Monday, August 22, 2016

10 Daerah Terbaru di Malaysia

1. Putatan

Daerah ini asalnya adalah sebahagian daripada daerah Penampang, namun bermula 1 Mac 2007, Putatan telah dipisahkan daripada pentadbiran daerah Penampang untuk menjadi sebuah daerah penuh di Sabah. Ianya adalah daerah terkecil dan termuda di Sabah.

Negeri: Sabah
Pecahan: Daerah Penampang
Tarikh Pembentukan: 1 Mac 2007
Pentadbiran: Majlis Daerah Putatan


2. Kulai (nama asal: Kulaijaya)


Daerah ini terbentuk hasil daripada pecahan bahagian utara Daerah Johor Bahru yang merangkumi bandar Kulai, Ayer Bemban, Bukit Batu, Kelapa Sawit, Saleng, Sedenak,Seelong, Senai dan Sengkang. Pada 28 Ogos 2015, nama daerah ini ditukar semula kepada Kulai oleh Sultan Johor.

Negeri: Johor
Pecahan: Daerah Johor Bahru
Tarikh Pembentukan: 29 Mac 2007
Pentadbiran: Pejabat Daerah Kulai



3. Tangkak (nama asal: Ledang)


Tangkak adalah daerah yag terletak di utara Johor. Pada asalnya, Tangkak dikenali sebagai Muar Utara. Daerah ini merangkumi bandar Tangkak, Tanjung Agas, Sungai Mati, Kesang, Serom, Bukit Gambir, Kundang dan Sagil. Pada asalnya, daerah ini diberi nama Ledang kerana Gunung Ledang terletak di daerah ini. Namun, pada 7 Disember 2015, Sultan Johor menukar kembali kepada daerah Tangkak.

Negeri: Johor
Pecahan: Daerah Muar
Tarikh Pembentukan: 9 Jun 2008
Pentadbiran: Majlis Daerah Tangkak

4. Pokok Sena

Pokok Sena adalah daerah ke-12 Kedah dan merupakan daerah pertanian yang menumpukan kepada padi, dusun, getah dan koko. Walaupun bergelar daerah, namun ia masih ditadbir oleh Majlis Bandaraya Alor Setar. Daerah ini diwujudkan untuk mengurangkan keluasan daerah Kota Setar di samping mewujudkan bandar satelit untuk Alor Setar. 

Negeri: Kedah
Pecahan: Daerah Kota Setar
Tarikh Pembentukan: Februari 2009
Pentadbiran: Majlis Bandaraya Alor Setar

5. Kampar

Kampar dijadikan daerah ke-10 Perak pada 21 Mei 2009 oleh Sultan Perak. Di sini juga terletaknya Universiti Tunku Abdul Rahman. Dahulunya, ia diletakkan dalam pentadbiran Majlis Daerah Kinta Selatan.

Negeri: Perak
Pecahan: Daerah Kinta
Tarikh Pembentukan: 21 Mei 2009
Pentadbiran: Majlis Daerah Kampar

6. Lojing

Lojing, atau Jajahan Kecil Lojing merupakan kawasan tanah tinggi yang terletak di pedalaman Kelantan. Dahulunya jajahan ini di bawah Jajahan Gua Musang, namun pada 5 Ogos 2010, Pemangku Raja Kelantan mengisytiharkan daerah baru ini. Lojing dikatakan berasal daripada perkataan "logging". Jajahan ini merangkumi daerah Betis, Hau dan Sigar.

Negeri: Kelantan
Pecahan: Jajahan Gua Musang
Tarikh Pembentukan: 5 Ogos 2010
Pentadbiran: Majlis Daerah Gua Musang cawangan Lojing

7. Kuala Nerus

Kuala Nerus merupakan daerah ke-8 di Terengganu, yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak. Di sini terletaknya Kawasan Perindustrian Gong Badak, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Malaysia Terengganu.
Negeri: Terengganu
Pecahan: Daerah Kuala Terengganu
Tarikh Pembentukan: 18 September 2014
Pentadbiran: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu


8. Serian

Berbeza dengan negeri-negeri di semenanjung Malaysia, bahagian adalah setaraf dengan daerah, manakala daerah lebih kepada mukim. Serian adalah bahagian baharu di negeri Sarawak. Ianya terkenal dengan duriannya dan jugasebagai pintu masuk ke Indonesia. Pengisytiharan dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

Negeri: Sarawak
Pecahan: Bahagian Samarahan
Tarikh Pembentukan: 11 April 2015
Pentadbiran: Majlis Daerah Serian

9. Muallim

Mualim adalah daerah ke-11 Perak. Ianya diisytiharkan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin pada 11 Januari 2016. Mualim bermaksud guru, yang mungkin merujuk kepada UPSI yang berjaya melahirkan ramai guru yang berjaya. Daerah ini asalnya sebahagian daripada daerah Batang Padang. Ianya diwujudkan kerana  kedudukan yang jauh dengan Tapah di mana Majlis Daerah terletak. Daerah ini merangkumi Tanjung Malim, Proton City, Slim, Behrang dan Trolak.

Negeri: Perak
Pecahan: Daerah Batang Padang
Tarikh Pembentukan: 11 Januari 2016
Pentadbiran: Majlis Daerah Tanjung Malim


10. Bagan Datoh

 Sama halnya dengan Mualim, pekan Bagan Datoh yang agak jauh daripada Teluk Intan yang merupakan ibu daerah Hilir Perak, menyebabkannya muram dan mundur. Pekan yang terletak di muara Sungai Perak ini diisytiharkan sebagai daerah kecil pada Januari 2016. Lebih menguntungkan lagi apabila daerah kecil ini akhirnya diisytiharkan daerah penuh pada tanggal Julai 2016 oleh Sultan Perak. Kawasan yang dirangkumi adalah Bagan Datoh, Hutan Melintang, Rungkup dan Teluk Baru. Disebabkan daerah ini masih baru, maka ianya masih di bawah kuasa Majlis Daerah Hilir Perak.

Negeri: Perak
Pecahan: Daerah Hilir Perak
Tarikh Pembentukan: Julai 2016
Pentadbiran: Majlis Daerah Hilir Perak







No comments:

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...