Saturday, October 1, 2016

10 perkataan Bahasa Melayu yang rupa-rupanya dipinjam dari Bahasa Portugis





Dalam apa-apa bahasa sekalipun, kita tidak dapat mengelak daripada meminjam sebahagian daripada bahasa lain untuk memastikan bahasa kita terus "hidup" . Seperti mana halnya juga dengan bahasa negara kita, Bahasa Malaysia/Melayu yang meminjam beberapa frasa daripada bahasa lain.

Lazimnya kita sedia maklum tentang banyaknya peminjaman bahasa Inggeris, Arab dan Sanskrit, tapi tahukah anda kita juga mempunyai banyak pinjaman daripada Bahasa Portugis? Kadang-kadang ada yang macam tak percaya, sebab kita sendiri dah anggap memang ayat tu asalnya dari BM. Apa contoh-contoh ayat tu? Jom kita tengok satu-persatu.

1. Almari


Yup, almari (atau dipanggil lemari di Indo) sebenarnya berasal daripada bahasa Portugis, iaitu "armario"

2. Bomba

Dulu2 aku pernah terfikir darimana lah datangnya ayat bomba ni. Sebabkan ianya pendek dan senang sebut, takdelah melayu acah2 amerikano yang ambik "fire brigade" dan terjemahkan jadi Jabatan Pemadam Api dan sebagainya. Berasal dari perkataan "bomba" dan 'bombeiro".

3. Bola
Bola? Seriusly? Yup, tapi itulah kenyataannya. Mempunyai sebutan yang sama dalam bahasa Portugis.

4. Tuala
Tuala pun? Yup. Tuala berasal dari perkataan "toalha" (tergeliat lidah sebut).


5. Minggu
Minggu berasal daripada perkataan Portugis "domingo".



6. Tukar

Ok, yang ni agak memeningkan sikit. Ianya datang dari perkataan "trocar". Macam jauh pula bunyinya.

7. Kemeja

Hmmm, memang zaman Melaka dulu2 orang Portugis dah cipta kemeja ke? Aku ingatkan zaman P.Ramlee camtu baru wujud. Berasal dari perkataan "camisa"


8. Renda

Renda, atau juga disebut lace berasal daripada perkataan yang sama bunyinya.

9.Baldi

Baldi (hanya diguna di Malaysia) berasal daripada perkataan "balde"



10. Bangku

Akhir sekali adalah perkataan bangku yang berasal dari "banco"


No comments:

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...