Thursday, August 25, 2016

10 Daerah Paling Kecil di Malaysia (sambungan bahagian 2)

Tengah jenguk-jenguk blog, baru perasan ada entri yang masih tergantung. Buat yang masih setia membaca blog, di sini kami sertakan sambungan untuk 20 Daerah Terkecil di Malaysia.

10. Bandar Baharu

Bandar Baharu merupakan daerah yang terletak di KedahMalaysia. Walaupun begitu, pusat daerahnya bukanlah di Bandar Baharu, sebaliknya di Serdang, Kedah. Sungai Kerian di sini adalah menjadi garis sempadan negeri Perak dan Kedah melalui susur keluar Bandar Baharu di lebuhraya.
Daerah ini telah dijadikan kawasan inap desa (homestay) oleh Kerajaan Negeri Kedah agar daerah ini menjadi kawasan tarikan pelancong. 
Keluasan: 270 km persegi
Perbandingan: 23 km persegi lebih kecil daripada Pulau Pinang (bahagian pulau)

9. Seberang Perai Utara

Seberang Perai Utara (InggerisNorth Seberang Perai), ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di tanah besarPulau PinangMalaysia.Daripada kelima-lima daerah, ianya daerah terbesar di Pulau Pinang. Ibu pejabat daerah ini terletak di Kepala Batas, dan bandar terbesar ialah Butterworth. Pekan-pekan yang lain termasuklah Tasek GelugorBagan AjamSeberang JayaPeraiSungai Dua dan Teluk Ayer Tawar. Ia merupakan salah satu daripada tiga daerah pentadbiran di wilayah Seberang Perai

Keluasan: 269 kilometer persegi

Perbandingan: 24 kilometer persegi lebih kecil daripada Pulau Pinang (bahagian pulau)


8. Bachok

Bachok merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada: Kota BharuPasir Mas,TumpatPasir Puteh, Bachok, Kuala KraiMachangTanah MerahJeli dan Gua Musang.
Keluasan Jajahan Bachok ialah 264.64 kilometer persegi (km2) dan mempunyai 133,152 penduduk pada tahun 2010Menurut penduduk setempat, nama Bachok berasal daripada dua perkataan Siam ban and chakBan bermaksud kampungdan chak bermaksud Nipah yang pada asalnya merujuk kepada Kampung Nipah, satu perkampungan yang lebih padat penduduknya yang terletak di selatan bandar Bachok sekarang.
Keluasan: 264 kilometer persegi
Perbandingan: 29 kilometer persegi lebih kecil daripada Pulau Pinang (bahagian pulau)


7. Seberang Perai Selatan

Seberang Perai Selatan (Inggeris: South Seberang Perai), ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di tanah besar Pulau PinangMalaysia. Ibu pejabat daerah ini terletak di Sungai Jawi. Salah satu bandar yang terdapat di sini adalah Nibong Tebal.

Keluasan: 243 kilometer persegi
Perbandingan: 50 kilometer persegi lebih kecil daripada Pulau Pinang (bahagian pulau) dan sama dengan keluasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


6. = Pokok Sena

Pokok Sena merupakan daerah pertanian dengan melibatkan aktiviti utama iaitu penanaman padi dengan keluasan 2,816 hektar, getah (9,883 hektar), dusun (416 hektar) dan koko (2.5 hektar). Terdapat kira-kira 12 premis pelbagai jenis perusahaan ringan atau industri kecil khususnya yang berasaskan kayu dan memproses padi di daerah yang mendapat nama sempena nama tumbuhan 'Pokok Sena' itu.
Pokok Sena akan dijadikan bandar satelit bagi Bandaraya Alor Setar agar dapat menampung pembangunan dan pertambahan penduduk yang begitu pesat di sana.
Keluasan: 242 kilometer persegi
Perbandingan: 1 kilometer persegi lebih kecil daripada W.P. Kuala Lumpur

6. = Yan



Yan merupakan sebuah bandar dan daerah yang terletak di KedahMalaysia. Ia terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Alor Star dan 30 kilometer dari Sungai Petani.
Daerah ini mempunyai kawasan-kawasan peranginan dan rekreasi yang menarik untuk dilawati bagi menghilangkan ketegangan di waktu hujung minggu.
Antara kawasan yang terdapat di daerah ini ialah: Gunung Jerai, Pantai Murni, Air Terjun Titi Hayun, Tanjung Dawai, Air Terjun Puteri Mandi, Tangga Kenari (laluan utama untuk pendaki berjalan ke puncak Gunung Jerai), tempat sejarah seperti Air Terjun Alur Naga, Batu Kapal, Padang Tok Syeikh, Sejadah Tok Syeikh dan Telaga Tok Syeikh dan lain-lain kawasan yang terdapat di daerah ini.
Keluasan: 242 kilometer persegi
Perbandingan: 1 kilometer persegi lebih kecil daripada W.P. Kuala Lumpur


5. Seberang Perai Tengah


Seberang Perai Tengah (InggerisCentral Seberang Perai;[1] dahulu Central Province Wellesley[2]) ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di tanah besar Pulau PinangMalaysia. Ibu pejabat daerah ini terletak di Bukit Mertajam. Ia adalah daerah terkecil di kawasan Seberang Perai.

Keluasan: 239.1 kilometer persegi

Perbandingan: 3.9 kilometer persegi lebih kecil daripada W.P. Kuala Lumpur


4. Putatan



Putatan merupakan sebuah daerah dan bandar yang terletak di Bahagian Pantai Barat negeri SabahMalaysia. Daerah ini terletak di tengah-tengah di antara daerah Penampang di sebelah timur, Papar di sebelah selatan, Kota Kinabalu di sebelah utara. Dan Laut China Selatan di sebelah barat. Putatan juga adalah sub-bandar kepada Kota Kinabalu dan merupakan sebahagian daripada Greater Kota Kinabalu. Daerah ini asalnya adalah sebahagian daripada daerah Penampang, namun bermula 1 Mac 2007, Putatan telah dipisahkan daripada pentadbiran daerah Penampang untuk menjadi sebuah daerah penuh di Sabah.[1] Putatan juga adalah daerah yang terkecil dan termuda di negeri Sabah. Boleh juga dikatakan daerah terkecil di Malaysia Timur.

Keluasan: 199 kilometer persegi

Perbandingan: 44 kilometer persegi lebih kecil daripada W.P.Kuala Lumpur


3. Barat Daya



Daerah Barat Daya ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di Pulau Pinang. Ibu pejabat daerah ini terletak di Balik Pulau.
Sejarah Pejabat Daerah dan Tanah bagi daerah Barat Daya bermula dengan pembinaan pejabatnya oleh seorang Penghulu dari pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris, Datuk Bahauddin pada tahun 1880. Pembentukan Pejabat Daerah ini adalah sejajar dengan pembangunan Pejabat Kerajaan yang lain dalam tempoh tersebut. Di antara Pejabat Kerajaan yang kini menjadi bahan sejarah penting ialah Masjid Kongsi dan Hospital Daerah Balik Pulau.
Keluasan: 176 km persegi
Perbandingan: 67 km persegi lebih kecil daripada W.P Kuala Lumpur
2. Tumpat



Tumpat merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu,Pasir Mas, Tumpat, Pasir PutehBachokKuala KraiMachangTanah MerahJeli dan Gua Musang.
Tumpat terletak di hujung Landasan Pantai Timur yang dijalankan oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM). Lokasi strategik ini menjadikan Tumpat pusat pengangkutan utama di Kelantan. Dengan hanya saiz 169.5 kilometer persegi, inilah daerah terkecil di Pantai Timur.

Keluasan: 169.5 km persegi
Perbandingan: 74.5 km persegi lebih kecil daripada W.P Kuala Lumpur

1. Timur Laut








Daerah Timur Laut ialah salah satu daripada lima daerah di Pulau Pinang. Ibu negeri Pulau Pinang, George Town, terletak di daerah ini. Daerah ini juga dearah paling maju dan paling berpenduduk di Pulau Pinang. Pihak berkuasa tempatan bagi daerah ini adalah Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Dengan keluasan hanya 121 kilometer persegi, inilah daerah paling kecil di Malaysia.

Keluasan: 121 kilometer persegi

Perbandingan: 122 kilometer persegi lebih kecil daripada W.P Kuala Lumpur dan 16 kilometer persegi lebih kecil daripada Pulau Tioman.

Honourable Mention:

Seandainya Putrajaya adalah sebuah daerah, dengan keluasan 49 kilometer persegi, ianya hanya separuh daripada keluasan Labuan. Malah ianya jauh lebih kecil daripada negeri yang terkecil di Asia Tenggara, Batanes iaitu sebuah negeri kepulauan di Filipina, yang berkeluasan 219 km persegi.

kredit: Wikipedia 











No comments:

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...