kat sini. Kedah tak sama macam KL, kat KL orang pendiam nampak lagi cool, kan? 


Korang mungkin nampak cool dengan mendiamkan diri kat negeri lain,
tapi di Kedah, korang langsung x cool kalau pendiam


6. Perdana Menteri pertama adalah orang Kedah





7. Menara Alor Setar adalah menara kedua tertinggi di Malaysia, selepas Menara Kuala Lumpur




8. Dialek Utara walaupun kelihatan sama, tetapi sebenarnya berbeza2.




Haa, tang ni memang biasa. orang luar biasanya x nampak tapi kami org utara prasan bnda ni. contohnya org kedah sebut "sip" utk kdekut tpi org perak utara ckp "sep". klau kat penang, slalu sbut "nalla" tpi org kedah xckp cmtu.

9. Orang Kedah paling benci orang luar tiru dialek mereka, malah mereka lebih suka orang lain bercakap dengan dialek sendiri sebab ianya lebih unik. Lagipun korang kalau cakap Kedah, sampai terteleng2 kepala baq hang. Penghinaan tuh...





10. Hanya di Kedah (dan kawasan2 lain yang berdialek Utara), anda boleh jumpa Cina, India dan Punjabi yang berdialek Kedah. Tudia baq hang!!




Bonus: Jika anda merasa hidup korang tertekan kerana fesyen, kawan2, dan lain2, belajarlah cara untuk senyum dari orang Kedah. Sebab kami orang utara tak ambik pusing benda2 yang leceh mcm masalah penampilan diri ka, masalah nak nampak macho ka, hidup biar simple itu pegangan kami dari Padang Besar hinggalah ke Taiping. 


10 Cara Memprank Kawan Sebilik Korang yang Jambu


Apa itu jambu? Yang pastinya bukanlah buah yang mak korang tanam kat tepi parit tu, sebaliknya merujuk kepada lelaki yang berhati feminin. Diorang ni kadang2 agak sensitip dan tak boleh diusik. Jadi, dengan membaling telur, sirap dan tepung kepadanya pada hari jadi beliau bakal mengundangkan kepada pemutusan silaturahim serta insiden buat2 xnampak bila beliau terserempak korang. Sudah tentu membuatkan korang tertekan sbb bila besday dia, x meriah, tapi kalau korang buat gila, dia tacing lak. Jangan bimbang, ada banyak cara untuk mengenakan insan2 yang berhati wanita ini tanpa perlu mengeluarkan duit untuk membeli peralatan2 prank sekaligus menyelamatkan persahabtan anda dan pastinya duit saku anda....

1. Serangan Asma

Haa, part ni snang je. Korang ckp kt kawan korang yg korang tpaksa ke klinik sbb pykit ttntu, mcm asma ke. Then, wktu "ke klinik" la kononnya tu, pergi bilik kek dan kalau boleh mintak dia balutkan dengan kotak putih. Lagi bagus, kalau korang boleh conteng gambar bulan sabit merah atas kotak tu. Kalau xdpt, try kotak hitam. Waktu balik cakap kat beliau, itu adalah kotak ubat, dan kalau tiba2 korang kne serangan, cepat2 ambil kotak tu. Jadi kerja korang just buat2 sesak nafas ke, ape ke, pastu suruh dia amik kotak tu. Lagi best, kalau kotak tu susah nak cari, konpem tgelak tgok muka dia yg gelabah waktu tu. Bila dia bukak kotak tu, barulah dia sedar, itu cuma prank dan akan meluku kepala anda berkali2.

2. Kek Terjatuh

Yang ni sangat senang. Kalau benda ni pon korang xleh buat, admin xtau nak cakap apa. Caranya just buat mcm biasa. Cakapla korang xsuka prank2 ni dan nak sambut besday dia cam biase je. Waktu masuk tu buat2 la cam tersadung. Bila da tersadung jangan diam je, konpemla kantoi. Buat2la tension ke meraung ke konon2 duit korang da banyak habis beli kek tu. Si mangsa akan rasa bersalah cmpur sedih sbb kek da musnah depan mata. Tau2 ada orang lain bawak kek yang sebenar dari dalam bilik tu sendiri

p/s:
1. jgn gatal pegi jatuhkan kek kedua ni pulak. berani buat berani tanggung.
2. kotak yang menempatkan kek yang kedua kalau boleh jangan nampak ketara.
3. untuk bagi nampak real, biar kotak tu nampak penyek supaya mangsa xgatal tangan pegi cek betul ke kek tu dah rosak.

3. Kek ke Tepung?

hah, yang ni susah skit kot, sebab korang kena kreatif. Untuk yang ni disarankan supaya lampu ditutup supaya mangsa xnampak sangat yang kek ni dibuat dari tepung. Pastikan lilin dilekatkan dengan kemas menggunakan wax lilin dll di dasar kotak. pastikan lilin xpnjg sgt utk keselamatan dan biar ade satu je lilin. untuk keselamatan jugak, admin sarankan prank ni just utk yang berkaca mata je. kalau betul nak buat jugak, beli spek mata mainan setiap sorang n ckp its just for fun utk yakinkan mangsa pakai. then, bila mangsa tiup, korang pon dah agak kan apa akan jadi?? LOLXD

cara membuat kek tepung prank:
1. sediakan bekas yang dibuat dari kotak kecik yang bersaiz kira2 sebesar notebook korang. lebih bagus kalau buat dlm bekas plastik sbb tepung lagi senang dikumpulkan, tapi jgn gunakan wax sbgai pmgg lin sbaliknya guna alternatif lain, mcm plastisin ke, doubletape ke, asalkan melekat kuat.
2. hias bhgin tepi bekas dengan kaler2 kek yg biasa. klau boleh, biar coklat je semua.
3. hiaskan bhgian atas tepung yg dibentuk dlm bekas segiempat tdi dgn sdikit sirap, klau korang xkisah ltakkan skit hiasan rice ball kt situ (jgn banyak sgt, ini kek prank, bukan utk makan)
4. pggil mmber2 n mangsa n sedia utk tutup lampu. XD

4.Hempap Ramai2/Rumble

Yang ni takyah bagitau kot. Dah feymes da cara ni. Just tutup lampu n hempap dia dalam gelap sebelum kek didatangkan. Tapi nak lagi style, tipu dia ckp ni untuk besday orang dan pakat sama2 dgn dia utk kenakan mgsa fake itu.

5. Ala Juvana
Yang ni lebih kurang sama kat atas, tapi bezanya korang xpakat dgn dia pon utk kenakan orang, sebaliknya hempap dia secara beramai2 tanpa banyak budi bicara. Waktu part ni, korang gunalah ayat2 yg geli geliman tumcm "kitorg baru je clash dgn awek kitorg smlam, plizz, skali ni je" or ape2 ayat lagila. aku pon da naik geli nak tulis.

6. Tragedi Depan Mata



Yang ni mmg bagus, lagi2 kalau kawan korang jnis senang mengalirkan air mata tatkala tgok citer Twilight atau drama2 Korea. Bahan2nya just sirap utk dilumurkan ke atas muka korang. Kalau korang sayang baju korang, pakaila baju murah skit atau xyah pakai baju lgi snang, boleh terus mandi abes prank. Tapi utk bab ni, mmg kne ade planning yg kuat. Ni antara sequence yg admin rancangkan:

1. Kau ckp kat mmber korang yg korang ada hutang atau gaduh dgn mana2 budak kt kmpus tu.Pesan kat dia hati2 ke ape ke.
2. Kawan korang akan distract budak tu pergi jauh supaya korang boleh bersiap2.
3. Buat prank call dgn mengatakan budak tu da sampai dan dia perlu bergegas ke bilik sekarang.
4. Bila dia masuk dan tercengang tgok korang trlantar atas lantai, diam je kalau dia tanya2 ke meraung ke (ni kalau try kat awek korang pon bagus jugak). Kalau korang nak buat ayat mcm "aku mintak maap atas segala dosa2 aku" or "trima kasih sbb jdi kawan aku pon bgus gak". bila lagi nak buat drama korea cmni.
5. Yg ni sama mcm idea no.1 tadi, suruh dia bukak satu kotak.
6. LOLXD prank accomplished.

Kelemahan:
1. Jgn try kt dak psiko, aku takut satgi dia pi cari budak tu, xpsl2 korang btul2 tbunuh malam tu
2. Tidak berjaya kalau kwn korang mmrhati dgn muka xpcaya, lntas pgi meja dia dan tgok jam saje nk test brapa lama korg boleh tipu dia (pnah kne dgn rumet sndiri T____T )

7. Rasukan Ablasa

Part ni mudah je. Satu malam tu korang watlah ttibe je ceritakan kisah seram. Bila dah lebih kurang 5,6 cerita smpai dia pon dah meremang, buat2 kne rasuk. Part ni pon kne ade planning. Klau boleh biar ade kawan korang yg alim dlm bilik tu, supaya dia tak bergegas keluar cari ustaz. Kalau boleh, jgn ada ssiapa yg kluar dri bilik supaya xde kekecohan. Sambil2 korang berlakon tu, pndg mangsa korang dgn pdgn yg lain mcm, ckpla ape2 mcm "aku da lama perati kau ni". Bab ni korang mmg kne pndai tukar suara. Kawan korang yg alim tu pulak kne pndaila, buat2 cm tgh blwn ckp dgn korang. Dialog pling akhir, "Aku cuma nak cakap kat budak ni" diam kejap, lalu dgn suara halus "hepi besday". LolXD terus je kne tendangan maut tepat ke perut korang sebaik tu.
p/s:pihak admin KHA tidak akan bertanggungjawab ke atas kerasukan yg btul2 berlaku selepas itu


8. Jadilah Jambu Juga (3J)

Dia ni kan suka merajuk, jadi apa kata bagi dia rasa ubat dia sendiri? Plannya, pakat dgn rumet korang lagi sorang, atau mybe ssape je kawan kau, call dia ckp yg korang ttggal barang kt dlm loker/laci/bwh katil tp xde nombor dia/xde kedit nak call dia. Lagi bagus letak siap2 bnde2 yg mcm golongan dia jugak, mcm buku KPop, cd2 Twilight, baju ala2 jambu kt tmpat2 tu. Bila dia duk mencari2, masuk tiba2 ke dalam bilik dan buat2 tkjut n marah kononnya privasi korang tlah dlanggar. Bila dia bagi alasan cri brg korang, korang ckp korang tringat kt mana brg tu n tringat ade sstgah brg yg dia xleh tgok. dlm sminggu tu buat2la tacing ke, sblum tibanya hari itu. tpi ingat, smpy je hari tu, trus trangkan kat dia yg ini just sje main2.

Kelemahan:
1. Ada sstgah akan smkin bengang bila dpt tau, dan smkin mmbenci korang. Jdi pikir2kan dulu yek.

9.  When Abnormal Occur

Part ni aku rase sedikit geli, tapi aku tau ada yg berani try smata2 nak kenakan mmber. Lantak korangla. Yang aku pernah dengarla pasal prank ni, korang kne pkat dgn bbrapa org mmber pakai ala2bapok gitu dan duduk kat atas katil tatkala member korang tgh tido. Lagi bagus kalau belai2 rambut kawan korang tu (admin xpnah buat ye! dgar2 je dri org) wktu dia tgh tido. Pastinya dia akan menjerit histeria melihat rumetnya yang disangkakan maskulin rupa2nya.........(admin muntah kahak).

Risiko:
1. Bakal disepak dileher, sebab aku pernah sepak mmber aku kat leher sbb buat cmni kat aku.
2. Mangsa konpem menjerit, pandai2la cmne korang nak mengelakkan drpd jeritannya menarik perhatian budak2 sebelah.
3. Mangsa bakal trauma dengan korang, serta mengalami kemurungan kerana tak sangka rumet beliau sangat dahsyat sekali berpakaian begitu. Jadi pastikan korang terus serahkan kek dan jelaskan keadaan sebelum beliau berpindah bilik selepas itu.

10. Besday Atas Katil
Selalunya kita dengar sarapan atas katil, tapi pernahkah korang dengar besday atas katil. Secara praktikalnya, xsesuai buat atas katil sbliknya mmrlukan mgsa baring kt atas lantai. Utk mnjayakan idea ke10 ini, cara2nya:
1. ajak beliau buat study group, lbih bgus klau dia ni spesis mngntuk klau blaja malam.
2. ambil meja jepun (yg adik korang slalu guna utk study tu) dan letakkan di atas beliau secara berhati2. lbih bagus diseret dri diangkat utk keselamatan klau2 bliau trus tjaga.
3. ltakkan kain renda2 kt atas meja.
4. letakkan pelbagai jenis makanan, buah2an, air kotak di atas meja.
5. pasang lagu besday sekuat yg mungkin
6. sebaik beliau terjaga, keluarkan kek (jgn letak atas meja tkut meja terangkat n kek tbalik wktu mgsa nak kluar dri meja)
7. beliau pasti terkejut kerana tak sangka tidur berselimutkan meja penuh dgn makanan utk besdaynya.


Jadi, camna? Dah tau idea mana satu nak pakai utk kenakan kawan korang? Apa2pun ingatlah satu perkara sewaktu kita bergurau, jangan berlebih2an, sbliknya biarlah bergurau itu sekadar supaya semuanya gembira tmasuk si mangsa sekali, bukannya korang je yg seronok ketawakan dia. Idea2 kat atas ni admin xjanji sesuai dgn mmber korang, decide la sendiri. Alah, xpayah nak prank sangatla, sambut jela macam biase. Itu saja yang admin KHA nak kongsikan kali ini. Kepada yang berzodiak Taurus (hati sensitip) dan Gemini (suka berkawan) yg ada besday pada bulan Mei ini, pihak admin ingin mengucapkan


Apsal dowh korang nak prank aku? Tak kacau makcik
korang masak megi pon




10 Negeri/Wilayah Dengan Penduduk Paling Ramai di Malaysia

Semakin hari kita melihat penduduk Malaysia semakin bertambah. Populasi Malaysia baru-baru ini telah mencapai 30 juta orang pada tahun 2010. Dengan kenaikan ini, dijangka hasrat untuk Malaysia mempunyai 70 juta penduduk akan tercapai tidak lama lagi. Jadi mari kita lihat negeri manakah yang berada di carta tertinggi? Seriously, aku terkejut KL city alone lebih ramai daripada beberapa negeri di Malaysia.

10. Pahang Darul Makmur



Jumlah penduduk (2010) : 1,500,817 orang


9. Kelantan Darul Naim




Jumlah penduduk (2010) : 1,539, 601 orang
8. Pulau Pinang




Jumlah penduduk: 1,561,383 orang

7. Kuala Lumpur




Jumlah penduduk: 1,674,621 orang

6. Kedah Darul Aman



Jumlah penduduk: 1,947,651 orang

5. Perak Darul Ridzuan



Jumlah penduduk: 2,352,743 orang



4. Sarawak Bumi Kenyalang




Jumlah penduduk: 2,471,140 orang


3. Sabah Negeri Bawah Bayu





Jumlah penduduk: 3,206,742 orang


2. Johor Darul Takzim




Jumlah penduduk: 3, 348, 283 orang



1. Selangor Darul Ehsan




Jumlah penduduk: 5, 462,141 orang

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...