1. Ipoh
Melihatkan saiznya di atas peta, tiada siapa yang dapat menyangkal betapa besarnya saiz ibu negeri Perak Darul Ridzuan ini. Dengan berlatarbelakangkan adunan antara bangunan moden dan bangunan era kolonial, Ipoh adalah antara bandar yang berjaya hidup nun jauh di lembah gunung dan jauh dari persisiran pantai atas faktor kekayaan bijih timahnya. Bandaraya ini juga menempatkan Bangunan Stesen Keretapi yang terkenal dengan seni kolonialnya.
Bandaraya ini juga suatu ketika pernah merangkumi bandar Batu Gajah dan juga Kampar yang berada dalam senarai ini. Dengan jangkauan daripada Jelapang hinggalah ke Gopeng, inilah bandar paling besar di negeri Perak Darul Ridzuan serta yang keempat di Malaysia.
2. Taiping
Taiping, yang memang tidak asing lagi sebagai lubuk pelancongan bagi kaki jalan di Malaysia, memang tidak dapat dinafikan sebagai sebuah bandar kedua terbesar di Perak, malah yang terbesar di utara Perak. Memiliki kelainan berbanding bandar-bandar lain apabila penduduknya kebanyakan berdialek utara, Taiping juga terkenal dengan gelaran Rain Town kerana komposisi hujan yang tinggi di sini. Bandar warisan ini merangkumi Taiping, Kamunting, Simpang, Kuala Sepetang, dan Changkat Jering, namun ada yang turut menambah bahawa ianya juga turut merangkumi sehingga sejauh pekan Trong dan Batu Kurau.
3. Manjung-Lumut-Sitiawan
Pada masa dahulu, Seri Manjung bukanlah sebuah bandar yang pesat seperti sekarang, malah ianya lebih kecil daripada Teluk Intan suatu ketika dahulu. Kebanyakan kawasannya dahulu adalah belukar dan hutan paya bakau. Apabila pusat membeli-belah ternama menjejakkan kaki ke bumi Manjung, kemajuan di sini naik mendadak-dadak, sehinggakan berjaya menandingi pekan Setiawan yang berjiran dengannya.
Dahulunya, kebanyakan penduduk di sini terpaksa ke Sitiawan untuk membeli barang, namun selepas lambakan pasaraya seperti AEON, Giant, Tesco dan Billion di sini, ia sudah mampu berdiri sendiri. Kemajuannya ini menyebabkan ia mula bercantum dengan pekan-pekan sekitar seperti Sitiawan dan Lumut, seterusnya membentuk sebuah konurbasi. Terdapat perancangan jangka panjang untuk meluaskan lagi konurbasi ke Ayer Tawar. Buat masa ini, inilah bandar terbesar di barat Perak.
4. Teluk Intan
Siapalah yang tidak kenal dengan Teluk Intan? Sebut sahaja namanya, pasti terus tergambar di fikiran tentang sebuah menara condong yang menjadikan bandar ini dipenuhi pelancong pada hujung minggu dan musim cuti sekolah. Kedudukan bandar ini cukup unik di satu lengkungan Sungai Perak yang seakan-akan tanjung. Ianya adalah bandar terbesar di daerah Hilir Perak malah di selatan negeri Perak sendiri. Disebabkan hakisan tanah di Sungai Perak, terdapat spekulasi bahawa fenomena "ladam kuda" boleh berlaku di Teluk Intan sekaligus mampu menyebabkan banjir besar, risiko menjadi bandar pulau atau lebih teruk lagi, tenggelamnya bandar ini di sini.
5. Kampar
Kampar adalah salah satu daripada daerah terbaru di Perak, selain Mualim dan Bagan Datoh, yang diasaskan pada tahun 2009. Terdahulu bandar Kampar diletakkan di bawah Majlis Daerah Kinta Selatan bersama Malim Nawar, Gopeng, dan pekan-pekan kecil lain. Setelah diangkat menjadi daerah penuh, Kampar kian membangun dan setanding dengan bandar-bandar lain yang bertaburan di seluruh Perak. Di sini terkenal dengan Universiti Tunku Abdul Rahman yang penuh dengan motif kecinaan yang boleh dilihat dari senibinanya. Kebetulan pula, majoriti pelajar di situ berbangsa Cina. Kampar mendapat namanya daripada pedagang-pedagang dari Kampar, Sumatera yang menetap dan membuka penempatan di sini.
6. Seri Iskandar
Seri Iskandar adalah sebuah bandar baru di negeri Perak. Ianya dibina dengan tujuan untuk menjadi hub pendidikan di negeri ini. Di sinilah terletaknya Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Teknologi MARA Sri Iskandar. Sebelum wujudnya bandar ini, kawasan ini dipenuhi dengan belukar dan lebih dikenali sebagai Tronoh (pekan yang terletak tidak jauh dari sini). Bandar ini mendapat namanya daripada Sultan Perak ke-30, iaitu Sultan Iskandar Shah. Seri Iskandar juga berperanan sebagai pusat pentadbiran daerah Perak Tengah, menggantikan Parit.
7. Batu Gajah
Terletak di selatan Ipoh, Batu Gajah adalah sebahagian metropolitan Kinta yang mempunyai Majlis Daerahnya sendiri. Bandar ini mendapat namanya daripada batu yang berbentuk seakan-akan gajah. Tarikan pelancong yang terkenal di sini adalah Kellie Castle. Satu mercu tanda menarik di bandar ini adalah menara jamnya yang terletak di tengah-tengah bandar. Dengan kepesatan Batu Gajah sekarang, tidak mustahil suatu hari Batu Gajah akan diangkat menjadi daerah baru di Perak. Sedangkan Bagan Datoh boleh, masakan tidak Batu Gajah.
8. Kuala Kangsar
Bandar Kuala Kangsar merupakan bandar diraja untuk negeri Perak. Di sini terletaknya istana Iskandariah tempat bersemayam sultan Perak sekarang, serta beberapa tempat menarik lain seperti Istana Kenangan, Masjid Ubudiah, Galeri Sultan Azlan Shah, pokok getah tertua di Malaysia, Kolej Melayu Kuala Kangsar serta pusat pembuatan labu sayong. Walaupun ianya merupakan pusat pentadbiran daerah Kuala Kangsar, namun ianya sukar untuk dikatakan bandar terbesar kerana saiz Sungai Siput yang hampir sama dengannya.
9. Parit Buntar
Terletak di hujung sempadan unik antara Pulau Pinang, Perak dan Kedah, Parit Buntar adalah bandar terbesar di daerah Kerian dan juga merupakan pusat pentadbiran daerah. Ianya adalah bandar paling utara di negeri Perak. Walaupun tidak dapat menandingi Nibong Tebal, Parit Buntar tetap memiliki tarikannya yang tersendiri yang menjadikannya sesak pada hari-hari tertentu seperti pasar kemboja dan tepian Sungai Kerian.
10. Gerik
Gerik adalah bandar terbesar serta ibu daerah kepada daerah Hulu Perak. Terletak di tengah-tengah Hulu Perak, ianya digelar sebagai "bandar istirehat" bagi mereka yang ingin ke Kelantan dari utara, utara dari Kelantan atau bagi mereka yang menuju ke Baling dan Pengkalan Hulu. Di sini terletaknya Lebuhraya Timur-Barat yang menghubungkan Perak dan Kelantan. Walaupun terletak agak jauh daripada bandar-bandar lain, Gerik bolehlah dikatakan sebagai sebuah bandar yang lengkap.

No comments:
Post a Comment