"IPOH, 10 Jul — Dua cedera selepas kereta mereka naiki dirempuh bas yang merempuh sembilan lagi kenderaan di Kilometer 265.8 Lebuhraya PLUS arah selatan selepas Terowong Menora di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, lapor portal Harian Metro, bas yang dipercayai hilang kawalan, merempuh beberapa kereta di depannya, yang menyebabkan 10 kereta mengalami kerosakan.
Rakaman video, kira-kira 13 saat, yang menunjukkan insiden rempuhan itu tersebar meluas di media sosial, Facebook dan Twitter.
Pengguna lebuh raya itu juga memuatkan foto kereta-kereta yang rosak akibat nahas tersebut.
Bas kadang2 bawak laju macam celaka RT @MOFASAD: Bas langgar kereta dekat terowong Menora tadi. Hala ke utara. pic.twitter.com/Nwv1Tzgk2z— Pol Pogba (@MSaifulbahar) July 10, 2016
Pegawai polis Bukit Aman berkata kemalangan itu mengakibatkan dua mangsa dalam kereta, dipercayai kereta pertama dirempuh bas berkenaan, cedera.
“Bas ekspres itu yang dalam perjalanan ke selatan dan membawa 28 penumpang, dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh 10 kereta di depannya,” kata komander lebuh raya zon utara ASP Hazil Reza Mohd Ghazali.
“Setakat ini hanya dua mangsa itu dilaporkan cedera manakala pemandu dan penumpang bas serta kereta lain tidak cedera,” katanya ketika dihubungi akhbar tersebut.
Menurutnya, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan, sama ada kemungkinan kecuaian pemandu bas atau pemandu terbabit mengantuk atau masalah teknikal.
Sementara itu, Bernama melaporkan, ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak Supt Wan Jamil Wan Chik berkata kesemua 28 penumpang dan pemandu bas persiaran itu dilaporkan selamat.
Beliau berkata semasa kejadian, bas berkenaan yang tidak diketahui destinasinya secara tiba-tiba melalui bahagian lebuh raya itu lalu merempuh tiga kereta di hadapannya.
"Semua pemilik kenderaan telah membuat laporan polis di cawangan Trafik Ipoh. Pemandu bas itu akan ditahan untuk membantu siasatan," katanya.
Ketika kejadian, katanya, aliran trafik di lebuh raya itu bergerak perlahan.
"Polis Perak memandang serius kejadian ini. Kita akan siasat secara menyeluruh sama ada ia melibatkan isu-isu teknikal, kelalaian dan pengaruh dadah atau alkohol," katanya.
Menurut agensi berita itu lagi, jurucakap PLUS ketika dihubungi berkata kemalangan itu menyebabkan kesesakan trafik sepanjang 11 kilometer di lebuh raya itu.
Semua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dapat dialihkan kira-kira 4.30 petang, katanya.
Sumber: Malay Mail OnlineLepas terowong menora nak ke jelapang, lebih kurang 10 biji kereta dgn sebiji bas terlibat @plustrafik pic.twitter.com/ecYm3QkBU1— Aiyash (@AimanYashrif) July 10, 2016
OK, lepas aku tengok video bas rempuh 10 kereta kat Menora tu, sumpah aku seriau gila. Sebagai anak jati Perak, memang aku dah sedi maklum laluan yang membelah banjaran Kledang itu memang sangat berbahaya dan dah banyak "ambik nyawa" orang. Tak silap aku, dalam blog sebelum ni (tak payah cari, dah kena delete -_-'' ) , aku pernah terperangkap dalam kesesakan selama 6 jam disebabkan lori tergelincir dan merempuh dua kereta. Sampai orang keluar dari kereta, bhai, borak2 sesama diorang. Tu belum kira lagi ada yang sanggup berjalan kaki hingga ke R & R Sungai Perak. Waktu tu, kawasan ni masih pakai lampu oren yang malap yang menyala pun macam ikhlas tak ikhlas je. Lepas tu barulah pihak PLUS pasang lampu putih yang terang benderang tu.
Saman
OK, balik kepada cerita asal. Aku sebenarnya agak terkejut bila dimaklumkan yang pemandu bas mempunyai rekod 9 saman. Seriously, macammana seseorang yang ada 9 saman, masih dibenarkan untuk mengendalikan kenderaan awam? Kalau kenderaan persendirian tu, memang lantaklah apa yang jadi kat kau. Tapi bila melibatkan nyawa orang lain seperti teksi, bas dan sebagainya, pihak berwajib patutnya sekat golongan2 yang patut diblacklist ni.
Brek
Pasal brek, dari situ aku nampak pemandu ni ambik langkah yang agak bahaya, tetapi lebih kurang risiko kepada orang lain (penumpang dan pengguna jalan raya lain). Dia ambik langkah lalu kat area tengah2 jalan, untuk memperlahankan bas yang brek tak berapa nak makan waktu tu. Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa dan hanya dua orang, wanita, yang tercedera. Tapi pada aku, langkah tu masih bahaya lagi2 kat budak2 kecik yang suka duduk di bahagian sisi kereta. Tak dapat aku bayangkan kalau benda2 macam tu jadi. Lagi bahaya kalau ada kenderaan berat lain di hadapan kereta-kereta yang dilanggar, Dengan momentum yang sebegitu kuat, kereta-kereta ni hanya akan jadi domino yang "cium belakang" kereta lain. Tadi andai ada lori di hadapan (nauzubillah), memang akan berlaku "sandwich" di situ.
Jalan Alternatif?
Akhir sekali, aku nak ulas tentang kenyataan di TV3 tadi yang mencadangkan supaya adanya laluan alternatif. Aku harap benda ni boleh diperjelaskan lagi, sebab nampak macam tergantung di situ. Laluan alternatif yang macam mana? Jalan lama? Atau laluan khas bas seperti di Indonesia?
Persoalannya di sini, adakah bas mahu menggunakan jalan lama? Bukan sahaja ianya tidak menguntungkan pihak bas dan customer, malah sikap pemandu-pemandu bas yang suka memandu laju ini akan membahayakan orang-orang awam pula, terutama jika mereka melalui kawasan kampung dan pekan-pekan kecil. Laluan khas bas pula tidak sesuai memandangkan kedudukan lebuhraya di lereng bukit.
Apa-apa pun, jelas sekali perkara ni banyak bermain dengan sikap juga. Kalau masalah begini masih berlegar-legar dalam kalangan pemandu bas, dikhuatiri ramai yang akan beralih kepada keretapi memandangkan servisnya sudah bertambah baik, malah lebih laju serta mempunyai kemudahan surau dan tandas yang lengkap di setiap stesen.
No comments:
Post a Comment