Monday, October 22, 2018

Negeri dan wilayah dengan universiti terbanyak di Malaysia

Lama  betul  aku  tak  update  blog  ni.  Idea  untuk  entri  ni pun  datang  bila  aku  skrol  youtube  dan  kebetulan  klik  kat  Geography  Challenge  oleh  SAYS  pasal  negeri-negeri  di  Malaysia, which diorang kena  teka  nama  negeri berdasarkan  bayang  peta  dan  fakta-fakta  tentang  negeri  tu.  To  my  suprise,  untuk  Selangor,  salah  satu  faktanya  adalah  negeri  dengan  jumlah  universiti  terbanyak  di  Malaysia.  Disebabkan  aku memang  spesis  manusia  yang  mempunyai  masa yang  tersangat banyak (lol)  dan gigih nak buktikan  fakta, punyalah gigih duk  telek  wiki dan  google  street  untuk  check  kesahihan  fakta  ni.  After 3 sleepless night maka terhasillah entri ini. Kah! Have fun reading.


#10. Labuan: 1 universiti 
(1 universiti  awam 1 universiti  swasta)

Image result for ums labuan


-Universiti  Malaysia  Sabah  (Kampus  Antarabangsa)
-Universiti  Terbuka  Malaysia  (OUM)


#10. Putrajaya: 2 universiti 
(2 universiti  swasta)



-Universiti Heriot-Watt
-Universiti  Sains  Komputer  dan  Kejuruteraan  Malaysia  (UniMY)



9. Perlis: 3 universiti  
(2 universiti  awam, 1  politeknik)




-Universiti  Malaysia  Perlis
-Universiti  Teknologi  MARA  (UiTM)  Arau
-Politeknik  Tuanku  Syed  Sirajuddin


#8. Kelantan: 9 universiti  
(4 universiti  awam, 2 politeknik, 3 universiti  swasta) 



UNIVERSITI  AWAM  &  POLITEKNIK

-Universiti  Malaysia  Kelantan
-UiTM  Machang
-UiTM  Kota  Bharu
-Universiti  Sains  Malaysia, Kubang  Kerian
-Politeknik  Kota  Bharu
-Politeknik  Jeli


UNIVERSITI  SWASTA



-OUM  Kota Bharu
-OUM  Kuala Krai
-Unitar

#8. Melaka: 9  universiti 
(4 universiti  awam, 2 politeknik, 3 universiti  swasta)



UNIVERSITI  AWAM  & POLITEKNIK

-Universiti  Teknikal  Malaysia  Melaka (UTeM)
-UiTM  Alor  Gajah
-UiTM  Jasin
-UiTM  Melaka
-Politeknik  Melaka
-Politeknik  Merlimau



UNIVERSITI  SWASTA

-Universiti  Multimedia (MMU)
-UniKL
-OUM


7. Terengganu: 10 universiti  
(5 universiti  awam, 3 politeknik, 2 universiti  swasta)


UNIVERSITI  AWAM  &  POLITEKNIK



-Universiti  Malaysia  Terengganu
-Universiti  Sultan  Zainal  Abidin
-UiTM  Bukit  Besi
-UiTM  Dungun
-UiTM  Kuala  Terengganu
-Politeknik  Sultan  Mizan
-Politeknik  Kuala  Terengganu
-Politeknik  Hulu  Terengganu

UNIVERSITI  SWASTA



-Universiti  UCSI  Kuala  Terengganu
-OUM




#6. Kedah: 11  universiti 
(2 universiti  awam, 2 politeknik, 6 universiti  swasta)


UNIVERSITI  AWAM




-Universiti  Utara  Malaysia
-UiTM  Kedah
-Politeknik  Sultan  Abdul  Halim  Muadzam  Shah
-Politeknik  Tuanku  Sultanah  Bahiyah


UNIVERSITI  SWASTA


-Universiti  AIMST
-Universiti  Sultan  Abdul  Halim  Muadzam  Shah  (UniSHAMS)
-Universiti Antarabangsa al-Bukhary
-Unitar
-Universiti  Kuala  Lumpur Malaysian-Spanish  Institute
-OUM Alor  Setar
-OUM Sungai  Petani

#6. Pulau  Pinang:  11  universiti  
(4 universiti  awam, 3 politeknik, 4 universiti  swasta)


UNIVERSITI  AWAM  &  POLITEKNIK



-Universiti  Sains  Malaysia
-UiTM  Pulau  Pinang,  Permatang  Pauh
-UiTM  Bertam
-UiTM  Balik  Pulau
-Politeknik  Seberang  Perai
-Politeknik  Balik  Pulau
-Politeknik  METRO  Tasik  Gelugor


UNIVERSITI  SWASTA



-RCSI  &  UCD  Kampus  Malaysia  (RUMC)
-Kolej  Antarabangsa  INTI  Penang
-Universiti  Terbuka  Wawasan  (WOM)
-OUM

#6. Pahang: 11 universiti  
(5 universiti  awam, 2 politeknik, 4 universiti  swasta)

UNIVERSITI  AWAM  &  POLITEKNIK




-Universiti  Malaysia  Pahang
-Universiti  Islam  Antarabangsa  Malaysia  Kampus  Kuantan
-UiTM  Jengka
-UiTM  Raub
-UiTM  Kuantan
-Politeknik  Sultan  Haji  Ahmad  Shah
-Politeknik  Muadzam  Shah


UNIVERSITI  SWASTA


-Universiti  Tenaga  Nasional  Muadzam  Shah
-Universiti  Automotif  DRB-Hicom, Pekan
-OUM  Temerloh
-OUM  Kuantan

#6.  Negeri  Sembilan:  11  universiti 
(5 universiti  awam, 2 politeknik, 4 universiti  swasta)


UNIVERSITI  AWAM  &  POLITEKNIK


-Universiti  Sains  Islam  Malaysia
-UiTM  Kuala  Pilah
-UiTM  Seremban  3
-UiTM  Rembau
-UiTM  Nilai
-Politeknik  Port  Dickson
-Politeknik  Nilai

UNIVERSITI  SWASTA

-Universiti  Nilai
-Universiti  Antarabangsa  Manipal
-Universiti  Antarabangsa  INTI  Nilai
-OUM  Seremban


5. Sabah: 13 universiti  
(3 universiti  awam, 2 politeknik, 8 universiti  swasta)



UNIVERSITI  AWAM  &  POLITEKNIK



-Universiti  Malaysia  Sabah
-UiTM  Kota  Kinabalu
-UiTM  Tawau
-Politeknik  Kota  Kinabalu
-Politeknik  Sandakan


UNIVERSITI  SWASTA



-Universiti  Antarabangsa  INTI  Sabah
-Universiti  Antarabangsa  Unitar (Unitar)
-OUM  Kota  Kinabalu
-OUM  Kota  Marudu
-OUM  Sandakan
-OUM  Lahad  Datu
-OUM  Tawau
-OUM  Keningau


#4. Sarawak: 16  universiti
(5 universiti  awam, 3 politeknik, 8 universiti  swasta)

UNIVERSITI  AWAM  &  POLITEKNIK




-Universiti  Malaysia  Sarawak
-UiTM  Samarahan
-UiTM  Samarahan  2
-UiTM  Mukah
-Universiti  Putra  Malaysia  Kampus  Bintulu
-Politeknik  Kuching
-Politeknik  Mukah
-Politeknik  METRO  Betong


UNIVERSITI  SWASTA


-Universiti  Curtin, Miri
-Universiti  Teknologi  Swinburne  Kampus  Sarawak
-Universiti  UCSI  Sarawak
-Universiti  Antarabangsa  Unitar
-OUM  Kuching
-OUM  Sibu
-OUM  Bintulu
-OUM  Miri



#4. Perak: 16 universiti
(4 universiti awam,2 politeknik, 10 universiti  swasta)


UNIVERSITI  AWAM  &  POLITEKNIK




-Universiti  Pendidikan  Sultan  Idris
-UiTM  Seri  Iskandar
-UiTM  Tapah
-UiTM  Teluk  Intan
-Politeknik  Ungku  Omar
-Politeknik  Sultan  Azlan  Shah,  Behrang

UNIVERSITI  SWASTA



-Universiti  Teknologi  Petronas
-Universiti  Tunku  Abdul  Rahman
-Universiti  Sultan  Azlan  Shah
-UniKL  Ipoh
-UniKL  Lumut
-Universiti  Antarabangsa  Quest  Ipoh
-OUM  Manjung
-OUM  Ipoh
-OUM  Greenhill
-OUM  Tanjung  Malim


3. Kuala  Lumpur: 17  universiti 
(4 universiti awam, 1 politeknik, 12 universiti swasta)

UNIVERSITI  AWAM &  POLITEKNIK




-Universiti  Malaya
-Universiti  Pertahanan  Nasional  Malaysia
-Universiti  Teknologi  Malaysia  Kampus  Kuala  Lumpur
-Universiti  Islam  Antarabangsa  Malaysia  (Institut  Ketamadunan  Islam  &  Melayu)
-Politeknik  METRO  Kuala  Lumpur

UNIVERSITI  SWASTA


-Universiti  Mahsa
-Universiti  Help
-Universiti  Antarabangsa  Malaya-Wales
-OUM  Kuala  Lumpur
-OUM  Sri  Rampai
-Universiti  UCSI
-UniKL  MIDI
-UniKL  MIIT
-Universiti  Teknologi &  Inovasi  Asia  Pasifik
-Kolej  Antarabangsa  INTI
-Universiti  Perubatan  Antarabangsa  (IMU)
-Universiti  GlobalNXT


2.  Johor: 19  universiti
(6 universiti awam, 4 politeknik, 9 universiti swasta)

UNIVERSITI  AWAM & POLITEKNIK




-Universiti  Teknologi  Malaysia
-Universiti  Tun  Hussein  Onn, Batu  Pahat
-Universiti  Tun  Hussein  Onn,  Eduhub  Pagoh
-Universiti  Islam  Antarabangsa  Malaysia, Eduhub  Pagoh
-UiTM  Segamat
-UiTM  Pasir  Gudang
-Politeknik  Ibrahim  Sultan
-Politeknik  METRO  Johor  Bahru
-Politeknik  Mersing
-Politeknik Tun Syed Nasir, Eduhub  Pagoh 

UNIVERSITI  SWASTA


-Universiti  Southampton  Malaysia,  Nusajaya  Educity
-Universiti  Reading, Nusajaya  Educity
-Universiti  Multimedia, Nusajaya  Educity
-Universiti  Perubatan  Newcastle,  Nusajaya  Educity
-Universiti  Raffles Iskandar
-Universiti  Monash
-OUM  Batu  Pahat
-OUM  Pontian
-OUM Johor  Bahru


1. Selangor: 49 universiti  
(11 universiti awam,3 politeknik,35 universiti swasta)

UNIVERSITI  AWAM




-Universiti  Putra  Malaysia
-Universiti  Kebangsaan  Malaysia
-Universiti  Islam  Antarabangsa  Malaysia
-UiTM Kampus  Utama  Shah  Alam
-UiTM  Puncak  Alam
-UiTM  Puncak  Perdana
-UiTM  Sungai  Buloh
-UiTM  Selayang
-UiTM  Jalan  Othman
-UiTM  Seksyen  17
-UiTM  Dengkil

POLITEKNIK

-Politeknik  Sultan  Salahuddin  Abdul  Aziz  Shah, Shah  Alam
-Politeknik  Sultan  Idris  Shah, Sungai  Ayer  Tawar
-Politeknik  Banting

UNIVERSITI   SWASTA



-University  Taylor
-Universiti  Multimedia  (MMU)
-Universiti  Sains  dan  Pengurusan  (MSU)
-Universiti  Limkokwing
-Universiti  Tunku  Abdul  Rahman
-Universiti  SEGi
-Universiti  City  Malaysia (City  University)
-Universiti  Antarabangsa  al-Madinah
-Universiti  Monash
-Universiti  Sunway
-Universiti  Tun  Abdul  Razak  (UNIRAZAK)
-Universiti  Binary
-Universiti  Tenaga  Nasional 
-Universiti  Selangor, Bestari  Jaya
-Universiti  Selangor, Shah  Alam
-Universiti  Infrastruktur  Kuala  Lumpur  (IUKL)
-Universiti  Nottingham
-Universiti  Xiamen  Malaysia
-Universiti  Perdana
-Universiti  Sains  &  Teknologi  Malaysia  (MUST)
-Universiti  Islam  Malaysia  (UIM)
-Universiti  Metropolitan  Asia
-Universiti  Help, Subang  Bestari
-Universiti  Inti, Subang Jaya
-Universiti  UCSI, Cheras
-Universiti  Antarabangsa  Unitar
-UniKL Mestech
-UniKL MFI
-UniKL BMI
-UniKL  MIAT
-OUM  Kuala  Selangor
-OUM  Shah  Alam
-OUM  Kelana  Jaya
-OUM  Petaling  Jaya
-OUM  Serdang

Sunday, April 1, 2018

Masjid-masjid dengan senibina unik di Malaysia

Masjid, dahulunya mempunyai peranan yang sangat luas sebagai pusat kemasyarakatan, pentadbiran, dan pendidikan, yang mana tidak terhad kepada urusan ibadah sahaja. Lama-kelamaan fungsinya disempitkan untuk tujuan ibadah sahaja selepas berlakunya kolonialisasi di negara kita. Namun, pada masa kini, masjid juga telah menjadi salah satu tarikan pelancongan yang menjadi aset penting di negara kita seperti Masjid Putrajaya, Masjid Jamek, Masjid Ubudiah dan Masjid Zahir.

Senibina tipikal masjid di Malaysia yang dipengaruhi unsur Mughal/India. Masjid di atas adalah Masjid India Muslim, Padang Kota, Ipoh. Kebanyakan masjid lama di Malaysia agak dipengaruhi senibina di atas.

Jika kita melihat dari perspektif yang lain, kita akan mendapati kebanyakan reka bentuk masjid di negara kita tidak lari dari konsep Timur Tengah, Moorish dan juga pengaruh Mughal/India. Kebanyakan yang mempunyai rekabentuk Nusantara hanya terhad pada rekabentuk surau. Tetapi sebenarnya, masih terdapat masjid-masjid di Malaysia yang unik dan mempunyai rekabentuknya yang tersendiri dan tidak terpengaruh dengan rekabentuk Timur Tengah.



1.Masjid Ayesha, Kok Lanas, Kelantan


Daripada  jauh, Masjid  Ayesha  kelihatan seperti banglo/rumah  agam  yang  dikelilingi  5  menara  dengan  menara  di  tengah  mempunyai  jam  yang  membezakan  dari  menara  yang  lain.


2.Masjid  berseni  bina  Cina

-   Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan



-  Masjid Muhammadiah, Ipoh ;



-  Kompleks al-Saadah, Seremban



-  Masjid Cina Melaka.



3. Masjid Diraja Sultan  Suleiman, Klang, Selangor


Masjid  dengan  senibina  yang  agak  unik  ini  merupakan pemberian British  kepada Sultan Selangor ketika itu. Senibinanya dikatakan mempunyai gabungan Inggeris dan Moorish dan ada juga yang mengatakan lebih kepada Art Deco.

4. Masjid Sultan Abu Bakar, Johor  Bahru, Johor

kredit: orangjohor.com

Kebanyakan  masjid  yang  mempunyai  senibina  Inggeris/Eropah  terletak di  negeri  Johor, selalunya  mempunyai  warna  biru  yang  dikaitkan  dengan  salah  satu  warna  bendera   serta  warna  diraja  negeri  itu.

Masjid Jamek  Sultan  Ibrahim, Muar



Masjid  Jamek  Sultan  Ismail, Muar



5. Masjid Kayu  Ulul Albab, Jertih, Terengganu

Kredit: teganukita.blogspot.com

Kredit: itc.gov.my
Berlainan  dengan  kebiasaan untuk  membina  mana-mana  masjid  dengan  konkrit, masjid  ini  tampil  sebagai  satu-satunya  yang  unik  dengan  menjadikan  kayu  cengal  sebagai  bahan  utamanya. Masjid  ini diberi sentuhan ukiran oleh pengukir ternama, Wan Mustafa Wan Su.


6. Masjid Besi (Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin), Putrajaya


Masjid  ini adalah salah satu daripada dua masjid yang terletak di Putrajaya selain Masjid Putra. Masjid  ini mempunyai senibina yang unik yang  menggunakan keluli sebagai senibina utama dan mempunyai mekanisme pengudaraan yang unik.

7. Masjid Kristal

Kredit: harakahdaily.net
Sama  seperti  Masjid  Besi,  masjid  ini yang dibina terlebih dahulu juga mempunyai seni bina dengan bahan binaan yang unik.


8. Masjid Taman Ilmu  Tembila, Besut, Terengganu


Masjid  ini  yang  dibina  di dalam Taman Ilmu berdekatan dengan Universiti Malaysia Terengganu kampus Tembila mempunyai unsur senibina Melayu Terengganu yang unik.


9. Masjid Assyakirin, Bintulu, Sarawak


Masjid  ini mempunyai senibina yang unik kerana tidak mempunyai kubah tipikal yang berbentuk bawang. Antara masjid lain yang mempunyai senibina yang sama adalah Masjid Negara dengan kubah berbentuk kipas.

10. Masjid Negeri Sembilan


Sebuah lagi masjid yang lari daripada senibina tipikal masjid biasa di Malaysia. Dikatakan masjid ini mengambil konsep senibina Minangkabau dan moden. Masjid yang mempunyai senibina yang hampir serupa adalah Masjid Negeri Pulau Pinang, kecuali masjid di Pulau Pinang mempunyai kubah di atasnya.

11. Masjid Sultan Ismail, Chendering, Kuala  Terengganu

artmelayu.blogspot.com
Suatu kebiasaan dan tidaklah menghairankan apabila senibina Melayu diaplikasikan di dalam kebanyakan bangunan di Terengganu. Jika kedua masjid sebelum ini lebih menumpukan pada senibina bumbung dan bahan binaan, masjid ini lebih kepada mempunyai ukiran Melayu, sambil dipengaruhi senibina Inggeris yang boleh dilihat pada kubahnya.

12.  Masjid  Buluh  Gua  Musang



Satu  lagi  masjid yang dibina dengan bahan binaan yang unik. Masjid ini baru sahaja dirasmikan di Gua Musang (ketika entri ini ditulis) pada  17  Mac  2018.

13. Masjid al-Muttaqin, Kota  Samarahan, Sarawak


Masjid di Samarahan  ini  dibina dengan campuran elemen  tempatan dan juga moden.


14. Masjid  Jamek an-Nur, Labuan

Masjid  ini  merupakan  satu-satunya  masjid  yang  terletak di wilayah Labuan  dan  mempunyai  gabungan  unsur-unsur  senibina  Melayu-Brunei  dan  Turki.

15. Masjid  Raja  Haji  Fisabilillah, Cyberjaya, Selangor

Masjid  ini  yang terletak di Cyberjaya diberikan nama sempena pahlawan Bugis yang juga merupakan Yang Dipertuan Muda Kesultanan Johor-Riau (1777-1784). Ianya diberikan sentuhan moden futuristik.


16. Masjid  Lapan  Kubah, Besut

Image result for besut

Masjid  yang  terletak di  Besut  ini  mirip  dengan gereja  St.Basil  di  Rusia.






Saturday, March 10, 2018

Posting Santai: Mungkinkah bandar-bandar ini mempunyai LRTnya tersendiri?





1. Shah Alam & Klang

Credit: Mole.my

Sebelum ini, kedua-dua bandar utama di Lembah Klang ini dihubungkan oleh laluan Komuter yang disediakan oleh KTM. Walaubagaimanapun, projek LRT3 atau dikenali sebagai Laluan Bandar Utama-Klang telahpun menyenaraikan kedua bandar ini di dalam kawasan laluan, dengan beberapa stesen yang tertumpu di kawasan-kawasan utama bandar-bandar ini seperti Stadium, Seksyen 14 Shah Alam, UiTM, i-City, Bukit Raja dan Pusat Bandar Klang. Laluan ini mempunyai kira-kira 26 stesen dan dijangka akan beroperasi sekitar 31 Ogos 2020.

2. Puncak Alam

Credit: Skyscrapercity
Puncak Alam adalah antara salah satu stesen di dalam Laluan Rel Pantai Timur Fasa 2, melibatkan Gombak, Serendah, Puncak Alam, Kapar dan seterusnya ke Pelabuhan Klang. Laluan ini dan laluan LRT3 adalah satu-satunya yang dilabel sebagai "Dalam Pembinaan" di dalam entri ini memandangkan ianya sudah disahkan dan bukan lagi dalam proses perbincangan. Laluan ini juga dibina pada masa yang sama Laluan Wakaf Bharu-Pengkalan Kubor dibina.

3. Johor Bahru



Seringkali kita dengar tentang khabar angin, kononnya Johor Bahru akan menjadi bandar kedua yang akan mempunyai sistem LRTnya tersendiri di luar wilayah Lembah Klang. Ini bukanlah sesuatu yang mustahil memandangkan populasi bandar ini yang agak ramai, serta jalan raya yang agak lebar, sekaligus tidak menjadi penghalang untuk membina laluan LRT di sini. Antara kawasan yang dikatakan akan dihubungkan adalah Pasir Gudang, Nusajaya dan juga Skudai. Berbanding beberapa tahun yang lalu di mana ada beberapa pelan LRT yang dilukis oleh train enthusiast, kini hanya pelan RTS Johor Bahru-Singapore yang boleh dijumpai. Laluan ini hanya mempunyai dua stesen, iaitu Bukit Chagar (JB) dan Woodlands.

Salah satu pelan LRT yang dijumpai. 
Kredit: http://thedevelopmentadvisor.com/tda/wp-content/uploads/2011/12/Iskandar-Malaysia-Rail-Network.jpg

Kredit: http://zkeretapi.blogspot.my/2013/08/cadangan-projek-jalan-keretapi-johor.html

Aku agak suka dengan plan kedua. Kenapa? Sebab pelan yang kedua ini kalau korang perhatikan, hanya menggunakan laluan sedia ada, iaitu Laluan KTM Johor Baru-Gemas, Laluan Pasir Gudang (gerabak barang) dan Laluan Tanjung Pelepas (gerabak barang). Pelan ini menambah beberapa stesen di laluan utara selatan seperti Tampoi, Larkin, Kebun Teh (Dato Sulaiman) dan Saleng. Laluan gerabak barangan pula diubah seratus peratus menjadi laluan penumpang. Kebetulan pula, kawasan yang dilalui laluan sedia ada merupakan kawasan-kawasan utama seperti Skudai, Nusajaya, Gelang Patah dan Pasir Gudang. Melalui pelan ini, KTM (atau apa2 syarikat swasta lain) hanya perlu membina stesen-stesen baru dan menyediakan perkhidmatan komuter sahaja seperti di Utara,


4. Pulau Pinang

Kredit:chatpropertymalaysia.com


Antara saingan sengit bagi Johor Bahru, memandangkan bandar ini juga giat merangka pelan pengangkutan mereka. Bandar ini terkenal dengan perancangan projek mega mereka seperti Skycab iaitu kereta kabel dari pulau ke tanah besar merentas lautan serta projek terowong bawah laut yang mencetuskan kontroversi. Membina landasan di tanah besar Pulau Pinang bukanlah suatu masalah besar memandangkan sudah terdapat landasan sedia ada serta kawasan yang masih luas. Masalah bermula apabila laluan tanah besar akan disambungkan ke kawasan pulau yang berkepadatan tinggi. Tidak seperti Johor Bahru, jalan raya di Pulau Pinang agak sempit, bangunan yang agak rapat, serta status bandar bersejarah Unesco yang perlu dipelihara. Timbul juga idea untuk menggantikan pelan ini dengan tram yang didakwa lebih baik berbanding LRT serta kosnya yang murah. Masih belum dapat dipastikan adakah laluan keretapi akan dibina di atas Jambatan Pulau Pinang untuk menghubungkan laluan tanah besar dan laluan pulau.


5. Kota Kinabalu

Sumber: Lowyat Forum. Siap ada water taxi lagi.


Buat masa ini, hanya negeri Sabah yang mempunyai laluan keretapi sendiri di pulau Borneo, yang mana laluan ini masih belum ada di Brunei dan Kalimantan. Jadi bukanlah sesuatu yang menghairankan sekiranya Kota Kinabalu akan mempunyai sistem LRTnya sendiri dahulu sebelum Kuching. Laluan sedia ada pada masa sekarang menghubungkan Tanjung Aru ke Tenom.

 Kerajaan Sabah dilihat agak komited dalam perkara ini dan dalam proses membina Aeropod di Tanjung Aru. Seperti mana Pulau Pinang, masalah utama di Kota Kinabalu adalah laluan keretapi agak hampir dengan jalanraya, bangunan dan premis kediaman, yang mana menyukarkan urusan untuk membina jejambat LRT. Kekurangan tanah kosong juga mungkin menyebabkan laluan Tanjung Aru tidak dapat dipanjangkan, sebaliknya sebuah stesen terminal di pinggir bandar seperti stesen Putatan perlu diwujudkan untuk membentuk laluan bypass terus ke Penampang, Inanam dan Tuaran. Kajian juga sedang dijalankan untuk membentuk laluan ke Kudat.

Apa-apapun, aku agak suka dengan laluan dalam pelan ni, memandangkan hanya ada loop dan bukannya sampai lima, enam laluan seperti KL dan Penang.


6. Kuching

Kredit: kuchingborneo.info
Sama seperti bahagian pulau Pulau Pinang, cabaran terbesar bagi Kuching adalah kerana tiadanya landasan sedia ada yang terdapat di sini. Meskipun dikhabarkan bahawa wujudnya landasan sebelum kemerdekaan dan penggabungan suatu ketika dahulu, ketiadaan rizab keretapi mungkin menyebabkan kerajaan negeri Sarawak perlu mula dari scratches. Antara yang menarik perhatian aku adalah Laluan Sematan, Laluan Serian dan juga Laluan Samarahan. Pada pendapat aku, ini adalah laluan yang perlu diberi keutamaan terlebih dahulu berbanding laluan-laluan lain. Laluan Sematan dan Laluan Serian patut disatukan memandangkan laluan ini agak berpotensi menjadi laluan antarabandar, misalnya ke Sibu atau Miri, malah boleh jadi melangkau Brunei, Kota Kinabalu dan Kalimantan. Laluan Samarahan pula akan menjadi laluan wajib bagi pelajar Uitm dan UniMAS ke airport dan pusat bandar. Pelan ini boleh dikatakan agak popular kerana selalu digunakan pihak media alternatif. Walaubagaimanapun, Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Tun Openg menafikan pelan ini datang daripada pihaknya.


7. Seremban

Laluan keretapi tinggal yang boleh diperhatikan di bandar Port Dickson. Kredit: BH / PLUS

Buat masa ini, masih tiada lagi perancangan bagi bandar Seremban untuk memiliki LRTnya sendiri. Satu-satunya tuntutan atau cadangan adalah untuk menghidupkan kembali laluan Seremban-Port Dickson yang telah ditamatkan Walaubagaimanapun, bukan mudah untuk menghidupkan kembali laluan berkenaan. Meskipun Port Dickson merupakan pusat pelancongan terkenal di Malaysia dan bandar kedua terbesar di Negeri Sembilan, namun trafik ke sana masih agak rendah sehingga menyebabkan kerugian kepada Lebuhraya Port Dickson-Seremban.

Keengganan kerajaan untuk menghidupkan laluan keretapi mungkin bersangkut paut pada kegagalan lebuhraya itu sendiri dalam menarik orang ramai ke sana. Kewujudan HSR juga tidak banyak menyumbang kepada proses pemulihan landasan ini, memandangkan stesen HSR Seremban berada pada lokasi yang agak hampir dengan Seremban. Satu-satunya fungsi yang boleh digunakan bagi landasan ini adalah menjadi perantara antara stesen KTM dan stesen HSR. Berbalik kepada LRT, tidak banyak yang boleh dikatakan. Meskipun terletak sangat hampir dengan Lembah Klang, kebanyakan titik utama telahpun mempunyai stesen masing-masing seperti Nilai, Labu, dan Senawang. Jika LRT dibina di sini, antara kawasan yang mungkin terlibat adalah Seremban 2, Bandar Ainsdale, Paroi, Sendayan, Rasah dan Sikamat.

8. Ipoh

Kredit: ipohecho.com.my


Meskipun mempunyai keluasan dan kepadatan yang melebihi Seremban, Ipoh juga masih belum bercadang untuk mewujudkan sistem LRTnya sendiri. Bandar keempat terbesar di Malaysia ini walau bagaimanapun mempunyai perancangan untuk mewujudkan laluan rel Ipoh-Lumut untuk menyatukan pelabuhannya dengan ibu negeri. Antara stesen yang dijangka adalah Kampung Acheh, Manjung/ Sitiawan, Ayer Tawar, Seri Iskandar sebelum bergabung dengan laluan KTM di Batu Gajah.

Kali terakhir cadangan mengenai LRT di Ipoh disebut adalah pada 24 Julai 2010. Sumber:  Cadangan LRT. Cadangan itu juga turut memasukkan Station 18, Tanjung Rambutan dan Simpang Pulai. Laluan KTM Tanjung Rambutan sebelum ini telahpun dimansuhkan dan terbiar hingga kini. Memandangkan Stesen Ipoh merupakan satu-satunya pintu masuk untuk ke serata bandar Ipoh, ianya agak sesuai untuk pembangunan LRT. Selain daripada 3 stesen yang dicadangkan, antara kawasan-kawasan lain yang berpotensi adalah Meru Raya, Klebang, Gugusan Manjoi, Pusing, Kledang/Menglembu, Airport/Pasir Pinji, Taman Cempaka/Ungku Omar, Tambun dan Stadium.


9. Melaka

Kredit: thestar.com.my


Melaka adalah sebuah negeri kecil yang agak pesat membangun buat masa ini. Pernah suatu ketika pada tahun 2008, terdapatnya perancangan untuk membina Aerorel Melaka, yang menggantikan Aerorel KL yang digantikan dengan KL Monorel. Pelan ini bermula dari Plaza Tol Ayer Keroh ke Dataran Pahlawan dan menyenaraikan Zoo Melaka, MITC, Dataran Majlis Bandaraya, Melaka Mall, Hospital Melaka, Melaka Sentral, Hang Tuah Mall, Stathuys dan Dataran Pahlawan. Cadangan ini bagaimanapun dikritik dan kerajaan negeri diseru memperbaiki perkhidmatan bas terlebih dahulu.

Pada tahun yang sama, Melaka mengejutkan Malaysia apabila mula membina laluan monorelnya sendiri. Kebanyakan orang merasa skeptik memandangkan mereka merasakan JB dan Pulau Pinang yang akan mempunyai sistem itu terlebih dahulu. Stesen ini membentuk sebuah lingkaran sepanjang Sungai Melaka sepanjang 1.6km, mempunyai dua stesen iaitu Stesen Hang Tuah berhampiran stesen bas lama dan Stesen Hang Jebat di Taman Herba dan hanya digunakan untuk tujuan pelancongan.

Monorel Melaka pernah mencetuskan kontroversi di dada-dada akhbar apabila mengalami banyak kerosakan sejak dibuka pada Oktober 2010. Kerosakan pada 3 Disember 2011 menyebabkan monorel ini ditutup selama 4 tahun sebelum dibuka semula pada 4 Disember 2017.

Memandangkan stesen KTM terdekat dengan Melaka adalah stesen Tampin dan stesen Batang Melaka, Maka, adalah dijangka stesen yang mungkin tersenarai adalah Tampin-Alor Gajah- Krubong/Cheng/Airport-Banda Hilir atau Batang Melaka - Selandar - Jasin - Bemban - Ayer Keroh - Banda Hilir.

10.

                                               Image result for kuala selangor

Tidak dapat dipastikan apakah bandar kesepuluh yang mungkin mempunyai sistem LRTnya tersendiri. Hanya Alor Setar dan Kangar merupakan bandar ibu negeri pantai barat yang masih belum disebut. Tidak terdapat langsung sebarang cadangan baik dari pihak kerajaan negeri mahupun forum train enthusiast berkenaan LRT di sini memandangkan jumlah penduduk yang masih boleh dianggap kurang. Mungkin sebuah landasan yang menghubungkan Kuala Kedah-Simpang Kuala-Alor Setar-Pokok Sena-Kuala Nerang namun laluan ini belum tentu mendatangkan keuntungan

Bagi bandar-bandar  di pantai timur,(Kuantan, Kota Bharu, Kuala Terengganu), keadaannya juga agak sama seperti di atas, Kawasan yang paling berkemungkinan untuk mendapatkan sistem LRTnya tersendiri berbanding bandar-bandar di atas adalah bandar pesisir pantai barat Selangor seperti Banting, K.Selangor, T.Karang dan Sg.Besar. Ini adalah kerana bandar terdekat iaitu Klang akan dihubungkan perkhidmatan LRT melalui laluan LRT3 serta laluan ECRL. Melalui sambungan ini, dapatlah diandaikan bahawa jaringan pantai barat Selangor boleh dibentuk melalui laluan Banting-Klang- Kapar - K.Selangor - Tg.Karang - Sekinchan - Sg.Besar. Melalui kemungkinan ini, maka jaringan seluruh Selangor mula terbentuk sepenuhnya melalui kereta api, serta lebuhraya melalui pembinaan Lebuhraya Pantai Barat akan datang.

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...