Sunday, August 21, 2016

10 Makanan Yang Membuatkan Aku Rindu Pada Perlis

Untuk entri-entri yang lepas, aku dah tulis banyak entri-entri yang berat-berat (berat sangat.....). Jadi untuk entri kali ini, aku nak kongsikan 10 makanan yang buatkan aku rindu nak pulang ke Perlis semula. Haih, tiba-tiba lapaq pulak. Hangpa kalau tengah lapaq jangan usha entri ni naa....hahaha

1. Satay Ikan

Ok, untuk yang pertama sekali adalah satay ikan. Setakat ni kat Perlis, satay ikan paling sedap pernah aku rasa adalah yang selalu dijual oleh sorang pakcik yang naik motor ronda-ronda taman kat Kuala Perlis. Mula-mula sumpah aku tak pandang langsung, sebab satay + ikan dengar macam tak menyelerakan, lagi-lagi aku tak suka ikan. Sekali, bila rasa, memang kerja tahan je la motor pakcik tu bila lalu rumah. 

Tapi masalahnya, pakcik tu jenis menonong je kalau kau lambat sahut. Adoyai , kesurupan woi. Sedangkan motor aiskrim MatKool pun ronda taman 2,3 kali pakcik oii. Pernah aku try cari kat Taiping, tapi keras. Tak kenyal macam yang selalu aku beli.


2. Nasi Pakapau


Waktu first punyalah blur, nasik padia ni. Nama pun macam siam. Was-was jugak waktu first2. Tapi same case dengan satay ikan, lepas rasa terus ketagih. Heran betui, depa letak syabu ke apa dalam nasik ni?

Rasa nasik ni, ada ala-ala masakan berkicap, cuma pedasss. Kalau nak cari tempat terbaik, cari sekitar kedai makan di kampung nelayan Seberang Ramai, Kuala Perlis.


3. Nasi Patpet

Hat ni pun sepupu sepapat nasik kat atas. Beza dia, hat ni lagi pedas. Kawan aku bagi gelaran, "pedas jahat". Hat pakapau tu "pedas baik". Entahlah, aku bedal je jahat baik. Yang ni rasa dia ada ala-ala gulai sikit. Buat hangpa yang tak suka sayuq tu, lagi2 kacang panjang macam gambaq kat atas, hangpa toksah risau. Kepedasan nasik ni akan buatkan sayur tu tak terasa langsung dalam mulut. Sama macam nasi pakapau, nasi ni elok dicari kat restoran kampung nelayan.

4. Lokching



 Hangpa bila dah sampai Perlis, lokching akan jadi snek hangpa. Sebab dia buleh jumpa kat mana-mana. Padang Besaq ada, Kuala Perlih ada, Kangaq ada, semualah ada. Selalunya depa tanya, nak bakaq ka rebus. Selalu aku mintak bakaq ja, sedap makan dengan sos cair dia.

 Benda ni hangpa nak jumpa kat tempat lain, entahla. Kalau adapun, mungkin bukan orang Islam yang jual. Tak pasai2 was-was pulak.


5. Pulut Ayam

Kita orang Melayu selalu makan pulut time kenduri, ada majlis bagai. Tapi orang Siam, depa makan buat sarapan ja pulut ni. Kalau hangpa nak beli, kena bangkit awal, pi nat (pasar pagi). Selalunya area Kuala Perlis ada benda ni. Pulut dia, makan dengan ayam goreng dengan bawang dia, perghh.

6. Laksa Lemak


Ni satu lagi makanan yang hangpa buleh beli kat nat untuk buat sarapan. Laksa lemak ni rasa dia lain daripada laksa-laksa biasa. Tambahan pulak, aku jenis tak suka laksa. Laksa Kak Su pun bolehlah....di lidah aku, so-so gitu (sambil buat muka berlagak ala-ala aristokrat). Tapi laksa lemak ni 
memang lain sangatlah, sampai aku boleh melekat kat laksa ni. Laksa ni lebih ramping ala-ala mi, dan ada rasa-rasa kari/gulai. 

7. Nasi Ganja

Hidangan yang selalu dicari kaum Adam sebaik habis solat Jumaat. Pasaipa depa bagi nama kontroversi ni, aku pun taktau. Nasib baik takda Nasik Ketum ka, Nasik Cakoroi ka.. Mungkin sebab nak menggambarkan betapa ketagihnya rasa dia kot. Biasa dihidangkan dengan nasi kuning, ayam goreng dan kuah dalca, sambal atau kari. Perghh, sedap hingga memajukan perut ke hadapan.


8. Kerabu Maggi

First aku jumpa benda alah ni waktu kat pasar malam. Mula-mula aku tak minat sebab banyak sayur. Haih, peniaga ni taktau ka anak muda zaman sekarang bencikan sayur. #BeliaBenciSayur
Tapi tak kenal maka tak cinta. Disebabkan kawan aku dia dok gaduh sakan dengan kawan sorang lagi pasal ketidakberbaloian beliau beli dengan harga rm5, untuk megi, sayur, cendawan dan hotdog, aku pun try sikit rasa.

Rasa dia? Ala-ala megi Ruski. Tapi sumpah pedas. Jauh lagi pedas dari pakapau dengan patpet tadi. So, kalau korang nak cuba, rendahkan ego dan katalah "nak kurang pedas ye". Aku yang pernah telan megi perencah raja kari pun tak lepas makan. Last-last buang ke tong sampah. Itulah first time aku buang makanan yang sedap dalam tong sampah. T^T

9. Nasi Bujang Sotong


Makanan ni rare, jadi Pakcik Google pun tak berhasil mencarikan gambarnya. Cukuplah kalau aku gambarkan saja. Nasi putih dihidang dengan sotong celup tepung, sup tomyam dan sambal belacan. Biasanya dimakan oleh student yang kehabisan duit di hujung bulan akibat harga barang yang makin mahal di kota metropolis Bandaraya Perlis Jaya 2015.

10. Cendol Laici




Cendol biasanya bukanlah makanan yang rare, tapi di Perlis, ada kedai yang membuat kelainan dengan mencampurkan cendol dan laici. So far so good. Sedap dihirau waktu panas lit-lit. Cuma, aku tak nafikan portion cendol kat Perlis ni sikit sangat, tak macam kat Kuala Kangsar.











No comments:

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...