Wednesday, November 8, 2023

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya.

Buat masa ni, aku dah banyak menulis di Twitter. Ada jugak buat blog baru, tapi sayangnya views langsung tak setinggi blog ni. Ada sesiapa tau cara naikkan views blog? Dah cuba dapatkan ping kat babab.net tapi page tu pun macam senyap je. Risau juga sebab yelah ramai kata blogspot ni culture yang dah mati kan?

Menulis kat media sosial memang seronok. Engagement tinggi je. Tapi ada beberapa risiko iaitu kalau orang report, alamatnya lesap macam tu je segala bebenang2 tu. Lepas tu berbanding dengan blogger, kurang2 blog ni ada archive post, kita nak cari benda kita tulis tahun 2015 pun senang lagi.

Ada cuba menulis kat Wordpress, tapi macam tak mesra pengguna la. Lebih pada estetik saja. Taktau camna nak letak archive post.

Ada lagi ke yang masih setia dengan blog ni? Cer komen sikit. Penulis ni pun dah tulis sejak bangku sekolah, tau2 dah hampir nak ke 30 dah. 

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...