Saturday, February 6, 2016

10 Pulau Terbesar di Malaysia

Dalam beberapa tahun yang lepas, gempar bila beberapa blogger menaikkan entri pulau-pulau terbesar di Malaysia. Dengan perasaan ingin tahu, aku pun klik jugak, dan wooww, terasa ketinggalan yang amat. Selama ni memang aku pedulikan je saiz-saiz pulau ni, sebab di mata aku pulau-pulau kat Malaysia ni lebih kurang je saiznya. BTW, aku still tak berpuas hati sebab entri tu listkan 5 je. Kenapa 5?? Kenapa tak 10?? Haha, OCD betul aku ni.

BTW,meh tengok apa lagi 5 pulau yang tertinggal.

*sesetengah pulau dikeluarkan dari entri kerana sensitiviti (Pulau Sebatik dan Pulau Layang-layang) dan kekurangan info (Pulau Balambangan, Malawali dan Jambongan) walaupun pulau2 ni lebih layak dalam entri ni.






*sila abaikan Detective Conan tu wkwkwk. Aku boring waktu tulis entri ni.


1. Pulau Banggi, Kudat, Sabah



Populasi : 1000 orang
Status     : Pulau desa / nelayan
Keluasan: 440.7 km2

Selamat datang ke pulau terbesar di Malaysia! Ya, itulah sepatutnya yang ditulis di papan tanda di pulau ini. Kalau korang usha peta Sabah, korang akan nampak sebuah titik besar di atas Kudat (which is actually Pitas, Kudat di sebelah kiri). Ramai rakyat Malaysia yang bila ditanya pulau terbesar di Malaysia, menyangka ianya Langkawi. Even beberapa blog Sabahan sebelum 2010 juga menyangka pulau ini kedua terbesar di Malaysia selepas Langkawi.

Pulau ini didiami penduduk kampung yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan.

Bagaimana cara hendak ke sana?
Korang boleh pergi dari 1. Terminal Jeti Kudat  dan  2. bot pancung dari Marudu




2. Pulau Betruit @ Beruit, Daro, Sarawak


Populasi: 30, 000 orang
Status    : Pulau desa / nelayan
Keluasan: 417 km2

Pulau ini adalah pulau kedua terbesar di Malaysia. Bukan Langkawi, ye haha. Di sini, penduduk pulau rata-rata bekerja sebagai nelayan dan pesawah padi (bukan di Kedah je ada padi ye haha).

Bagaimana cara hendak ke sana?
Melalui bot dari Sibu atau Daro.



3. Pulau Langkawi, Kedah


Populasi: 80, 000 orang
Status    : Pulau pelancongan
Keluasan: 320 km2

Haa, sekarang barulah Langkawi. Pulau ni aku rasa memang dah feymes so tak perlu kot cerita panjang-panjang haha. Pulau ni tersenarai sebagai pulau industri, memandangkan pengaruhnya yang sangat tinggi terhadap negeri Kedah. Pulau ni mempunyai lapangan terbangnya sendiri dan mempunyai trafik ke-8 tertinggi di Malaysia, lebih tinggi daripada yang dikendalikan Lapangan Terbang Kota Bharu (no.9), dan Alor Setar (no.16).


Cara ke sana? (Biar betul korang ni? haha)
Samada melalui jeti Kuala Perlis atau Kuala Kedah. Boleh jugak naik flight dari KL menuju ke Airport Langkawi


4. Pulau Pinang (bahagian pulau), Pulau Pinang


Populasi: 750, 000 orang
Status    : Pulau perbandaran
Keluasan: 293 km2

Pulau ini adalah merupakan pulau tersibuk dan terpadat di Malaysia. Ianya satu-satunya pulau di Malaysia yang mempunyai dua jambatan (atau patutkah aku listkan Pulau Indah sekali?) dan salah satu daripada pulau-pulau dalam entri ini yang tergolong dalam kawasan urban. Pulau ini kaya dengan kebudayaan dan pelancongan. Lapangan terbang Bayan Lepas yang beroperasi di sini merupakan jalan masuk kedua tersibuk di Semenanjung Malaysia (no.3 di Malaysia)

Cara ke sana?
Ikut je lah jambatan tu, labuuu.... Dah ada dua pun. Tak pun masuk ikut airport Bayan Lepas.




5. Pulau Tioman, Rompin, Pahang


Populasi: 1500 orang (1990)
Status    : Pulau pelancongan
Keluasan: 137 km2

Pulau terbesar di kawasan Pantai Timur, meliputi saiz sebesar 137 km persegi. Pulau ini terkenal dengan snorkeling dan pantainya yang cantik. 100% penduduknya adalah Melayu dan mereka bertutur dalam dialek Pahang. Disebabkan pulau ini dikunjungi ramai pelancong Eropah, penduduk pulau mengalami kejutan budaya. Antaranya, menu restoran kebanyakannya dalam bahasa Inggeris serta ada yang menukar nama ke Michael dan Joseph dan berkahwin dengan pelancong Eropah.

Cara ke sana?
Melalui Terminal Feri Mersing, Johor . Satu-satunya pulau di Malaysia yang kalau nak masuk, kena ikut negeri lain.


6. Pulau Carey, Kuala Langat, Selangor


Nak ke pulau ni, tak perlu naik feri, ye tuan-tuan dan puan-puan


Populasi: Tidak diketahui, majoriti adalah orang asli Mah Meri
Status    : Pulau perladangan dan budaya orang Asli
Keluasan: 129 km2

Apa yang menjadikan pulau ini unik berbanding pulau-pulau lain dalam entri ini adalah ianya dikategorikan sebagai pulau bila mana ianya dipisahkan dari "tanah besar" hanya melalui Sungai Langat dan bukannya laut. Pulau ini dijadikan kawasan ladang kelapa sawit dan diduduki majoriti orang asli Mah Meri. Mereka kebanyakannya sudah moden tapi masih mengekalkan keaslian budaya mereka.

Cara ke sana?
Melalui Jambatan Pulau Carey, SKVE



7. Pulau Redang, Kuala Terengganu, Terengganu


Populasi: 1500 orang
Status    : Pulau pelancongan
Keluasan: 127.5 km2

Pulau yang berbentuk seperti hati (atau rama-rama?) ini adalah pulau yang menarik ramai pelancong hadir ke negeri Terengganu. Same goes like Pulau Langkawi dan Tioman, pulau ni merupakan  pulau pelancongan yang terkenal dengan pasirnya yang memutih. Oh ye, pulau ini juga boleh dikunjungi dari Airport Subang ataupun Airport Changi, Singapore.

Cara ke sana?
Naik dari Airport Subang (telefon resort anda terlebih dahulu), atau naik dari Jeti Syahbandar, Kuala Terengganu dan Jeti Merang



8. Pulau Timbun Mata, Semporna, Sabah


Populasi: Tidak diketahui/ tidak berpenghuni
Status    : Pulau terasing
Keluasan: 114.97 km2

Cara ke sana?
Korang kena sewa bot sendiri memandangkan pulau ni tak seberapa berpenghuni. Biasanya jadi port kaki pancing.



9. Pulau Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan


Populasi: 86,908 orang
Status    : Pulau perbandaran
Keluasan: 91.64 km2

Siapa sangka pulau yang merupakan salah satu daripada Wilayah ni pun boleh tersenarai? Aku pun asalnya tak sangka, sampailah terlintas dalam kepala aku, eh Labuan pun besar gak per.

Rata-rata Sabahan yang aku bertanya mengatakan yang Labuan ni pulau urban yang sunyi, ala-ala Putrajaya tu. Mostly memang takde traffic jam katanya, tak macam KK. Berada di Labuan, korang boleh mengunjungi suasana urban dan desa dalam masa serentak.

Ada 3 cara, samada
1. Naik flight ke Airport Labuan (kalau datang dari Semenanjung, kena pergi Kota Kinabalu rasanya)
2. Naik feri di Jesselton Point
3. Naik bas dari KK ke Menumbok, kemudian ke Jeti Menumbok


10. Pulau Perhentian Besar, Kuala Besut, Terengganu



Populasi: 1300 orang
Status    : Pulau pelancongan
Keluasan: 91.21 km2

Pada mulanya, aku nak gabungkan kedua-dua pulau perhentian, tapi lepas saiznya agak fishy (lebih besar dari Tioman walaupun teramat tidak logik) jadi aku just ambik saiz P.Phntian Besar je.

Ni pulau pertama dalam entri ni dalam bentuk pairing, dan aku pun tak sure camne korang nak berhubung antara dua pulau tu. Maybe ada bot kot, kot laa...

Kalau korang datang dengan family, atau kawan-kawan yang konservatif, datanglah ke pulau ni. Ianya lebih tenang dengan suasana desa, kampung nelayan, dan harga makanan yang murah. Tapi kalau korang datang dengan kawan-kawan yang gila, liberal lagi sekularis (wkwkwk over sungguh ayat aku ni) , datang ke Pulau Perhentian Kecil yang menawarkan hiburan malam yang menurut suatu blog yang aku duk blogwalking, tak sesuai untuk kanak-kanak katanya, lagi-lagi di Long Beach. Aku pun naik curious. Ada apa kat sana? Tarian api? Limbo berbikini? Entahla nak.

Cara ke sana?
1. Naik ikut jeti Kuala Besut
(Reminder: Kalau datang dari KL dengan flight, make sure turun ikut Kota Bharu, memandangkan Kelantan lagi dekat dengan Besut, berbanding Kuala Terengganu)


No comments:

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...