Sunday, June 9, 2019

Istilah-istilah nama tempat di Malaysia (Bahagian 3)

28)Wang
-Wang membawa maksud  lembah  dan  hanya  boleh  didapati  di  Kedah dan Perlis. Kemungkinan berasal daripada perkataan Siam kerana terdapatnya Wang Prachan di sebelah Thailand (disputed).

Wang Kelian  merupakan  petempatan  utama  terkenal  dengan  awalan  "wang".

Perlis-Wang Kelian,Wang Ulu,Wang Pinang,
Kedah-Wang Tepus,


29)Gong
-Gong  membawa  maksud  tanah  tinggi. Nama  tempat  dengan  awalan  ini  boleh  didapati  di  Kelantan  dan  Terengganu  sahaja.

Dengan  pemisahan  daerah  Kuala  Nerus  daripada  Kuala  Terengganu, Gong Badak menjadi  titik  utama  di  daerah  ini  dengan  menempatkan  universiti, kompleks  sukan  dan  pasaraya  Mydin.

Kelantan     -Gong Datuk
Terengganu -Gong Kedak,Gong Badak,Gong Bayor,Gong Balai


30)Pos
-Nama  dengan  awalan  pos  biasanya  diberikan  kepada  petempatan  Orang  Asal, meskipun  banyak  juga  yang  menggunakan  awalan  kampung  sepertimana  petempatan  Melayu. Maksud  bagi  awalan  ini  tidak  diketahui  memandangkan  kurang maklumat, namun  dipercayai  berasal  dari  perkataan "post" yang mempunyai  maksud  yang  sama  seperti  kem,iaitu  sebagai  kawasan  petempatan  kekal,yang  kebiasannya  dikaitkan  dengan  askar. Istilah  ini  hanya  wujud  di  Perak,Kelantan  dan  Pahang  sahaja. Petempatan  yang  terletak  di  pesisir  Selangor dan  Johor  tidak  mempunyai  awalan  ini.

Gambar  menunjukkan  perkampungan  Pos  Brooke  yang  terletak  di  Gua  Musang,Kelantan

Pahang   -Pos Iskandar,Pos Sinderut
Perak      -Pos Slim,Pos Piah,Pos Woh
Kelantan -Pos Gob,Pos Belatim,Pos Hendrop,Pos Balar,Pos Brooke


31)Lembah
-petempatan  dengan  awalan  ini  kebiasaannya  terletak  di  kawasan  rata  kiri  dan  kanan  sungai,  atau  di  kaki  bukit/gunung. Selalunya  digunakan  untuk  cakupan  kawasan  yang  besar, samada  dalam  istilah  metro (Lembah Klang dan Lembah Kinta) atau  geografi (Lembah Chuping dan Lembah Danum). Namun, petempatan terbesar dengan "Lembah" sebagai  nama  rasminya adalah  Lembah Beringin.

Lembah  Klang  adalah  panggilan  rasmi  untuk  Greater  Kuala  Lumpur, bersempena  dengan  Sungai  Klang  yang  mengalir  dari  Kuala  Lumpur  ke  Klang.

Perlis       -Lembah Tuwi,Lembah Chuping
Kedah     -Lembah Bujang,Lembah Keriang,Lembah Impiana
Perak      -Lembah Beriah,Lembah Lenggong,Lembah Kinta
Selangor  -Lembah Beringin,Lembah Klang
Pahang    -Lembah Klau,Lembah Temir
Kelantan -Lembah Sireh
Sabah      -Lembah Danum


32)Kok
-meskipun terdapat dua negeri mempunyai awalan ini, etimologinya jauh berbeza iaitu "kok" bagi Perlis membawa maksud bukit sementara "kok" di Kelantan untuk Kok Lanas berasal dari sejarah buah nanas yang tetap jatuh mesti pun kerap kali diletakkan semula di "kok" di atas gajah.

Perlis       -Kok Klang,Kok Mak
Kelantan -Kok Lanas


33)Kuak
-ketiga-tiga  petempatan dengan awalan  "kuak" adalah  kawasan  perkampungan  di  Pengkalan Hulu,Perak. Dikatakan mendapat  nama  dengan  "kuak"  kepada  panggilan  "tok  kuat"  mengikut  dialek  Patani.

Perak-Kuak Luar,Kuak Hulu,Kuak Tengah


34)Nanga 
-petempatan  dengan  awalan "Nanga"  hanya  terdapat  di  Sarawak yang bermaksud kuala sungai dalam bahasa Orang Ulu.

Sarawak-Nanga Mendamit,Nanga Merit


35)Long
-petempatan dengan awalan "Long" juga hanya ada di Sarawak dan bermaksud kuala sungai dalam bahasa Iban.

Sarawak-Long Lama, Long Bedian,Long Seridan,Long Semado


36)Parit
-kebiasaannya dikaitkan  dengan  laluan  air,sejarah  tempat  dengan  awalan  ini  bermula  dengan  pembinaan  parit  untuk  tujuan  pertanian  dilengkapi  dengan  akhiran  yang  berkaitan  dengan  sejarah  penerokaan  kawasan  itu.

Perak      -Parit Buntar
Selangor -Parit Sepuloh,Parit 6,Parit 3 Sungai Haji Dorani
Melaka   -Parit Melana
Johor      -Parit Raja,Parit Jawa,Parit Sulong


37)Wakaf
-berasal  daripada  perkataan  Arab  yang  bermaksud  tempat  persinggahan

Kelantan     -Wakaf Bharu,Wakaf Che Yeh,Wakaf Stan,
Terengganu -Wakaf Tapai,Wakaf Mempelam,Wakaf Tengah,Wakaf Tembesu,


38)Kangkar
-membawa  maksud  "ladang"  dan  hanya  boleh  didapati  di  Johor

Johor -Kangkar Pulai,Kangkar Tebrau,Kangkar Baru


39)Chegar
-chegar membawa  maksud  tanah  tinggi, namun di Perak juga  membawa  maksud  batu  bulat  lonjong  di  dalam  sungai

Kelantan  -Chegar Bedil,Chegar Lapan,Chegar Tapah
Pahang     -Chegar Perah,Chegar Medang
Perak       -Chegar Galah,Chegar Machang


40)Behor
-petempatan  dengan  awalan  ini  membawa  maksud  "pokok"  dan  hanya  boleh  didapati  di  Perlis

Perlis-Behor Empiang,Behor Lateh,Behor Mempelam,Behor Mentalon


41)Solok
-petempatan  dengan  awalan  ini  membawa  maksud  "lembah"  dan  hanya  didapati  di  Melaka.

Melaka-Solok Duku,Solok Berangan,Solok Kemang,Solok Ayer Limau


42)Banggol The banggol is a raised ground in an otherwise flat topography of the rice fields and the grasslands.
-banggol  membawa  maksud  tanah  yang sedikit  tinggi  di  kawasan  rata  seperti  bendang  dan  padang.

Kedah          -Banggol Berangan,Banggol Besi
Perak           -Banggol Jas,Banggol Chempaka,Banggol Batu
Kelantan      -Banggol Jenerih,Banggol Judah
Terengganu -Banggol Binjai,Banggol Donas,Banggul Tuan Muda


43)Paloh
-paloh  dikatakan  membawa  maksud  lopak  air dan  lebih  sinonim  dengan  Pantai  Timur

Kelantan    -Paloh Rawa,Paloh Rambai
Pahang       -Paloh Hinai,Paloh Besar
Terengganu-Paloh China,Paloh Sg.Kiat


44)Lata
-membawa  maksud  kawasan air  terjun  yang  rendah

Kedah                 -Lata Bayu,Lata Mengkuang
Perak                 -Lata Iskandar,Lata Kinjang
Kelantan            -Lata Hujan
Terengganu       -Lata Cangkah,Lata Dure
Pahang               -Lata Lang,Lata Lembik
Selangor             -Lata Kedondong,Lata Pinang
Negeri Sembilan-Lata Kijang,Lata Berungut


45)Stesen
-biasanya diberikan  kepada  petempatan  yang  berfungsi  sebagai  pekan  stesen  kepada  bandar/pekan  berhampiran

Perak    -Temoh Stesen,Bidor Stesen,Behrang Stesen,
Melaka -Tebong Stesen,
Johor    -Tenang Stesen,


46)Halt
-biasanya diberikan kepada petempatan yang menjadi hentian kecil keretapi

Perak                  -Klant Halt,Simpang Halt,
Negeri Sembilan-Chembong Halt


47)Feri
-biasanya  diberikan  kepada  kawasan  yang  mempunyai  sambungan  feri  pada  masa  lalu

Pahang       -Jerantut Feri,Sabak Feri
Terengganu-Losong Feri


48)Road
-membawa maksud jalan,pekan dan kampung yang membawa awalan ini yang  mempunyai  stesen  keretapi  yang  terletak  di  jalan  menuju  ke  pekan  tertentu. Misalnya Tapah Road  terletak di  jalan  yang  menuju ke pekan Tapah.

Perak                  -Tapah Road,Matang Road
Selangor             -Kuala Kubu Road
Negeri Sembilan-Labu Road


Sumber:
https://kadirjasin.blogspot.com/2009/11/banggol-i-can-call-my-own.html
https://www.gisperak.com.my/edesaprofil/ede_kmpgdetl.php?modul=K&searchby=A8_PH_0003

Istilah-istilah nama tempat di Malaysia (Bahagian 2)

13)Pengkalan
-kebiasaannya  merujuk  kepada  sesebuah  tempat  yang  didirikan  petempatan  samada  kekal  atau  persinggahan, maksudnya  tidak  banyak  berbeza  dengan  kampung  atau  kota  (fort).

Pengkalan  Hulu  merupakan  satu-satunya  petempatan  dalam  senarai  ini  yang bergelar  pekan  tersendiri.

Contoh:-
Perak          -Pengkalan Hulu
Melaka       -Pengkalan Balak
Kelantan    -Pengkalan Chepa,Pengkalan Kubor
Terengganu-Pengkalan Gawi


14)Batu
-Awalan  ini  juga  mempunyai  variasi  etimologi  tersendiri.  Sesetengahnya  berkaitan  dengan  batu  yang  mempunyai  bentuk-bentuk  tersendiri  atau  sejarah  tersendiri seperti Batu Gajah,  sesetengahnya  pula merujuk  kepada  kawasan  persekitan  petempatan  itu  tersendiri seperti Batu Caves.


Dengan  hampir  400k  penduduk, Batu  Pahat  adalah  petempatan  terbesar  dengan  awalan "batu".

P.Pinang-Batu Ferringhi,Batu Kawan,Batu Maung
Perak     -Batu Gajah,Batu Kurau
Selangor -Batu Caves, Batu Arang
Johor      -Batu Pahat, Batu Anam
Sarawak -Batu Niah


15)Ayer/Air
-kebanyakan  tempat-tempat  ini  mempunyai  etimologi  berdasarkan  keadaan  air  sungai  yang  diperhatikan  penduduk  tempatan.

Ayer Keroh  merupakan  petempatan  terbesar  dengan  awalan  "ayer".

Kedah                  -Ayer Hitam
P.Pinang              -Air Itam
Perak                   -Ayer Tawar
Negeri Sembilan -Air Hitam
Melaka                -Ayer Keroh,Ayer Molek,Ayer Paabas
Johor                   -Ayer Hitam,Ayer Baloi
Terengganu         -Ayer Jerneh
Kelantan             -Ayer Lanas


16)Changkat
-changkat  membawa  maksud  tanah  yang  tinggi  dan  bukit  kecil. Nama  tempat  ini  jarang-jarang  digunakan  lagi  dan  digantikan  dengan  perkataan  "bukit".

Changkat  Persekutuan (turut  dikenali  sebagai  Bukit  Persekutuan)  menempatkan  Istana  Singgah Negeri  Sembilan  dan  Istana  Singgah  Perak.

Perlis                -Changkat Jawi
P.Pinang           -Changkat Dumbar
Perak                -Changkat Jong,Changkat Jering
Kuala Lumpur -Changkat Persekutuan,Changkat Duta
Kelantan           -Changkat Tualang


17)Seksyen (Selangor) 
-seksyen  adalah perkataan  pinjaman  daripada  Bahasa  Inggeris  "section"  yang  membawa  maksud "bahagian".Ianya  hanya  terhad  di Shah Alam,meskipun  terdapatnya  salah  faham  tentang  istilah  SS  di  Subang yang membawa maksud Sungai Way-Subang dan bukannya Seksyen Subang. Antara singkatan lain yang terdapat di Selangor adalah PJS (Petaling Jaya Selatan),PJU (Petaling Jaya Utara) dan USJ (UEP Subang Jaya).

                                                              Kredit:propertylife.my

Shah Alam-Seksyen 1-36, Seksyen  U1-20


18)Precint (Putrajaya)
-berasal  daripada  perkataan  "precint",presint kebiasaannya  difahami  sebagai  kawasan  pembahagian  terkecil, biasanya melibatkan  kawasan  mengundi (electoral district)  atau  kawasan  tertutup  kepada  trafik (main pedestrian precint). Precint  di  dalam  konsep Putrajaya  mungkin membawa  maksud  "bahagian"  seperti  mana  "seksyen".


Putrajaya-Presint 1-20


19)Bagan
-bagan  membawa  maksud  pangkalan  atau  jeti, bersesuaian  dengan  lokasi  tempat-tempat  yang  disenaraikan  terletak berdekatan  laut  atau  sungai.

Kawasan  pesisir  Butterworth  dipenuhi  dengan  kawasan-kawasan  dengan  awalan "bagan". Malah  nama  lama  Butterworth  juga  dikenali  sebagai  "Bagan".

Kedah                 -Bagan Samak
P.Pinang             -Bagan Ajam,Bagan Jermal,Bagan Luar,Bagan Dalam,Bagan Belat
Perak                  -Bagan Serai,Bagan Datoh,Bagan Tiang
Selangor             -Bagan Nakhoda Omar,Bagan Lalang
Negeri Sembilan-Bagan Pinang


20)Paya
-diberi  berdasarkan  keadaan persekitaran yang  berpaya sewaktu  diteroka

Paya  Terubong  adalah  salah  satu  kawasan  sub-urban  di  Pulau  Pinang

P.Pinang     -Paya Terubong,
Selangor     -Paya Jaras,
Melaka       -Paya Rumput,
Terengganu-Paya Bunga,


21)Permatang
-permatang  membawa maksud  jaluran  tanah  atau  tambakan  sawah  yang  meninggi, atau  bahagian  tertinggi  pad  lereng  bukit.

       Kebanyakan  kawasan  dengan  nama "permatang"  terletak  di  Pulau  Pinang

Kedah     -Permatang Buloh,Permatang Berangan
P.Pinang -Pmtg Pauh, Pmtg Bertam, Pmtg Damar Laut, Pmtg Rawa,Pmtg Tinggi


22)Guar
-guar  membawa  maksud  bukit  atau  daratan  tinggi

                                                                                                             Guar  Chempedak  merupakan  pekan  utama  yang  terletak  berhampiran  dengan  Gurun dan Yan di Kedah (Kredit: mapio.net)

Contoh:
Perlis     -Guar Nangka,Guar Sanji,
Kedah   -Guar Chempedak,Guar Napai,
P.Pinang-Guar Perahu


23)Batang
-biasanya  membawa  maksud  sungai. Beberapa  sungai  di  Sarawak  masih  menggunakan  awalan  ini.

  UniSEL merupakan mercu  tanda  bagi pekan  Batang Berjuntai/Bestari Jaya  (Kredit:unisel.edu.my)

Contoh:
Selangor              -Batang Kali, Batang Berjuntai (Bestari Jaya)
Negeri Sembilan -Batang Benar
Melaka                -Batang Melaka


24)Kubang
-kebiasannya  merujuk kepada  lopak  di  bendang,menandakan  kawasan  ini  mempunyai  banyak  kubang  suatu  ketika  dahulu.

                    Kubang Kerian  adalah  salah  satu  sub-urban yang membentuk  bandar Kota Bharu 
(Kredit:malvest.com)

Contoh:
Perlis         -Kubang Gajah
Kedah      -Kubang Sepat,Kubang Rotan
P.Pinang  -Kubang Semang,Kubang Menerong
Kelantan -Kubang Kerian


25)Titi
-Agak sukar mencari  sejarah  dan etimologi  tempat-tempat  yang  disenaraikan di bawah  awalan ini,namun kesemuanya berkongsi kaitan yang agak sama dengan awalan itu sendiri,iaitu  berkenaan titi. Misalnya Titi Gajah membawa mempunyai  asal-usul  tentang  kumpulan  gajah  yang  menyeberangi  sungai  seakan-akan  membentuk  titi. Titi Serong  pula  merujuk  kepada  jambatan/titi  yang  serong  di  tengah-tengah  pekan  ini.

Titi  Serong  merupakan  salah  satu  pekan di  daerah  Kerian,Perak  dan  merupakan  petempatan  tunggal  terbesar  dengan  awalan  "titi".

Perlis   -Titi Tinggi,Titi Chai,
Kedah -Titi Gajah,Titi Hayun,
Perak   -Titi Serong,Titi Gantung,

26)Klian
-Klian  adalah  awalan  yang  sangat  jarang  didengar  dan  hanya  boleh  didapati  di  Perak. Awalan klian ini membawa maksud "lombong" bersesuaian  dengan  sejarah  tempat-tempat  ini  yang  kaya  dengan  pelombongan  bijih  timah. Buat  masa  ini,hanya  Klian Intan di Pengkalan Hulu yang masih menggunakan  awalan  ini  manakala  Klian  Pauh  sudah  pun  menjadi  Taiping  dan  Klian  Baru  pula  menjadi  Kamunting.

Klian  Pauh  merupakan  nama  lama  bagi  bandar  Taiping.

Perak - Klian Intan,Klian Pauh,Klian Baru


27)Cherok/Charok
-membawa  maksud  tersorok/tersembunyi,  mungkin  membawa maksud  petempatan  tersebut  yang  agak  jauh  daripada  petempatan  lain. Awalan  ini  lebih  sinonim  dengan  negeri  Kedah.



Kedah               -Charok Kudong,Cherok Keladi,Cherok Mokkan,Charok Akar,Charok Beras
Pulau  Pinang  -Cheruk To' Kun
Pahang             -Cherok Paloh



Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...