Kali
ni blog RV berminat nak kupas tentang sebuah negeri di Malaysia yang
tak kurang uniknya. Lain tidak bukan ianya adalah negeri Perak Darul
Ridzuan yang banyak menyimpan khazanah dan sejarah yang tidak ternilai.
Jom kupas beberapa fakta tentang negeri ni.
10.
Perak adalah negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia dengan
keluasan 21,005 km2 selepas negeri Pahang Darul Makmur dengan merangkumi
6.4% keluasan Malaysia.
9.
Sungai Perak adalah sungai kedua terpanjang di Malaysia selepas sungai
Pahang dengan panjangnya 400km, mengalir melalui hampir kesemua daerah
di Perak dari Hulu Perak ke Hilir Perak. Sungai ini memainkan peranan
penting suatu ketika dahulu kerana menjadi laluan Sultan dari Kuala
Kangsar ke Indonesia dan cawangannya sangat kaya dengan bijih timah.
Nama Perak juga diperoleh dari sungai ini yang warna airnya putih perak.
8.
Bukit Larut, Taiping, Perak adalah kawasan paling lembap di Malaysia
dengan taburan hujan 325 hari setahun. Hujan turun di sini hampir setiap
petang dan dijadikan sebagai penanda samada Taiping akan hujan atau
tidak. Awan aneh menyelubungi bukit ini hampir setiap masa dan
mempengaruhi cuaca di Taiping. Jika anda berpeluang ke Taiping dan
melalui jejambat yang melintasi rel keretapi pada waktu hujan, anda akan
perasan pada tengah jambatan itu akan berlaku "pemisahan kawasan" yang
mana sebelah kawasan hujan sementara sebelah lagi tidak.
7.
Perak adalah negeri yang menjadi syurga kepada penggemar durian
memandangkan durian antara tanaman terbesar di Perak dan menempatkan
baka2 durian terbaik. Jika Perak adalah sebuah negara, mungkin durian
adalah eksport terbesarnya.
6.
Perak juga pernah menemukan beberapa rafflesia, yang mana kebiasaannya
hanya ditemukan di Pahang dan Malaysia Timur. Salah satunya diberi nama
Rafflesia Azlanii, sempena nama Sultan Perak , Sultan Azlan Shah. Di
hutan Royal Belum juga pernah ditemukan rafflesia 10 kelopak yang
pertama di dunia.
5.
Perak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengharamkan tarian
Poco-poco. Ianya berdasarkan fatwa Mufti Perak sekitar bulan Mac 2011
yang mendakwa ianya membentuk simbol salib dan diamalkan di Jamaica.
4.
Ramai yang menyangka keris Taming Sari sudah tiada dan tinggal sejarah.
Anda salah kerana ianya berada di bawah kawalan kerajaan Perak.
Bagaimana keris dari Melaka ini boleh berada di Perak? Ini adalah kerana
keturunan diraja Perak berasal dari keturunan Sultan Muzaffar I yang
dihantar untuk memerintah Perak. Dengan erti kata lain, kerabat diraja
Perak mempunyai susur galur yang sama dengan kerabat Kesultanan Melaka.
3. Negeri Perak adalah satu-satunya negeri yang tiada Putera Mahkota sebaliknya diganti dengan terma "Raja Muda".
2.
Taiping pernah bertanding dengan Kuala Lumpur untuk menjadi ibu negara
suatu ketika dahulu memandangkan kebanyakan "tempat2 pertama di
Malaysia" terletak di sana. Taiping juga pernah menjadi ibu negara Perak
sehingga diberikan pula kepada Ipoh pada 1937. Taiping akhirnya menjadi
bandar bersejarah kerana kedudukannya "terlalu utara" untuk menjadi ibu
negara mahupun ibu negeri Perak.
1.
Haa, yang ni mesti korang susah nak percaya. Perak adalah satu-satunya
negeri di Malaysia yang mempunyai 5 dialek iaitu dialek Utara bagi
daerah Kerian dan LMS, dialek Kelantan bagi Hulu Perak, dialek Kepulauan
Indonesia bagi Kinta dan Kampar, dialek Lembangan Sungai Perak bagi
Kuala Kangsar, Manjung dan Perak Tengah sementara dialek Selatan bagi
Batang Padang dan Hilir Perak.
Utara:hang
Klate: mu
Dialek Sg.Perak: kome
Dialek Selatan: mike
Sekian sahaja,
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment