Monday, October 24, 2016

10 Tempat di Malaysia yang Namanya daripada Bahasa Inggeris

Sejak isu nama Butterworth dan Georgetown dibangkitkan baru-baru ini, terdapat pelbagai pendapat dalam kalangan warga Malaysia tentang isu itu. Kebanyakan orang Melayu khasnya orang Melayu Penang dan Kedah bersetuju dengan saranan itu memandangkan mereka lebih gemar memanggil Tanjong (nama panjangnya Tanjong Penaga) untuk Georgetown dan Bagan untuk Butterworth kerana lebih mudah disebut dengan dialek utara selain tidak berbunyi skema dan poyo. Selain itu, ia juga sebagai tanda penafian bahawa Francis Light yang membuka Pulau Pinang sebaliknya pulau ini sudahpun dibuka oleh orang Melayu dan Aceh ketika itu. Bagi kaum lain pula, mereka tidak bersetuju kerana sangat gemar dengan nama "British-alike" tersebut sambil feeling2 London baqhang.

Sumver: www.penang.traveltips.com

Selepas penamaan semula nama bandar, jalan dan tempat yang menggunakan nama penjajah seperti Port Weld, Maxwell Hill dan Teluk Anson, kebanyakan tempat di Malaysia menggunakan nama yang bercorak tempatan. Namun, masih ada sesetengah tempat yang masih menggunakan nama Inggeris. Mari kita semak satu persatu.


1. Brickfields



Brickfields adalah salah satu tempat yang terletak di Kuala Lumpur. Ianya juga terkenal dengan jolokan Little India. Sejarah tempat ini bermula apabila berlakunya kebakaran di Kuala Lumpur. Kapitan Yap Ah Loy telah membeli sebidang tanah dan mendirikan kilang batu-bata untuk membangunkan kembali Kuala Lumpur. Dikatakan nama Brickfields diambil bersempena dengan bata tanah liat yang dijemur di tengah padang.

Wondering why they didn't call it 'Padang Bata' instead? Whatever, past is past.....


2. Georgetown

Merupakan penyumbang kepada entri ini, Georgetown adalah ibu negeri kepada Pulau Pinang. Ianya merupakan bandar ketiga terbesar di Malaysia selepas Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Dikatakan bahawa nama asalnya adalah Tanjung Penaga, sempena pokok penaga laut yang banyak tumbuh di sini, juga disebut sebagai Cape Penaigre oleh orang-orang British. Nama Georgetown dipercayai diberikan sempena nama Raja George III dari Britain. Kebanyakan orang Melayu dan Mamak di Pulau Pinang lebih selesa memanggil Georgetown sebagai Tanjong.

3. Butterworth

Nun di Seberang Perai, terletak sebuah bandar yang tidak kurang megahnya dengan pembangunan dan berdiri sebagai bandar terbesar di Seberang Perai (ada yang mengatakan Bukit Mertajam). Di sinilah terletaknya jeti utama ke Georgetown yang berhampiran dengan stesen keretapi Butterworth dan stesen bas sementara Butterworth. Sementara Georgetown lebih selesa dipanggil Tanjong, bandar ini pula lebih selesa dipanggil sebagai Bagan oleh kaum Bumiputra di sini. Malah jika anda rajin mengkaji, anda akan mendapati kawasan sekitar Butterworth kebanyakannya bermula dengan "Bagan" seperti Bagan Ajam, Bagan Dalam, Bagan Lalang dan sebagainya. Terfikir sejenak di hati pihak kami, adakah nama asal Butterworth sekadar "Bagan" sahaja, memandangkan kawasan sekelilingnya mempunyai nama-nama tertentu. 

Oh ye, nama Butterworth ni ambik dari nama Kolonel V.T.Butterworth, seorang Gabenor Koloni dari 1843-1855.

4. Slim River



Sebagai anak jati Perak, tertanya-tanya jugak kenapa dalam punya berlambak nama-nama Inggeris yang berjaya diMelayukan di Perak, seperti Teluk Anson, Port Weld, dan Bukit Maxwell, Slim River jugak yang still pakai nama Inggeris. Nak kata ada pengaruh British yang kuat, Ipoh dan Taiping lagi kuat, ate elok je teman tengok. Idok le pulak nama Tepeng tetibe jadi Peaceful Forever, Ipoh jadi Antiaris Toxiria ke. 

K, maafkan kami kerana tiba-tiba menggunakan dialek Perak. Setelah dikaji, "Slim" berasal daripada perkataan 'seling' yang merupakan satu sukatan untuk beras suatu ketika dahulu. Dikatakan nama asalnya adalah Tanjung Belit, berdasarkan keadaan sungainya yang berbelit.

Just wondering why not 'Sungai Seling' then?


5. Port Dickson

Sepertimana tempat-tempat di atas mempunyai nama Melayunya yang tersendiri (kecuali Brickfields), Port Dickson juga ada namanya yang tersendiri. Nama asalnya adalah Tanjung (berapa punya banyak tanjung dalam entri ni -_-'') atau juga Tanjung Tin (tin ni kami tak pasti samada bijih timah atau tin besi tu). Orang Cina dan India pula menamakannya Arang atau Alang kerana ada kilang arang di sini. Menyedari potensi Tanjung sebagai bandar dan Arang sebagai kawasan industri, British pun memajukan kawasan ini. Port Dickson mendapat nama sempena Sir John Frederick Dickson, seorang pegawai British.

TANJUNG ARANG, what a good name!

6. Cameron Highlands

Di negeri Pahang nun di sana, terletaknya sebuah tempat bernama Cameron Highlands yang kini dijenamakan Tanah Tinggi Cameron (still lidah masih susah nak sebut). Berbeza dengan tempat lain yang memang sedia ada, kawasan ni accidentally dijumpai oleh seorang pegawai Inggeris bernama William Cameron semasa membuat tinjauan pemetaan. Kami tidak menyenaraikan Genting Highlands, because you know, Genting is Malay word, ammarite?

7. Bukit Fraser


Masih di negeri Pahang, kita bertemu pula dengan satu lagi kawasan peranginan tanah tinggi yang bernama Bukit Fraser. Kalau kebanyakan nama Inggeris di Malaysia diperolehi dari nama pegawai British dan golongan kerabat diraja (Georgetown,Province Wellesley), uniknya Bukit Fraser ditemui oleh seorang pengembara British yang bernama Louis James Fraser. Suasana seperti perkampungan Scotland membuatkan kami terfikir, mungkinkah Encik Fraser sebenarnya seorang Scottish berbanding Londonian?

8. Pulau Carey

Pulau Carey, mungkin ada yang pernah dengar, mungkin ada yang tidak. Kami pernah menulis entri tentang pulau di Selangor ini, sebenarnya sebanyak DUA kali, iaitu pulau-pulau terbesar di Malaysia dan kampung-kampung kebudayaan di Malaysia yang harus korang jenguk

Pulau yang menjadi penempatan orang Asli Mah Meri ini juga dahulunya dikenali sebagai Pulau Bangsar atau Teluk Gonjeng. Nama Pulau Carey diambil daripada nama pegawai British yang juga pengusaha ladang kopi dan getah bernama Valentine Carey.


9. Beaufort, Sabah



Nama-nama tempat di Sabah dan Sarawak khasnya lebih mengutamakan nama tempatan. Nama seperti Jesselton dan Elopura telahpun digantikan dengan nama tempatan iaitu Kota Kinabalu dan Sandakan. Namun terdapat sebuah pekan di Sabah yang mempunyai nama Inggeris iaitu Beaufort. Dikatakan nama ini diperoleh sempena pegawai tinggi Borneo Utara British yang bernama L.P.Beaufort. Dikatakan sebelum itu, daerah itu hanya dikenali sebagai Padas.


10. Kampung Morten, Melaka


Selain Felda L.B.Johnson dan Kampung Parit Jerman (ada dua, satu di Perak dan satu di Johor), Kampung Morten di Melaka juga ada sejarahnya yang tersendiri. Berdiri sebagai satu-satunya perkampungan Melayu di Bandaraya Melaka, 'muzium hidup' ini juga dikatakan mendapat namanya bersempena Pesuruhjaya Tanah, J.F.Morten. 

1 comment:

Unknown said...

Port Dickson juga mungkin asalnya Tanjung Kemuning.
Sebab di situ terdapat pokok kemuning pada zaman dahulu.

Hai, lama dah terbiar blog ni

Lama betul tak bukak blog ni. Tadi check kalau tak silap kali terakhir update adalah pada tahun 2019. Dah 4 tahun bersawang kiranya. Buat ma...