Sunday, April 1, 2018

Masjid-masjid dengan senibina unik di Malaysia

Masjid, dahulunya mempunyai peranan yang sangat luas sebagai pusat kemasyarakatan, pentadbiran, dan pendidikan, yang mana tidak terhad kepada urusan ibadah sahaja. Lama-kelamaan fungsinya disempitkan untuk tujuan ibadah sahaja selepas berlakunya kolonialisasi di negara kita. Namun, pada masa kini, masjid juga telah menjadi salah satu tarikan pelancongan yang menjadi aset penting di negara kita seperti Masjid Putrajaya, Masjid Jamek, Masjid Ubudiah dan Masjid Zahir.

Senibina tipikal masjid di Malaysia yang dipengaruhi unsur Mughal/India. Masjid di atas adalah Masjid India Muslim, Padang Kota, Ipoh. Kebanyakan masjid lama di Malaysia agak dipengaruhi senibina di atas.

Jika kita melihat dari perspektif yang lain, kita akan mendapati kebanyakan reka bentuk masjid di negara kita tidak lari dari konsep Timur Tengah, Moorish dan juga pengaruh Mughal/India. Kebanyakan yang mempunyai rekabentuk Nusantara hanya terhad pada rekabentuk surau. Tetapi sebenarnya, masih terdapat masjid-masjid di Malaysia yang unik dan mempunyai rekabentuknya yang tersendiri dan tidak terpengaruh dengan rekabentuk Timur Tengah.



1.Masjid Ayesha, Kok Lanas, Kelantan


Daripada  jauh, Masjid  Ayesha  kelihatan seperti banglo/rumah  agam  yang  dikelilingi  5  menara  dengan  menara  di  tengah  mempunyai  jam  yang  membezakan  dari  menara  yang  lain.


2.Masjid  berseni  bina  Cina

-   Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan



-  Masjid Muhammadiah, Ipoh ;



-  Kompleks al-Saadah, Seremban



-  Masjid Cina Melaka.



3. Masjid Diraja Sultan  Suleiman, Klang, Selangor


Masjid  dengan  senibina  yang  agak  unik  ini  merupakan pemberian British  kepada Sultan Selangor ketika itu. Senibinanya dikatakan mempunyai gabungan Inggeris dan Moorish dan ada juga yang mengatakan lebih kepada Art Deco.

4. Masjid Sultan Abu Bakar, Johor  Bahru, Johor

kredit: orangjohor.com

Kebanyakan  masjid  yang  mempunyai  senibina  Inggeris/Eropah  terletak di  negeri  Johor, selalunya  mempunyai  warna  biru  yang  dikaitkan  dengan  salah  satu  warna  bendera   serta  warna  diraja  negeri  itu.

Masjid Jamek  Sultan  Ibrahim, Muar



Masjid  Jamek  Sultan  Ismail, Muar



5. Masjid Kayu  Ulul Albab, Jertih, Terengganu

Kredit: teganukita.blogspot.com

Kredit: itc.gov.my
Berlainan  dengan  kebiasaan untuk  membina  mana-mana  masjid  dengan  konkrit, masjid  ini  tampil  sebagai  satu-satunya  yang  unik  dengan  menjadikan  kayu  cengal  sebagai  bahan  utamanya. Masjid  ini diberi sentuhan ukiran oleh pengukir ternama, Wan Mustafa Wan Su.


6. Masjid Besi (Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin), Putrajaya


Masjid  ini adalah salah satu daripada dua masjid yang terletak di Putrajaya selain Masjid Putra. Masjid  ini mempunyai senibina yang unik yang  menggunakan keluli sebagai senibina utama dan mempunyai mekanisme pengudaraan yang unik.

7. Masjid Kristal

Kredit: harakahdaily.net
Sama  seperti  Masjid  Besi,  masjid  ini yang dibina terlebih dahulu juga mempunyai seni bina dengan bahan binaan yang unik.


8. Masjid Taman Ilmu  Tembila, Besut, Terengganu


Masjid  ini  yang  dibina  di dalam Taman Ilmu berdekatan dengan Universiti Malaysia Terengganu kampus Tembila mempunyai unsur senibina Melayu Terengganu yang unik.


9. Masjid Assyakirin, Bintulu, Sarawak


Masjid  ini mempunyai senibina yang unik kerana tidak mempunyai kubah tipikal yang berbentuk bawang. Antara masjid lain yang mempunyai senibina yang sama adalah Masjid Negara dengan kubah berbentuk kipas.

10. Masjid Negeri Sembilan


Sebuah lagi masjid yang lari daripada senibina tipikal masjid biasa di Malaysia. Dikatakan masjid ini mengambil konsep senibina Minangkabau dan moden. Masjid yang mempunyai senibina yang hampir serupa adalah Masjid Negeri Pulau Pinang, kecuali masjid di Pulau Pinang mempunyai kubah di atasnya.

11. Masjid Sultan Ismail, Chendering, Kuala  Terengganu

artmelayu.blogspot.com
Suatu kebiasaan dan tidaklah menghairankan apabila senibina Melayu diaplikasikan di dalam kebanyakan bangunan di Terengganu. Jika kedua masjid sebelum ini lebih menumpukan pada senibina bumbung dan bahan binaan, masjid ini lebih kepada mempunyai ukiran Melayu, sambil dipengaruhi senibina Inggeris yang boleh dilihat pada kubahnya.

12.  Masjid  Buluh  Gua  Musang



Satu  lagi  masjid yang dibina dengan bahan binaan yang unik. Masjid ini baru sahaja dirasmikan di Gua Musang (ketika entri ini ditulis) pada  17  Mac  2018.

13. Masjid al-Muttaqin, Kota  Samarahan, Sarawak


Masjid di Samarahan  ini  dibina dengan campuran elemen  tempatan dan juga moden.


14. Masjid  Jamek an-Nur, Labuan

Masjid  ini  merupakan  satu-satunya  masjid  yang  terletak di wilayah Labuan  dan  mempunyai  gabungan  unsur-unsur  senibina  Melayu-Brunei  dan  Turki.

15. Masjid  Raja  Haji  Fisabilillah, Cyberjaya, Selangor

Masjid  ini  yang terletak di Cyberjaya diberikan nama sempena pahlawan Bugis yang juga merupakan Yang Dipertuan Muda Kesultanan Johor-Riau (1777-1784). Ianya diberikan sentuhan moden futuristik.


16. Masjid  Lapan  Kubah, Besut

Image result for besut

Masjid  yang  terletak di  Besut  ini  mirip  dengan gereja  St.Basil  di  Rusia.






Saturday, March 10, 2018

Posting Santai: Mungkinkah bandar-bandar ini mempunyai LRTnya tersendiri?





1. Shah Alam & Klang

Credit: Mole.my

Sebelum ini, kedua-dua bandar utama di Lembah Klang ini dihubungkan oleh laluan Komuter yang disediakan oleh KTM. Walaubagaimanapun, projek LRT3 atau dikenali sebagai Laluan Bandar Utama-Klang telahpun menyenaraikan kedua bandar ini di dalam kawasan laluan, dengan beberapa stesen yang tertumpu di kawasan-kawasan utama bandar-bandar ini seperti Stadium, Seksyen 14 Shah Alam, UiTM, i-City, Bukit Raja dan Pusat Bandar Klang. Laluan ini mempunyai kira-kira 26 stesen dan dijangka akan beroperasi sekitar 31 Ogos 2020.

2. Puncak Alam

Credit: Skyscrapercity
Puncak Alam adalah antara salah satu stesen di dalam Laluan Rel Pantai Timur Fasa 2, melibatkan Gombak, Serendah, Puncak Alam, Kapar dan seterusnya ke Pelabuhan Klang. Laluan ini dan laluan LRT3 adalah satu-satunya yang dilabel sebagai "Dalam Pembinaan" di dalam entri ini memandangkan ianya sudah disahkan dan bukan lagi dalam proses perbincangan. Laluan ini juga dibina pada masa yang sama Laluan Wakaf Bharu-Pengkalan Kubor dibina.

3. Johor Bahru



Seringkali kita dengar tentang khabar angin, kononnya Johor Bahru akan menjadi bandar kedua yang akan mempunyai sistem LRTnya tersendiri di luar wilayah Lembah Klang. Ini bukanlah sesuatu yang mustahil memandangkan populasi bandar ini yang agak ramai, serta jalan raya yang agak lebar, sekaligus tidak menjadi penghalang untuk membina laluan LRT di sini. Antara kawasan yang dikatakan akan dihubungkan adalah Pasir Gudang, Nusajaya dan juga Skudai. Berbanding beberapa tahun yang lalu di mana ada beberapa pelan LRT yang dilukis oleh train enthusiast, kini hanya pelan RTS Johor Bahru-Singapore yang boleh dijumpai. Laluan ini hanya mempunyai dua stesen, iaitu Bukit Chagar (JB) dan Woodlands.

Salah satu pelan LRT yang dijumpai. 
Kredit: http://thedevelopmentadvisor.com/tda/wp-content/uploads/2011/12/Iskandar-Malaysia-Rail-Network.jpg

Kredit: http://zkeretapi.blogspot.my/2013/08/cadangan-projek-jalan-keretapi-johor.html

Aku agak suka dengan plan kedua. Kenapa? Sebab pelan yang kedua ini kalau korang perhatikan, hanya menggunakan laluan sedia ada, iaitu Laluan KTM Johor Baru-Gemas, Laluan Pasir Gudang (gerabak barang) dan Laluan Tanjung Pelepas (gerabak barang). Pelan ini menambah beberapa stesen di laluan utara selatan seperti Tampoi, Larkin, Kebun Teh (Dato Sulaiman) dan Saleng. Laluan gerabak barangan pula diubah seratus peratus menjadi laluan penumpang. Kebetulan pula, kawasan yang dilalui laluan sedia ada merupakan kawasan-kawasan utama seperti Skudai, Nusajaya, Gelang Patah dan Pasir Gudang. Melalui pelan ini, KTM (atau apa2 syarikat swasta lain) hanya perlu membina stesen-stesen baru dan menyediakan perkhidmatan komuter sahaja seperti di Utara,


4. Pulau Pinang

Kredit:chatpropertymalaysia.com


Antara saingan sengit bagi Johor Bahru, memandangkan bandar ini juga giat merangka pelan pengangkutan mereka. Bandar ini terkenal dengan perancangan projek mega mereka seperti Skycab iaitu kereta kabel dari pulau ke tanah besar merentas lautan serta projek terowong bawah laut yang mencetuskan kontroversi. Membina landasan di tanah besar Pulau Pinang bukanlah suatu masalah besar memandangkan sudah terdapat landasan sedia ada serta kawasan yang masih luas. Masalah bermula apabila laluan tanah besar akan disambungkan ke kawasan pulau yang berkepadatan tinggi. Tidak seperti Johor Bahru, jalan raya di Pulau Pinang agak sempit, bangunan yang agak rapat, serta status bandar bersejarah Unesco yang perlu dipelihara. Timbul juga idea untuk menggantikan pelan ini dengan tram yang didakwa lebih baik berbanding LRT serta kosnya yang murah. Masih belum dapat dipastikan adakah laluan keretapi akan dibina di atas Jambatan Pulau Pinang untuk menghubungkan laluan tanah besar dan laluan pulau.


5. Kota Kinabalu

Sumber: Lowyat Forum. Siap ada water taxi lagi.


Buat masa ini, hanya negeri Sabah yang mempunyai laluan keretapi sendiri di pulau Borneo, yang mana laluan ini masih belum ada di Brunei dan Kalimantan. Jadi bukanlah sesuatu yang menghairankan sekiranya Kota Kinabalu akan mempunyai sistem LRTnya sendiri dahulu sebelum Kuching. Laluan sedia ada pada masa sekarang menghubungkan Tanjung Aru ke Tenom.

 Kerajaan Sabah dilihat agak komited dalam perkara ini dan dalam proses membina Aeropod di Tanjung Aru. Seperti mana Pulau Pinang, masalah utama di Kota Kinabalu adalah laluan keretapi agak hampir dengan jalanraya, bangunan dan premis kediaman, yang mana menyukarkan urusan untuk membina jejambat LRT. Kekurangan tanah kosong juga mungkin menyebabkan laluan Tanjung Aru tidak dapat dipanjangkan, sebaliknya sebuah stesen terminal di pinggir bandar seperti stesen Putatan perlu diwujudkan untuk membentuk laluan bypass terus ke Penampang, Inanam dan Tuaran. Kajian juga sedang dijalankan untuk membentuk laluan ke Kudat.

Apa-apapun, aku agak suka dengan laluan dalam pelan ni, memandangkan hanya ada loop dan bukannya sampai lima, enam laluan seperti KL dan Penang.


6. Kuching

Kredit: kuchingborneo.info
Sama seperti bahagian pulau Pulau Pinang, cabaran terbesar bagi Kuching adalah kerana tiadanya landasan sedia ada yang terdapat di sini. Meskipun dikhabarkan bahawa wujudnya landasan sebelum kemerdekaan dan penggabungan suatu ketika dahulu, ketiadaan rizab keretapi mungkin menyebabkan kerajaan negeri Sarawak perlu mula dari scratches. Antara yang menarik perhatian aku adalah Laluan Sematan, Laluan Serian dan juga Laluan Samarahan. Pada pendapat aku, ini adalah laluan yang perlu diberi keutamaan terlebih dahulu berbanding laluan-laluan lain. Laluan Sematan dan Laluan Serian patut disatukan memandangkan laluan ini agak berpotensi menjadi laluan antarabandar, misalnya ke Sibu atau Miri, malah boleh jadi melangkau Brunei, Kota Kinabalu dan Kalimantan. Laluan Samarahan pula akan menjadi laluan wajib bagi pelajar Uitm dan UniMAS ke airport dan pusat bandar. Pelan ini boleh dikatakan agak popular kerana selalu digunakan pihak media alternatif. Walaubagaimanapun, Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Tun Openg menafikan pelan ini datang daripada pihaknya.


7. Seremban

Laluan keretapi tinggal yang boleh diperhatikan di bandar Port Dickson. Kredit: BH / PLUS

Buat masa ini, masih tiada lagi perancangan bagi bandar Seremban untuk memiliki LRTnya sendiri. Satu-satunya tuntutan atau cadangan adalah untuk menghidupkan kembali laluan Seremban-Port Dickson yang telah ditamatkan Walaubagaimanapun, bukan mudah untuk menghidupkan kembali laluan berkenaan. Meskipun Port Dickson merupakan pusat pelancongan terkenal di Malaysia dan bandar kedua terbesar di Negeri Sembilan, namun trafik ke sana masih agak rendah sehingga menyebabkan kerugian kepada Lebuhraya Port Dickson-Seremban.

Keengganan kerajaan untuk menghidupkan laluan keretapi mungkin bersangkut paut pada kegagalan lebuhraya itu sendiri dalam menarik orang ramai ke sana. Kewujudan HSR juga tidak banyak menyumbang kepada proses pemulihan landasan ini, memandangkan stesen HSR Seremban berada pada lokasi yang agak hampir dengan Seremban. Satu-satunya fungsi yang boleh digunakan bagi landasan ini adalah menjadi perantara antara stesen KTM dan stesen HSR. Berbalik kepada LRT, tidak banyak yang boleh dikatakan. Meskipun terletak sangat hampir dengan Lembah Klang, kebanyakan titik utama telahpun mempunyai stesen masing-masing seperti Nilai, Labu, dan Senawang. Jika LRT dibina di sini, antara kawasan yang mungkin terlibat adalah Seremban 2, Bandar Ainsdale, Paroi, Sendayan, Rasah dan Sikamat.

8. Ipoh

Kredit: ipohecho.com.my


Meskipun mempunyai keluasan dan kepadatan yang melebihi Seremban, Ipoh juga masih belum bercadang untuk mewujudkan sistem LRTnya sendiri. Bandar keempat terbesar di Malaysia ini walau bagaimanapun mempunyai perancangan untuk mewujudkan laluan rel Ipoh-Lumut untuk menyatukan pelabuhannya dengan ibu negeri. Antara stesen yang dijangka adalah Kampung Acheh, Manjung/ Sitiawan, Ayer Tawar, Seri Iskandar sebelum bergabung dengan laluan KTM di Batu Gajah.

Kali terakhir cadangan mengenai LRT di Ipoh disebut adalah pada 24 Julai 2010. Sumber:  Cadangan LRT. Cadangan itu juga turut memasukkan Station 18, Tanjung Rambutan dan Simpang Pulai. Laluan KTM Tanjung Rambutan sebelum ini telahpun dimansuhkan dan terbiar hingga kini. Memandangkan Stesen Ipoh merupakan satu-satunya pintu masuk untuk ke serata bandar Ipoh, ianya agak sesuai untuk pembangunan LRT. Selain daripada 3 stesen yang dicadangkan, antara kawasan-kawasan lain yang berpotensi adalah Meru Raya, Klebang, Gugusan Manjoi, Pusing, Kledang/Menglembu, Airport/Pasir Pinji, Taman Cempaka/Ungku Omar, Tambun dan Stadium.


9. Melaka

Kredit: thestar.com.my


Melaka adalah sebuah negeri kecil yang agak pesat membangun buat masa ini. Pernah suatu ketika pada tahun 2008, terdapatnya perancangan untuk membina Aerorel Melaka, yang menggantikan Aerorel KL yang digantikan dengan KL Monorel. Pelan ini bermula dari Plaza Tol Ayer Keroh ke Dataran Pahlawan dan menyenaraikan Zoo Melaka, MITC, Dataran Majlis Bandaraya, Melaka Mall, Hospital Melaka, Melaka Sentral, Hang Tuah Mall, Stathuys dan Dataran Pahlawan. Cadangan ini bagaimanapun dikritik dan kerajaan negeri diseru memperbaiki perkhidmatan bas terlebih dahulu.

Pada tahun yang sama, Melaka mengejutkan Malaysia apabila mula membina laluan monorelnya sendiri. Kebanyakan orang merasa skeptik memandangkan mereka merasakan JB dan Pulau Pinang yang akan mempunyai sistem itu terlebih dahulu. Stesen ini membentuk sebuah lingkaran sepanjang Sungai Melaka sepanjang 1.6km, mempunyai dua stesen iaitu Stesen Hang Tuah berhampiran stesen bas lama dan Stesen Hang Jebat di Taman Herba dan hanya digunakan untuk tujuan pelancongan.

Monorel Melaka pernah mencetuskan kontroversi di dada-dada akhbar apabila mengalami banyak kerosakan sejak dibuka pada Oktober 2010. Kerosakan pada 3 Disember 2011 menyebabkan monorel ini ditutup selama 4 tahun sebelum dibuka semula pada 4 Disember 2017.

Memandangkan stesen KTM terdekat dengan Melaka adalah stesen Tampin dan stesen Batang Melaka, Maka, adalah dijangka stesen yang mungkin tersenarai adalah Tampin-Alor Gajah- Krubong/Cheng/Airport-Banda Hilir atau Batang Melaka - Selandar - Jasin - Bemban - Ayer Keroh - Banda Hilir.

10.

                                               Image result for kuala selangor

Tidak dapat dipastikan apakah bandar kesepuluh yang mungkin mempunyai sistem LRTnya tersendiri. Hanya Alor Setar dan Kangar merupakan bandar ibu negeri pantai barat yang masih belum disebut. Tidak terdapat langsung sebarang cadangan baik dari pihak kerajaan negeri mahupun forum train enthusiast berkenaan LRT di sini memandangkan jumlah penduduk yang masih boleh dianggap kurang. Mungkin sebuah landasan yang menghubungkan Kuala Kedah-Simpang Kuala-Alor Setar-Pokok Sena-Kuala Nerang namun laluan ini belum tentu mendatangkan keuntungan

Bagi bandar-bandar  di pantai timur,(Kuantan, Kota Bharu, Kuala Terengganu), keadaannya juga agak sama seperti di atas, Kawasan yang paling berkemungkinan untuk mendapatkan sistem LRTnya tersendiri berbanding bandar-bandar di atas adalah bandar pesisir pantai barat Selangor seperti Banting, K.Selangor, T.Karang dan Sg.Besar. Ini adalah kerana bandar terdekat iaitu Klang akan dihubungkan perkhidmatan LRT melalui laluan LRT3 serta laluan ECRL. Melalui sambungan ini, dapatlah diandaikan bahawa jaringan pantai barat Selangor boleh dibentuk melalui laluan Banting-Klang- Kapar - K.Selangor - Tg.Karang - Sekinchan - Sg.Besar. Melalui kemungkinan ini, maka jaringan seluruh Selangor mula terbentuk sepenuhnya melalui kereta api, serta lebuhraya melalui pembinaan Lebuhraya Pantai Barat akan datang.

Thursday, November 2, 2017

Kawasan Mural seluruh Malaysia yang terbaik untuk selfie





















Anda sukakan seni? Kebiasaannya untuk menghayati seni, kita perlu berkunjung ke galeri seni untuk menatap hasil-hasil seni di sana. Tapi ramai yang tidak sedar, di Malaysia ini seni dalam  bentuk  mural  juga boleh ditatap di lorong-lorong kecil di belakang kedai. Berikut adalah  tempat-tempat  sesuai  untuk  anda  berselfie  atau  berswafoto  dengan  mural-mural  yang  menjadi  tarikan  pelancong.

1. Sekitar  Penang

Image result for penang street art

2. Sekitar  Ipoh

Image result for ipoh street art


3. Laman Seni, Jalan Che Mek Molek, Machang, Kelantan

Image result for street art machang kelantan

4. Souk Fil Madinatul  Jadid, Jalan Dato Pati, Kota Bharu, Kelantan


Related image

5. Jalan  Penjara, Kangar, Perlis (belakang lorong)

Image result for street art perlis


6. Lorong  Seni, Seremban, Negeri Sembilan

Image result for lorong seni seremban negeri sembilan malaysia

7. Laman Seni 7, Shah Alam, Selangor

Image result for laman seni 7

8. Melaka (sepanjang river cruise)

Image result for melaka street art

9. Laman Kreatif Kluang. Jalan Teoh Siew Khor, Kluang, Johor

Image result for street art kluang

10. Kampung Cina, Kuala Terengganu, Terengganu

Related image



Saturday, August 26, 2017

Kalaulah landasan keretapi dibina menghubungkan Utara (Kedah, Penang, dan Perak) ke Pantai Timur

Kita semua mengetahui yang ECRL atau nama panjangnya Laluan Keretapi Pantai Timur akan dibina dalam masa yang terdekat. Akhirnya, negeri Terengganu yang selalu disebut-sebut sebagai negeri di Semenanjung yang tak dilalui oleh kereta api ,walaupun sebenarnya Melaka pun tak lah tereffect sangat dengan keretapi (satu Batang Melaka yang nun jauh ke sempadan, dan satu lagi di Pulau Sebang, pun kat sempadan). Maybe sebab tulah Melaka request buat sambungan ke Banda Hilir, yang mana kini diambil alih oleh projek HSR.

OK, back to topic.

Sebenarnya untuk menghubungkan dari Kelantan ke Penang mungkin bukan cabaran besar buat sesetengah orang, kan? Mungkin ada yang mencadangkan supaya dibuat seiring dengan jalan daripada Kulim ke Kelantan. Tapi konsep keretapi tak sama dengan konsep jalan raya. Kalau kita perasan, KTM banyak buang stesen yang dianggap "tak berguna" dalam operasi mereka. Sesetengahnya diganti dan sesetengahnya terus dibuang.

Contohnya: Stesen Bukit Berapit agak tidak efisien dan terletak jauh dalam kawasan berhutan. Jadi stesen yang baru telah dibina di pekan Padang Rengas yang mempunyai lebih potensi. Sebaliknya stesen Pondok Tanjung ditutup terus dan digantikan (tak pasti ayat digantikan ni sesuai ke tidak, sebab Kamunting agak jauh dari Pondok Tanjung) dengan stesen Kamunting.

Jadinya di sini, kita boleh lihat, daripada sebuah sistem pengangkutan yang ada banyak stesen, termasuk stesen kampung dan stesen ladang yang dibina secara alai-balai (kadang2 lebih kepada sebuah pondok), KTM komited untuk menjadi alternatif kepada jalanraya dan penerbangan dan dalam masa yang sama, menjaga kualitinya.

Admin masih ingat suatu ketika dahulu, keretapi agak dipandang rendah sebagai "kenderaan orang miskin" kerana stesen kita yang masih dibuat dari kayu yang usang serta perjalanan yang lambat sehinggakan kereta yang lalu di sebelah lebih cepat. Admin juga pernah menaiki perjalanan dari Taiping ke Pdg. Besar yang memakan masa 6 jam, walhal dengan menaiki bas, perjalanan memakan masa dalam 3-4 jam sahaja.

OK, first, kita list dulu bandar-bandar penting yang ada di Kedah dan Perak. Eh, kenapa takdak Penang dan Kelantan? Sebab obviously stesen Bukit Mertajam, or Tasik Gelugor akan disambungkan. Aku tak rasa KTM akan buat stesen baru di Penang semata2 nak sambungkan ke Kelantan. Untuk bahagian Kelantan pulak, kebarangkalian akan melalui bandar/pekan sekitar Lebuhraya Timur-Barat seperti Jeli, Ayer Lanas, Bukit Bunga, sebelum berakhir di Tanah Merah.

Bandar/pekan di Kedah yang sesuai agak banyak. Contohnya:
-Padang Serai, Baling, Kulim, Lunas, Serdang, Kuala Ketil, Kupang dan Karangan

Walaubagaimanapun, apabila tiba di Perak, ianya menjadi agak sukar. Bandar di pedalaman Perak adalah pada kedudukan menegak (pada peta) sedangkan bandar di Kelantan dan Kedah dalam posisi melintang. Jumlah bandar/pekan juga tidak banyak. Yang bersesuaian mungkin Selama dan Gerik sahaja, sebelum menuju ke Kelantan.

Projek ini mungkin takkan berlaku dalam masa terdekat. Kebarangkalian projek landasan berkembar Gemas-JB, Keretapi Laju KL-Singapura, Landasan di Sarawak dan Sabah, LRT Penang dan JB akan siap dahulu sebelum perkara ini ditimbangkan. Lagipun, Pelabuhan Tok Bali di Kelantan tidak seberapa menonjol buat masa kini untuk disambungkan ke pelabuhan Butterworth. Lalu lintas dari Kelantan ke Pulau Pinang pun tidak seberapa teruk memandangkan trafik Lebuhraya Butterworth-Kulim masih rendah dan menanggung kerugian. Mungkin apabila trafik darat di antara kedua negeri semakin sesak, projek ini boleh difikirkan semula.

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...