Wednesday, October 23, 2019

Asal-usul perkataan Makcik Bawang

Dua perkataan, Makcik Bawang dan #DoneClaim adalah perkataan urban yang sangat popular di Malaysia. Boleh dikatakan budak-budak sekolah Cheras sampailah makcik-makcik di Sandakan tahu tentang istilah ini. Malah istilah ini juga lebih popular daripada istilah-istilah urban yang lain seperti "pishang,payung,koyak dan usha" walaupun sejarah kedua-dua ayat ini agak baru. Jadi, dari manakah bermulanya penggunaan kedua-dua ayat ini"


Ayat Makcik Bawang Datang dari Page Mengumpat Rumah Tangga?!
Image result for makcik bawang
Credit:blog.maukerja.my

Ya, korang tak salah dengar. Ayat yang sangat popular di Malaysia ni juga datang daripada page yang agak kontroversi di Malaysia,iaitu, Kisah Rumah Tangga sekitar tahun 2017. Page Kisah Rumah Tangga berfungsi sebagai medan perkongsian bagi para suami isteri (biasanya isteri) meluahkan masalah rumah tangga untuk dibincangkan penyelesaiannya oleh para pembaca. Namun, segelintir pembaca, biasanya wanita berusia suka memberikan saranan yang tidak membantu, malah menghuru-harakan. Contohnya, makcik-makcik ini akan menyuruh pengepos untuk bercerai daripada suaminya hanya kerana suaminya tidak mengingati hari lahirnya. Ini menyebabkan kaum ibu muda merasa jengkel dengan ulasan-ulasan ini lalu menamakan mereka sebagai makcik bawang, gelaran untuk wanita berusia yang suka mengapi-ngapikan rumahtangga orang lain. Golongan makcik bawang juga menjadikan para lelaki memandang jijik kepada page tersebut yang dilihat lebih kepada pemusnah rumah tangga. Satu page palsu juga telah dibuat untuk menganjing page tersebut dengan menyuruh setiap pengirim cerita bercerai setiap kali kiriman di page palsu itu dibuat, sekaligus menjadi bahan kelakar bagi warga Malaysia ketika itu.

Gelaran ini mula keluar dari kerangka page Kisah Rumah Tangga apabila "makcik bawang" ini mula menjengah page IIUM Confession-BM. Meskipun IIUM Confession-BM berdiri dengan konsep perkongsian cerita  seperti page KRT, para pembacanya lebih matang kerana terdiri dalam kalangan pelajar universiti, pensyarah, dan golongan professional. Boleh dikatakan IIUM Confession ibarat Twitter di dalam Facebook. Kehadiran makcik-makcik ini yang membawa haruman toksik dengan memaki hamun serta memberi cadangan entah apa-apa di ruangan komen mencetuskan pergaduhan yang melibatkan perbezaan generasi, mentaliti serta kelas ekonomi, sekaligus menempekkan lagi istilah "Makcik Bawang" yang sebelum ini hanya segar di page KRT. Memandangkan golongan muda adalah pendokong terbesar page IIUMC, perangai Makcik Bawang disebarkan seluas-luasnya hingga ke page troll dan mainstream yang berkuntum di Facebook, Youtube serta Twitter. 

Disebabkan capaian menjadi luas, pengguna baru bagi ayat ini mula terpinga-pinga tentang maksud sebenar bagi makcik bawang. Lalu muncullah tafsiran bahawa ianya dikhususkan untuk makcik-makcik yang suka mengumpat. Logik yang digunakan adalah, makcik-makcik dulu mengumpat sambil menganyam ketupat, lalu dipanggil mengumpat, jadi ada logiknya makcik-makcik bawang digunakan untuk makcik-makcik yang mengumpat sambil merewang mengupas bawang, satu kebiasaan yang berlaku di majlis kenduri-kendara. Adat orang Melayu, ada juga yang menanamkan ciri falsafah di dalam ayat ejekan itu, dengan mengatakan makcik-makcik ini bersifat seperti bawang, hanya untuk membuatkan orang menangis atas kegembiraan sendiri.

Lalu istilah ini pun berjaya memasuki budaya urban dengan sangat jayanya. Bayangkan makcik bawang ada lagu sendiriiiii. Yeahhhhhh. *baling bawang kat makcik kampung sebelah



Ketika itu juga, berlaku trend menganjing kasar yang diterjemahkan daripada lawak Inggeris bilamana seorang nenek mengusik seorang muda di hari perkahwinan dengan ayat "Youre next". Pada majlis pengkebumian seterusnya, orang muda itu pula mengusik dengan ayat "Youre next". Disebabkan gurauan tersebut terlalu kasar dan tidak berjaya menyelesaikan masalah kerap ditanya "bila nak kawin" tiapkali raya, ayat "Makcik Bawang" datang tepat pada masanya. Sekaligus menjadikan Makcik Bawang sebagai tema tidak rasmi bagi iklan Hari Raya Aidilfitri 2018.



Iklan Raya Watson

                                               Video nasihat keluaran Kokom

\
Iklan Raya Telekom Malaysia

Iklan Raya TuneTalk

                                          Iklan Raya Astro Gempak

Dengan makna asal yang hanya merujuk kepada makcik-makcik yang mengapi-ngapikan rumah tangga orang, kepada makcik-makcik yang suka bertanyakan hal peribadi ketika raya, kini makcik bawang juga telah berevolusi dan turut digunakan untuk sesiapa sahaja dalam kalangan wanita yang berpangkat lebih tinggi tetapi sangat menjengkelkan. Yes, thats mean even your lady boss that live in Bangsar Bubble also can be makcik bawang. Sekian sahaja thread aku pada hari ini tentang sejarah makcik bawang. Cheers.





Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...