Tuesday, May 16, 2017

Nama-nama tempat di Malaysia diambil dari bahasa Cina (atau berunsur Cina)

Sepertimana Amerika Syarikat yang mempunyai beberapa nama tempat dalam bahasa Sepanyol seperti Los Angeles dan Miami kesan sejarah dan percampuran etnik minoriti itu, Malaysia juga tidak terkecuali, Terdapat beberapa nama di Malaysia yang berasal daripada bahasa Inggeris, seperti Georgetown dan Beaufort, dan juga daripada bahasa Siam seperti Bachok. Memandangkan etnik Cina menyumbang kepada populasi kedua terbesar di negara ini, tidak mengejutkan kalau terdapat beberapa nama yang berunsur Cina dapat kita jejaki. Berikut adalah antara nama-nama tempat di Malaysia yang berunsur Cina.


1. Chow Kit, Kuala Lumpur


Chow Kit merupakan suatu sub-daerah di tengah-tengah Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak di sekitar Jalan Chow Kit dan ditutupi oleh jalan-jalan selari iaitu Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Ia dinamakan bersempena dengan nama seorang pelombong timah dan kanselor perbandaran, Loke Chow Kit.
Sekarang ini kawasan berkenaan mempunyai ciri-ciri Indonesia kerana pendatang Indonesia berniaga di gerai-gerai kecil. Akhir-akhir ini, wujud satu komuniti kecil Afrika terutama dari negara Nigeria. Ia mempunyai sebuah pasar pagi dikenali sebagai Bazaar Baru Chow Kit yang merupakan pasar pagi terbesar di Kuala Lumpur. Kawasan ini merupakan kawasan yang kontroversi dengan daerah lampu merah (red light district/kawasan pelacuran) dan aktiviti jenayah.



2. Taiping, Perak

Taiping bermaksud "Aman" atau "Damai" atau maksud penuhnya "Keamanan yang abadi" dalam bahasa Cina. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak kongsi gelap pendatang Cina yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.

3. Yong Peng, Johor


Sejarah pembukaan Yong Peng bermula seawal 1870-an, ketika pemerintahan Sultan Abu Bakar dan pengaruh British yang ingin memulakan era pemodenan Johor pada masa itu yang memerlukan pembukaan tanah di kawasan hutan dan paya untuk tanaman lada hitam, gabir dan getah. Memandangkan berlakunya kekacauan di China Selatan ketika itu, mereka merupakan antara pekerja yang banyak berimigrasi ke sini. Penempatan mereka pada waktu itu adalah di pertemuan Sungai Bekok dan Sungai Sedi. Pada waktu itu, hanya lima buah rumah kedai Melayu di bandar itu yang dinamakan Seri Bertam sempena pokok bertam. Orang Melayu pada ketika itu diketuai Arujamin bin Rushut dan kebanyakan mereka baru sahaja melarikan diri daripada Belanda kerana kalah perang di Acheh. 

Pada November 1847, empat pendatang Cina dari Chaozhou diketuai Boo Koh Lak Loo (dikenali sebagai Ah Loh) datang ke Seri Bertam dan membina tiga buah rumah. Dia bersama orang-orangnya dengan bantuan orang-orang Melayu mula membersihkan hutan tebal di sekitar tebing sungai. Apabila penempatan kecil ini makmur dan maju, Boo menamakannya Yong Peng yang bermakna "keamanan yang kekal" dalam Bahasa Cina.


 4. Chan Sow Lin, Kuala Lumpur


Bagi mereka yang biasa bergerak menggunakan LRT, pasti akan bertemu dengan stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena nama jalan utama yang melalui stesen ini, iaitu Jalan Chan Sow Lin, yang mana nama ini diperoleh daripada Chan Sow Lin, ahli perniagaan kaya di dalam industri besi. 

5. Sekinchan, Selangor

Sekinchan dikatakan mempunyai tiga teori mengenai asal-usul namanya.

TEORI SATU:
Menurut pusatjalurlebarsekinchan.blogspot.my, iaya mendapat namanya daipada seorang ketua Cina yang bernama See Kin Chan, seorang peniaga yang berjaya dan membekalkan segala keperluan penduduk. Kedai beliau dikatakan menjadi tumpuan penduduk kerana merupakan kedai terawal di sini.

TEORI DUA:
Menurut sejarah2u.blogspot.my, Selamat Buryani, 64, seorang Ketua Kampung mengatakan bahawa namanya berasal daripada pelat orang Cina iaitu "second chance". Ini adalah kerana kawasan tersebut dibuka ketika zaman keganasan komunis dan penduduk di situ adalah kumpulan yang diberikan pengampunan oleh British dan diberi peluang kedua untuk keluar daripada komunis.

TEORI KETIGA:
Menurut www.sekinchan.org, Sekinchan bermaksud "perkampungan yang sesuai untuk bercucuk tanam" dalam Bahasa Cina, sesuai dengan statusnya sebagai Jelapang Padi bagi negeri Selangor.

6. Balakong, Selangor


Menurut penduduk Cina setempat, nama Balakong berkemungkinan berasal daripada sebuah Kampung Baru Cina,iaitu Kampung Baru Cina Balakong. Terdapat sungai yang melalui kampung itu yang bernama Sungai Balak. Lalu timbullah teori kononnya nama kampung itu berasal daripada sungai tersebut. "Kong" mempunyai 2 makna, samada "kong" dalam bahasa Hakka yang bermaksud pelabuhan atau lokasi, manakala teori lagi satu datangnya daripada "ong" iaitu kemakmuran.

7. Sungai Jerik/Tong Keat, Bandar Tun Razak, Pahang

credit: zuiyanhong.blogspot.my & yuchuilang.blogspot.com
Asal-usul nama tidak dapat dipastikan.


8. Gopeng, Perak


Gopeng sangat terkenal dengan populasi orang Rao/Rawa yang signifikan. Gopeng terletak tidak jauh dengan Ipoh dan Batu Gajah, serta mempunyai Gua Tempurung sebagai tarikan. Dikatakan namanya berasal daripada dua cerita.

TEORI SATU:
Nama seorang pelombong Cina bernama Goh Peng. Dikatakan dia dan keluarganya miskin akibat kebuluran dan banjir besar di wilayah Kwangtung.

TEORI DUA:
Nama sejenis buah pulai yang gopeng, bererti sudah ditebuk tupai. Di sini memang banyak buah pulai sehinggakan ada pekan bernama Simpang Pulai tidak jauh dari Gopeng.


9. Kuching, Sarawak

Kuching, ibu negeri Sarawak ni mempunyai pelbagai teori mengenai etimologi mengenai nama bandar ini. Salah satunya berasal daripada perkataan Cina iaitu "Ku" - Lama dan "Ching" - Telaga. Dikatakan wabak Kolera telah melanda bandar itu pada pemerintahan Brooke dan sebuah telaga di Jalan Cina berperanan membekalkan bekalan air bersih. Dikatakan, ianya telah menyumbang kepada pemasangan loji rawatan air di Jalan Bau.

10. Jinjang, Kuala Lumpur


Jinjang, sepertimana Balakong dan Sekinchan, merupakan kampung baru hasil Rancangan Briggs untuk mengelakkan penduduk Malaya, khususnya Cina bekerjasama dengan pihak Cina. Bagaimana Jinjang mendapat nama juga agak menarik. Ada satu teori aneh yang mengatakan Jinjang adalah nama sejenis babi yang dibawa ke Tanah Melayu oleh orang Cina. Kononnya, babi itu mempunyai kuasa misteri yang mampu memberi nikmat kekayaan kepada orang ramai. Walaubagaimanapun, ada yang mengatakan Jinjang berasal daripada "Zeng Guang" mengikut panggilan orang Cina tapi bertukar kepada Jinjang mengikut sebutan Melayu.

11. Lubuk China, Melaka


TEORI SATU (sumber: http://dr-sabirinjaafar.blogspot.my)

Menurut cerita,  Kg Ramuan China Besar  (Kg RCB) mendapat namanya yang pelik itu daripada sekumpulan orang Cina yang datang membalak dan meneroka hutan yang sekarang ini dikenali sebagai Kg Ramuan China Besar, Kg Ramuan China Kechil dan Kg. Lubuk China (saya kekalkan di sini ejaan asal).

Pembalak-pembalak Cina ini naik di satu pengkalan sungai yang sekarang dikenali sebagai Pengkalan Balak berhampiran Kuala Sungai Baru. Mereka bergerak ke suatu kawasan dan menemui banyak kayu kayan yang bercampur-campur (ramuan). Ada pokok yang kecil dan ada yang besar tetapi pokok yang besar lebih banyak. Maka dinamakan Ramuan China Besar. Apabila mereka meneroka hutan bersebelahan kawasan tadi mereka menemui ramuan kayu kayan tetapi kayu (pokok) yang kecil lebih banyak. Maka dinamakan Ramuan China Kechil. Selepas berhari-hari membalak kumpulan pembalak cina ini bergerak ke utara dan menemui satu lubuk (paya) yang besar. Mereka berehat di sini dan menangkap ikan. Maka dinamakan tempat ini Lubuk China.

TEORI DUA (sumber: http://kenalimelaka.blogspot.my)

Menurut sumber lisan tempatan, Lubuk China mendapat nama dari kisah sekumpulan orang Cina yang sedang mudik menggunakan tongkang besar di sungai itu. Beberapa orang daripadanya telah terjun ke dalam sungai di bahagian yang dalam dengan begitu gembira sekali. Malangnya, beberapa orang daripadanya tidak keluar-keluar dari sungai tersebut. Beberapa usaha dilakukan oleh penduduk Melayu setempat. Akhirnya mayat mereka ditemui di sebuah lubuk di dalam sungai. Keadaaan mereka dalam keadaan berpelukan dan tidak bernafas lagi. Sejak itu, kawasan tersebut dinamakan Lubuk Cina.

TEORI TIGA (sumber: http://tenteraberkuda.blogspot.my)

Dikatakan Muzium Kota Lukut asalnya adalah sebuah kubu pertahanan. Raja Busu, anak Sultan Ahmad dari Selangor telah datang ke Lukut untuk membangunkan perusahaan bijih timah. Pada 1834, pelombong dan peniaga Cina merusuh akibat cukai 10% kepada bjih timah yang dibawa keluar daripada Lukut.  Istana Raja Busu dan rumah-rumah orang Melayu diserang dan dibakar,  beratus-ratus orang dirompak dan dibunuh, termasuk Raja Busu, isteri dan keluarga.  Kejadian itu menyebabkan berlakunya serang balas orang Melayu yang sedia mengepung dan membunuh golongan ini yang melarikan diri melalui Sungai Lukut. Beberapa orang yang terlepas berlindung di kawasan British Melaka dan kawasan pelarian ini dinamakan sebagai Lubuk China.

12. Ramuan China, Melaka

Selain daripada TEORI SATU, dikatakan ianya mendapat nama daripada seekor gajah bernama Ramu milik bangsawan Cina yang hilang. Selain itu, ada yang mengaitkan dengan ramuan ahli perubatan Cina.

13. Bahau, Negeri Sembilan


Bahau merupakan bandar utama di Daerah Jempol, Negeri Sembilan. Dikatakan ianya bermakna "Mulut Kuda" sementara pekan Mahsan yang terletak berdekatan bermaksud "Badan Kuda" dalam bahasa Kantonis. Sejarah yang berkaitan dengan namanya yang aneh ini tidak pula disertakan.

14. Lok Heng, Johor

                                       

Fleda Lok Heng terletak di Kota Tinggi, Johor. Dikatakan namanya berasal daripada nama seorang peneroka terawal di sini, Lok Heng yang merupakan seorang pekebun Cina. Walaubagaimanapun, tiada sumber untuk mengesahkan perkara ini. Selain itu, ianya dikatakan berasal daripada perkataan Cina merujuk kepada persekitaran kawasan ini yang dipenuhi hutan paya dan mudah dinaiki air.



15. Sarikei, Sarawak

                                             

Kembali semula ke Borneo, kita pergi pula ke bandar Sarikei yang terletak berhampiran Sungai Rajang. Dikatakan asal-usulnya masih tidak diketahui. Dikatakan pada masa dahulu, Sarikei dikenali sebagai pusat membeli ayam dan dikatakan itu menjadi asal-usul namanya. "Sa-rie" dalam kebanyakan dialek bermaksud pusat dan "kei" bermaksud bandar/pekan. Lama-kelamaan, Sariekei bertukar menjadi Sarikei.

Saturday, April 29, 2017

Contoh lebuhraya tanpa tol di Malaysia

Kita semua pastinya pernah mendengar tentang Lebuhraya Pan-Borneo yang dikatakan bebas tol. Perkara ini menjadi isu hangat dan mula dipersoalkan ramai, apatah lagi apabila lebuhraya yang bakal dibina itu jaraknya jauh lebih panjang - kira-kira lebih 1000 km - daripada pemegang rekod setakat ini, iaitu Lebuhraya Utara Selatan, yang hanya sekitar 800 km. Antara alasan yang kita selalu dengarkan, adalah lebuhraya ini dibina dengan taraf seperti jalan persekutuan. Atau lebih spesifik, dengan standard R5 JKR. Apa yang dimaksudkan dengan itu?

 Di sini, kami hanya mengambil lebuhraya yang menepati beberapa standard tertentu, yang boleh dijadikan gambaran masa hadapan Lebuhraya Pan-Borneo. Lebuhraya yang merupakan jalan biasa dua lorong seperti Lebuhraya Timur-Barat tidak diambil kira. Begitu juga lebuhraya yang mempunyai persimpangan searas seperti Lebuhraya Ipoh-Lumut dan Lebuh AMJ.

1. Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis


Kredit: Flickr


Perlis satu-satunya negeri di Pantai Barat yang tidak dihubungkan dengan Lebuhraya Utara Selatan, sekaligus menyebabkan kelembapan ekonomi di negeri ini.Sebuah lebuhraya dirancang untuk bermula dari Alor Setar dan naik hingga ke Padang Besar. Tapi, akhirnya terhasillah lebuhraya seperti yang dinyatakan, iaitu lebuhraya ini yang menghubungkan UUM dan Kuala Perlis.

Sebaik memasuki lebuhraya ini, anda akan nampak bezanya lebuhraya ini dengan lebuhraya biasa, iaitu papan tandanya berwarna biru. Ini adalah perbezaan jelas bagi Lebuhraya R5 JKR.  Di beberapa tempat, lebuhraya akan merentangi sawah padi, serta beberapa jalan kecil disambungkan ke lebuhraya, yang menjadi petanda kedua. Kebanyakan persimpangan adalah diamond, kecuali hanya dua merupakan separuh diamond. Biarpun lebuhraya ini percuma, namun ianya jugak banyak menyumbang kepada statistik kemalangan di Perlis, memandangkan laluan keluar-masuk tidak dikawal rapi. Lebuhraya ini juga mempunyai lampu isyarat dan pusingan U yang tidak sepatutnya ada pada lebuhraya ekspres.

2. Jalan Pintasan Kuantan (Kuantan Bypass)





Tidak seperti di atas, lebuhraya yang menyambungkan Lapangan Terbang Sultan Ahmad dan pelabuhan Kuantan di Gebeng ini lain pula ceritanya. Jika Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis merupakan jalan utama, Kuantan Bypass sekadar bertindak sebagai jalan pintasan (sesuai namanya). Persimpangan di sini berbentuk diamond dan trumpet, dan memiliki sebuah cloverleaf/bunga cengkih.

Di sini juga mempunyai ciri-ciri lebuhraya R5, iaitu lampu isyarat , pusingan U dan sambungan searas ke premis/ kediaman berdekatan.

3. Jalan Bukit Payung-Telemong, Terengganu



Menuju ke Terengganu, mungkin ramai yang tak menyedari kewujudan jalan ini. Juga dikenali sebagai Bukit Payung-Telemong Spur Road, jalan ini menghubungkan Bukit Payung dan persimpangan LPT Kuala Telemong. Namun, jika dilihat melalui Google Earth, anda akan mendapati ianya terputus sekadar di situ. Memandangkan pada papan tanda tertera "Kuala Jeneris" dan "Gua Musang", kebarangkalian jalan ini akan dihubungkan dengan Lebuhraya Timur-Barat Kedua yang terputus sekadar di Kuala Jeneris.

Di sini terdapat dua persimpangan, iaitu jenis parclo untuk Pasir Tinggi dan diamond untuk Kuala Telemong. Pembinaan lebuhraya ini hampir-hampir menyerupai lebuhraya ekspres yang anda biasa lalui, berbeza dengan kedua lebuhraya di atas. Satu-satunya perkara yang "dilanggar" oleh lebuhraya ini adalah simpang empat dan T-junction di kedua-dua penghujung. Menariknya, terdapat persimpangan parclo saiz kecil untuk motorsikal berhampiran jambatan Sungai Terengganu.

4.Jalan Bertingkat Skudai/ Lebuhraya Senai





Kita sangat-sangat berharap Lebuhraya Pan Borneo tidak menjadikan lebuhraya ini sebagai role model mereka. Manakan tidak, lebuhraya ini melalui betul-betul di dalam pekan Senai! Bila kami memaksudkan "melalui", kami tidak bermaksud, ada persimpangan ke pekan Senai, sebaliknya, ianya merupakan jalan utama di Senai. Bayangkan sebuah lebuhraya dengan kenderaan berkelajuan tinggi, diapit oleh dua rumah kedai seni bina kolonial. Pastinya sangat berbahaya untuk mereka yang ingin berhenti di bahu jalan. Satu-satunya lebuhraya yang pernah membuat kesilapan yang sama, adalah Lebuhraya Utara Selatan, dengan memasukkan pekan Changlun dalam laluannya.

5. Lebuhraya Pasir Gudang








Bermula dengan tol di Perling (jangan salah sangka, tol ini bagi mereka yang ingin ke Lebuhraya Linkedua), lebuhraya ini menyambungkan Tampoi dan Pasir Gudang. Selain diamond, ianya juga mempunyai persimpangan stacked dan persimpangan cloverleaf. Dapatlah dibayangkan, struktur seakan lebuhraya ini mungkin akan digunakan di bandar-bandar semi-urban, seperti Miri dan Sandakan.

6.Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu

Kredit:penang-traveltips.com



Antara kesemua lebuhraya di atas, ini satu-satunya lebuhraya percuma yang melalui kesesakan bandaraya. Bolehlah digambarkan struktur seperti ini digunakan di Kuching atau Kota Kinabalu kelak. Adat bagi mana-mana lebuhraya di kawasan berkependudukan tinggi, lebuhraya ini mempunyai banyak hubungan searas (yang sangat ditegah bagi sesebuah lebuhraya) yang menghubungkan kepada premis2 kediaman.

Diabadikan sempena Menteri Besar Pulau Pinang yang kedua, lebuhraya ini pada asalnya merupakan dua lebuhraya yang digabungkan, iaitu Lebuhraya Jelutong dan Lebuhraya Bayan Lepas. Lebuhraya ini mempunyai persimpangan yang tidak ditemukan di lebuhraya2 di atas, iaitu persimpangan Y, untuk Sungai Nibong dan Bayan Mutiara.

7. Central Spine Road




Kita sedia maklum tentang lebuhraya-lebuhraya yang melalui kawasan urban dan semi-urban, namun bagaimana pula dengan lebuhraya yang melalui kawasan luar bandar. Satu-satunya lebuhraya tanpa tol yang menepati ciri itu adalah Central Spine Road/Lebuhraya Utama Tengah. Menariknya, ketika mana pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo dan Lebuhraya Pantai Barat diheboh-hebohkan, Lebuhraya CSR jarang-jarang diketengahkan.

Lebih menarik, lebuhraya ini akan disambungkan sekali dengan Lebuhraya Rakyat, Kelantan yang bakal dibina, sekaligus menghubungkan Kota Bahru ke Simpang Pelangai. Buat masa ini, lebuhraya ini hanya mencakupi Kampung Kubang Rusa, Kuala Lipis hinggalah ke Gua Musang. Persimpangan di sini menggunakan jenis parclo.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi, dari senarai di atas, kita bolehlah tahu sedikit sebanyak contoh lebuhraya bebas tol di Malaysia dan gambaran Lebuhraya Pan Borneo pada masa akan datang. Dan, sejujurnya aku faham mengapa lebuhraya sebegini yang dipilih berbanding lebuhraya biasa. Lebuhraya ekspress cenderung untuk memintas bandar-bandar dan pekan-pekan. Antara bandar-bandar dan pekan-pekan yang "mati" (mati tidaklah bermaksud mati terus, cuma tidak lagi jadi laluan persinggahan) akibat Lebuhraya Utara-Selatan adalah Teluk Intan, Muar, Segamat dan Kangar. Lebuhraya ekspres ni seakan Terusan Suez, yang memintas Tanjung Harapan. Dan sebagaimana ia mematikan bandar-bandar yang dipintasnya, bandar-bandar yang dilaluinya hidup atas jasanya.

Lebuhraya R5 tidak sebegini. Ia hanyalah seperti lebuhraya persekutuan, cuma ada pembahagi di tengah. Sebab tulah, ianya banyak melanggar "hukum2 lebuhraya", sepertimana lampu isyarat dan premis yang dibina berdekatan lebuhraya, kerana ianya berfungsi sebagai penghubung, bukan pemintas. Tapi ini hanya boleh diaplikasi dalam konteks kawasan yang kecil. Bagi skop yang besar seperti Pan Borneo, sewajarnya beberapa perkara diambil peduli, seperti tidak meletakkan pusingan U, serta had laju yang berpatutan.

Maksud di sebalik bendera bagi setiap daerah di Johor


Kebanyakan rakyat Malaysia mengetahui Johor mempunyai bendera bagi daerah-daerah mereka. Daripada kesemua bendera ini, hanya Muar, Segamat dan Batu Pahat yang pada asalnya memiliki bendera sendiri, manakala daerah-daerah lain kebanyakannya masih baru lagi.

Maksud di sebalik setiap bendera ni agak kabur. Ada juga yang mempunyai sumber yang jelas, seperti bendera Muar. First time aku nampak bendera ni, memang agak blur jugak. Tanya member aku yang budak Muar pun, dia sendiri tak kenal bendera ni asalnya. Sejarah bendera ini, dikatakan pada masa dahulu, setiap pembesar daerah mempunyai bendera masing-masing. Bendera Kerajaan Daerah Muar diperkenalkan pada 1880, ketika pemerintahan Sir Maharaja Sultan Abu Bakar. Maksud warna putih adalah Raja yang memerintah. Merah bermaksud bakal raja. Kuning bagi kerabat diraja manakala hitam mewakili negeri/rakyat, 

Untuk bendera Batu Pahat, tak ada pulak maklumat. Begitu juga dengan Segamat. Uniknya, kedua-dua bendera ini rekaannya agak mirip. Bagi bendera-bendera yang lain, rekaannya agak baru.

Contohnya bendera Ledang, daerah terbaru di Johor. Biru membentuk segi tiga melambangkan Gunung Ledang, manakala merah melambangkan kepahlawanan. 

Bagi bendera Kluang, bulan sabit melambangkan agama Islam dan kedaulatan kesultanan Johor. Kedudukannya d tengah menggambarkan lokasinya di tengah Johor. Segi tiga biru di kiri dan kanan pula mewakili pembangunan yang terancang dan mampan. 

Bendera Kota Tinggi mula dikibar sejak 1 Mac 2015. Bulan bintang mewakili agama Islam dan putih adalah simbol Raja berdaulat. Merah melambangkan keberanian hulubalang dan rakyat Johor manakala biru merupakan warna diraja dan kerajaan Johor. Garisan putih melintang dianggap sebagai Sungai Johor yang merupakan permulaan Kesultanan Johor. 

Bagi bendera Kulaijaya, Mersing, JB dan Pontian, tiada maklumat yang dapat dicari tentang maksud bendera-bendera ini.







Tuesday, April 18, 2017

10 Bandar Terbesar di Johor

*Beberapa bandar seperti Tebrau, Bukit Indah dan Ulu Tiram tidak diletakkan sebab aku rasa bandar-bandar ni bawah JB.

1. Johor Bahru




Melihat pada saiznya yang sangat besar di selatan Semenanjung Malaysia, tidak dapat kita nafikan yang bandar ni merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia di belakang Kuala Lumpur serta kawasan konurbasi ketiga terbesar di Malaysia iaitu Metropolitan Iskandar Malaysia selepas Metropolitan Lembah Klang dan Metropolitan Pulau Pinang-Kedah Selatan. Dikatakan, kepadatannya mencecah 876,000 orang di kawasan pusat bandaraya sahaja tanpa mengambilkira di bawah Majlis Bandaraya Johor Baru Tengah. Di sini terletaknya salah satu research university di Malaysia, iaitu Universiti Teknologi Malaysia.

2. Batu Pahat


Batu Pahat, juga dikenali sebagai Bandar Penggaram, terletak di bahagian pantai barat Johor. Tidak ramai yang tahu bahawa bandar ini sebenarnya adalah bandar kedua terbesar di Johor, memandangkan kurang berita tentangnya. Namun, Batu Pahat tidak boleh dipandang enteng kerana ianya juga merupakan bandar ke-16 terbesar di Malaysia. Dikatakan bandar ini mendapat namanya daripada satu kisah kononnya batu granit untuk membuat Kota A Famosa dipahat dari sini.  Bandar Batu Pahat menempatkan salah satu universiti awam iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

3. Muar



Muar, mendengar namanya sahaja kita sudah terbayangkan Mee Bandung Muar yang cukup terkenal itu. Tidak kurang pula yang mengenalnya kerana legenda ular gergasi yang pernah menggemparkan satu negara, kononnya menghuni Sungai Muar yang mengaliri di tengah-tengah bandar itu. Muar dikatakan mendapat namanya daripada "Muara". Menyelusuri bandar ini, korang akan dapat melihat beberapa tarikan menarik, antaranya Jambatan Muar, Jambatan Muar Kedua, Menara Jam Muar, Bangunan Sultan Abu Bakar, Taman Tanjung Emas dan Masjid Jamek Sultan Ibrahim yang berekabentuk British, satu kelainan yang hanya boleh dilihat di Johor.

4. Kluang




Sepertimana Gerik dan Baling, kita tidak seharusnya memandang rendah kepada bandar-bandar yang terletak di kawasan pedalaman. Kluang, terletak di bahagian tengah Johor, merupakan bandar ketiga terbesar di negeri Johor. Mendapatnya namanya daripada Keluang, sejenis kelawar buah yang boleh didapati dengan banyaknya di sini, tetapi tiada lagi kerana aktiviti pemburuan dan pemusnahan habitatnya. Haiwan ini juga diabadikan dalam logo Majlis Perbandaran Kluang.

5. Pasir Gudang

Pasir Gudang ialah sebuah bandar perindustrian terbesar di Johor. Walaupun terdapat info yang mengatakan Pasir Gudang juga di bawah Johor Bahru,namun Pasir Gudang mempunyai Majlis Perbandarannya yang tersendiri. Di sini juga terdapat sebuah pelabuhan kontena yang terletak di selatan bandar.

6. Kulai



Sebut tentang Kulai, rata-ratanya akan teringat Lapangan Terbang Senai yang terletak di dalam daerah ini. Kulai merupakan sebuah ibu daerah dan pusat pentadbiran untuk daerah Kulai. Dahulunya dipanggil Kulaijaya sebelum ditukar kepada Kulai semula.

7. Segamat



Terletak di bahagian utara dan pedalaman negeri Johor, terletaknya bandar Segamat yang merupakan pusat utama bagi daerah Segamat, selain bandar Labis. Dipercayai namanya berasal daripada perkataan "Segar Amat". Bandar ini mempunyai laluan penghubung terus ke Kuantan dengan nama Lebuhraya Segamat-Kuantan/Lebuhraya Tun Abdul Razak. Segamat terkenal dengan buah-buahan seperti durian, sehingga memperkenal slogan "Selamat Datang ke Segamat-Tanah Raja Buah-Buahan".

8. Kota Tinggi





Kota Tinggi terletak laluan Sungai Johor. Ianya meupakan ibu daerah dan pusat pentadbiran bagi daerah Kota Tinggi. Bandar ini bergantung kepada sektor perladangan, perikanan dan pelancongan. Tempat menarik berhampiran bandar ini adalah Gunung Panti, Desaru dan Air Terjun Kota Tinggi.

9. Tangkak

Kalau sebut mengenai Tangkak, pasti tak sah kalau tak menyebut tentang Gunung Ledang/Mount Ophir, gunung yang paling tinggi di negeri Johor. Selain daripada itu, pekan ini turut terkenal sebagai "bandar kain" kerana penuh dengan deretan kedai kain yang bakal menarik mana-mana hati pelancong wanita yang tiba di pekan itu. Sebelum mempunyai daerah sendiri, Tangkak berada di dalam pentadbiran Muar, sebelum membentuk daerah baru.

10. Pontian

Terletak tidak jauh daripada Johor Bahru, Pontian merupakan sebuah bandar yang masih bergantung pada sektor perikanan. Di sini, terletaknya Tanjung Piai, iaitu titik paling selatan bagi benua Asia. Pontian mendapat namanya daripada "perhentian".

Artikel-artikel sebelum ni yang berkaitan adalah  Bandar dan pekan di seluruh Perlis , atau mungkin jugak korang berminat dengan post 10 Bandaq Terbesaq di Kedah, atau ate mungkin mengkome lebih gemor dengan 10 Bandor Terbesor di Perak, yop oi. Thanks for supporting us.

Monday, April 17, 2017

Re-thinking my life (Sesi muhasabah diri)

17/4/17

Nice date, right? Tapi nampaknya angka cantik tu hanya pada zahirnya saja.

Sorang member aku ada plan nak keluar dari universiti aku skrg ni. Dia fikir nak ambik TESL lepas ni. Agak mengejutkan sebab sebelum ni memang dia selalu tak makan brainwash orang lain, sebab dia masih utuh mengatakan OK dngan course yang dia ambik sekarang. Macam biasa, bila seorang nak keluar, aku dan sorang lagi yang memang paling noob sekali dalam kelas, mulalah terfikir-fikir nak pindah.

Nak kata aku termakan brainwash, brainwash yang si F (kawan aku yg "sorg lagi" tu) punya lagi dahsyat. Bayangkanlah, aku waktu tu still ada dinding-dinding delusional yang kononnya aku mampu survive dalam course ni, cuma maybe aku malas dan banyak main2 je kot. Sebab kat matriks dulu pun pernah aku ada depression sebegini. Sekali dia datang, dan memang waktu tu dia depress nak mampus, sampai dia brainwash aku kaw2. Bila aku tanya balik, dia kata aku nampak sangat blur kalau tanya pasal konsep2 dan formula2 fizik, which I need to admit, aku sangat2 noob dan malas nak faham dan hafal. Kahkah, bila teringat balik,rasa macam menyesal pulak kenal mamat tu. Kenapalah aku bongok sangat boleh tersilap tingkat waktu kat Bandar Universiti dulu? Kan dah berkenalan dengan makhluk tu.

Planning aku sekarang ni, lebih kepada habiskan kos bodoh ni sampai habis, kerja (or maybe tanam anggur) pastu ambik second degree. Aku sangat suka kat sejarah, tapi masalahnya bapak aku bantah, kos Sejarah tak laku katanya. Dia bagi hanya kalau aku ambik jadi cikgu Sejarah ja. Konpem la aku tolak. Aku benci mengajar dan aku benci budak-budak.

Berbalik kepada situasi asal, si A (yang nak pindah tu), nampak gaya macam nak ajak aku blah. Dia dah try tanam doktrin yang sama kat si F, tapi lepas tak dapat UPSI (beliau suka mengajaiaqq tudia baqhang) dan dianjing-anjingkan oleh aku, terus dia pasrah dan mula bercinta dgn subjek kejuruteraan kt sini, secara paksarela. Walaupun aku tidaklah termakan hasutan beliau, tapi ada gakla kata2 dia yang buatkan aku berfikir, macam pasal duit dan masa, Aku akui aku cukup takut nak spend masa lebih2 kat sini (extend) which is memang aku xboleh elak. PYP, adalah satu lagi benda yang sgt menakutkan aku.

Kalau ditanya, memang aku nak sangat-sangat pindah. Universiti ni sangat suwey kat aku. Dengan masalah belajar aku yang tak berkesudahan. Dengan hubungan kawan2 lagi. Jujur aku cakap, aku tak rasa ada yang ikhlas berkawan dengan aku, semua sorok belakang2. A kerjanya ngumpat belakang2. Samalh dengan F, suka jaja cerita orang. Aku pun masih tak berbaik dengan si I lagi. Meja direct aku tak boleh pakai. Tahun satu, ada budak cina mereng duk suka ceroboh rumah aku, duk fewit2. Macam privacy harrassment pun ada. Lepas tu, tahun dua, ok sikit, tapi kipas kat ruang tamu problem. Yang babinya, budak local mintak baiki, banyak alasan macam UMNO time pilihanraya, tapi bila foreigner mintak, tudia, pagi mintak, petang siap. Tak celaka ke tu? Tahun tiga? Rasanya yang paling celaka takat ni. Aku ingatkan depa ni ok, sekali kerja duk gelak tiap2 malam, pastu bila belajar, bersepah semua bersidai atas lantai, sampaikan nak lintas pun dah macam nak meredah semak. Tu belum kira meja kerusi aku dia curi buat meja tambahan dia. So, konklusinya di sini, kau bayangkan camna la nak belajar kalau 3 tahun asyik problem dgn tempat belajar je, campur dengan budak2 duk jaja cerita pasal aku. OK, fine, aku pun bukannya malaikat, suci dari dosa, memang ada silap aku di situ. Dan aku pun ada jugak lari ke library in case nak study.

Uni ni tak seindah waktu tahun pertama aku masuk. Manusia dengan topeng2 yg indah, beserta hubungan yang sangat rapat lagi fake. Oh, aku rindukan kepalsuan itu. At least, kepalsuan lah yang melegakan dada makcik2 di dapur menghadapi suaminya yang kasanova melalui drama2 cinta palsu TV3.

Dan kemudian aku terdetik. Betulkah aku nak pindah sebab nak ambik Sejarah? Atau aku dah fed up dengan semua bala malapetaka ni? Entah. Mungkin yang kedua. Sebab aku pun dah mula malas nak bukak buku sejarah. Suasana di universiti ni membuatkan aku mula menjadi realisitk demi membaham formula2 engineering yang aku naif, lalu membunuh semua minat2 yang buatkan aku gembira, sampai kadangkala aku jadi sinis dengan kehidupan.

-Sinis dengan kawan2 aku. Tak seorang pun yang aku letakkan pada mahligai "sahabat" aku. Hanya budak2 matriks dan sekolah menengah aku yang melekat dalam senarai itu.
-Sinis dengan family aku. Aku tau depa sayangkan aku sepertimana tipikal ibubapa di dunia ni. Tapi itulah, sila bayangkan diri anda adalah seorang manusia yg dipaksa menjadi askar utk memuaskan kehendak mereka. Maka kau akan faham apa aku rasa.
-Sinis dengan kehidupan. Well politik, pembangunan, ekonomi, perkauman. Ada je yang tak kena dengan mata aku.
-Ok, ni yang paling aku takut. Aku sangat risau kalau aku menjadi agnostik.Yup, sinis dengan agama. Di sini, aku mudah menjadi sinis, sebab memang sangat jarang aku jumpa manusia yg alim di sini. Alim, tapi menganjing member pergi solat. Alim tapi bawak toyol masuk exam. Alim tapi gatal dengan perempuan. Alim, tapi pakai boxer paras betis. Ya, kalau "alim" sebegitu, memang ramai. Tapi, alim, sepertimana yang aku jumpa di matriks dan sekolah dulu, jujur cakap, aku dah lama ak nampak manusia dengan cahaya keimanan di sini. Atau, aku sudah menjadi ignorant, sampaikan aku malas ambik tau, ade ke takde ke, kesah pulak aku. Hmm.

Terkadang takdir dan kifarah (bukan karma ye anak2) seakan2 mempermain2kan aku. Apa yang aku buat, laju dicaci. Benda yang sama dibuat orang lain, semua menyepi. Kalau aku yang marah, sakit hati, laju dijaja ke pelusuk tempat. Kalau orang lain yang marah, kita pulak dipaksa meminta maaf. Seriusly, kebabian apakah ini?

Mungkin aku dah perlu start berdoa, "Lindungi aku dari apa yang diucap mulut sendiri". Si bisu tu, aku masih ingat, setiap tuduhan dan gelakan yang aku berikan, seakan2 berbalik pada aku. Setiap benda yang aku persoalkan, sekarang ni aku pula yang mengajuk tanpa sedar.

Well, thats my depressed diary today. Kadang2 orang pernah berkata men never cry. Benda tu buatkan aku jeles dengan perempuan. Sebab itulah lebih ramai lelaki menghidap depresi, sebab depa susah untuk luahkan.

BTW, kepada A, goodluck for your further studies.

Tuesday, April 4, 2017

Masjid terbesar di Malaysia untuk setiap negeri

1. Selangor




Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam. Boleh memuat 24,000 jemaah. Masjid ni adalah masjid terbesar di Malaysia.

2. Kuala Lumpur



Masjid Negara. Boleh memuatkan15,000 jemaah pada satu masa. Keluasannya adalah 53,000m2. Aku sebenarnya rasa Masjid Wilayah pun besar jugak. Tapi takde pulak dalam list masjid-masjid terbesar di dunia.

3. Putrajaya



Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, atau lebih famous dengan gelaran Masjid Besi, boleh memuatkan 24,000 orang. Berkeluasan 73,795m2 (lagi besar dari Masjid Negara kalau ukuran ni betul)

4. Sabah



Masjid Al-Kauthar, Tawau, Sabah. Boleh memuatkan 17,000 jemaah. Agak mengejutkan masjid ni lebih besar dari Masjid Negeri Sabah.

5. Sarawak




Masjid Jamek Negeri Sarawak

6. Labuan


Masjid Jamek An'Nur

7. Terengganu

Masjid Taman Ilmu Tembila, Besut (5th Malaysia). Memandangkan masjid ni claim dia ke-lima terbesar di Malaysia, jadi aku assume dia belakang Masjid Shah Alam, Masjid Negara, Masjid Wilayah dan Masjid Besi. Mula-mula aku sangkakan Masjid Kristal paling besar kat T'ganu.

8. Johor




Masjid Negeri Sultan Abu Bakar

9. Pahang
Masjid Sultan Ahmad Shah

10. Pulau Pinang
Masjid Negeri Pulau Pinang

11. Perak

Masjid Sultan Idris Shah II

12. Kelantan
Masjid Sultan Ismail Petra

13. Perlis

Masjid Alwi

14. Kedah

15. Negeri Sembilan


Masjid Negeri Negeri Sembilan

16. Melaka


Masjid Al-Azim

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...