Friday, April 26, 2019

Taburan lebuhraya baru/dicadangkan di Malaysia

Lebuhraya  bertol  di  Malaysia  telah  wujud  sejak  1966  lagi, 9  tahun  selepas  kemerdekaan  dengan  menaiktaraf  Jalan  Tanjung  Malim-Slim  River  kepada  lebuhraya  dan  dijadikan  kepada  jalan  persekutuan  semula  pada  1994  selepas  Lebuhraya  Utara  Selatan  sudahpun  siap.  Lebuhraya  Utara  Selatan  misalnya, bermula  dengan  pembinaan  segmen-segmen  tertentu  sebelum disambung  kesemuanya  dengan  segmen  Kuala  Lumpur-Seremban (1982), Bukit  Kayu  Hitam-Jitra (1985), Seberang  Jaya-Perai (1985), Senai-Johor  Bahru (1985), Ipoh-Changkat  Jering (1987), Senawang-Ayer Keroh (1987),Ayer Keroh-Pagoh (1989)  sebelum siap  sepenuhnya  pada  1994. Lebuhraya  lain  seperti Lebuhraya  Persekutuan (1977), Lebuhraya  Kuala  Lumpur-Karak  (1979), Lebuhraya  Shapadu  (1985), penaiktarafan  Lebuhraya  Skudai (1985)  dan  NKVE (1993)  juga  berlaku  dalam  lingkungan  masa  ini. Lebuhraya  Pan-Sumatra  dan  Pan-Jawa  di  negara  jiran  juga  dibina  dengan  cara  sebegini.

Perkembangan  lebuhraya  kemudiannya  semakin  berkembang  dengan  pembinaan  lebuhraya  antaranegeri  baru  seperti  Lebuhraya  ELITE (1996), Lebuhraya  Pantai  Timur  Fasa  1  (2004), Lebuhraya  Kajang-Seremban (2008) dan  Lebuhraya  Pantai  Timur  Fasa  2 (2015).

Di  kawasan  Lembah  Klang,  kenaikan  jumlah  penduduk  secara  mendadak  mendorong  lebih  banyak  lebuhraya  dibuka  selepas  PLUS,ELITE dan Shapadu  seperti  Lebuhraya  KESAS (1997), Lebuhraya  Damansara-Puchong (1999), Lebuhraya SPRINT (2001), Lebuhraya  Baru  Pantai  dan  Lebuhraya  SILK (2004), Terowong SMART dan  Lebuhraya  Maju  (2007),Lebuhraya  DUKE (2009),Lebuhraya  LATAR(2011) dan  Lebuhraya  SKVE  (2013).

Limpahan  lebuhraya  juga  berlaku  di  bandar-bandar  utama  lain  seperti  di  Pulau  Pinang  iaitu  Jambatan  Pulau  Pinang  (1985),Lebuhraya  Butterworth-Kulim (1996),Lebuhraya  Lingkaran  Luar  Butterworth  (2006)  dan  Jambatan  Sultan  Abdul  Halim  Muadzam  Shah  (2014); serta  di  Johor  Bahru  iaitu  Lebuhraya  LINKEDUA (1998), Lebuhraya  Senai-Desaru (2011)  dan  Lebuhraya  EDL  JB  (2012).

Terdapat  beberapa  lebuhraya  standard  R5  tidak  bertol  yang  tidak  diletakkan  dalam  kawalan  LLM  seperti  Lebuhraya  Changlun-Kuala  Perlis, Lebuhraya  Pasir  Gudang (1979) dan  Leburaya  Dr.Lim  Chong  Eu (2010).


Garis  biru  menandakan  lebuhraya  baru/dicadangkan  manakala  garis  putih  menandakan  bahagian  lebuhraya  sedia  ada  yang  mungkin  dihubungkan  kepada  lebuhraya  baru/dicadangkan.  Sebahagian  lebuhraya  yang  disenaraikan  diambil  berat  oleh  kerajaan  dan  sedang  dibina  seperti  Lebuhraya  Pantai  Barat,Lebuhraya  Central  Spine  Road  dan  Lebuhraya  Pan  Borneo. Manakala  yang  lain  samada  ditunda,  dituruntaraf  kepada  jalan  raya  berkembar  atau  hanya  sekadar  dilupakan.  Terdapat  juga  lebuh  raya  yang  dibatalkan  kerana bawok moksiat. Ambo tok suko.Ini semuo yahudiee ni  kerana bantahan  penduduk  seperti  Lebuhraya  KIDEX.

Berdasarkan gambarajah  di  atas,  kita  dapat  gambaran  penuh  bagaimana  rupa  perhubungan  negara  kita  jika  semua  lebuhraya  ini  berjaya  dibina.  Boleh  dikatakan  Lebuhraya  Pan  Borneo  akan  menjadi  lebuhraya  terpanjang  di  Malaysia  suatu  ketika  nanti. Lebuhraya  yang  dikatakan  sepanjang  2083 km (Side  note: Lebuhraya  PLUS  (772km))  akan  menghubungkan  Teluk Melano,Sarawak  ke  Serudong,Sabah. Lebuhraya  ini  sering  disalahertikan sebagai Jalan Pan Borneo  yang  sudah  lama  siap. Disebabkan ianya  tidak  mempunyai tol, ramai menjangkakan  ianya  adalah  dalam  kategori  R5/U5. Lebuhraya ini pernah mencetuskan kontroversi apabila berlakunya cadangan untuk melencongkannya ke arah Dataran Tinggi  Kelabit.  Bukan  sahaja  laluannya  lebih  panjang  berbanding  laluan  merentasi  Brunei, malah  ianya  akan  melalui  dua  buah  Taman  Negara  iaitu  Taman  Negara  Gunung  Mulu  dan  Taman  Negara  Gunung  Buda.  Namun  laluan  ini  dicadangkan  atas  alasan  supaya  kita  mempunyai  laluan alternatif  andai  kata  berlakunya sesuatu  krisis  di  Brunei  supaya  Lawas  tidak  kekal  terperangkap  seperti  kini.  Selain  itu,  terdapat  dakwaan  kononnya  laluan  ini  hanyalah  jalan  dua  hala  berdasarkan  laluan  ke  Teluk  Melano  yang  sudahpun  siap. Sebelum  ini,  Sarawak  mempunyai  tiga  jambatan  bertol  yang  telahpun  dihapuskan  tolnya  iaitu  Tol  Jambatan  Tun  Salahudin, Tol Jambatan Lanang, Sibu  dan  Tol  Jambatan  ASEAN,Miri. (kesemuanya  dihapuskan  pada  1 Januari 2016)



Pernah  ada  ura-ura  untuk  menyambung  Lebuhraya  Utara-Selatan  ke  negeri  Perlis  yang  terasing  daripada  rangkaian  ini.  Antara  khabar  angin  kegagalan  ini  adalah  kononnya  lebuhraya  ini  bersifat  Kedah-centric  dan  ditamatkan  di  Bukit  Kayu  Hitam  untuk  memajukan  kawasan  ini.  Selain  itu,  terdapat  juga  cerita  kononnya pesawah-pesawah  di  Perlis  enggan  menjual  tanah  mereka  kepada  konsesi  lebuhraya. Sekiranya  lebuhraya ini  dibina, diandaikan  bahawa  kawasan  seperti  Kodiang-Arau, Beseri  dan  Padang  Besar  akan  dihubungkan. Malah  pembinaan  CIQ  yang  lebih  proper  mungkin  akan  dilakukan.  Dikatakan  pembinaan  Lebuhraya  Changlun-Kuala  Perlis  (garisan  putih)  telah  mengambil  alih  peranan  lebuhraya  yang  dicadangkan  ini. 

Antara projek lain yang kontroversi  adalah  cadangan  pembinaan  jambatan  ke  Langkawi. Bukan  sahaja  ianya  akan  menjadi  salah  satu  projek  mega,  panjangnya  sahaja  jauh melangkaui  panjang  jambatan  kedua  Pulau  Pinang.  Kerana  bantahan  daripada  pengusaha  feri,  jambatan  ini  dirancang  pula  sebagai  Jambatan  Putus  (watdehek?)  iaitu konsep 2 dalam 1  iaitu korang naik  jambatan, sampai kat tengah tu, turun kereta, naik  feri, pastu berharap ada teksi/grab kat seberang jambatan amik ate gitule gamoknye idokle teman tau yong oii. Dan, as expected, projek ni telah selamat dibakulsampahkan.


Di Pulau Pinang, 3 lebuhraya  telah  dirancang  iaitu  Lebuhraya  Lingkaran  Luar  Pulau  Pinang/PORR (Tg.Tokong-Gelugor), Lebuhraya Penghubung Pulau Pinang 1 & 2/PIL 1&2(Gurney-Paya Terubong-Bayan Lepas) (Paya  Terubong-Teluk Kumbar). Lebuhraya-lebuhraya  ini  juga  mepunyai  kontroversi  sendiri, iaitu  faktor politik dan juga kesan terhadap alam sekitar. Pulau  tambakan  yang  dicadang  di selatan  pulau  juga  akan  disambungkan  dengan  laluan  ini.


Di  Selatan  Kedah, Seberang  Perai  dan  Perak  juga  terdapat  laluan-laluan  baru/dicadangkan  seperti  ini.  Lebuhraya  Pantai  Barat  misalnya  dijangka  akan  siap  dalam  beberapa  tahun  yang  terdekat,  sekaligus  membawa  anjakan  kepada  bandar-bandar  utama  Perak  yang  terasing  daripada  rangkaian  lebuhraya  seperti  Sitiawan, Teluk  Intan,Ayer  Tawar, Sri Iskandar  dan  Hutan  Melintang. Dijangka  laluan  ini  akan  dijadikan  laluan  utama  kargo dari  Klang  ke  Pulau  Pinang kerana  dapat  mengelak  laluan  berliku  sekitar  Terowong  Menora  serta  mengelak  kesesakan  Kuala  Lumpur.

Bagi  kawasan  utara  yang  dijangka  pembinaan  Lebuhraya  Jelapang-Selama  dan  Lebuhraya  Kedah  Selatan (walaupun aku lebih prefer disatukan menjadi Lebuhraya Sungai Petani-Kulim-Ipoh/SKI atau Lebuhraya Penang Bypass), lebuhraya  ini  berpotensi  untuk  menyambungkan  Ipoh  terus  ke  Pulau  Pinang  dan  Sungai  Petani. Walaubagaimanapun, lebuhraya ini juga  mempunyai kontroversi  sendiri  apabila  idea  ini  agak  suram  di  media  dan  hanya  kembali  naik  apabila  cadangan  pembinaan  Lapangan  Terbang  Kulim  dinaikkan  semula.  Orang  ramai  juga  turut  mempersoalkan  tentang  kelebihan  menggunakan  lebuhraya  ini  berbanding  lebuhraya  sedia  ada  kerana  kesesakan  hanya  berlaku  di  sekitar  Seberang Jaya-Prai  dan  agak  jarang  kesesakan  berlaku  di  utara  Perak.  Anggaran  jumlah  perjalanan  juga  turut  dibangkitkan.

Lebuhraya  Ipoh-Lumut  (yang  tidak  digariskan di  atas)  telah  dituruntarafkan  kepada  jalan  berkembar  dengan  persimpangan  searas  kerana  kekangan  ekonomi.



As  always, Lembah  Klang  adalah  kawasan  yang  mempunyai  jaringan  lebuhraya  terbanyak  di  negara  ini  selaku  kawasan  metropolitan terbesar. Lebuhraya  Pantai  Barat  dijangka  akan  menamatkan  perjalanannya  di  sini  di  pekan  Banting  meskipun  sebilangan  expressway  enthusiast  berpendapat  ianya  harus  dipanjangkan  sehingga  ke selatan  iaitu  Kukup,Johor  atau  Lebuhraya  Linkedua,  atau  sekurang-kurangnya  ke  Melaka  dan  disambungkan  dengan  Lebuh  AMJ. Lebuhraya  ini  juga  mempunyai  kontroversi  dengan  cuba  menaiktaraf  jalan  utama  menjadi  lebuhraya  di  bahagian  Lekir-Teluk Intan dan Sabak Bernam-Tanjung Karang. Adalah dibimbangi sekiranya  penduduk  sekitar  yang  sudah  terbiasa  melintas dan menggunakan jalan  raya  ini  akan  terdedah  kepada  bahaya  lalulintas. Dijangka  lebuhraya  ini  akan  bersambung  dengan  LATAR, NKVE,Lebuhraya Persekutuan, KESAS dan SKVE.

Bagi lebuhraya  berhampiran  Lembah  Klang,  terdapat  4  kesemuanya  iaitu  Lebuhraya SKIP (Serdang-Kinrara-Putrajaya),Lebuhraya SUKE (Sg.Besi-Ulu Kelang), Lebuhraya EKVE (Ukay Perdana-Sg.Long)  dan Lebuhraya  DASH (Damansara-Shah Alam).




Bagi  Negeri  Sembilan,  terdapatnya  cadangan  seawal  2013  untuk  membina  Lebuhraya  Paroi-Senawang-KLIA. Jika  ianya  dibina, Jalan Senawang mungkin akan dinaik taraf  menjadi  lebuhraya  atau  jejambat  akan  dibina  di  atasnya  memandangkan  kawasan  ini  mempunyai  komposisi  yang  agak  padat, sebelum  melalui  kawasan  Mambau  sebelum  terus  ke  KLIA. Memandangkan  Lebuhraya  LEKAS  terhenti di Paroi, bolehlah  dianggap  laluan  ini  akan  menjadi  sambungan  terus  daripada  lebuhraya  ini.

Agak  sukar  untuk  menentukan  adakah  cadangan  lebuh  raya  di  Melaka  adalah  betul  ataupun  sekadar  jalan  raya  berkembar  yang  di"sugarcoat" menjadi  lebuh  raya.  Kali  terakhir,  "lebuhraya"  dibina  di  sini  adalah  Lebuh AMJ  dan  Lebuh  SPA  which  are  jalan  berkembar..Ini  juga  dipengaruhi  dengan  minda  masyarakat  bahawa  "highway"  adalah  lebuhraya, sedangkan  mengikut  istilah  "highway"  adalah  jalan  raya  berkembar  dan  "expressway"  barulah  lebuh  raya  standard  PLUS. Terdapatnya  cadangan  untuk  membina  Lebuhraya  Pesisir  Kuala  Linggi  yang  menghubungkan  Kuala  Linggi-Telok  Mas (sadly  hanya  ditanda  di  atas  hingga  Kuala  Linggi)  (if you suck at Geography because you just turun from tongkang, lets just say its from most western coastal Malaccan  town  to eastern  Malacca.) Dikatakan  lebuhraya  ini akan disambungkan  dengan  Lebuhraya  Pantai  Barat  yang  terhenti  di  Banting. Lebuhraya  Limbongan-Klebang yang  turut  dicadangkan  sekitar  2018  bolehlah  dianggap  sebagai  salah  satu  partition  lebuh  raya  ini. 

Terdapat  juga  cadangan  untuk  membina  lebuh  raya bertol dikenali  sebagai  Melaka  Internal  Ring Road  pada  2014  dari  tol  Ayer  Keroh-Bukit  Katil-Melaka  Raya-Klebang-Bukit  Rambai-Krubong. Boleh  difahami  di  sini, konsepnya  sama  seperti  Butterworth  Outer  Ring  Road yang  bermula di persimpangan  PLUS  Prai, melalui Butterworth dan  berakhir  di  persimpangan  PLUS Sg.Dua. Sama  juga  di  sini, lebuhraya  ini  bermula  dari  persimpangan Ayer Keroh, melalui Melaka  dan  berakhir  di  persimpangan  Alor  Gajah.

Kalau  Perlis  had  its  own  megaprojects  gila2 mahadewi  punya  mega,  Melaka  juga  ada  dengan  projek  Jambatan  Melaka-Dumai  yang  akan  menyambungkan  Malaysia  dengan  Indonesia. People  react? Dah tentulah  ramai  yang  tak  setuju.  Bayangkan  kita  yang  baru  30  juta  ni  pun  dah  sesak  gilababeng  Tambak Johor  tu. So, kepada bakul sampah jualah kau kembali. Gitu.


Negeri  Johor  juga  tidak  kalah  dengan  cadangan-cadangan  lebuhrayanya. Namun, kebanyakan  idea  lebuhraya  ini  agak  pudar  dan  tidak  nampak  hala  tuju  kerana  jarang-jarang  disentuh,  samada  oleh  ahli  politik  mahupun  expressway  enthusiast. 

Antaranya  adalah  Lebuhraya  LPT4. Kebanyakan  persimpangannya  masih  belum  dibincangkan.  Selain  daripada  LPT3 masih belum dibina di Kelantan atas alasan politik, LPT4 dibina di  kawasan  yang berpenduduk jarang iaitu di Timur-Tenggara Pahang  dan  Timur  Johor.  Di  Pahang, hanya  terdapat  sedikit  bandar  iaitu  Pekan, Kuala  Rompin,Tanjung Gemok dan Muadzam Shah.Diikuti pula  Endau, Mersing,Jemaluang dan Kota Tinggi di Johor. 

Selain  itu,  untuk  Lebuhraya  Muar-Segamat yang dirancang Datuk Samy Vellu  pada  1997  terpaksa  dituruntaraf  menjadi  jalan  berkembar  memandangkan  berlakunya  Krisis  Ekonomi  Asia  1998  seperti  Lebuhraya  Ipoh-Lumut  dan  hanya  dapat  disiapkan sebagai  jalan  berkembar  pada  2011.

Bagi  sebuah  lagi  lebuhraya  yang  boleh  dikatakan  agak  lama  iaitu dicadangkan  pada  1996,tidak  lain  adalah  Lebuhraya  Seludang  yang  dijangka  menghubungkan  Segamat-Kluang  ke  Pasir  Gudang. Tidak  seperti  Lebuhraya  Muar-Segamat  yang  masih  dibina  dalam  bentuk  jalan  berkembar  walaupun  berlakunya  Krisis  Ekonomi  1998, Lebuhraya  Seludang  senyap  begitu  sahaja  tanpa  khabar  berita.


Selain  daripada  Lebuhraya  Pantai  Timur  Fasa 4  yang  sudahpun  dibincang  di  atas, lebuh  raya  lain  yang  dibina  merentasi  bumi  Pahang  adalah  Lebuhraya  Central  Spine  Road  dan  Lebuh Raya  Tun  Razak a.k.a Lebuhraya  Gambang-Segamat. 

Lebuhraya  CSR  sudahpun  siap  untuk beberapa  fasa.  Buat  masa  ini,  laluan  dari  Padang  Tengku  ke  Merapoh  sudahpun  dibuka  kepada  awam. Lebuh raya ini dijangka  akan  menghubungkan  Kota  Bharu  ke  persimpangan Bentong seterusnya ke Simpang Pelangai. Walau  bagaimanapun, aku berharap supaya destinasi akhir  dapat  dipanjangkan.  Macam  agak  nowhere  kalau  berhenti  kat  Simpang  Pelangai. Harap-harap  dapat dipanjangkan  hingga  ke  Bahau  dan  Kuala  Pilah, lebih  baik  terus  ke  Tampin dan bersambung ke PLUS.

Bagi  sebuah  lagi  lebuhraya  iaitu  Lebuhraya  Tun Razak,  ianya  dibina  dalam  bentuk  jalan  dua  hala  dan  mempunyai  satu  persimpangan  bertingkat  di  Muadzam  Shah, sama  seperti  Lebuhraya  Ipoh-Lumut.  Tak  dapat  dipastikan  samada  lebuhraya  ini  akan  dinaiktaraf  suatu  hari  nanti  memandangkan  cuma  Muadzam  Shah  sahaja  bandar  yang  terletak  di  pertengahan  lebuh raya  ini.


Bagi  Kelantan  dan  Terengganu, terdapatnya  3  lebuhraya  yang  dirancang  akan  dibina  di  sini  iaitu  LPT3, Lebuhraya  CSR  dan  Sambungan Lebuhraya  Timur-Barat  Kedua.

Bagi  LPT3,  kerajaan  terkini  bersetuju  untuk  meneruskan  projek  ini.  Dijangka  dengan  pembukaan  LPT3, kadar  kenderaan  akan  menaik  terutama  bagi  Lebuhraya  Pantai  Timur 2  yang  melarat  kerana  tidak  digemari  oleh  pemandu-pemandu  Terengganu  kerana  agak  jauh  daripada  bandar-bandar  utama  Terengganu  di  pesisir  pantai, selain  kekurangan fasiliti di Rehat&Rawat, seperti  stesen  minyak. Dengan kawasan  peluang  pekerjaan  dan  tumpuan  hiburan  di  Terengganu, Pahang, Johor dan  Kuala  Lumpur, dijangka  fasiliti  akan  ditambah baik, malah R&R Perasing  tidak  akan  lagi  terasing. Tambahan  pula, LPT2  lebih  hampir  ke Kelantan  berbanding  untuk  penduduk  Terengganu  ke  bandar-bandar  utama  Terengganu.

Bagi  CSR  pula,  dijangka  ianya  akan  mengubah  sosioekonomi di Kelantan,  memandangkan  tiada lagi  berlaku  kesesakan  pada  musim  perayaan, serta  memendekkan  masa  perjalanan  antarabandar.  Lebuhraya  Kota Bharu-Kuala  Krai  dikatakan  adalah  sebahagian  daripada  lebuhraya  ini.  Bagi  bahagian  Kelantan, bahagian  Kota  Bharu (Pasir Hor-Kadok) ianya  telah pun dibuka  kepada  awam. Seperti  mana  lebuhraya  lain,  lebuhraya  ini  turut  mempunyai  kontroversinya  juga  namun  bukan  dari  strukturnya  namun  dari  "bakal  penggunanya". Terdapat  kononnya  telahan  bahawa  lambat  laun  lebuhraya  ini  akan  ditolkan  juga. Terdapat  juga  suara-suara  sumbang  yang  mahu  meniaga  di  tepi  jalan  lebuhraya  ini  dan  kurang  berpuas hati  tepian  lebuhraya  ini  berbentuk  tambakan  tinggi  dan  tiada  kawasan  rata  untuk  meniaga  (watdefish, thats highway, not bazar che minah..). Pembinaan  konsisten  CSR  masa  kini  dijangka  akan  memberikan  cabaran  kepada  LPT3  memandangkan  CSR  lebih  ekonomik  kepada  penduduk  Kelantan  yang  ingin  ke  Kuala  Lumpur  berbanding LPT3  yang  agak  jauh.  Malah,  CSR  juga  menawarkan  perkhidmatan  lebuhraya  bebas  tol  berbanding  LPT3  yang  bermakna  penduduk  Kelantan  hanya  perlu  membayar  tol  daripada  Plaza  Tol  Bentong  berbanding  daripada  Plaza  Tol  Kota  Bharu.

Sumber:



Wednesday, April 24, 2019

Taburan rel keretapi di Malaysia

Perkhidmatan keretapi di Malaysia  makin  berkembang  dari  masa  ke  semasa.  Keretapi  bermula  di  Malaysia  dengan  pembukaan  laluan  dari  Taiping  ke  Kuala  Sepetang  yang  kini  telah  pun  ditutup  dan  ditanggalkan.  Laluan  terbaru  bagi  keretapi  di  Malaysia  yang  sudah  dibina  adalah  laluan  MRT  Sungai  Buloh-Kajang.



Gambar  di  atas  menunjukkan  laluan  keretapi  di  seluruh  Malaysia.  Garisan  putih  bermaksud  laluan  sedia  ada,  merah  bermaksud  laluan  yang  ditutup/ditanggalkan  manakala  biru  bermaksud  laluan  yang  dicadangkan, samada dalam  pembinaan, tidak  diendahkan  ataupun  hanyalah harapan setingggi gunungggg.... Kebanyakan  laluan  biru  pernah  diwartakan  dan  biasanya  diketahui  umum. Kesemua  negeri  mempunyai  perubahan  samada  pertambahan  atau  pengurangan  laluan  di  negeri  masing-masing  kecuali  negeri  Perlis. Negeri  Perlis  hanya  mengalami  pengurangan  stesen  dan  hentian (halt) di  sepanjang  KTM  seperti  Mata  Ayer.



Bagi  laluan  di  Penang, ada  tambahan  jalur  warna  iaitu  lime  green  untuk  BRT. Walaupun  BRT  ada  kalanya  menyerupai  laluan  bas/busway seperti  BRT  Jakarta, ada  kemungkinan  BRT  di  Penang  menyerupai  BRT  Sunway  di  Kuala  Lumpur  dengan  laluan  jejambat  sendiri.

Bagi  kawasan  Pulau  Pinang  dan  Kedah  Selatan, terdapat satu lencongan kecil  yang  meninggalkan  landasan  lama  di  Pinang  Tunggal.  Dipercayai  laluan  ini  tidak  lagi  aktif sekitar  2014-2015  untuk  projek  laluan  berkembar  KTM  Utara  Ipoh-Padang  Besar. 

Untuk  pertambahan  di  kawasan  Seberang  Perai, terdapat satu laluan monorail  yang  dirancang  menghubungkan  Permatang  Tinggi ke Butterworth  dan  Kulim (Permatang  Tinggi  Line).  Selain  itu  laluan  BRT  juga  dirancang  dari  Bandar  Cassia  ke  Permatang  Tinggi.

Bagi  kawasan  pulau  pula, dua  laluan  monorail  dirancang  dari  Komtar  ke  Bayan  Lepas  (Bayan  Lepas  Line) dan Komtar ke Ayer Itam (Ayer Itam).



Sebagai  sebuah  negeri  yang  pertama  dibangunkan  perkhidmatan  keretapi,  Perak  juga  berada  di  kedudukan  teratas  bagi  negeri  yang paling  banyak  mempunyai  landasan  ditutup/ ditanggalkan.  Antaranya  adalah  laluan  pertama  keretapi  di  Malaysia  iaitu  Taiping-Kuala  Sepetang, Falim-Tronoh  dan  Tapah  Road-Teluk  Intan. Laluan  Taiping-Port  Weld  dibuka  pada  1885  dan  ditutup  pada  1943,jauh  lebih  awal  sebelum  kita  mencapai  kemerdekaan. lagi. Laluan  Tronoh  pula  dibuka sekitar 1908. Tidak diketahui  bila  laluan  ini  ditutup. Bagi  laluan  Teluk  Intan, ianya  ditutup  seawal  1989  kerana  kekurangan  penumpangan  dan  jaringan  lebuhraya  yang  lebih  baik.  Bagi  dua  laluan  yang  awal,  kemungkinan  selain  daripada  alasan  yang  sama,  kekurangan  sumber  bijih  timah,  kos  penyelenggaran  dan  strategi  bumi  hangus  pada  zaman  Jepun  juga  mungkin  menjadi  sebab  laluan-laluan  ini  ditutup. Beberapa  kawasan  landasan  juga  digunakan  semula  sebagai  jalan  kecil  seperti  di  Teluk  Intan.

Seawal  2010, terdapatnya  cadangan  daripada  Kementerian  Pengangkutan  untuk  membina  laluan  daripada  Ipoh  ke  Lumut  untuk  memudahkan  urusan  pengangkutan  kargo  dari  Pelabuhan  Lumut,Kampung  Acheh ke  Ipoh  serta  menyambungkan  perhubungan  ke  Bandar  Manjung  dan  Setiawan  yang  merupakan bandar  ketiga  terbesar  di  Perak, sekaligus  membantu  perkembangan  bandar pesisir  itu.



Di  Negeri  Selangor  terutama  Lembah  Klang  pula  menyaksikan  banyak pertambahan  laluan  keretapi  melalui  perkhidmatan  LRT,Monorel  dan  MRT  ke  Kuala  Lumpur. Kebanyakan  laluan  lama  yang  ditutup/ditanggalkan  kebanyakannya  sudah  "diganti"  dengan  perkhidmatan  ini. Antaranya  adalah  laluan  Salak  Selatan-Ampang Junction-Jalan Sultan  dan  laluan  Ampang  Junction- Ampang  yang  telah  ditutup  dan  kini  dihubungkan  LRT  Laluan  Ampang.

Laluan lain  yang  ditutup  adalah  Kuang-Batu Arang-Batang Berjuntai  dan  Bukit  Kuda-Jeram-K.Selangor. Beberapa  jalan juga  diabadikan  sempena landasan  ini  iaitu  Jalan  Landasan, Klang dan Jalan Keretapi  Lama. Landasan  K.Selangor  ditanggalkan  sekitar  1930 kerana  rugi  manakala  bagi  landasan  Batang  Berjuntai,  ditutup  ada  1971  kerana  wujudnya  gerabak  diesel  menggantikan  gerabak  stim  yang  mana sumber  arangnya  berasal  daripada  Batu  Arang.

Bagi  laluan  yang  dicadangkan  sekitar  Selangor  dan  Kuala  Lumpur  menurut  Wikipedia:
1) Laluan  ECRL  bahagian  Selangor  daripada  Kajang-Putrajaya-Pelabuhan  Klang.
2) MRT 2  Sg.Buloh-Serdang-Putrajaya
3) MRT 3  atau MRT  Circle  Line  (projek  ini  telah  pun  dibatalkan  oleh  PM  terkini,Tun Dr. Mahathir  Mohamad). Laluan  ini  akan  melalui  Ampang-Bandar  Malaysia-Bukit  Kiara-Setapak-Sentul-Ampang)
4) LRT 3  Bandar Utama-Klang
5) HSR bahagian  Selangor  daripada  Bandar  Malaysia-Bangi/Putrajaya
6) Laluan  Skypark (Subang Airport-Pinggiran Subang-Paya Jaras-Sg.Buloh)
7) Monorel Putrajaya (Kajang-Bangi-Putrajaya-Putrajaya Sentral)
8) Sambungan  ERL (KLIA-Sepang-Sendayan-Seremban 2-Seremban)
9) Laluan Port  Klang-KLIA-Seremban (kemungkinan diganti dengan ECRL)



Negeri  Sembilan  juga  mempunyai  jajaran  keretapi  yang  kurang  diketahui  masyarakat  umum.  Terdapat  dua  landasan  yang  ditutup  di  sini,  iaitu  Laluan  Bahau-Juasseh-K.Pilah  dan  Laluan  Seremban-Port  Dickson. Laluan Kuala Pilah dibuka pada  1910  dan  ditutup seawal 1929  kerana  Tuanku  Muhammad  bertitah  bahawa  lombong  di  Parit  Tinggi  dan  Jemapoh  yang  menggunakan  perkhidmatan  laluan  itu  dikatakan  merosakkan  tanaman  padi  dan  menjejaskan  alam  sekitar.  Landasan  ini  dipunggah pada  1945  pada  zaman  Jepun  untuk  pembinaan  landasan  di  Burma. 

Bagi  landasan  Port  Dickson  pula  dibuka  pada  1891  dan  ditutup  pada  2008,  boleh  dikatakan  laluan  jajaran  terakhir keretapi  penumpang  yang  ditutup  di  Malaysia  yang  tidak  melibatkan  laluan  utama  Padang  Besar-JB Sentral. Dikatakan  antara  punca  penutupannya  adalah  kerana  berlakunya  kemalangan  iaitu  keretapi  tergelincir  yang  memuatkan  gas  LPG  dan  diesel  dari  Pusat  Penapisan  Port  Dickson  di  Tapis  Minyak  tergelincir  di  Kampung  Pulai, Kuala  Sawah, Rantau. Penutupan  kilang  Castrol  juga  menyumbang  kepada  penutupan laluan  ini. Laluan  ini  cuba  dihidupkan  kembali  oleh  bekas  Menteri  Besar  terdahulu  dengan  mencadangkan  perkhidmatan  komuter  di  sini.

Bagi  laluan  baru, antaranya  adalah  ECRL  bahagian  Negeri  Sembilan  iaitu  Jempol-K.Klawang-Kajang, dan  juga  sambungan  ERL  iaitu  KLIA-Seremban. HSR  juga  mempunyai  satu  stesen  di  sini  iaitu  di  Seremban.


Melaka  hanya  mempunyai  dua  stesen  keretapi  iaitu  di  Batang  Melaka  dan  Pulau  Sebang  di  sempadannya.  Bagaimanapun, suatu  ketika  dahulu,  ianya  mempunyai  jajaran  dari  Pulau  Sebang/Tampin  ke  Alor  Gajah, Melaka  Pindah  ke  Bandaraya  Melaka. Ianya  dibuka  pada  1905  dan  dibongkah  keluar  semasa  zaman  Jepun  untuk  pembinaan  landasan  di  Burma.

Bagi  laluan  baru,  HSR  mempunyai  satu  stesen  iaitu  Melaka  di  sini.  Selain  itu,  terdapatnya  cadangan  untuk  projek  Melaka Aerorail (tidak  ditanda  di  dalam  peta)  dengan  10  stesen  iaitu Tol  Ayer  Keroh, Zoo  Melaka,  MITC, Majlis  Bandaraya, Melaka  Mall, Hospital  Melaka, Melaka  Sentral, Hang Tuah  Mall, Stadthuys, dan  Dataran  Pahlawan.


Bagi  negeri  Johor,  sejarah  keretapi  di  sini  agak  unik.  Bila  mana  setiap  jajaran  bersambung  dengan  laluan  utama  Padang  Besar-Johor  Bahru, laluan  yang  ditutup/ditanggalkan  iaitu  Laluan  Muar-Parit  Jawa kendalian  Muar  State Railways.  Laluan  ini  dibuka  sekitar  1890  dan  ditutup  pada  1929  kerana  kos  penyelenggaraan  dan  pembukaan  jalan  baru  ke  Parit  Jawa  iaitu  Jalan  Abdul  Rahman. Sekiranya  laluan  ini  masih  ada,  mungkin  ia  akan  dipanjangkan  hingga  ke  Batu  Pahat,  Parit  Raja/Yong  Peng ,  Ayer  Hitam  kemudiannya  bersambung  ke  Kluang.  Laluan  ini  akan  menjadi  agak  menguntungkan  memandangkan  Batu  Pahat  dan  Muar  merupakan  bandar  kedua  dan  ketiga  terbesar  di  Johor.

Untuk  laluan  baru  pula,  Johor  agak  bertuah  kerana  mempunyai  3  stesen  HSR  iaitu  Muar,Batu  Pahat  dan  Iskandar  Puteri. Selain  itu,  laluan  Pasir  Gudang  dan  Gelang  Patah  juga  boleh  dinaiktaraf  kepada  laluan  keretapi  penumpang.  Beberapa  stesen  juga  pernah  wujud  di  sini  iaitu  stesen  Plentong,Gelang  Patah  dan  Skudai. BRT  juga  akan  diwujudkan  di  Johor  Bahru  berbanding  LRT  dengan  3  laluan  iaitu  Laluan  Tebrau  (JB Sentral-Tebrau),Laluan  Skudai (JB Sentral-UTM)  dan  Laluan  Medini  (JB Sentral-Pantai Lido-Medini).



Di  Pahang  pula,  terdapat  satu  laluan  yang  ditutup  dan  satu  laluan  baru.  Bagi  laluan  baru,  ECRL  bahagian  Pahang  akan  dibina  menghubungkan  Cherating, Gambang, Maran, Mentakab  dan  Triang.  Laluan  ini  akan  mengubah  ekonomi  Pahang  kerana  menghubungkan  Mentakab  dengan  ibu  negeri. HSR  juga  mempunyai  beberapa  stesen  di  Terengganu  iaitu  Kemaman,  Kemasik,  Penarik, K.Terengganu  dan  Kampung  Raja.

Untuk  laluan  yang  ditutup  pula  ialah  Laluan  Kuantan (Gebeng)-Chukai-Kerteh  yang  didedikasikan  untuk  mengangkut  minyak  dari  Kerteh  ke  Pelabuhan  Kuantan. Laluan  ini  mula  beroperasi  pada  tahun  2004  dan  tamat  pada  2010, maka  bolehlah  ia  dinobatkan  laluan  keretapi  terakhir  yang  ditutup. Walaupun  ianya  ditutup  pada  zaman  di  mana  media  sosial  sudah  mula  meluas,  ironically  agak  susah  untuk  mencari  punca  penutupan laluan  ini and  I  always  ended  up  in  political  blog  rather  than  information  blog. Antara  hujah  yang  diberikan  adalah  laluan  itu  tidak  selamat  dan  infrastrukturnya  yang  substandard.

Bagi  Terengganu,  selain  daripada  Laluan  Kuantan-Kerteh, Laluan  Dungun (Sura  Gate/Sura Jeti)-Bukit  Besi  juga  adalah  landasan  lain  yang  ditutup. Pada  masa kegemilangannya, pekerja  lombong  besi  di  Bukit  Besi  menaiki tren  ini  dari  bandar  Dungun. Dikatakan  laluan  ini  ditutup sekitar  1970-an  kerana  lombong  besi  yang  menjadi  nadi  rel  ini  telahpun  ditutup.



Di  Kelantan  pula,  HSR  terhenti  di  Kota  Bharu,  stesen  terakhir  bersama  sebuah  lagi  stesen  iaitu  Tok  Bali.  Terdapat  satu  laluan  yang  ditutup  iaitu  Laluan  Pasir  Mas-Rantau  Panjang.  Ianya  dibuka  pada  1921  dan  Antara  alasannya  adalah  untuk  mengelakkan  penyeludupan  dan  juga  berlakunya  pertindihan  antara  KTM  dan  State  Railways  of  Thailand. Kalau laluan di Terengganu  sukar  untuk  dicari  punca  penutupan  di  Internet,  bagi  laluan  ini  agak  mustahil  untuk  mencari  tarikh  penutupan  laluan  ini. Adalah  kemungkinan  besar  laluan  ini  ditutup  lebih  lewat  berbanding  laluan  Dungun  dan  laluan  Port  Dickson  memandangkan  ianya  dianggap  masih  dibuka  pada  kemaskini  Wikipedia  terbaru.


Bagi  Sabah,  terdapat  satu  laluan  yang  ditutup  iaitu  Laluan  Weston  manakala  laluan  asal  juga  dipendekkan  dengan  penutupan  stesen  Kota  Kinabalu  dan  stesen  Melalap. Punca  penutupan  laluan  ini  dikatakan  kerana  kos  operasi  laluan  yang  jarang  digunakan  serta  perkembangan  jalan  raya  baharu.  Laluan  Weston  ditutup  pada  1963,  diikuti  Melalap  pada  1970  dan  Kota  Kinabalu  pada  1974.

Laluan  baharu  yang  dirancang  adalah  Pan  Borneo  Railway.  Namun,  laluan  ini  lebih  banyak  dibincangkan  oleh  media  Indonesia  di  Kalimantan  berbanding  di  Malaysia  memandangkan  perhatian  lebih  tertumpu  kepada  pembinaan  Lebuhraya  Pan  Borneo. Terdapat  juga  khabar  tentang  cadangan  LRT  namun  tidak  banyak  peta  laluan  yang  didedahkan  samada  rasmi  atau  oleh  train  enthusiast.

Sarawak  yang  berjiran  dengannya  turut  disambungkan  laluan  Pan  Borneo ini  untuk  disambungkan  ke  Kalimantan  melalui  Kuching-Sambas.  Berbanding Pan  Borneo  Railways  yang  jarang  diberi  pencerahan, terdapatnya  pendedahan  di  media  tentang  cadangan  jajaran  Samalaju-Tanjung  Manis  yang  akan  menjadi  pemangkin  zon  Sarawak  Tengah  dengan  menghubungkan  Bintulu, Tatau, Mukah, Dalat, Sibu, Bintangor dan Sarikei.



Terakhir  sekali  adalah  LRT  Kuching  yang  mempunyai  3  laluan  iaitu  Laluan Damai-Samarahan, Laluan  Demak-Serian  dan  Lingkaran  Waterfront-Petra  Jaya.

Sumber:
1)www.malayarailway.com
2)kakitravelkhairuddin.blogspot.com
3)https://www.orangperak.com
4)irfansejarahtaiping.com
5)https://naktaux.wordpress.com
10)puteralapismahang.blogspot.com/2015/02/017-stesen-keretapi-tanah-melayu.html
12)https://www.landasan.info/operator/ktm-berhad/

Saturday, April 13, 2019

Teori Berdasarkan Pelan ECRL Yang Baru





Reminder: This is just my theory, not an official statement.
Peringatan: Ini hanyalah sekadar teori penulis, bukannya kenyataan rasmi berkaitan projek.

Kita  sudahpun  tahu  yang  jajaran  asal  bagi  ECRL  atau  Laluan  Keretapi  Pantai  Timur  telahpun  dilencongkan  daripada  laluan  melalui  Bentong-Gombak  ke  laluan  melalui  Negeri  Sembilan.  Yes,  I know  the  full  details will be  show  this  Monday (15/4/2019) tapi  well, biasalah  aku  nak berteori, sepertimana orang  lain  berteori  pasal  wayang  contohnya.

Okay  back  to  our topic, kalau  tengok  gambar  di  bawah  yang  diambil  daripada  page  Sinar  Harian  dan  disiarkan  di  pelbagai  page  terutama  page-page  Pantai  Timur  seperti  Maafsebut  dan  banyak  lagi.
Tiada penerangan foto disediakan.
Kredit: Sinar  Harian  dan  Maafsebut
            Sebelum  paparan  infografik  ini  dikeluarkan,  pelbagai  sangkaan mula  bermain  dalam  kalangan  warga  maya  berdasarkan  kenyataan  bahawa  laluan  ini  akan  dibuat  dalam  rangkaian  Kota  Bharu-Mentakab-Jempol-K.Klawang-Labu-KLIA-Port Klang. Antara  sangkaan  yang  berlegar  adalah:-

1)Laluan  ECRL  tidak  lagi  melalui  Terengganu  sebaliknya  melalui  jajaran  lama  KTM. Dalam  banyak-banyak  teori,teori  ini  adalah  yang  paling  menakutkan  train  enthusiast  seluruh  Malaysia  kerana  nampak macam  basuh tangan  habis.  Pakai  jajaran  lama, lepastu  buat  jajaran  baru  Jempol-Labu  dan  terus  ke  KLIA.  Kebanyakan  yang  merasa  sebegini  berpegang  pada  pendapat  bahawa  ianya  adalah  menghairankan nama Jempol dan Kuala Klawang disebut  sebaliknya  Kuala  Terengganu  tak  disebut.

2)Laluan  ECRL  dah  tak  feasible  bila  ianya  terlalu  ke  selatan.  Ni  pulak  merujuk  kepada  sambungan  Labu  ke  Port  Klang  via  KLIA.  Pandangan  ini  agak  berasas  kerana  kebanyakan  kenyataan  akhbar  hanya  menyebut  Labu  pada 12/4/2019  tanpa  menyebut  mana-mana bandar  penting  di  Selangor.  Kebanyakan  train  enthusiast  merasa  risau  jika  projek  ini  menjadi  gajah  putih  kerana  lalu di kawasan  yang  kurang  pembangunan.  Kalau  ECRL  mengikut  pelan  ini,  stesen  bandar  yang  dapat  dibina  pun  hanya  di  Enstek, Banting  dan  Teluk  Panglima  Garang  sebelum  tamat  di  Port  Klang.

Dengan  tersebarnya  pelan  infografik  di  atas,  kedua-dua  teori  di  atas  dapatlah  dipatahkan.  Persamaan  yang  sama  hanyalah:

1)Fasa  2  terbatal  secara  automatik  iaitu  Laluan  Tumpat-Pengkalan  Kubor  dan  Laluan  Gombak-Serendah-Puncak  Alam-Kapar-Port  Klang  dan  digantikan  dengan  Laluan  Jempol-K.Klawang-Labu-Kajang-Putrajaya-KLIA-Port  Klang.

2) Jumlah  stesen  dikurangkan. Selain  stesen  Gombak  dan  Bentong  yang  menjadi  main  argument,

Stesen di Kelantan misalnya diturunkan jumlahnya daripada 4 iaitu  Wakaf Bharu, Kota  Bharu,  Jelawat  dan  Tok  Bali,  kepada  hanya  2  stesen, Kota  Bharu  dan  Tok  Bali.  Boleh  dijangka  tiada  interchange  dengan  KTM  Wakaf  Bharu  seperti  yang  dirancang.

Stesen  di  Terengganu  pula  pada  asalnya  terdiri  daripada  9  stesen  Kampung  Raja, Penarik, K.Terengganu, K.Telemong (provisional), Pkln.Berangan, Dungun, Kertih, Kemasik, Chukai  
diturunkan  kepada  6  stesen  iaitu  Kampung  Raja, K,Terengganu,Pkln  Berangan, Dungun  Kemasik  dan  Chukai.

Stesen  di  Pahang  pada  pelan  asal  memiliki  8  stesen  iaitu  Cherating,  Kuantan  Port  City, KotaSAS, Kuantan  Sentral, Gambang, Maran, Mentakab  dan  Bentong  kepada  7  stesen  dengan  membuang  Bentong  dan  Kuantan  Sentral  daripada  laluan.  Boleh  dijangka  tiada  sambungan  ke  Kuantan  Sentral.

3) Terdapat beberapa  stesen  baru. Antaranya  di  Negeri  Sembilan  dan  Selangor. Berdasarkan  pelan  infografik, terdapat  5  stesen  baru  iaitu  Kajang/Bangi, Putrajaya  Sentral,Port  Klang  dan  masing-masing  satu  stesen  cadangan  di  Selangor  dan  Negeri  Sembilan.

      Bagi  stesen  di  Negeri  Sembilan,  berkemungkinan  sebuah  stesen  dibina  di  Bandar  Seri  Jempol  memandangkan  saiznya  jauh  lebih  besar  daripada  Kuala  Klawang. Namun,  jarak  bandar  ini  agak  dekat  dengan  bandar  Bahau  yang  turut  mempunyai  stesen  keretapinya,  memungkinkan  stesen  baru  ini  dibina  di  Kuala  Klawang  sebelum  bersambung  ke  jajaran  Pantai  Barat  di  Labu.

     So  dengan  kata  lain, ikut  teori  aku, kalau korang  dari  Kuantan,  korang  akan  lalu  rel  baru  sampai  Mentakab, lepastu  ikut  rel  lama  sampai  Jempol,  lepastu  mungkin  interchange  (samada  kat  Jempol  atau  Bahau)  dan  walla, korang  lalu  terowong  terus  sampai  Seremban.

4) Penebukan  terowong  masih  perlu  dilakukan.  Jujur  kata  aku  agak  terkejut  bila  alasan-alasan  yang  tersebar  di  media  sosial  adalah  untuk  mengelak  Banjaran  Titiwangsa  dan  juga  banjaran  di  Negeri  Sembilan  lebih  mendatar.  Perlu  diingatkan  bahawa  kawasan  utara  Negeri  Sembilan  masih  disempadani  oleh  banjaran  Titiwangsa  dan  berakhir  di  Tampin, so  its  kinda  weird  when  you  say  you  want  to  avoid  Titiwangsa  Range. Dan  melainkan  jika  pembangunan  laluan  ini  akan  melalui  bukit, like melalui macam Lebuhraya  Timur-Barat  kt  Grik  literally  dan  bukannya keluar  masuk  terowong  macam  Karak,  it  doesnt  matter  much  the  range  is  hilly  or  not.  The  only  reason  I can  accept  is  the  line  will  go  near  water  source  of  Selangor.



OK, now  aku  akan  try  untuk  lukis  macamana  gambaran  laluan  baru  yang  akan  dilalui.

Banyak  khabar  angin  mengatakan  laluan  dari  Temerloh  (actually  Mentakab,  Temerloh  tiada  stesen  kereta  api)  ke  Jempol,  adalah  melalui  Triang.  Jadi  adalah  lebih  mudah  difahami  yang  laluan  ini akan  melalui  laluan  KTM  sedia  ada.  Yang lagi menakjubkan, wikipedia  ECRL  pun  dah  mengesahkan  perkara  ini XD  melalui  entri  "project  proposal".  Cepat  jugak  diorag  buat  kerja.



Cuma  apa  yang  memeningkan  di  sini  adalah  ECRL  menggunakan  standard  gauge  manakala  KTM  Pantai  Timur  menggunakan  meter  gauge.  So  its  kinda  weird  kalau  ada  orang  kata  keretapi  ECRL  boleh  lalu  atas  landasan  meter  gauge.

Apa  benda  pulak  standard  gauge  dengan  meter  gauge  tu?

Senang  cakap,  ianya  adalah  lebar  bagi  jalur  kereta  api.  Standard  gauge  ni  lebar  dia  1435mm (1.435m) dan  meter  gauge  pulak  1000mm (1m). Kalau  korang  perasan,  HSR yang  kena  cancel  tu  pun  dirancang  menggunakan  standard  gauge.  Senang  cakap,  standard  gauge  tu  boleh  jadikan  kelajuan  keretapi  tidak  lagi  terhad  dan  boleh  dimaksimumkan.

Hmm, dah  tu, kenapa  tak  cabut  semua  rel  keretapi  kat  Malaysia  dan  gantikan  dengan  standard  gauge?  Jawapan  mudah  adalah  kos.  Kos  untuk  memasang  dan  maintainance  bagi  standard  gauge  adalah  lebih  tinggi,  sebab  itu  ia  dirancang  hanya  untuk  projek  yang  memberi  pulangan  tinggi.

Ok, back  to  story,  kalau  ikut  Wikipedia, ECRL  fasa  1  just  terhenti  kat  situ  dan  korang  kena  turun  tunggu  keretapi  sampai  dari  Kelantan  lama  namati  macam  kat  Gemas  dan  Bukit  Mertajam  sebelum  drop  dekat  Jempol  dan  Bahau  dan  tunggu  keretapi, again (yeayyyy!).  Tapi  mungkin  ada  yang  cuba  menegakkan  benang  basah  kononnya  rel  standard  akan  dipasang  selari  dengan  meter  gauge,which  I  really  doubt.


Dan  based  on  Wikipedia, again.  Laluan  K.Klawang-Bangi/Kajang  adalah  termasuk  dalam  Fasa  2.  Tidak  dapat  dipastikan  adakah  Fasa  1  akan  dibuka  kepada  umum  terlebih  dahulu  atau  hanya  dibuka  kalau  kedua-dua  fasa  telah  dibuat.  Kalau  Fasa  1  dibuka  terlebih  dahulu,  ianya  akan  menjadi  sedikit  janggal  apabila  pengguna  dari  Pantai  Timur  yang  hendak  ke  KL,  masih  perlu  turun  ke  Gemas  seperti  zaman  pra-ECRL.  The  only  bright  side  adalah  sistem  keretapi  pantai  timur  kini  dahpun  mencakupi  kawasan  Terengganu  dan  Kuantan.

Kalau  dilihat  pada  lukisan  aku,  aku  menjangkakan  Bandar  Baru  Serting/Bandar  Seri  Jempol  yang  akan  dibina  stesen  baru.  Sebab, why not?  Nama  bandar  (or  mungkin  diorang  hanya  maksudkan  daerah?) ini  ada  disebut  dalam  press  conference, bandar  ini  merupakan  pusat  pentadbiran  daerah  Jempol  lengkap  dengan  Majlis  Perbandaran  sendiri,  lengkap  dengan  hospital  dan  MRSM  Serting,  serta  boleh  dikatakan  antara  felda  yang  berjaya  membentuk  bandarnya  sendiri,  selain  Jengka.  Tapi  yang  menjadi  masalah  di  sini  adalah  kedudukannya  yang  hampir  dengan  Bahau  yang  sudahpun  mempunyai  stesen  sendiri.  Jadi,  di  sinilah  timbulnya  teori  kedua  bahawa  Bahau  menjadi  stesen  pertukaran  ke  Seremban (Labu)  dan  K.Klawang  menjadi  stesen  perantara  di  antaranya.


Melepasi  Banjaran  Titiwangsa melalui  terowong  (yup, still  need  to  drill  through  that  range.  Apa  kau  ingat  kau  skip  Bentong  tak  payah  lalu  banjaran?),  laluan  akan  mula  dibuat  hingga  ke  Labu.  Pernah  aku  terfikir  kenapa  tidak  disambung  dengan  Seremban,  tapi  lepas  tengok  betapa  padatnya  Seremban,  tak  mungkin  diorang  akan  redah  dan  robohkan  rumah  orang  satu-persatu. Kang  jadi  isu  lain  pulak.  Thats  why  diorang  akan  lalu  upskirts  Seremban  sebelum  interchange  di  Labu  (which  is  good  since  Labu  connected  by  KTM  Komuter).

Tapi  press  conference  baru-baru  ini,  nama  Labu  seakan  senyap  dan  nama  Bangi/Kajang  pula  yang  dinaik-naikkan.  Mungkin  kerana  banyak  telahan  liar  seperti  yang  aku  tulis  ke  atas  membuatkan  diorang  rasa  "Yeah,  we  gonna  dump  that  name  and  never  talk  about  that". So,  ini  jugak  membuatkan  aku  terfikir  kemungkinan  untuk  laluan  itu  didivertkan  ke  Mantin  berbanding  Labu  memandangkan  lebih  dekat  dengan  Selangor.  But  that  just  my  wild  guess  and  of  course  lagi  banyak  kerja  pulak  nak  pasang  rel  baru  kat  area  Mantin.


Last  but  not  least,  laluan  Bangi/Kajang-Putrajaya-Port.  Klang.  Kalau  korang  perasan,  selain  Labu,  nama  KLIA  jugak  dah  tak  berapa  disebut.  Mungkin  kerana  ianya  dah  diganti  dengan  Putrajaya  Sentral.  Laluan  biru yang  aku  lukis  tu  adalah  telahan  pertama  aku  bila  dengar  press  conference  dan  laluan  merah  pulak  lepas  dah  tengok  pelan  infografik  Sinar  Harian  dan  Astro  Awani.  Aku  rasa  ramai  jugak  yang  terpikir  pasal  laluan  biru  awal2  tu,  tu  yang  ramai  triggered  termasuklah   aku  sendiri. Actually  aku  mulanya membayangkan  Labu-KLIA-Port  Klang,  tu yang  lagi  triggered, sebab  daripada  East Coast-centric, tetiba  jadi  Seremban-centric  dengan  Klang-centric.

Tapi  bila  diolah  dari  laluan  merah,  barulah  nampak  agak  berbaloi  memandangkan  lalu  area  Kajang/Bangi  yang  disambungkan  perkhidmatan  MRT  dan  KTM  Komuter.  Seterusnya  pula  melalui  Putrajaya  Sentral.  Tiada  apa-apa  masalah  di  sini.  Kalau  korang  perasan,  ERL  adalah  satu-satunya  laluan  keretapi  di  sini  dan  menuju  KLIA,  sebab  itulah  KLIA  scrapped  out  dan  diganti  Putrajaya  Sentral.

Seterusnya  ke  Port  Klang,  kita  perhatikan  ada  slot  stesen  cadangan  yang  masih  kosong.  Pada  aku  ia  mungkin  mana-  mana  bandar  terdekat  di  antara  Putrajaya-Port.Klang.  Boleh  jadi  Kota  Kemuning,Teluk  Panglima  Garang,  Banting  mahupun  Bandar  Bukit  Tinggi.

Apa-apapun,  marilah  kita  menantikan  keputusan  akhir  berkaitan  projek  ini  melalui  pengumuman  pada  Isnin  ini.


Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...