Monday, August 31, 2015

20 Daerah Terkecil di Malaysia (Bahagian 1)

Pada entri yang lepas, aku pernah menulis entri tentang daerah-daerah gergasi di Malaysia. Ada yang saiznya 3 kali ganda daripada negeri Melaka dan ada yang jauh lebih besar daripada negeri Perak. Dalam entri kali ini, aku akan menulis pula tentang daerah-daerah yang kerdil di Malaysia.

Rule dia still sama macam yang lepas, Sabah Sarawak diambil dari segi daerah bukan bahagian, manakala bagi Kelantan pula adalah jajahan.
* Again, Perlis dan W.P diasingkan memandangkan Perlis tidak berdaerah manakala KL dibahagi kepada zon.

p/s: Untuk entri yang lepas, aku terlepas pandang yang daerah Lojing baru je dipisahkan dari Gua Musang, jadi saiznya lebih kecil dan jatuh ke tempat 11. So, memang betulla Jerantut yang terbesar di Semenanjung.



20. Petaling, Selangor





Petaling merupakan satu daerah yang termaju di Negeri Selangor. Ia terletak di antara daerah Klang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Daerah Petaling dipecahkan kepada 3 jajahan perbandaran, masing-masing ialah Majlis Bandaraya Shah AlamMajlis Perbandaran Subang Jaya, dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Antara petempatan yang utama dalam daerah Petaling adalah, Shah Alam (ibu negeri), PuchongSerdang (Sri Kembangan),Subang JayaDamansaraPetaling Jaya dan Sungai Buloh.
Antara Institusi Pengajian Tinggi yang terdapat di daerah Petaling ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM, kampus Petaling Jaya), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR, kampus Petaling), Universiti Putra Malaysia (UPM, Serdang),Universiti Teknologi Mara (UiTM, Shah Alam).
Daerah ini juga mempunyai sebuah lapangan terbang awam, iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Keluasan: 454 kilometer persegi
Perbandingan: Kurang 28.5 km persegi lebih kecil berbanding pulau Langkawi 



19. Kuala Penyu, Bahagian Pedalaman, Sabah





Berada nun jauh di Sabah, daerah kecil ini mendapat nama daripada batu berbentuk penyu. Dikatakan batu tersebut boleh dilihat ketika air surut.

Terletak di Semenanjung Klias, daerah ini yang asalnya kawasan paya bakau telahpun diteroka untuk penanaman kelapa sawit sebelum pengusaha mendapati tanahnya terlalu berasid untuk tanaman itu.

Keluasan: 453 kilometer persegi

Perbandingan: 29. 5 km persegi lebih kecil berbanding pulau Langkawi




18. Jajahan Pasir Puteh, Kelantan


Pasir Puteh merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri KelantanMalaysia yang terdiri daripada Kota BharuPasir MasTumpatPasir PutehBachokKuala KraiMachangTanah MerahJeli dan Gua Musang. Bandar terbesar dalam jajahan ini juga mempunyai nama "Pasir Puteh".

Pasir Puteh sebelumnya lebih dikenali dengan nama Pangkalan Limbongan. Bandar Pasir Puteh mendapat namanya setelah lawatan oleh Sultan Muhammad IV pada tahun 1911. Sultan Muhammad IV sangat kagum dengan keputihan dan kilauan pasir di sepanjang tebing sungai. Oleh itu, Sultan telah mengistiharkan nama tempat ini sebagai Pasir Puteh.


Keluasan: 433.8 kilometer persegi

Perbandingan: 44.7 km persegi lebih kecil daripada Langkawi


17. Kota Setar, Kedah




Kota Setar merupakan sebuah daerah yang terletak di KedahMalaysia.Daerah inilah terletaknya Bandar Alor Setar iaitu ibu negeri Kedah. Nama Kota Setar berasal daripada perkataan Setar atau pokok ‘Stak’ (Bouea macrophylla) yang tumbuh di kawasan ini.

Keluasan: 424 kilometer persegi

Perbandingan: 54.5 km persegi lebih kecil daripada Langkawi




16. Jajahan  Kota Bharu, Kelantan





Jajahan Kota Bharu merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Ia disempadani oleh Jajahan Pasir Mas di sebelah barat, Jajahan Tumpat di utara, Jajahan Bachok di timur dan Jajahan Machang di selatan. Antara bandar dalam jajahan ini ialah Kota BharuPengkalan ChepaKubang Kerian dan Ketereh.

Keluasan: 403.26 kilometer persegi

Perbandingan: .75.44 km persegi lebih kecil daripada Langkawi



15. Rembau, Negeri  Sembilan





Rembau adalah sebuah daerah di Negeri Sembilan yang terletak di arah selatan bersempadan dengan negeri Melaka.  Penduduk daerah ini majoritinya adalah petani, kakitangan kerajaan, pekerja perkilangan di kawasan perindustrian daerah atau di SerembanGunung Datuk adalah puncak tertinggi di daerah ini dengan ketinggian melebihi 2,900 kaki dan di gunung ini juga letaknya tapak asal pokok Merbau yang mana nama daerah ini diperolehi. Menurut sejarah, Rembau asalnya adalah antara tempat mendarat terawal orang-orang Minangkabau dari Sumatera.


Keluasan: 402.76 kilometer persegi

Perbandingan: 75.84 km persegi lebih kecil daripada Langkawi



14. Kuala Terengganu, Terengganu




Sebagai sebuah daerah, Kuala Terengganu merupakan yang terkecil dari segi keluasan, tetapi (sekiranya kawasan daerah Kuala Nerus yang terletak bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu diambilkira) ia mepunyai jumlah penduduk terbanyak di negeri ini iaitu 406,317 orang pada 2010. Status bandar raya deberikan kepada Kuala Terengganu dengan gelaran Bandaraya Warisan Pesisir Air pada 1 Januari 2008. Walaupun Kuala Terengganu tidak terkecuali daripada pemodenan dan pembangunan, ia masih mengekalkan ciri-ciri kemelayuan yang masih utuh sambil digabungkan bersama-sama warisan dan budaya lain disebabkan sejarah panjangnya sebagai pelabuhan

Keluasan: 398.9 kilometer persegi


13. Kota Kinabalu, Bahagian Pantai Barat, Sabah








Gunung Kinabalu, yang memberikan bandar ini namanya, berada berdekatan KK, sementara Taman Tunku Abdul Rahman, kawasan perlindungan kehidupan liar, terletak di sini. Sehingga tahun 2010, Kota Kinabalu mempunyai kira-kira 452,058 orang penduduk manakala kawasan daerah Penampang yang juga meliputi kawasan bandar ini mempunyai kira-kira 176,667 orang. Jika dijumlahkan, jumlah populasi metro adalah 628,725. Kota Kinabalu juga merupakan bandaraya ke sepuluh terbesar di Malaysia.

Keluasan: 351 kilometer persegi



12. Asajaya, Bahagian Samarahan, Sarawak




Ianya  adalah  sebuah daerah baru di Sarawak. Tidak banyak yang boleh diperkatakan tentangnya.

Keluasan: 302.81 kilometer persegi



11. Melaka Tengah, Melaka





Melaka Tengah merupakan sebuah daerah yang terdapat dalam negeri Melaka dan merupakan daerah yang paling maju dan paling ramai penduduk di negeri Melaka.
Di sini terdapat sebuah bandaraya yang dikenali sebagai Bandar Melaka. Bandar-bandar lain adalah Bukit BaruAyer KerohAyer MolekBatu Berendam, dan Bandar Hilir.

Keluasan: 279. 85 kilometer persegi

Perbandingan: 12.15 km persegi lebih kecil daripada Pulau Pinang (bahagian pulau)














Rumet oh Rumet

Sem baru dah bermula....

Tapi aku masih tak dapat lagi cari rumet

Memang memeningkan kepala hotak aku jugak, padahal aku da cuba macam2 sejak raya lagi...

Ntahla tiba2 plan tak jadi

Mostly ada je halangan.....

Nak duduk dengan si A, dia ada plan sendiri

Nak duduk dengan si B, geng2 serumah dia pulak aku tak kenal

Nak duduk dengan si C, aku ada masalah pulak dengan dia

Nak duduk dengan si D, dia cerita housemate dia kaki prank pulak

Damn! Makin lama makin malas aku memikirkan

Last2 aku lantakkan aje benda ni.
Macam sem lepas aku dapat housemate yang bagus2, tapi sayangnya budak depan rumah pulak spesis gila kerje asik keluar masuk rumah orang...

So, bagi aku, asalkan aku boleh study, hidup tenang, kira OKlah tu.

Aku pun bukannya jenis sosial sangat.

Ceruk Kokdiang Baqhang

Lagi beberapa hari, aku dah kena balik semula ke Perlis untuk sambung sem pengajian..... Adoi, malas dia memang toksah cakap ar. Kokdiang? Apa kaitan? Entahla, mungkin nak "menekankan" betapa jauhnya Perlis tu kot.

Kadang-kadang pening jugak memikirkan yang sem lepas aku punya hostel dekat2 dengan stesen kereta api je. So, habis je turun kereta api, boleh terus naik teksi balik hostel, terus baring atas katil.
Tapi kali ni boleh tahan gakla gila gabannya jauh dari stesen kereta api. So, melepaslah aku nak naik keretapi laju sem ni. Kamprit betul T^T

Mula2 course aku dikhabarkan akan pindah ke lokasi asrama member aku. Mostly budak2 course aku memang banyaklah berbunyinya..... Yang foreigner dok Ohhh I like there, many fren there Ya la Ya la (saja aku ngajuk Arab).

Yang Cina lak risau kalau2 kemudahan tak cukup.

Aku?
Asalkan tak perlu cari rumah sewa dan tak kena pindah mengejut, bersyukurlah nakkk.... (sila baca dalam keadaan menganjing)

BTW, aku terus call kawan aku kat kampus tu. Dia cakap memang ramai gaklah budak kampus tu bengang dengan dak kampus aku sebab dari gaya komen2 kat confession macam "merendah2kan kampus diorang". Yang takleh belahnya, dengan aku-aku pun dimakinya. Jimbit betul.... Aku pun cakaplah kat dia aku takde masalah pun pasal bende2 tu. Just biasalah, bende dah viral kan?

Aku pernah share pasal benda ni kat blog lama aku. Sial, kena attack kaw2 kot. Padahal aku takde kutuk sapa2 pun kat dalam tu. Last2 aku tinggalkan je blog tu tersadai.

Tujuan aku call member aku tu tak lain tak bukan just untuk mintak dia copp kan tempat untuk sem depan. Yelah, time orang tgh tension2 la kena jadi opportunis, merancang kot2 benda tu terjadi. So, member aku pun setuju. Lagipun aku takde masalah nak serumah dgn dia, memandangkan dia sematriks dengan aku.

Tapi, sehebat2 perancangan sekalipun, rupa2nya aku duduk kat kampus lain.... So, memang lepaslah nak berumetkan member aku. Tak apalah, mungkin ni perancanganNya, siapa tahu.

BTW, dalam kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan 31 ogos, #Sehati Sejiwa

Tuesday, August 25, 2015

10 Bahasa Asing Paling Laku di Malaysia

Pengaruh bahasa asing zaman sekarang memang dah menjadi keperluan yang tidak dapat nak dielakkan lagi. Dengan berlakunya era globalisasi sekarang, kita sudah mula memerlukan teknlogi dari negara lain untuk membangun. Pada waktu kini, terdapat banyak bahasa asing yang sudah menjadi demand tertinggi rakyat Malaysia terutama dalam kalangan orang Melayu dalam hal-hal melibatkan pembelajaran di luar negara, memudahkan penterjemahan buku-buku yang tiada dalam bahasa Melayu, memudahkan membaca berita-berita luar, memudahkan pergaulan dengan masyarakat setempat demi kelansungan sosial mahupun kerjaya.

Berikut adalah 10 bahasa asing yang paling laku dalam kalangan pelajar dan pekerja dalam kalangan rakyat Malaysia.

1. Bahasa Inggeris



 Tidak dapat dinafikan Bahasa Inggeris adalah "second languange" paling berpengaruh di seluruh dunia. Diiktiraf sebagai bahasa antarabangsa, bahasa ini juga sangat berpengaruh di Malaysia memandangkan Malaysia adalah salah satu daripada koloni British suatu ketika dahulu. Bahasa ini kini menjadi bahasa penting dalam urusan rasmi terutama melibatkan tetamu luar negara. Lambakan pelajar Malaysia di United Kingdom, Amerika, dan Australia juga menjadikan bahasa ini semakin "demand" dalam kalangan rakyat Malaysia.

Negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi:

United Kingdom, United States, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Botswana, Singapura, Fiji, Marshall Islands, Vanuatu, Kanada, Bahamas, Jamaica, India



Contoh Penggunaan
Apa khabar? = How are you?
Terima kasih = Thanks /Thank You
Selamat tinggal = Goodbye


2. Bahasa Arab


Bahasa Arab adalah bahasa asing yang terkenal dalam kalangan orang Melayu dan bangsa lain yang beragama Islam di negara ini. Selain daripada untuk mengenal budaya Arab dan Moor yang kaya dengan keunikan, bahasa ini juga mampu membawa orang Islam mengenali agamanya dengan lebih dekat. Keluasan 3 empayar Islam menjadikan bahasa ini salah satu daripada bahasa gergasi dunia dan penggunaannya meliputi dari Maghribi ke Iraq. Sangat digalakkan jika anda ingin mendalami ilmu agama, sejarah empayar Umayyad, Abbasid dan Ottoman, berminat dalam carigali minyak serta bidang kejuruteraan dan perubatan.

Negara-negara yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi:
Algeria, Bahrain, Comoros, Chad, Djibouti, Mesir, Eritrea, Iraq, Jordan, Kuwait, Lubnan, Libya, Mauritania, Manghribi, Oman, Qatar, Arab Saudi, Somalia, Sudan, Syria, Tunisia, UAE, Yaman, dan Palestin.

Contoh Penggunaan

Apa khabar?       = كيف حالك؟  Kaifa Haa Luka?
Terima kasih       = شكر           Syukraan
Selamat tinggal   = وداعا         Wa Da'a



3. Bahasa Jepun

Bahasa Jepun adalah bahasa yang menjadi kegemaran bagi mana-mana pelajar Melayu dan Cina. Ianya adalah kerana pengaruh daripada anime serta permainan video yang berasal dari Jepun yang banyak menampilkan sisi budaya mereka yang kaya lagi menarik. Kemajuan Jepun yang kini menjadi negara nombor satu Asia juga menjadikan negara matahari terbit ini menjadi destinasi tujuan bagi sesiapa sahaja. Kebanyakan pelajar Malaysia yang belajar di sini mengambil kursus kejuruteraan yang sememangnya kepakaran negara Jepun ini.

Contoh Penggunaan

Apa khabar?       =  Ogenkidesuka? お元気ですか?
Terima kasih      =  Arigato ありがと
Selamat tinggal  =  Sayonara さようなら


4. Bahasa Mandarin


China sememangnya kita kenali sebagai "kilang dunia" yang terbesar sekali. Bangsa China adalah bangsa diaspora yang paling banyak tersebar di dunia sehinggakan hampir tiada negara yang tiada Chinatown di negara mereka. Bagi kita, orang Melayu, negara China adalah satu jalan pintas untuk mendapatkan barangan secara borong dan murah untuk sesuatu perniagaan. Walau bagaimanapun, languange barrier terutama dalam kalangan rakyat China Selatan menyebabkan usahawan kita perlu belajar bahasa ini untuk kelansungan perusahaan dan bekalan. Amat berguna bagi mana-mana pelajar Melayu yang ingin mendalami bidang perniagaan.

Negara-negara yang menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa rasmi:
China, Taiwan, Hong Kong, Macau, Singapura

Contoh Penggunaan

Apa khabar       =  Ni hao ma? 你 好 马
Terima kasih     =  Xiexie 谢谢
Selamat tinggal =  Zaijian 再见


5. Bahasa Jerman


Lain pula ceritanya dengan Bahasa Jerman, ia menjadi kegemaran bagi orang Melayu dan India, khususnya dalam bidang automotif. Dunia automotif Ford dan Volkswagen di Jerman menjadikan negara ini pilihan terbaik dalam kejuruteraan jenis ini.

Negara-negara yang mengamalkan Bahasa Jerman:
Jerman, Belgium, Switzerland, Austria, Luxembourg, Liechtenstein

Contoh Penggunaan

Apa khabar       =  Wie geht es Ihnen? 
Terima kasih     =  Danke schon
Selamat tinggal = Lebewohl


6. Bahasa Korea

Bahasa ini mula menjadi terkenal terutama dalam kalangan gadis Malaysia ketika gelombang hallyu atau K-Pop mula berkembang. Dengan populariti beberapa penyanyi boyband dan girlband di beberapa negara di Asia,serta program realiti sepert Running Man menyebabkan pengaruh budaya dan bahasanya mula meluas setanding budaya Jepun. Kursus yang boleh diambil di sini juga sama seperti di Jepun iaitu kejuruteraan. I still remember the moment when people only recognise Korea just for kimchi and nothing else. Sungguh bermakna zaman itu.

Negara yang mengamalkan Bahasa Korea sebagai bahasa rasmi:
Korea Selatan, Korea Utara

Contoh Penggunaan

Apa khabar        =  Bangbeob ida 방법이다
Terima kasih     =   Kamsahamnida 방법이다
Selamat tinggal =  Annyeong 안녕


7. Bahasa Russia

Persekutuan Rusia, negara terbesar di dunia kini menjadi tumpuan bagi para pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke sana, khususnya dalam bidang aeroangkasa, nuklear dan perubatan. Selain itu, Rusia juga salah satu negara Eropah yang mesra Islam selain daripada Jerman, sekaligus melegakan rakyat Malaysia yang risau berdepan masalah diskriminasi mahupun kesusahan untuk beribadah. Negara ini juga mepunyai kelengkapan yang setanding NASA dalam meneroka angkasa lepas.

Negara-negara yang mengamalkan Bahasa Rusia sebagai bahasa rasmi:
Rusia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Belarus, Tajikistan, Uzbekistan, Turkmenistan

Contoh Penggunaan

Apa khabar          =   как поживаете (kak pozhivayete)
Terima kasih       =  благодаря  (blagodarya)
Selamat tinggal   = до свидания  (do svidaniya)


8. Bahasa Sepanyol


Bahasa Sepanyol, bahasa yang agak jarang digunakan, apatah lagi dipelajari rakyat Malaysia. Apatah lagi sejak Sepanyol mengalami kejatuhan ekonomi baru-baru ini. Walaubagaimanapun, pengaruh bahasa yang digunakan dalam telenovela ini tetap penting memandangkan ianya bahasa ketiga paling ramai penutur di dunia, di belakang bahasa Inggeris dan Mandarin. Bagi seorang pengembara mahupun yang kerap bekerja di luar negara, ini adalah bahasa wajib bagi anda memandangkan orang Latin mempunyai sikap ethnocentric seperti orang China dan Jepun. Bahasa ini jugak kadang2 cool sebab terasa macam tengah main GTA. K. hahaha

Negara-negara yang menggunakan Bahasa Sepanyol sebagai bahasa rasmi:
Sepanyol, Equatorial Guinea, Argentina, Mexico, Cuba dan hampir keseluruhan negara Amerika Selatan (kecuali Brazil)

Contoh Penggunaan

Apa khabar = Como estas
Terima kasih    =  Gracias
Selamat tinggal = Adios


9. Bahasa Perancis


Bahasa cinta ini adalah bahasa impian hampir semua gadis yang ditunggu untuk dilafazkan oleh mana-mana lelaki idaman mereka. Bahasa unik dan romantik ini juga menjadi satu kemestian bagi anda jika berminat untuk mengunjungi Paris, ibu kota negara Perancis. Di beberapa negara, Bahasa Perancis sangat penting untuk dipelajari khususnya bagi rakyat USA dan UK memandangkan pengaruh negara ini, serta memudahkan urusan pelancongan di Perancis, memandangkan mereka tidak seberapa melayan orang yang berbahasa Inggeris.

Negara-negara yang menggunakan Bahasa Perancis sebagai bahasa rasmi:
Perancis, Monaco, Belgium, Switzerland, Luxembourg, Kanada, Haiti, New Caledonia, Maghribi, Algeria, Tunisia

Contoh Penggunaan

Apa khabar       = Comment allez-vous / Bonjour
Terima kasih    = Remerciements
Selamat tinggal= Au revoir

10. Bahasa Turki

Sebetulnya aku nak letakkan Bahasa Indonesia di kedudukan 10 sebab ramai pelajar Malaysia yang menuntut di situ. Tapi memandangkan bahasa tersebut lebih kurang je dgn BM, so aku terfikir, why not Turkey? Hehe. Bahasa Turki ni sekarang memang dah jadi demand, terutama bagi orang Melayu. Pengaruh drama Istanbul Aku Datang dan Manisnya Cinta di Cappadocia yang menampilkan Hagia Sophia serta Cappadocia jelas sekali menarik perhatian orang kita untuk melihat sendiri bumi Turki dengan mata sendiri.

Negara-negara yang mengamalkan Bahasa Turki sebagai bahasa rasmi:

Turki, Cyprus, Iraq, Greece, Bulgaria, Kosovo, Albania

Contoh Penggunaan

Apa khabar        =  nasılsın
Terima kasih      = teşekkürler
Selamat tinggal   = elveda




Sumber:

http://www.nationsonline.org/oneworld/countries_by_languages.htm



Friday, August 21, 2015

20 Daerah Terbesar di Malaysia (Bahagian 2)

Sambungan daripada entri yang lepas.....

10.Bintulu, Bahagian Bintulu, Sarawak







 Bintulu merupakan sebuah bandar yang kaya dengan hasil minyak dan gas asli,serta diberi gelaran Kota Tenaga Sarawak. Kampus tertua di Sarawak iaitu UPM juga turt melonjakkan daerah ini menjadi sebuah daerah yang maju yang dahulunya hanyalah sebuah perkampungan nelayan.

Bandar/pekan terkenal: Bintulu 
 Saiz: 7220.4 km persegi
Perbandingan: 534.4 km persegi lebih besar daripada Negeri Sembilan



9. Tawau, Bahagian Tawau, Sabah




Tawau adalah sebuah daerah yang terletak di tenggara Sabah. Ianya berada sangat hampir dengan sempadan Kalimantan, Indonesia. Di sini berlakunya satu fenomena yang jarang kelihatan di kawasan lain iaitu ribuan rakyat Indonesia dan Filipina bebas berjalan-jalan di sini seperti negara asal asalkan mempunyai pasport perjalanan. 

Bandar/pekan terkenal : Tawau
Saiz: 7270.1 km persegi 
Perbandingan: 584.1 km persegi lebih besar daripada Negeri Sembilan

8. Jerantut, Pahang


Ini adalah daerah yang pernah menarik perhatian aku bilamana seorang blogger mengatakan bahawa ianya adalah daerah terbesar di Malaysia. Ianya juga menarik perhatian aku sekali lagi bila terdapat satu sisi istimewa di bandar daerah ini yang diwarnakan ungu (gambar atas). Setelah dikaji, ternyata Jerantut bukanlah daerah terbesar di Malaysia, bukan juga di Semenanjung, malah bukan juga di Pantai Timur, hanya di Pahang sahaja. BTW, daerah ini menyimpan keunikannya yang tersendiri sebagai tanah kelahiran Mat Kilau serta pintu masuk ke Taman Negara.

Bandar/pekan terkenal: Jerantut
Saiz: 7563.46 km persegi
Perbandingan: 877.46 km persegi lebih besar daripada Negeri Sembilan dan hanya 540.54 km persegi lebih kecil daripada Selangor


7. Beluran, Bahagian Sandakan, Sabah



Beluran adalah sebuah daerah persinggahan bagi mana-mana pemandu yang ingin berulang alik dari Sandakan ke Ranau. Nama asal bagi Beluran adalah Buludan, namun bertukar kepada Beluran kerana orang Inggeris tidak dapat menyebut perkataan tersebut.

Bandar/pekan terkenal: Telupid, Beluran
Saiz: 7717 km persegi
Perbandingan: 1031 km persegi (hampir sebesar Pulau Pinang) lebih besar daripada Negeri Sembilan dan kurang 387 km persegi berbanding Selangor


6. Kinabatangan, Bahagian Sandakan, Sabah




Tidak banyak yang boleh dikatakan dengan daerah ini. Apa yang kami ketahui adalah berlakunya dua versi asal usul namanya iaitu namanya sudah wujud sebelum kedatangan Orang Cina seperti yang terdapat dalam catatan Perancis dan versi satu lagi mengatakan ianya pada mulanya bernama Cinabatangan kerana rombongan empayar China gemar memasuki kawasan sungai Kinabatangan untuk mencari sarang burung. Di daerah ini, mengalir sungai terpanjang di Sabah iaitu Sungai Kinabatangan.

Bandar/pekan terkenal: Kota Kinabatangan
Saiz: 8000 km persegi
Perbandingan: Hanya 104 km persegi lebih kecil daripada Selangor dan 1500 km persegi daripada Kedah

5. Jajahan Gua Musang, Kelantan



Jajahan Gua Musang kadangkala dipanggil sebagai jajahan pedalaman Kelantan kerana agak terpencil. Suatu ketika dahulu, jajahan ini ibarat Kapit pada masa sekarang kerana tiada rangkaian lebuhraya dan hanya dihubungkan oleh laluan kereta api. Pernah menjadi satu-satunya republik Komunis di Malaya. Ianya adalah daerah terbesar di Kelantan, yang mana saiznya sahaja merangkumi 54% daripada negeri Kelantan. Daerah ini adalah daerah terbesar di Semenanjung mengikut perkiraan ini.

Bandar/pekan terkenal: Gua Musang
Saiz: 8214.30 km persegi
Perbandingan: 110.3 km persegi lebih besar daripada Selangor dan kurang 1285.7 km persegi berbanding Kedah


4. Tongod, Bahagian Sandakan, Sabah




Bandar/pekan terkenal: Tongod
Saiz: 9,194 km persegi 
Perbandingan: 306 km persegi lebih kecil daripada Kedah


3. Kapit, Bahagian Kapit, Sarawak





Bandar/pekan terkenal: Kapit
Saiz: 15,596 km persegi
Perbandingan: 497 km persegi lebih besar daripada Kelantan, dan 2561 km persegi lebih besar daripada Terengganu

2. Belaga, Bahagian Kapit,Sarawak (kapitdc.sarawak.gov.my)




Bandar/pekan terkenal: Belaga
Saiz: 19403 km persegi
Perbandingan: 193 km persegi lebih besar daripada negeri Johor dan 92% daripada saiz negeri Perak


1. Marudi, Bahagian Miri, Sarawak (disputed)





Bandar/pekan terkenal: Marudi
Saiz; 22069.96 km persegi
Perbandingan: 1034.96 km persegi lebih besar daripada Perak dan 61% daripada negeri Pahang

Memandangkan kedudukan Marudi agak disputed sebab aku tak berjaya cari peta yang menunjukkan keluasan sebenar dia (gambar kat atas tu peta Bahagian Miri, so aku just tolak Daerah Miri daripada keseluruhan peta tu), so andai kata matlumat ni salah, jadi berkemungkinan Belaga adalah daerah terbesar di Malaysia sementara Sri Aman, Sarawak dengan 3845 km persegi pula adalah daerah ke-20 terbesar di Malaysia.

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...