Wednesday, July 27, 2016

Tempat menarik di Taiping | MESTI DATANG

Taiping sememangnya dikenali ramai sebagai tempat perlancongan yang terkenal di Perak. Terletak di utara Perak, bandar kedua terbesar di negeri ini menghidangkan pelbagai tempat yang sesuai untuk dijadikan lokasi percutian untuk keluarga mahupun bersama rakan-rakan pada kadar harga yang berpatutan. Jangan lepaskan peluang untuk singgah ke tempat-tempat yang disenaraikan ini sekiranya korang berpeluang menjejakkan kaki ke sini.

1. Zoo Taiping

Apalah ertinya kalau pernah sampai ke Taiping kalau tak pernah masuk ke zoo tertua di Malaysia ni, kan? Zoo ini juga dibuka pada waktu malam, dikenali sebagai Night Safari. Untuk pergi ke zoo ini, anda harus mengelilingi Jalan Taman Tasik memandangkan ianya terletak berhampiran kawasan itu.

Tiket

Dewasa        : RM 17
Kanak-kanak: RM 8.5

2. Taman Tasik Taiping

Dalam perjalanan ke Zoo Taiping, pastinya korang akan melalui Taman Tasik Taiping yang mempunyai pemandangan yang memukau ini. Taman Tasik Taiping ini biasanya menjadi tempat kegemaran untuk pengunjung beristirehat serta berjogging. Malah terdapat beberapa pasangan pengantin, biasanya Melayu dan Cina yang gemar menjadikan taman tasik ini sebagai latar belakang untuk gambar perkahwinan mereka. Selain itu, terdapat juga bot swan  yang boleh dikayuh di sekitar tasik ini.

3. Bukit Larut

Jangan lepaskan peluang untuk mendaki bukit yang menerima tadahan hujan paling banyak di Malaysia ini. Untuk naik ke atas, pengunjung mempunyai dua pilihan, samada dengan mendaki sendiri (kira-kira 1jam) atau pun menaiki jip (harga tiket di bawah). Jika anda memilih untuk menaiki jip, datang awal memandangkan jip kebanyakannya akan habis digunakan seawal 8.30 pagi.
Tiket

Dewasa        : RM 6
Kanak-kanak: RM 3
                                                                     Barangan      : RM 15

4. Muzium Perak

Dibina pada tahun 1883, muzium ini adalah muzium tertua di Malaysia. Muzium ni menempatkan beberapa dewan pameran, seperti pameran Orang Asli, pameran rumah tradisional serta pameran luar yang menketengahkan pesawat tempur, dan kereta anik Rolls Royce. Bayaran masuk hanyalah RM2.



5. Dataran Warisan  Taiping

Tarikan  terbaharu  di  Taiping, dataran ini biasanya menjadi tumpuan warga kota pada waktu malam. Aktiviti  utama  yang  dijalankan adalah roller skating dan juga buih gergasi. Terdapat juga  pasar  malam  berdekatan yang menjual pelbagai barangan seperti makanan dan tudung.






6. Stesen Keretapi Taiping

Terletak  berhampiran  laluan  utama  ke  bandar  satelit  Kamunting, stesen  keretapi  lama  ini  telah  beroperasi  dalam jangka masa yang sangat lama, memandangkan ianya adalah laluan keretapi tertua di Malaysia. Selepas Stesen Keretapi Taiping yang baru telah siap, stesen lama hanya berfungsi sebagai perhentian penumpang. Untuk menaikkan semula seri stesen ini, pelbagai restoran telah dibuka di sini. Nasi kandar ada, laksa ada, pizza ada...

7. Kompleks Sejarah Matang

Kebanyakan pencinta sejarah tidak akan berpuas hati dengan hanya melawat ke Muzium Perak. Sekiranya anda adalah sebahagian daripada golongan yang kami katakan itu, ayuh bergerak hingga ke Kompleks Sejarah yang terletak di Matang ini. Terletak di dalam bangunan kayu yang dikatakan pernah menjadi milik Ngah Ibrahim, Menteri Jajahan Larut. Di dalam bangunan ini mempunyai sejarah yang lebih luas lagi mengenai Malaysia zaman dulu kala.



8. Kuala Sepetang

Sekiranya anda sudahpun mengunjungi Matang, anda boleh teruskan lagi ke depan di mana anda akan sampai di pekan nelayan yang kecil ini. Di sini, anda akan melalui hutan paya bakau terbesar di Malaysia. Untuk mengunjungi keindahan alam ini dengan lebih dekat, anda boleh singgah di Kuala Sepetang Eco Tourism. Di sini juga terkenal dengan mi udangnya yang sering disebut-sebut di beberapa blog pelancongan.


9. Kuala Gula

Kuala Gula, atau lebih tepat lagi Kuala Gula Bird Sanctuary Resort terkenal dengan aktiviti burung-burung migrasi. Ianya juga tempat yang sesuai untuk menenangkan diri bagi pencinta alam, kaki pancing ataupun mereka-mereka yang sekadar mahu lari dari kesibukan kota.






10. Bukit Merah Laketown


Taman tema air ini terletak di kawasan Semanggol, yang terletak lebih kurang 20km daripada Taiping. Menempatkan pelbagai permainan air, taman tema ini menjadi pilihan bagi mereka yang ingin bermandi-manda serta berseronok.  Di sini juga terdapat mini zoo dan Pulau Orang Utan yang boleh anda teroka.










No comments:

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...