Thursday, February 11, 2016

8 Pantai Yang Anda Dilarang Mandi di Malaysia

Pantai adalah salah satu tempat pelancongan yang selalu diwar-warkan oleh Malaysia dalam menarik pelancong, selain daripada kawasan tanah tinggi dan tempat bersejarah. Namun, tahukah korang yang bukan semua pantai di Malaysia sesuai untuk aktiviti bermandi-manda. Aku pun mula-mula terkejut sebab, you know, bila sebut pantai mestila teringat mandi laut kan? Pantai yang tak boleh mandi-manda ni feeling dia macam jamban yang tak dibenarkan berak di dalamnya wkwkwkwk.

Apa-apa pun, jom tengok alasan-alasan kenapa pantai-pantai ni tak dibenarkan mandi.





1. Pantai Kuala Perlis, Kuala Perlis, Perlis

korang akan disambut lautan membiru tatkala keluar dari highway


aku taktau kenapa aku tertarik dengan pencawang ni. cantik gila susunan


cantik gila lautan yang membiru. sayang gila tak boleh mandi. aritu aku ada sembang dengan pakcik teksi kononnya depa nak tambak pantai ni kasi boleh mandi. woow, tambak pantai tu mau juta2 punya projek



Wut???? Aku tau, bagi sesetengah yang datang melancong ke Perlis, mesti ada yang terfikir untuk bermandi-manda di laut Perlis, memandangkan Kuala Perlis yang sangat famous bunyinya seakan-akan beach town. Lupakanlah hasrat anda, memandangkan pantai di jajaran Kedah Utara- Perlis adalah jenis yang berselut dan tidak sesuai untuk mandi kerana berselut. Jika korang "ketegaq" jugak nak mandi, pantai paling dekat dari sini adalah Pantai Cenang, Langkawi kira-kira 52.9km dari jeti Kuala Perlis ke jeti Kuah, menaiki kereta sewa hinggalah tiba di destinasi, atau Pantai Merdeka di Sungai Petani kira-kira 126 km dari sini.

Tapi, jangan bersedih. Korang still boleh enjoy aktiviti lain. Di simpang tiga penghujung lebuh raya Changlun-Kuala Perlis, terdapat deretan kedai yang menjual laksa Perlis, makanan laut dan juga lok ching. Sini juga merupakan syurga bagi photographer memandangkan suasana sunsetnya yang begitu indah, sehinggakan masih indah walau ditangkap menggunakan henset cikai.

Nak merasai tanah berpasir?

Boleh. Korang just belok kiri ke Kuala Sanglang dan terus, hinggalah korang nampak kilang. Di sini ada jaluran pasir yang boleh korang labuhkan punggung sambil celup-celup kaki kalau air pasang. Kalau air surut? Usha jelah umang-umang dan belacak bermain-main. BTW, pantai ni memang antara yang tercantik pernah aku lawati.

(sila abaikan new tab Detective Conan tu, aku tengah baca manga online waktu tu. kahkah)





2. Pantai Lido, Johor Bahru, Johor

Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu

Itulah lagu yang sering dimainkan oleh orang Johor, ketika mana pantai ini masih wujud. Kini, pantai ini sudahpun lenyap akibat pembangunan. Sejujurnya, aku belum pernah jejakkan kaki ke Pantai Lido dan memang takkan berkesempatan pun memandangkan ianya sudahpun menjadi sejarah yang diselit di dalam celahan memori warga JB yang sempat melihatnya. Jujur aku kata, agak sedih bila melihat pantai seperti ini hilang begitu saja. Berdasarkan maklumat yang aku dapat, khabarnya pantai ni dah tak boleh mandi sejurus Tambak Johor siap.

Pantai Lido (kini Danga Bay) dari pandangan satelit. Lihatlah bagaimana ianya lenyap akibat penambakan dan pembangunan. Kalaupun masih ada, airnya sangat tercemar (berwarna hitam dalam gambar) ekoran Tambak Johor yang menyekat pergerakan air.

Actually, pantai dia taklah tercemar melampau macam pantai Chowpatty kat India tu, tapi yelah, dari boleh mandi, terus jadi pantai yang boleh "duduk dan lihat" je.

Pantai yang membiru. Bolehla duduk-duduk sambil makan keropok ikan.

Mungkin pantai Lido ni satu-satunya pantai yang duduk sebelah highway

Teringin untuk mandi?
Kunjungilah Desaru yang terletak 88 kilometer dari bandaraya Johor Bahru.




3. Pantai Kerachut, Teluk Bahang, Pulau Pinang


OK, kita dah sentuh pasal pantai berselut, dan pantai tercemar. Sekarang ni go on dengan pantai yang memang berisiko pulak. So, we're going back to the north.



Nampak macam best je kan pantai ni? Toksah dok buat ketegaq, tu nampak bendera merah tu!! (amaran bahaya laut)




Pantai Kerachut adalah pantai paling terpencil di Pulau Pinang. Terletak nun jauh di dalam Taman Negara Pulau Pinang, ianya telahpun diwartakan sebagai pantai yang dilarang mandi. Ini adalah kerana kedalamannya yang menjunam. Dikatakan daripada kedalaman 2 meter, ianya boleh menjunam kepada 5 meter secara tiba-tiba dan kemudiannya terus ke 30 meter.

Kalau korang baca pautan2 yang aku kongsikan, pantai ni memang berbahaya memandangkan terjun kat gigi air je dah boleh menempah maut. Walaupun pengunjung terpaksa merentasi taman negara yang luas mahupun menaiki bot dari Seberang Perai untuk sampai ke sini, ianya masih tak berjaya menghalang mereka ke pantai yang pasirnya memutih ini. Pihak berkuasa Pulau Pinang sudah lali dengan sikap pengunjung dan mula memasang lebih banyak bendera merah dan papan tanda amaran.

Sumber: 1. http://www.sinarharian.com.my/pantai-kerachut-berbahaya-1.243107
               2. http://duniaitu.blogspot.co.uk/2014/01/kursus-bina-diri-berakhir-tragedi_19.html
             
Teringin nak mandi?
Cuba Batu Feringghi, Teluk Bahang, dan Monkey Beach





4. Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu





Pantai Batu Buruk yang terletak di Kuala Terengganu ni mampu membuatkan sesiapa saja yang mengunjunginya berasa nak terjun ke dalamnya. Dengan pantai yang sangat luas, dan ramai pengunjung yang datang lepak-lepak kat sini, dengan segala macam aktiviti, mungkin membuatkan pelancong yang baru datang (dan tak amik tahu pasal kes-kes lemas) menjadi mangsa bagi pantai yang "menagih nyawa" ini.

Pantai ini sangat terkenal dengan angin dan ombaknya yang kuat, serta kedalaman yang mengejut. Beberapa kes lemas telah dicatatkan di sini sehingga pantai ini tidak dibenarkan untuk mana-mana pengunjung  mandi di dalamnya. Tapi dengar kata dah dimasukkan dalam Zon Mandian Selamat. Ahh sudah! Selamat ke tak selamat ni? Mungkin orang Terengganu lebih tahu bende ni.

Apa-apapun, tempat ni agak feymes dengan pelbagai aktiviti macam naik kereta kuda, satay ikan dan layang-layang. A&W dengan KFC pun agak dekat dengan pantai ni. No wonder lah ramai lagi yang mengunjungi pantai ni. Oh ya, Pasar Payang pun dekat ja kat sini.

*lepas buat research, baru aku perasan bukan semua pantai Terengganu boleh mandi manda

Teringin nak mandi?
Cuba Pantai Bukit Keluang, Besut atau Pantai Tok Jembal, berhampiran UMT




5. Pantai Pasir Panjang, Segari, Perak





Mempunyai jalur pantai yang panjang memang sesuatu yang jarang-jarang ada di negeri pantai barat. Kebiasaannya hanya negeri-negeri pantai timur atau negeri-negeri utara sahaja (jenis berselut) yang memiliki jalur pantai yang panjang. Malang sekali, biar pun pantai ini tidak berselut, namun ianya tidak selamat untuk mandi kerana dasarnya yang curam.

Pantai Pasir Panjang hanya berfungsi sebagai tempat pembiakan untuk penyu yang naik ke darat untuk bertelur. On the bright side, korang berpeluang untuk tengok penyu di sini dan tidak perlu bersusah payah drive ke Rantau Abang. Dan aku berpendapat yang pantai ditutup/diabaikan/dilenyapkan oleh tangan-tangan tersembunyi illuminati (wkwkwk) berkemungkinan besar untuk memelihara dan memulihara habitat penyu di sini., memandangkan Pusat Perlindungan Penyu pun tak jauh dari pantai ni.

Apa-apapun, kawasan pantai ni agak tersembunyi, jadi belum ada lagi kes apa-apa (melainkan korang yang baca entri aku ni pulak yang ngada-ngada pergi terjun). Even simpang tiga menuju ke lokasi pantai tu pun boleh buat korang rasa was-was kerana terlalu ulu banat dan kekodiangan.

*Mohon jangan terkeliru dengan dua pantai yang bernama sama di Pulau Pinang dan Sarawak

Teringin nak mandi?
Cuba Teluk Senangin, Teluk Batik atau pantai-pantai hotel di Lumut. Hanya 29km dari sini.




6. Tanjung Dawai, Merbok, Kedah

Ok, kalau korang layan lagu jiwang dolu-dolu mesti ada terdengar kan lagu ni

Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...



OK, first of all, aku pernah dulu terpikir yang Tanjung Dawai ni salah satu pantai selain Pantai Merdeka. Tapi lepas sesi berbual bicara bersama kawan2 Kokdiangers aku serta bantuan Profesor Google Street yang sudi memberikan pakej pelancongan percuma , baru aku faham yang area Tanjung Dawai ni pekan nelayan, dan pantainya berselut dan sedikit kotor, jadi memang agak tak sesuai untuk mandi.






Tapi yang untungnya, Pantai Merdeka just terletak bertentangan je, so korang boleh terus naik bot dari Jeti Tanjung Dawai terus ke Pantai Merdeka. BTW, Tanjung Dawai ni memang tempat terbaik kalau korang nak dapatkan ikan kering ke, sotong kering ke, apa-apa yang keringlah senang cakap.

Tambang? Dua hinggit je untuk perjalanan sehala. Kira murahlah, kan?

Yang ni, aku rasa tak perlu kot aku letak suggestion pantai mana  nak pergi. Hahaha....



7. Pantai Redang, Sekinchan, Selangor
(kredit: Kelvin Lam, Chai Jing Lee, Terry LET)



Dalam banyak-banyak pantai yang tak boleh mandi, aku rasa pantai yang ni agak unik sikit. Ni pun aku kutip dari mana ntah. Aku dah lupa nama blogger tersebut. Hish, baru nak kasi kredit.

Ok, berbalik kepada topik asal. Pantai ni terletak di kawasan perkampungan nelayan Cina area Sekinchan. So, bila sampai sini, mungkin korang akan terasa awkward sikit, seakan-akan berada di tempat asing.

Sebab tak boleh mandi? Alasan yang biasa bagi pantai kampung nelayan: berselut dan kotor. Cuma aku respek kat pihak yang sanggup tanam pokok dan cantikkan kawasan ni. Padahal kalau ikutkan pantai selut ja ni







8. Pantai Bagan Nakhoda Omar, Sungai Air Tawar, Selangor




Pantai yang indah ini turut dikenali sebagai Taman Rekreasi Bagan Nakhoda Omar (kebanyakan pantai yang dilarang mandi biasa mempunyai taraf taman rekreasi untuk mengekalkan keindahannya). Punca pantai ini tidak dibenarkan mandi? Pantai yang berselut dan berbatu. Walau bagaimana pun, pantai ini tetap mempunyai auranya yang tersendiri seperti sekawan bangau yang sering dapat dilihat di sini. Bukan senang nak nampak bangau di pantai!


No comments:

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...