Tuesday, September 13, 2016

Tugu Sekitar Malaysia (edisi Semenanjung)



Baru-baru ni, heboh pasal isu tugu di media sosial. Tapi, pihak kami memilih untuk tidak mengulas lanjut tentang isu itu. Biarlah mereka yang pakar sahaja menyelesaikannya. BTW, selain daripada pintu gerbang, tugu adalah suatu benda yang ikonik yang bukan sahaja melambangkan budaya setempat, malah adakalanya merupakan suatu simbol memperingati sesuatu kejadian. Kalau kita lihat, di negara jiran seperti Indonesia, terdapat banyak tugu yang menjadi simbol budaya setempat.


Selain daripada Tugu Negara, Tugu Kuching dan Tugu Langkawi yang memang famous amos tu, tugu apa lagi yang korang tahu?

Perlis

Tugu sarung keris dan tepak sirih di Lebuhraya Changlun-K.Perlis sekitar Arau

Tugu bunga emas yang pernah diceritakan dalam buku sejarah

Tugu keris dan pedang di Kangar

Kedah

Tugu Peringatan Sintok di dalam Universiti Utara Malaysia
Tugu Jubli Emas Kedah

Tugu helang Langkawi yang overpopular di Malaysia

Tugu Peringatan Tsunami di Kuala Kedah


Perak

Tugu Labu Sayong di Kuala Kangsar


Tugu siput di Lumut

Tugu siput yang tak seberapa dijaga di Sungai Siput
Tugu J.W.W Birch di Muzium Taiping

Tugu Peringatan Perang Kedua Teluk Intan


Tugu Pedang di Pasir Salak
Tugu Dataran Udang Galah, Teluk Intan

Tugu Jam Suria di Pasir Salak


 Pahang

Tugu ikan di sebuah bulatan di Kuala Lipis

Tugu ikan layar, juga di Rompin

Tugu kuda di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan
Tugu strawberi Cameron Highlands di sempadan Perak-Pahang
Tugu Kerang di Taman Kerang, Kuantan


Pulau Pinang

Tugu....Arak?!!!!! 

Tugu Francis Light

Tugu Logan

Tugu Kerang di Teluk Tempoyak
Sebuah lagi tugu di Penang


Kelantan

Tugu Peringatan Banjir 2014

Tugu Peringatan Tok Janggut
Tugu Pantai Irama

Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua, Pantai Sabak


Terengganu

Tugu Batu Bersurat di K.Terengganu yang menggantikan tugu penyu

Tugu sotong dan udang di Marang

Melaka 
Tugu Victoria Fountain

Tugu St.Paul

Tugu Hang Tuah Lima Bersaudara


Negeri Sembilan
Tugu Keris Gunung Datuk

Tugu Gong di Rembau


Johor

Akan ku pahat namamu di hatiku. Cia..cia...cia. (Tugu Batu Pahat)


Tugu Mahkota Johor siap dengan fountain di Pontian



Tugu mahkota yang lebih ganaz siap berpedang di Mersing

Tugu durian di Muar

Selangor & Kuala Lumpur

Tugu Negara

Tugu Tunku Abdul Rahman

Tugu Keris, Klang

Tugu Piuter Royal Selangor
Eh, kejap. Kenapa Sabah dan Sarawak takde dalam list ni? Haa, yang ni aku letak untuk entri akan datang memandangkan kat sana hampir setiap bandar ada tugu tersendiri.

Sekian.
Yang menaip dan menempel hingga pagi buta,
Admin.


No comments:

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...