Monday, March 4, 2019

Taburan panggung wayang di seluruh Malaysia


Panggung wayang adalah  merupakan salah satu tempat rekreasi yang popular zaman berzaman, sejak dari zaman panggung Lido hinggalah ke zaman panggung dalam mall, dengan 5,6 hall. Panggung juga dijadikan satu aras kemajuan dari dahulu lagi. Contohnya Sungai Lembing suatu ketika dulu pernah dianggap setara, malah lebih maju daripada Kuantan apabila mempunyai panggungnya yang tersendiri beserta kemudahan yang setaraf bandar-bandar besar.

Gambar di atas menunjukkan label yang ditanda menunjukkan taburan bagi panggung wayang di seluruh Malaysia.


Perlis dan Kelantan buat masa ni adalah negeri yang masih belum mempunyai walau satu pun panggung wayang. Panggung wayang pertama di Perlis dijangka akan dibuka di Kangar, secara spesifiknya di Bandar Baru Kangar, di bawah Cmart Premium. Bagi Kelantan pula, terdapat ura-ura tentang pembukaan sulungnya di KB Mall dengan beberapa syarat, antaranya adalah pemisahan jantina dan juga ditutup selama sebulan pada bulan Ramadhan. Namun, syarat penutupan sebulan itu dianggap terlalu ketat bagi kebanyakan pengusaha wayang dan tiada lagi sebarang khabar pembukaan selepas itu.


Terengganu mempunyai dua panggung wayang, yang mana ianya terletak di Kemaman dan Kuala Terengganu. Panggung wayang di  Kuala Terengganu masih agak baru. Bandar-bandar yang masih tidak mempunyai panggung wayang seperti Dungun, Besut dan Kuala Berang bergantung kepada kedua-dua bandar ini untuk menonton wayang.



Taburan panggung wayang di Perak lebih banyak tertumpu di Ipoh,Taiping, Manjung, Sri Iskandar, Teluk Intan dan Parit Buntar. Taburan di negeri ini lebih menyeluruh kecuali di bahagian Hulu Perak dan Perak Selatan.

 Di Pulau Pinang juga taburan panggung wayang lebih menyeluruh di antara kawasan pulau dan seberang. Panggung wayang di sini terdapat di kawasan Georgetown, Gelugor, Butterworth, Bukit  Mertajam dan Kepala Batas, Walaubagaimanapun, kawasan Nibong Tebal dan Balik Pulau tidak terletak di dalam taburan ini.



Di Negeri Sembilan, taburan panggung wayang terlalu tertumpu kepada Seremban, dengan hanya ada 1 panggung wayang di Bahau dan 1 lagi di Nilai. 


Di Melaka, taburan panggung wayang terlalu tertumpu di bandaraya Melaka, dengan kebanyakannya di Banda Hilir dan Ayer Keroh. Bagi penduduk Alor Gajah dan Jasin, mereka perlu ke bandar Melaka untuk menonton wayang.


Di Johor, panggung wayang kebanyakannya terletak di Johor Bahru, serta di beberapa bandar utama iaitu Kota Tinggi, Kluang, Batu Pahat dan Segamat. Hanya beberapa bandar utama seperti Muar dan Mersing tidak mempunyai panggung wayang.


Di seberang laut, panggung wayang di Sarawak kebanyakannya tertumpu di bandar-bandar utama, iaitu Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu. Bandar-bandar utama lain yang terletak berdekatan, seperti Serian, Sri Aman, Sarikei dan Kapit bergantung kepada bandar-bandar ini untuk hiburan wayang.


Begitu juga bagi jirannya, panggung wayang di Sabah juga tertumpu di bandar-bandar utama seperti Kota Kinabalu, Keningau, Sandakan dan Tawau. Bandar utama lain seperti Kudat, Beaufort, Ranau dan Lahad Datu bergantung kepada bandar-bandar ini untuk hiburan wayang.


Bagi negeri Kedah, taburan panggung wayang di sini juga agak menyeluruh dengan kebanyakan panggung wayang tertumpu di Alor Setar dan Sungai Petani, diikuti Langkawi, Kulim dan Jitra. Hanya beberapa tempat yang tiada panggung seperti Sik-Baling, Pendang, dan Gurun-Yan. Namun jarak bandar-bandar ini tidaklah terlalu jauh dari bandar-bandar utama.


Di Kuala Lumpur, seperti yang dijangka, taburan panggung wayang sangat menyeluruh dengan kebanyakan zon dilengkapi panggung wayang.


Negeri Selangor merupakan negeri dengan jumlah panggung wayang tertinggi di Malaysia. Taburan panggung  wayang di Selangor walaupun sangat banyak, kebanyakannya tertumpu di kawasan Lembah Klang, dengan hanya Kuala Selangor dan Banting berada di luar kawasan ini. Kebanyakan panggung wayang di sini terletak di Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Kajang dan Rawang.






Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...