Tuesday, June 21, 2016

Chinatown di Malaysia Selain Petaling Street yang Anda Harus Tahu

 Chinatown di Malaysia Selain Petaling Street yang Anda Harus Tahu 
( Chinatowns in Malaysia beside Petaling Street that you should know)

Salam semua. Lama betul tak update blog ni. Jujur cakap memang hilang rasa nak update blog memandangkan ramai dah beralih ke Insta dan FB. Tapi memandangkan ada bahan baru dan taknak bagi blog ni bersawang, aku try la jugak update.

BTW, idea untuk entri kali ni aku dapat ketika sibuk menggooglestreet tempat-tempat di Malaysia. Kebetulan pulak tengah kaji pasal culture Malaysia. Bila sebut pasal Chinatown, apa yang terbenak dalam kepala korang? Petaling Street? Duhh, banyak lagi sebenarnya berbanding tempat tu. Ni antara yang mungkin anda sendiri tidak tahu.

Kredit: Google Street


1. Pekan Cina - Pekan Melayu, Alor  Setar, Kedah



Dari PLUS, masuk di persimpangan Alor Setar (S). Kemudian di simpang empat, belok ke kanan melalui Lebuhraya Sultan Abdul Halim. Sampai di simpang empat kedua, belok kiri menghala Jalan Kuala Kedah, kemudian belok kanan di simpang tiga memasuki Susuran Sultan Abdul Hamid hinggalah anda tiba di gerbang seperti di dalam gambar. Tidak jauh daripada sini adalah Menara Alor Setar, Aman Central Mall dan Masjid Zahir.


2. Jalan  Jubli  Perak, Kangar, Perlis



Daripada PLUS, memasuki Lebuhraya Changlun- K.Perlis, kemudian menuju ke Kangar. Di simpang tiga Jalan Alor Setar- Kangar (berhampiran sungai), belok kiri. Tidak seperti Pekan Cina, jalan ini hanyalah deretan bangunan perniagaan dan warung makanan Cina. Mercu tanda berhampiran jalan ini adalah Bangunan KWSP.

3. Jalan Dewa, Sungai  Petani, Kedah



Dari PLUS, masuk ikut Sungai Petani (S). Di simpang empat, belok kanan melalui Jalan Bakar Arang dan terus hingga sampai ke Dataran Zero (kawasan menara jam Sungai Petani). Belok kanan ke Jalan Bank (penunjuk arah: kedai Nasi Kandar/ Bangunan UMNO)

4. Jalan  Pasar, Bagan  Serai, Perak



Dari PLUS, masuk ikut persimpangan Alor Pongsu. Belok kanan dan terus. Setibanya di simpang tiga berhampiran Stadium, belok kiri. Terus hingga ke SJKC Tong Wah. U-turn. Belok kiri pada simpang selepas masjid. Seperti mana namanya, jalan ini adalah kawasan pasar. 

5. Kampung  Cina, Kuala  Terengganu, Terengganu



Dari LPT2, masuk di persimpangan Kuala Terengganu (Kg. Gemuroh). Belok kanan. Terus melalui Jalan Kota Bharu - K.Tganu. Hingga ke bulatan, pukul 12. Terus sehingga melalui Jambatan Pulau Duyung. Di simpang empat, belok kiri. (You'll see big sign of "Allah Peliharakan Terengganu" di sini). Di simpang empat yang kedua, belok kiri lagi. Terus hinggalah ke hujung jalan. Belok kanan di simpang tiga.Terus juga hinggalah ke hujung. Belok kiri.

Notable monument: Pasar Payang

6. Jonker  Walk,  Bandar Hilir, Melaka



Dari PLUS, masuk ikut persimpangan Ayer Keroh. Jalan terus melalui Lebuh Ayer Keroh hinggalah ke simpang empat di Peringgit. Belok kiri. Terus hingga ke The Stadthuys. Pukul 3 di kawasan bulatan (melepasi Jambatan).


7. Jalan  Padungan, Kuching, Sarawak



Dari Lapangan Terbang Kuching (Kuching International Airport), tuju ke simpang tiga berhampiran Kuching Sentral. Belok kanan dan terus. Di simpang "V", pilih arah kanan. Terus ke atas jejambat. Di simpang empat Balai Polis Kontijen Sarawak, belok kanan. Terus hingga Bulatan Planetarium. Terus. Dari Jalan Central Timur akan menyusur ke Jalan Deshon. Di simpang tiga, belok kanan. Sampai di bulatan, ambil pukul 3. Terdapat gerbang ala China sebagai penanda.


8. Jalan  Gaya, Kota  Kinabalu, Sabah


Dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu (Kota Kinabalu Airport), keluar ke Jalan Kepayan. Belok kiri. Di simpang empat, belok kanan. Di bulatan, pukul 12. Belok kiri apabila hampir Dewan Majlis Bandaraya.

No comments:

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...