Wednesday, July 27, 2016

Tempat menarik di Taiping | MESTI DATANG

Taiping sememangnya dikenali ramai sebagai tempat perlancongan yang terkenal di Perak. Terletak di utara Perak, bandar kedua terbesar di negeri ini menghidangkan pelbagai tempat yang sesuai untuk dijadikan lokasi percutian untuk keluarga mahupun bersama rakan-rakan pada kadar harga yang berpatutan. Jangan lepaskan peluang untuk singgah ke tempat-tempat yang disenaraikan ini sekiranya korang berpeluang menjejakkan kaki ke sini.

1. Zoo Taiping

Apalah ertinya kalau pernah sampai ke Taiping kalau tak pernah masuk ke zoo tertua di Malaysia ni, kan? Zoo ini juga dibuka pada waktu malam, dikenali sebagai Night Safari. Untuk pergi ke zoo ini, anda harus mengelilingi Jalan Taman Tasik memandangkan ianya terletak berhampiran kawasan itu.

Tiket

Dewasa        : RM 17
Kanak-kanak: RM 8.5

2. Taman Tasik Taiping

Dalam perjalanan ke Zoo Taiping, pastinya korang akan melalui Taman Tasik Taiping yang mempunyai pemandangan yang memukau ini. Taman Tasik Taiping ini biasanya menjadi tempat kegemaran untuk pengunjung beristirehat serta berjogging. Malah terdapat beberapa pasangan pengantin, biasanya Melayu dan Cina yang gemar menjadikan taman tasik ini sebagai latar belakang untuk gambar perkahwinan mereka. Selain itu, terdapat juga bot swan  yang boleh dikayuh di sekitar tasik ini.

3. Bukit Larut

Jangan lepaskan peluang untuk mendaki bukit yang menerima tadahan hujan paling banyak di Malaysia ini. Untuk naik ke atas, pengunjung mempunyai dua pilihan, samada dengan mendaki sendiri (kira-kira 1jam) atau pun menaiki jip (harga tiket di bawah). Jika anda memilih untuk menaiki jip, datang awal memandangkan jip kebanyakannya akan habis digunakan seawal 8.30 pagi.
Tiket

Dewasa        : RM 6
Kanak-kanak: RM 3
                                                                     Barangan      : RM 15

4. Muzium Perak

Dibina pada tahun 1883, muzium ini adalah muzium tertua di Malaysia. Muzium ni menempatkan beberapa dewan pameran, seperti pameran Orang Asli, pameran rumah tradisional serta pameran luar yang menketengahkan pesawat tempur, dan kereta anik Rolls Royce. Bayaran masuk hanyalah RM2.



5. Dataran Warisan  Taiping

Tarikan  terbaharu  di  Taiping, dataran ini biasanya menjadi tumpuan warga kota pada waktu malam. Aktiviti  utama  yang  dijalankan adalah roller skating dan juga buih gergasi. Terdapat juga  pasar  malam  berdekatan yang menjual pelbagai barangan seperti makanan dan tudung.






6. Stesen Keretapi Taiping

Terletak  berhampiran  laluan  utama  ke  bandar  satelit  Kamunting, stesen  keretapi  lama  ini  telah  beroperasi  dalam jangka masa yang sangat lama, memandangkan ianya adalah laluan keretapi tertua di Malaysia. Selepas Stesen Keretapi Taiping yang baru telah siap, stesen lama hanya berfungsi sebagai perhentian penumpang. Untuk menaikkan semula seri stesen ini, pelbagai restoran telah dibuka di sini. Nasi kandar ada, laksa ada, pizza ada...

7. Kompleks Sejarah Matang

Kebanyakan pencinta sejarah tidak akan berpuas hati dengan hanya melawat ke Muzium Perak. Sekiranya anda adalah sebahagian daripada golongan yang kami katakan itu, ayuh bergerak hingga ke Kompleks Sejarah yang terletak di Matang ini. Terletak di dalam bangunan kayu yang dikatakan pernah menjadi milik Ngah Ibrahim, Menteri Jajahan Larut. Di dalam bangunan ini mempunyai sejarah yang lebih luas lagi mengenai Malaysia zaman dulu kala.



8. Kuala Sepetang

Sekiranya anda sudahpun mengunjungi Matang, anda boleh teruskan lagi ke depan di mana anda akan sampai di pekan nelayan yang kecil ini. Di sini, anda akan melalui hutan paya bakau terbesar di Malaysia. Untuk mengunjungi keindahan alam ini dengan lebih dekat, anda boleh singgah di Kuala Sepetang Eco Tourism. Di sini juga terkenal dengan mi udangnya yang sering disebut-sebut di beberapa blog pelancongan.


9. Kuala Gula

Kuala Gula, atau lebih tepat lagi Kuala Gula Bird Sanctuary Resort terkenal dengan aktiviti burung-burung migrasi. Ianya juga tempat yang sesuai untuk menenangkan diri bagi pencinta alam, kaki pancing ataupun mereka-mereka yang sekadar mahu lari dari kesibukan kota.






10. Bukit Merah Laketown


Taman tema air ini terletak di kawasan Semanggol, yang terletak lebih kurang 20km daripada Taiping. Menempatkan pelbagai permainan air, taman tema ini menjadi pilihan bagi mereka yang ingin bermandi-manda serta berseronok.  Di sini juga terdapat mini zoo dan Pulau Orang Utan yang boleh anda teroka.










Thursday, July 14, 2016

Logo SUKMA mengikut tahun

 Sukan Malaysia (SUKMA) merupakan kejohanan yang dipertandingkan secara dwi-tahunan yang merupakan kejohanan temasya yang terbesar dan berprestij di negara ini. Kejohanan ini diadakan berselang-seli dengan Sukan SEA bagi tujuan mencungkil bakat-bakat baru atlet yang berpotensi tinggi untuk mewakili negara. 

 Tahun ini, Sarawak bakal menjadi tuan rumah sekali lagi selepas pernah menjadi tuan rumah pada 1990, dengan maskot yang sama, iaitu burung enggang, cuma datang dalam berpasangan kali ini. Apa-apapun, mari kita lihat sorotan logo daripada permulaannya permainan ini. (Logo 1986 dan 1988 di KL tak dapat dijumpai).

Sukan Malaysia ke 3, SARAWAK 1990
Tulisan tertulis "Sukan Malaysia 4 (IV) Johor 1992"
                  Sukan Malaysia ke 4, JOHOR 1992



                   Sukan Malaysia ke 5, PERAK 1994             


Sukan Malaysia ke 6, PAHANG 1996
Sukan Malaysia ke 7, SELANGOR 1998
                                      Sukan Malaysia ke 8, PULAU PINANG 2000 

Sukan Malaysia ke 9, SABAH 2002
Sukan Malaysia ke 10, NEGERI SEMBILAN 2004

Sukan Malaysia ke 11, KEDAH 2006

                                                 Sukan Malaysia ke 12, TERENGGANU 2008

                                                 Sukan Malaysia ke 13, MELAKA 2010


Sukan Malaysia ke 14, PAHANG 2012 (Penganjur untuk kali kedua)

Sukan Malaysia ke 15, PERLIS 2014
            Sukan Malaysia ke 16, SARAWAK 2016 (Penganjur untuk kali kedua)




Wednesday, July 13, 2016

Zaman Kejatuhan Blogger?

Ada satu benda yang merunsingkan aku sekarang ni, iaitu pageview. Yup, yang angka2 korang tengok kat belah kanan tu pageview la tu. Dulu, aku pernah berblogging jugak, dan know what, pageview naik mencanak-canak macam bil air. Tak silap aku, waktu tu boleh dikatakan zaman yang agak gemilang jugakla untuk bloggers. Aku update benda silly lily pon boleh dapat pageview.

Tapi, benda mula jadi sh*t lepas aku tertulis pasal rumet aku. Pergh, bila ingat memang terasa celaka waktu tu. Aku waktu tu tengok followers still dalam 9 orang, so aku ingat nak promote la kat FB aku. Sekali, kawan aku satu uni masuk dalam tu dan sebarkan segala benda dalam tu kat semua orang. Mula-mula aku play cool walaupun ada yang cakap better aku delete je blog aku. Delete? Kau hingat senang aku nak capai tahap setinggi ini (waktu tu la).

So, aku teruskan berblogging walaupun aku tau budak2 kelas aku memasang mata dalam blog aku. Aku fikir bagus jugak kalau budak2 ni masuk, at least naik la trafik aku. Tapi ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya taufan monsun di tengah afternoon. Sekali lagi, aku buat silap yang agak jimbit jugaklah untuk dikatakan.

Waktu tu, aku ulasla sikit pasal aku akan dipindahkan ke Kuala Perlis. Pastu ada terpikir nak rumet dengan sapa semua. Sekali ada pulak yang butthurt dengan kenyataan tu. First time dalam hidup aku, feedjit dengan ruang komen penuh. Aku waktu tu, apa lagi, terus stop dari berblogging untuk tempoh yang lama. Entahlah, mungkin aku tak tahan kot dengan internet trolls. Last2 aku delete blog aku sendiri. Haih.

Bila fikir balik, boleh je aku tukar nama blog tu dan tukar sikit widget kat dalam2 tu. Tapi tulah, nasi dah jadi bubur. Bila aku nak mula semula dari bawah, memang tak dinafikan susah gila bab*. Cuba korang bayangkan korang dah pegang banyak jawatan, kenal banyak orang kat satu tempat, tiba-tiba kau dipindahkan ke satu tempat yang kau hanyalah nothing. Perit kan?

Nak dijadikan cerita, tahun aku start balik (tahun lepas/2015), aku mula perasan kebanyakan blogger dah angkat kaki. Ada yang sebab dah berkeluarga, ada yang tumpu pada study, nak-nak lagi budak-budak zaman sekarang ada ka yang layan blogging ni? Tak silap aku, lepas ja Facebook feymes kesan daripada pempopularan oleh PM kita, pengaruh blogger menurun, tapi still boleh bernafas. Tapi, bila dah ada Facebook page, lagi ramai beralih arah ke situ memandangkan adanya supply dan demand. Lagi sakit bila smartphone ambil alih fungsi lappy dengan Whatsapp dan Telegram, memang lepas tu orang semua membatak kat situ je.

Entahlah, aku pun tak pasti berapa lama je lagi aku dalam dunia blogging ini. Adakah betul teori aku ni, atau sekadar andaian semata-mata? Apapun, ianya hanyalah pemerhatian aku kepada beberapa blog gergasi yang aku nampak dah mula slow dan juga blog pinky-pinky gedik-gedik pun dah menghilang dari muka internet. Kebanyakan entri diorang terhenti waktu tahun 2014, 2012, yang 2009 pun ada. Kadang2, bila aku nampak ada blogger yang update entri tahun 2016, rasa excited sangat, sebab nampak rare bagi aku.

Sekian, dari aku, blogger amatur blog suam-suam kuku yang masih bernafas.

Tuesday, July 12, 2016

10 sempadan unik di Malaysia



Tahukah korang, di Malaysia ni terdapat beberapa pekan dan kawasan yang terletak di atas sempadan negeri? Malah ada sesetengahnya mempunyai sejarah yang tersendiri bagaimana berlaku pemisahan itu selain daripada kebetulan semata-mata.

11. Kuala Muda, Kedah-Pulau Pinang

Image result for kuala muda

Kuala Muda adalah merupakan pekan nelayan yang dipisahkan oleh Sungai Muda yang menjadi sempadan antara Kedah dan Pulau Pinang yang disambungkan oleh jambatan ikonik Jambatan Merdeka. Kawasan Kuala Muda di bahagian Kedah lebih terkenal berbanding di bahagian Pulau Pinang  kerana terdapatnya Pantai Merdeka, Lembah Bujang dan tapak Sungai Batu. Di bahagian Penang pula lebih dikenali dengan tempat yang dipanggil Pasar Bisik.

10.Asahan, Johor-Melaka-Negeri Sembilan

Sempadan  antara tiga negeri

Pekan Asahan
Secara amnya, pekan Asahan tidaklah terletak betul-betul di tengah-tengah 3 negeri. Namun kedudukannya yang menghujung di Melaka menyebabkan ianya agak hampir dengan sempadan 3 negeri itu. Terdapat Laman 3 Budaya yang dibina di sini untuk menandakan sempadan antara Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.


9. Batang Melaka, Negeri Sembilan - Melaka

Pekan Batang Melaka

Kedudukan  Batang Melaka yang jelas di atas sempadan

Batang Melaka adalah sebuah mukim dalam daerah Jasin.Sebahagian daripada pekan kecil ini terletak dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan sementara sebahagian lagi berada dalam kawasan daerah Jasin, Melaka. Papan tanda sempadan boleh didapati di tengah pekan. Stesen keretapi untuk pekan ini terletak di bahagian Negeri Sembilan, namun stesen yang baru dibina di dalam kawasan Melaka.

8. Gemas- Gemas Baharu, Negeri Sembilan - Johor




Pekan pertukaran keretapi Pantai Barat dan Pantai Timur ini juga turut dibahagikan kepada dua, iaitu pusat bandar Gemas di Negeri Sembilan, manakala Gemas Baharu di bahagian Johor.


7. Selama, Kedah-Perak




Berbanding pekan/bandar di atas, Selama boleh dikatakan lebih unik. Ini adalah kerana ianya tidaklah "terbelah", sebaliknya mempunyai kembar di kedua-dua bahagian negeri. Di bahagian Perak terdapat bangunan-bangunan kerajaan seperti Majlis Daerah Selama, Taman Awam, Pejabat Pos dan IPD Selama, manakala di bahagian Selama, Kedah yang lebih kecil terdapat masjid dan pasir malam. Kedua-dua Selama ini dipisahkan melalui  Sungai  Selama.


6. Broga, Selangor - Negeri Sembilan




Broga  adalah  sebuah  pekan  yang  terletak  berhampiran  Semenyih, Selangor. Sebahagian  daripada  pekan  ini  terletak  di  mukim  Semenyih, daerah  Hulu  Langat, Selangor  sementara  sebahagian  lagi  terletak  di  mukim  Lenggeng, daerah  Seremban. Laluan  ke  Bukit  Broga, Klinik Desa  Broga  dan  padang  bola  pekan  terletak  di  Selangor,  sementara  Balai  Polis  Broga  di  bahagian  Negeri  Sembilan.


5. Sanglang, Perlis - Kedah



Kuala  Sanglang  adalah  sebuah  pekan  kecil  yang  terletak  di selatan  Perlis.  Sebahagian  daripadanya  terletak  di  negeri  Kedah, lebih  dikenali  sebagai  Kampung  Sanglang, yang diduduki  ramai  komuniti  nelayan. Sanglang asalnya berada dalam wilayah Kedah, namun mula berpisah saat  penjajahan  Siam  dan  pembentukan  negeri  Perlis. Sempadan  mula  terbentuk  di  tengah  pekan  ini  selepas  keluarga  Jamalullail  Raja  Perlis  berjaya  mendapatkan  semula  wilayah  ini  daripada  Siam.

4.  Tampin - Pulau Sebang, Negeri Sembilan - Melaka




Rasanya  kebanyakan  orang  memang  sedia  maklum  dengan  bandar  yang  terletak  betul-betul  di  atas  sempadan  negeri  ini.  Ianya  dikenali  ramai  sebagai  Tampin, Negeri  Sembilan  dan  Tampin, Melaka.  Sebenarnya  Tampin, Melaka  tidak  wujud.  Yang  ada hanyalah  Pulau  Sebang  namun  nama ini  jarang  disebut.  Terdapat beberapa  pejabat  penting  yang  terletak  di  Melaka, seperti  Hentian  Teksi  dan  Bas  Pulau  Sebang,  Maybank  Pulau  Sebang,  Pusat  Serenti  Tampin  dan  KTM  Pulau  Sebang.


3. Cheras, Selangor - Kuala Lumpur




Mukim  Cheras  terletak  dalam  daerah  Hulu  Langat, Selangor. Sama  seperti  Sanglang,  Cheras  juga  mempunyai  sejarahnya  yang  tersendiri.  Mengikut  sejarah,  selepas  1  Februari  1974,  sebahagian  daripada  mukim  Cheras  yang  berada  dalam  lingkungan  Kuala  Lumpur  telah  dipindahkan  secara  rasmi  kepada  Kerajaan  Persekutuan  bagi  membentuk  Wilayah  Persekutuan  Kuala  Lumpur  melalui  Perjanjian  Penyerahan  Kuala  Lumpur  1974.  Sejak  itu  Cheras  telah  terpecah  menjadi  dua  bahagian  yang  berjiran  di  dalam  negeri  Selangor  dan  Wilayah  Persekutuan. Selain  Cheras,  Ampang  dan  Kepong  juga  turut  terbelah  dua  kesan  perjanjian  tersebut.


2. Tanjung Tuan / Cape  Rachado, Negeri Sembilan - Melaka



Satu-satunya exclave  (sebuah kawasan yang disempadani kawasan lain) melibatkan  negeri  di  Malaysia, Tanjung Tuan  atau  Cape  Rachado  ini  terletak  di  Negeri  Sembilan, namun  berada  dalam  pemerintahan  Melaka  atas  faktor  sejarah.


1. Padang Besar, Malaysia - Thailand



Pekan Padang Besar bolehlah dikatakan paling unik di dalam senarai ini, memandangkan ianya terletak di atas sempadan antara dua negara, iaitu Malaysia  dan  Thailand. Padang  Besar  yang  terdapat  di  bahagian Thailand  dipanggil  sebagai Pekan  Siam  oleh orang Perlis. Padang Besar juga adakalanya dipanggil Padang Besar Utara, memandangkan terdapat sebuah lagi tempat yang bernama Padang Besar Selatan di Kuala Perlis.

Monday, July 11, 2016

Bas langgar 10 kereta di Menora

"IPOH, 10 Jul — Dua cedera selepas kereta mereka naiki dirempuh bas yang merempuh sembilan lagi kenderaan di Kilometer 265.8 Lebuhraya PLUS arah selatan selepas Terowong Menora di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, lapor portal Harian Metro, bas yang dipercayai hilang kawalan, merempuh beberapa kereta di depannya, yang menyebabkan 10 kereta mengalami kerosakan.
Rakaman video, kira-kira 13 saat, yang menunjukkan insiden rempuhan itu tersebar meluas di media sosial, Facebook dan Twitter.
Pengguna lebuh raya itu juga memuatkan foto kereta-kereta yang rosak akibat nahas tersebut.
Pegawai polis Bukit Aman berkata kemalangan itu mengakibatkan dua mangsa dalam kereta, dipercayai kereta pertama dirempuh bas berkenaan, cedera.
“Bas ekspres itu yang dalam perjalanan ke selatan dan membawa 28 penumpang, dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh 10 kereta di depannya,” kata komander lebuh raya zon utara ASP Hazil Reza Mohd Ghazali.
“Setakat ini hanya dua mangsa itu dilaporkan cedera manakala pemandu dan penumpang bas serta kereta lain tidak cedera,” katanya ketika dihubungi akhbar tersebut.
Menurutnya, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan, sama ada kemungkinan kecuaian pemandu bas atau pemandu terbabit mengantuk atau masalah teknikal. 
Sementara itu, Bernama melaporkan, ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak Supt Wan Jamil Wan Chik berkata kesemua 28 penumpang dan pemandu bas persiaran itu dilaporkan selamat.
Beliau berkata semasa kejadian, bas berkenaan yang tidak diketahui destinasinya secara tiba-tiba melalui bahagian lebuh raya itu lalu merempuh tiga kereta di hadapannya.
"Semua pemilik kenderaan telah membuat laporan polis di cawangan Trafik Ipoh. Pemandu bas itu akan ditahan untuk membantu siasatan," katanya.
Ketika kejadian, katanya, aliran trafik di lebuh raya itu bergerak perlahan.
"Polis Perak memandang serius kejadian ini. Kita akan siasat secara menyeluruh sama ada ia melibatkan isu-isu teknikal, kelalaian dan pengaruh dadah atau alkohol," katanya.
Menurut agensi berita itu lagi, jurucakap PLUS ketika dihubungi berkata kemalangan itu menyebabkan kesesakan trafik sepanjang 11 kilometer di lebuh raya itu.
Semua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dapat dialihkan kira-kira 4.30 petang, katanya.
Sumber: Malay Mail Online

OK, lepas aku tengok video bas rempuh 10 kereta kat Menora tu, sumpah aku seriau gila. Sebagai anak jati Perak, memang aku dah sedi maklum laluan yang membelah banjaran Kledang itu memang sangat berbahaya dan dah banyak "ambik nyawa" orang. Tak silap aku, dalam blog sebelum ni (tak payah cari, dah kena delete -_-'' ) , aku pernah terperangkap dalam kesesakan selama 6 jam disebabkan lori tergelincir dan merempuh dua kereta. Sampai orang keluar dari kereta, bhai, borak2 sesama diorang. Tu belum kira lagi ada yang sanggup berjalan kaki hingga ke R & R Sungai Perak. Waktu tu, kawasan ni masih pakai lampu oren yang malap yang menyala pun macam ikhlas tak ikhlas je. Lepas tu barulah pihak PLUS pasang lampu putih yang terang benderang tu.





Saman
OK, balik kepada cerita asal. Aku sebenarnya agak terkejut bila dimaklumkan yang pemandu bas mempunyai rekod 9 saman. Seriously, macammana seseorang yang ada 9 saman, masih dibenarkan untuk mengendalikan kenderaan awam? Kalau kenderaan persendirian tu, memang lantaklah apa yang jadi kat kau. Tapi bila melibatkan nyawa orang lain seperti teksi, bas dan sebagainya, pihak berwajib patutnya sekat golongan2 yang patut diblacklist ni.


Brek

Pasal brek, dari situ aku nampak pemandu ni ambik langkah yang agak bahaya, tetapi lebih kurang risiko kepada orang lain (penumpang dan pengguna jalan raya lain). Dia ambik langkah lalu kat area tengah2 jalan, untuk memperlahankan bas yang brek tak berapa nak makan waktu tu. Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa dan hanya dua orang, wanita, yang tercedera. Tapi pada aku, langkah tu masih bahaya lagi2 kat budak2 kecik yang suka duduk di bahagian sisi kereta. Tak dapat aku bayangkan kalau benda2 macam tu jadi. Lagi bahaya kalau ada kenderaan berat lain di hadapan kereta-kereta yang dilanggar, Dengan momentum yang sebegitu kuat, kereta-kereta ni hanya akan jadi domino yang "cium belakang" kereta lain. Tadi andai ada lori di hadapan (nauzubillah), memang akan berlaku "sandwich" di situ.


Jalan Alternatif?

Akhir sekali, aku nak ulas tentang kenyataan di TV3 tadi yang mencadangkan supaya adanya laluan alternatif. Aku harap benda ni boleh diperjelaskan lagi, sebab nampak macam tergantung di situ. Laluan alternatif yang macam mana? Jalan lama? Atau laluan khas bas seperti di Indonesia? 

Persoalannya di sini, adakah bas mahu menggunakan jalan lama? Bukan sahaja ianya tidak menguntungkan pihak bas dan customer, malah sikap pemandu-pemandu bas yang suka memandu laju ini akan membahayakan orang-orang awam pula, terutama jika mereka melalui kawasan kampung dan pekan-pekan kecil. Laluan khas bas pula tidak sesuai memandangkan kedudukan lebuhraya di lereng bukit.


Apa-apa pun, jelas sekali perkara ni banyak bermain dengan sikap juga. Kalau masalah begini masih berlegar-legar dalam kalangan pemandu bas, dikhuatiri ramai yang akan beralih kepada keretapi memandangkan servisnya sudah bertambah baik, malah lebih laju serta mempunyai kemudahan surau dan tandas yang lengkap di setiap stesen.

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...